Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 24, 2015

N.SURENDRAN NI BETUL KE PEGUAM? KALAU PEGUAM, KENAPA DIA BODOH SANGAT TENTANG AKTA PERHIMPUNAN AMAN?



Wah, bukan main lagi N.Surendran cuba nak tunjukkan yang sepatutnya diberikan gelaran HARIMAU sama seperti Karpal Singh yang mendapat gelaran Harimau Jelutong kerana mempunyai reputasi sebagai peguam ulung yang banyak mendapat kes-kes berprofil tinggi.

Bagaimanapun, berbeza dengan Karpal Singh, N.Surendran hanyalah mempunyai reputasi sebagai peguam cikai yang terpaksa bergantung kepada BELALAI ANWAR IBRAHIM kerana kebanyakan kes yang membabitkannya hanyalah kes-kes seputar PKR dan para penyokong Anwar Ibrahim. Selain itu, beberapa kes membabitkan masyarakat India pula, sekadar untuk mendapatkan publisiti tetapi akhirnya memberikan kesan negatif kepada masyarakat India itu sendiri seperti ketiadaan kad pengenalan dan kad pengenalan merah yang membuktikan bahawa kebanyakan yang diperjuangkan oleh N.Surendran melibatkan warga asing yang cuba menjadi warganegara Malaysia dengan jalan mudah.

N.Surendran yang barangkali megah kerana berjaya 'membebaskan' beberapa orang konco Anwar Ibrahim daripada tindakan undang-undang seperti Hishamuddin Rais, Zunar, Adam Adli, Tian Chua dan sebagainya, cuba menggertak pihak polis sekaligus cuba juga memutarbelitkan undang-undang di negara ini.

Menurutnya, polis tidak mempunyai hak untuk menyekat perhimpunan aman. Sebarang perhimpunan aman juga tidak memerlukan permit. N.Surendran berkata begitu dalam usahanya untuk terus membela perhimpunan untuk sokongan kepada Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)

Sama ada dia benar-benar seorang PEGUAM TOLOL atau barangkali langsung tidak tahu tentang AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012, N.Surendran sepatutnya dinilai semula sebagai peguam. Dia tidak layak menjadi peguam kerana dia bukan sahaja tidak faham undang-undang di Malaysia, bahkan dia berkecenderungan untuk menyelewengkan fakta dan melakukan penipuan demi mengaut keuntungan besar dalam perniagaan guamannya!

AKTA PERHIMPUNAN AMAN secara jelas menggariskan peranan PDRM bahkan memberikan hak kepada PDRM untuk bukan sahaja mengeluarkan permit atau sebaliknya, bahkan membubarkan perhimpunan tersebut sekiranya perhimpunan berkenaan melanggar syarat-syarat yang membenarkan perhimpunan aman.

Mungkin dia tidak mempunyai sesalinan Akta Perhimpunan Aman 2012. Jadi, kita kepilkan di sini ringkasan bagi memudahkan N.Surendran mengulangkaji dan mengakui bahawa dia adalah PEGUAM PALING TOLOL yang pernah DILAHIRKAN OLEH PKR dan Pakatan Rakyat sepanjang kewujudan negara Malaysia di dunia ini!!!












HARAP-HARAPLA... ADA PENYOKONG, PENJILAT, PENTAKSUB DAN PENGKAGUM N.SURENDRAN yang membaca blog ini, sudi menyalin semula grafik-grafik berkenaan AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 untuk diserahkan kepada N.Surendran bagi mengubati penyakit BODOH, BEBAL dan TOLOLnya!!!


2 comments:

Anonymous said...

peguam bahlol..tunjuk pandai je

Anonymous said...

lahabau ni dgn presiden bar council sama2 bodoh!!!!

 
Blogger Templates