Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 12, 2015

SILAP-SILAP LAPORAN POLIS ZUL NORDIN MEMBUATKAN NURUL IZZAH TERSUMBAT KE PENJARA KAJANG SELAMA 2 TAHUN!!!



LAPURAN POLIS Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN (zul4kulim.blogspot.com)

Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0.

Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang “highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;

2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;

3. menjual diri mereka kepada syaitan;

4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;

5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;

6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.

Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Saya sesungguhnya membuat lapuran ini untuk memastikan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dan Hakim-Hakim Mahkamah terpelihara dan terbela. 

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin Khamis
21 Jamadil Awal 1436 / 12 Mac 2015


5 comments:

Anonymous said...

Strigh forward case. Apa defend dia sedangkan dia bercakap dlm sedar.
Sumbatkan saja dia ke dlm tu. Nak sangat. Dapat lah jawabnya.

Anonymous said...

I would love to see this woman ending up in jail just like her sodomite father.

Anonymous said...

polis sudah tentu akan jalankan siasatan....cuma kita kurang yakin bila sampai ke peringkat AG.....

Anonymous said...

Rasanya dia akan pilih penjara sungai buluh. Satu bumbung.

anakmalaysia said...

Ini semua untuk memperjuangkan kebebsan yang tidak ada had adalah kelakuan SETAN...begitu la dgn keluarga ni...sungguh sedih tetapi apa nak buat mereka minta kita bagi saje le....anak beranak melawan tuntutan agama Islam...Where the hell did this family came from????

 
Blogger Templates