Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 26, 2015

BERAPA KOTAK BUKTI PULA YANG AKAN DIBAWA ANWAR KE PEJABAT SPRM UNTUK KENAKAN DAIM ZAINUDDIN?



Anwar Ibrahim cuba mengambil kesempatan untuk menggilap semula nama dan bintangnya yang kian malap. Anwar cuba mengingatkan rakyat Malaysia yang dia masih wujud dan masih lagi aktif berpolitik sekalipun pada masa yang sama, sedang berdebar-debar menantikan penghujung kerjaya politiknya bahkan mungkin juga kebebasannya seandainya Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Agung yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.

Kes membabitkan Daim Zainuddin yang dikatakan telah menyerang Najib Abdul Razak amat menarik memandangkan 'kesudian' Anwar Ibrahim untuk 'bertarung' dengan Daim Zainuddin dalam siasatan SPRM, cuba dijadikan sensasi oleh para penyokongnya sendiri, kononnya Anwar Ibrahim telah dan sedang bekerjasama dengan Najib Abdul Razak walaupun sebenarnya motif sebenar Anwar adalah untuk menggilap namanya semula, bukanya menolong Najib Abdul Razak dalam dakwaan-dakwaan Daim Zainuddin.

Apatah lagi Anwar Ibrahim mempunyai dendam peribadi ke atas Daim Zainuddin yang telah memetisejukkanny dalam krisis kewangan 1997 apabila Daim berjaya mempengaruhi Perdana Menteri pada waktu itu dan kemudian mengetuai MTEN, menolak semua polisi IMF dan Bank Dunia yang cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah lagi koloni Zionis dan syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat yang mencari segala-galanya murah dan boleh dikuasai secara monopoli.

Untuk seketika pada tahun 1997, Anwar Ibrahim dengan bantuan beberapa orang 'pegawai Bank Negara' menyerang polisi-polisi ekonomi dan kewangan menyongsang yang cuba dipraktikkan oleh Mahathir dan Daim. Beberapa persoalan berjaya dijawab dan akhirnya pegawai-pegawai Bank Negara tersebut terpaksa tutup mulut. Anwar sendiri sekadar menunggu masa untuk dipecat terutama kerana sepucuk surat dan siasatan polis ke atas jenayah yang dilakukannya sejurus sebelum penyangak matawang dan kapitalis saham dunia melakukan serangan dalam usaha menyelamatkan kuasa Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang sempat menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sepanjang percutian Mahathir ke luar negara.

Ketika dipecat, Anwar menyatakan dia mempunyai banyak bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan dan rasuah. Tetapi sehinggalah dia terperosok dalam penjara, tidak satu pun bukti yang dikatakanya ditampilkan kepada orang ramai. Sebaliknya Anwar Ibrahim sekadar beretorik sebagaimana yang dilakukannya dalam perbicaraan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Kita tunggu berapa banyak pula kotak atau lori bukti yang ada padanya kerana dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, jangankan sekotak atau selori, sehelai kertas bukti pun tidak ditampilkannya!!!

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Menurut Anwar, beliau telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh SPRM dan pihaknya akan berjumpa agensi terbabit secepat mungkin.
“SPRM sudah maklumkan tentang perkara ini dan saya sedang mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa mereka.
“Saya jamin akan berikan kerjasama penuh untuk berikan keterangan kepada SPRM,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di sini, semalam.
Pada majlis itu, lebih kurang 100 anak muda dari seluruh negara berkumpul pada sesi dialog yang diadakan kira-kira satu jam itu.
“SPRM tak sepatutnya hanya tunggu dari saya (bukti), sedangkan mereka lebih mengetahui dan punya kelebihan untuk dapatkan pelbagai bukti,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Anwar akan dipanggil untuk membantu siasatan kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh berkaitan kes Daim.
Pada perkembangan lain, Anwar berpendapat cadangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) harus diteliti melalui Majlis Pimpinan PR dengan mengambil kira pandangan daripada semua kaum.
Beliau berkata, PR adalah gabungan parti yang mendukung proses demokrasi dan perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Kami akan mengenal pasti segala isu dan pendapat semua penduduk dalam sesebuah bandar sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.
“Berikutan itu, kami dijangka akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat pimpinan PR pada Isnin ini,” katanya.
Menyentuh pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu tersebut, beliau berkata, perkara itu adalah pendapat peribadinya.
“Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya,” katanya.
Kelmarin, Abdul Hadi dalam satu kenyataan telah menyuarakan kebimbangan berhubung desakan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya PBT kerana perkara itu mampu mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk terutamanya di kawasan majoriti Cina. (SUMBER PERAK TODAY)


3 comments:

Anonymous said...

Serupa saya.. TAPI BUKAN SAYA ..

Anonymous said...

Ramai yang kena KENCING....

Anonymous said...

Budak2 muda 100 orang tu boleh beratur panjang. Abang Non nak tengok mana satu paling sesuai untuk mengisi Jawatan Coffee Boy yang kosong begitu lama selepas ketiadaan Saiful.

Budak2 muda ini masih bergetah jika dibanding dengan Mat Sabu atau Rafizi.

Bravo budak2 Muda 100.

 
Blogger Templates