Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 27, 2015

KENAPA GOBIND SINGH DEO DAN KO CHUNG SEN YANG MAHU SUBJEK TAMADUN ISLAM DIHAPUSKAN, TAKUT?



Ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen pada bulan puasa lepas, telah mengeluarkan satu kenyataan yang jelas mahu membangkitkan kemarahan umat Islam. Katanya, DAP (dan dia sendiri) mendesak agar subjek TAMADUN ISLAM di semua universiti dihapuskan buat selama-lamanya kerana katanya, subjek berkenaan tidak mendatangkan sebarang faedah dan tidak juga dapat membantu mana-mana kaum untuk lebih berjaya.

Sama ada dia ni jenis bangang atau tolol, dia sendiri adalah produk sekolah vernakular. Seperti katanya, tiada universiti di dunia ini - yang dia sebenarnya main teka - mengajarkan subjek Tamadun Islam, tiada juga sebuah pun negara di dunia ini hatta China atau Taiwan yang mempunyai atau membenarkan sekolah vernakular wujud sepertimana baiknya hati orang Melayu-Bumiputera di Malaysia membenarkan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina. Kalau ada pun, semuanya bersifat swasta dan kerajaan tidak langsung membantu walau sesen pun atau seinci tanah pun sepertimana yang diamalkan di Malaysia.

Barangkali Ko Chung Sen tidak sanggup mendengar bahawa individu yang menemui teori-teori perubatan serta amalan perubatan, datangnya daripada dunia Islam seperti Ibn Sinna, Ibn Rushd dan sebagainya. Mungkin dia tidak mampu menerima hakikat bahawa tamadun Islam telah menemui kaedah matematik, falak atau astronomi, kejuruteraan dan sebagainya, kemudian diciplak dan dicetak rompak oleh Barat, termasuklah menamakan individu seperti Leonardo Da Vincci sebagai penciptanya walaupun gay Renaissance itu sebenarnya telah diberikan cetak biru yang dirampas dari Cordova dan Baghdad untuk disalin serta diubahsuai. Atau barangkali juga dia tidak dapat menerima hakikat bahawa teori graviti telah ditemui lebih 300 tahun oleh tamadun Islam sebelum Isaac Newton dinamakan sebagai orang pertama yang menemuinya.

Tiada sebarang kebaikan dan manfaat daripada saranan Ko Chung Sen yang ditemani oleh Ngeh Koo Ham ketika dia membuat sidang media di lobi Parlimen untuk menyuarakan isu ini. Dan menariknya pula, dia tidak pula mahu mencadangkan agar apa-apa sahaja subjek yang berkaitan Cina termasuklah kesusasteraan Cina dihapuskan buat selama-lamanya kerana ia langsung tidak mendatangkan manfaat atau sama seperti hujah-hujahnya terhadap Ketamadunan Islam.

Keputusan untuk mengheret Ko Chung Sen ke muka pengadilan kerana cubaan menghasut, cuba diremeh-remehkan oleh DAP. Gobind Singh Deo menyatakan, isu yang dibangkitkan oleh Ko Chung Sen bukanlah isu besar, sebaliknya Ketua Polis Negara yang mahu mensensasikannya dengan niat tertentu.

Hujah dangkal Gobind Singh Deo itu jelas menunjukkan bagaimana DAP mahu mempermain-mainkan sistem perundangan di negara ini dan cuba meremeh-remehkan semua akta, padahal pada masa yang sama, apabila mereka terkantoi atau mereka mempunyai kepentingan, akta tersebutlah yang akan mereka tekankan agar digunakan terhadap musuh-musuh mereka.


2 comments:

Anonymous said...

Hapuskan semua babi babi kerana ia tidak mendatangkan faedahpun kepada negara sebaliknya hanya mendatangkan penyakit yang sangat berbahaya.

Anonymous said...

Dey paria..sutu kolah

 
Blogger Templates