Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 28, 2015

WARGA INDONESIA YANG DATANG SEHELAI SEPINGGANG, KINI BERUMAH MEWAH, SEDANGKAN RAKYAT MALAYSIA KEKAL DI RUMAH KOS RENDAH CIKAINYA!!!



Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia lupa diri di mana mereka berpijak dan bagaimana mewahnya persekitaran mereka sedang merungut dan tidak berpuas hati, beberapa perkara yang sepatutnya mereka teladani, terlepas pandang. Sekaligus membuktikan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia adalah golongan manja yang mahu makan bersuap, bahkan makanannya turut dikunyah dan dihadamkan oleh kerajaan dan untuk mereka hanya mahu merasai kekenyangan dan kesedapan makanan itu sahaja.

Tulisan panjang lebar Lim Sian See ini wajar diberikan perhatian dan difikir-fikirkan:

Saya membaca artikel ini dengan penuh minat di mana warganegara Indonesia yang telah bermastautin di Malaysia selama beberapa dekad (dan telah memperolehi kad pengenalan merah atau status PR) telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM25,000 dan kemudian berbelanja sebesar RM500,000 untuk mengubahsuainya selama beberapa tahun.

Ia berlaku di Johor dan anda dapa melihat dengan jelas bagaimana rumah-rumah di persekitarannya, masih berkeadaan sama seperti rumah kos rendah sebelum itu, manakala rumah miliknya pula tersergam megah.

Artikel itu juga menyatakan, warga Indonesia berkenaan telah mencapai kejayaan kerana 'hasil kerja keras yang tidak pernah putus-putus'.

Penulis turut berkata, ketika rakyat Malaysia merungut tentang GST dan menyalahkan kerajan untuk semua perkara dan kerana kononnya tidak menolong rakyat, warga Indonesia tersebut yang langsung tidak menikmati sebarang 'pertolongan' daripada kerajaan, terus bekerja keras dan sekarang mampu pula mengupah dan menggaji warga tempatan sebagai pekerjanya.

Persoalannya, sekiranya warga Indonesia itu tidak mendapat bantuan daripada kerajaan kita boleh mencapai kejayaan, bagimana RAKYAT MANJA MALAYSIA langsung tidak boleh mencapai kejayaan yang sama, sebaliknya mengharapkan Kerajaan akan terus membantu mereka dengan menyumbat terus perut mereka dengan makanan. Tidakkah pelbagai bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu?

Warga Indonesia itu pastinya tidak banyak merungut tentang GST 6% yang bakal berkuatkuasa dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi kerana dia sudah maklum yang negaranya telah mengenakan GST sebanyak 10% semenjak 33 tahun lampau.

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang turun ke jalanraya, menghadiri ceramah, membuat pelbagai posting dan komen tidak masuk akal di Facebook tentang GST dan menyalahkan segala-galanya atas kerajaan, ibu bapa mereka serta segala benda yang lain kecuali diri mereka sendiri, sedangkan orang asing pula bekerja kuat untuk menikmati dan mengambil kemewahan di negara ini.

Tiada mana-mana pihak termasuklah Kerajaan yang menghalang sesiapa pun daripada menjadi kaya dan berjaya, sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Malahan kerajaan telah menyediakan pelbagai skim untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjaya, tetapi malangnya, yang wujud akhirnya adalah kelompok besar rakyat Malaysia yang kuat merungut dan menyalahkan pihak lain.

Rakyat Malaysia sepatutnya kurang merungut sebaliknya lebih kuat bekerja, lebih berani untuk berhadapan dengan risiko untuk mencapai kejayaan. Bayangkanlah bagaimana rakyat Indonesia yang datang ke sini dengan sehelai sepinggang, menyelinap dalam segala hutan bakau dan menggunakan bot pancung untuk masuk, tetapi akhirnya mereka berjaya membina kejayaan, baik di negara yang mereka tumpang mahupun di negara asal.

Seperkara lagi, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai perangai suka mengambil kredit kejayaan kepada diri sendiri sekalipun kejayaan mereka itu adalah hasil bantuan kerajaan yang berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif selain program-program yang banyak membantu, tetapi pada masa yang sama, menyalahkan orang lain terutama sekali kerajaan sekiranya mereka gagal.

