Ini bukan kali pertama, The Malaysian Insider atau Malaysiakini memutarbelitkan kenyataan Tun Mahathir. Kedua-dua portal Zionis yang pro-Pakatan itu amat setia dan sangat kreatif dalam mencipta polemik dan provokasi sekaligus mewujudkan persepsi kononnya Tun Mahathir sedang menyerang Najib Abdul Razak.
Dalam artikel terbaru The Malaysian Insider, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana tajuk yang digunakan telah dimanipulasikan untuk tujuan persepsi negatif. Tajuknya menggambarkan yang Tun Mahathir mengecam polisi GST yang akan dikenakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Najib dan ancaman yang Kerajaan Barisan Nasional akan kalah teruk pada PRU-14 kerana GST. (RUJUK DI SINI)
Bagaimanapun, membaca keseluruhan isi kandungan artikel tersebut, sangat jelas bagaimana Tun Mahathir menyebut tentang kos perubatan yang semakin tinggi dan pembiayaan tinggi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan untuk rakyat.
Tun Mahathir turut menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya cukup kaya kerana ramai yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta yang mengenakan bayaran tinggi. Justeru, tindakan memprotes yang dilakukan itu sebenarnya hanyalah merupakan salah satu daripada sikap rakyat Malaysia yang 'enggan membayar apa-apa'.
Kerajaan memberikan subsidi dan bantuan perubatan kepada rakyat miskin terutama yang menggunakan perkhidmatan hospital-hospital kerajaan. Walaupun pembayaran masih perlu dibuat, tetapi jumlah pembayarannya terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan bayaran yang dikenakan oleh hospital-hospital swasta.
Menyentuh tentang
Justeru bekas Perdana Menteri itu menyatakan kehairanan dan keajaiban bagaimana Putrajaya di bawah pimpinan Najib Abdul Razak masih dapat mengekalkan perubatan percuma pada ketika kos perubatan di seluruh dunia, termasuklah di negara-negara membangun lain, meningkat secara drastik dan rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menanggung kos tersebut.
Lain yang dicakap oleh Tun Mahathir, lain yang
Malanglah bagi sesiapa sahaja yang membaca tajuk atau perenggan pertama artikel yang disiarkan oleh portal-portal berkenaan atau menonton klip video KiniTV yang dimiliki oleh Malaysiakini yang hanya menyedut bahagian yang mereka sukai dan membuang bahagian yang menerangkan maksud sebenar pemutarbelitan mereka!!!
4 comments:
Kalau betul pun saya tak hairan,memang perangai dia,apa yg orang lain buat semuanya salah.Sebenarnya gerak geri dia adalah utk jatuhkan BN bukan nak sokong BN.Pura-pura je dia tu.
Hahaha....bhai aku hnya mmpu ketawa dgn statement lu...skdr brtanya lu dari 'cabang' atau ranting pkr mana ye...
hei, semua nak mengadu kat polis dunia ... sikit2 petisyen. Ko ingat white house nak layan ker aduan2 remeh temeh macam ni? pkatan haram & bn tak nak buka website petisyen ke?
MALAS NAK DENGAR.....PR NI CAKAP JER BAU TAIK.....ADA BAU TAIK MESTI ADA PR....
Post a Comment