Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 12, 2015

ANEH JUGA, MENGAPA MAZA TAK BERBUNYI LANGSUNG TENTANG NYALAAN LILIN?



Minggu lepas, Asri Zainal Abidin menjadi begitu popular. Pertama popular kerana dia tanpa rasa bersalah, menerima semula jawatan sebagai Mufti Negeri Perlis selepas dia mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang 'jawatan dan politik' sama ada dalam bentuk teguran mahupun dalam bentuk mengutuk. Kedua popular kerana dia telah melangkau jauh tugasnya sebagai Mufti Negeri Perlis apabila dengan segera 'menegur' Najib Abdul Razak kerana berpakaian bukan pakaian Melayu, mengenakan kalungan bunga dan menemui masyarakat India di pekarangan Batu Caves yang sedang menyambut perayaan Thaipussam.

Bersandarkan hukum Tasyabbuh atau menyerupai kaum kafir, Najib dijatuhi hukuman 'maut' oleh MAZA.

Itu Najib yang MAZA cukup sensitif, cukup berjaga-jaga dan cukup mempunyai pelbagai alasan untuk menghentam.



Setelah dua hari Anwar Ibrahim berada dalam penjara. Para penyokong dan keluarganya beritual nyalaan lilin di hadapan Penjara Sungai Buloh. Fatwa Majlis Kebangsaan secar ajelas menyatakan, perbuatan tersebut adalah tasyabbuh dan berdosa besar. Namun MAZA yang cukup sensitif dengan hukum HARAM ITU INI, nampaknya tidak bersuara langsung.

Apakah hukum apabila tidak membabitkan Najib Abdul Razak, maka berbeza qawaid dan aqaidnya?

Atau MAZA belum jumpa sebarang kitab yang memperkatakan tasyabbuh berkenaan nyalaan lilin dan tafakur sehingga membungkamkan mulut dan lidahnya?

Ramai tertunggu-tunggu reaksi MAZA dalam hal ini...


11 comments:

Anonymous said...

Ciri2 ularmak akhir zaman telah mula muncul..? Pd akhir zaman mnusia mnyembah duit n harta serta mngikut hawa nafsu..

Anonymous said...

anak didikan umno biasanya kurang pengetahuan -

A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset in order to show support for a specific cause.

http://en.wikipedia.org/wiki/Candlelight_vigil

The Saviour said...

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan/Hujah:

Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud: “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)

Anonymous said...

candle light vigil bukan untuk suka2. asalny masyarakat pagan gunakan untuk persembahan/pemujaan........kemudian roman kristian juga mula practice.......selalunya malam sebelum church function........tapi memang takde dalam bible cakap bole buat.....sekarang, sudah jadi sinonim dengan katholic.........jadi lu mau lagi buat ka?

cakap org bodoh.....

Anonymous said...

Maza tu kalo bodoh ..bodoh lah tapi janganlah nak bodohkan orang lain

Anonymous said...

mufti hanjing ni tau buat fuckwa kalau Najib ada pegang lilin..puihh

Anonymous said...

Baby2 tua ni tak sedar kah yg ini cara xstian.

Anonymous said...

Anak didikan barua dap mcm kau mmg tak tahu hukum agama langsong sbb dah mmg barua,kan kan.

azid barja said...

Mufti Turki jugak yg bessssstttt walaupun dalam Sg Buloh.

Anonymous said...

Lilin ni mainan Kristian yang melayu melayu bebal ni kenapa? KETUM tu belum mati lagi nak dililin lilinkan..simpanlah lilin tu kalau ada black out nanti..kenapalah Melayu melayu ni guna akal kat lutut..

Anonymous said...

Anak didikan barua dap mcm ko bukan biasanya tapi semuanya kurang ajar dan betul2 bangang krn rujuk pd wiki bukan pd hukum hakam.

 
Blogger Templates