Malah TONY PUA sendiri pun banyak mendapatkan bantuan serta projek dan geran daripada inisiatif MSC ketika dia memulakan sarikatnya, tetapi kemudian apabila syarikatnya gagal, dan dia tidak lagi berniaga serta menyertai politik, KERAJAAN JUGA YANG DIPERSALAHKAN!!!


LIM SIAN SEE



5 comments:

RD. said...

Anak Melayu Melayu malas. Asyik melepak kedai mamak, merempit, hisap dadah dan skodeng je. Kalau bekerja, Sabtu & Ahad nak off, berehat katanya. OT tak main lah. Lebih baik melepak dan ronda ngan moto.

Oleh yang demikian ada baiknya juga bagi peluang Melayu Indonesia yang rajin berusha. Apa salahnya? Agama sama, rupa paras pun sama ngan Melayu. Kalau ada Melayu Acheh atau Melayu Siam yang rajin, kuat berkerja dan pandai berniaga, menjadi kaya, mengapa Melayu Malaysia yang malas nak irihati pula?
Kepada minority Cina dan India yang jauh lebih kaya-raya tak irihati pula . Hairan bin ajaib betul perangai Melayu kita ni?. Jealous sesama bangsa sendiri saja?

Kata nak meramaikan Melayu kaya untuk merapatkan jurang kekayaan dalam Negara. Kalau macam ni bila boleh hapuskan NEP. Asyik nak pegang tongkat je. Kalau saya, lagi ramai orang serumpun kaya-raya (rupa paras sama tak kira agama: Siam, Iban, Dayak, Orang Asli, Sulu, Filipina, Indonesia, etc.) lagi saya rasa bangga.

Tak la kita nampak seperti merempat di Negara sendiri.

gabenor johor said...

Bukan sahaja rakyat indon tetapi rakyat negara lain pun sama, kemboja bangla pattani nepal taiwan dan rakyat CHINA yg mmg dh lama menetap di Malaysia..x der apa yg perlu diherankan cuma mereka tetap menghormati org melayu tidak seperti rakyat CHINA yg dari dulu dtg dari yg lain yang langsung bersikap kurang ajar dgn org melayu

maae said...

I respek u Lim Sian See. Anda nampak dan prihatin. Cuma apabila kelakuan lembu-lembu PR mula menceroboh ladang tanaman orang, memusnahkan, bila masa tuan ladang boleh mendapat hasil ladang nya ?

Pagar kawasan juga sering di runtuhkan. Ini lah satu sikap Melayu yang amat ketara yang tiada kepada rata-rata orang Indon - boleh di percayai dan amanah (pegang janji)

Contoh. Seorang pemodal cina boleh mempercayai seorang aceh berniaga membuka kedai runcit dan di sokong sehingga sama-sama mendapat keuntungan lumayan. Bukan sahaja kedai serba lengkap, malahan harga barangan hampir setanding dengan peniaga-peniaga runcit milik cina di lain tempat. Jika indon ini awal nya buruh kasar, tidak tahu menulis dan membaca maka sekarang mereka kategori pekerja mahir semua bidang dan pandai pula berurus niaga. Pandai membaca, mengira dan menulis. Kenapa tidak berjaya berbanding Melayu yang tidak reti menggayakan usaha selain ingin setiap hari papa bergaya...

Anonymous said...

Tu blm masuk cerita bangla yg dtg sini ptg rumah kemudian jd kuli kontraktor binaan akhir nikah dgn warga tempatan jd kontraktor pulak. Kayanya sampai 4 bini

Anonymous said...

Aku kerja dlm sektor pembinaan. Makan tidur sekali dgn pendatang asing. Aku takkan kata melayu malas. Melayu dan warga asing sebenarnya sama saja rajin malasnya. Cuma satu perbezaan ketara. Persepsi masyarakat kita sendiri..dlm tv dlm akhbar dlm blog adalah sama. Pendatang dianggap rajin kuat berusaha. Melayu pula diangap malas dan lembik dan tak boleh harap. Patutlah pendatang seronok ke malaysia. Rakyat malaysia dari menteri sampai ke bawah memandang tinggi pd mereka.

 
Blogger Templates