Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 21, 2015

DARI MESYUARAT TERTUTUP, TETAPI DIBUKA OLEH SI KITUL, MUHYIDDIN DIKATAKAN BELASAH NAJIB!!!



Sekarang ni tengah heboh memperkatakan tentang Muhyiddin yang mahu semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis memulakan siasatan dalam syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Dan menariknya, berita-berita yang dilaporkan oleh beberapa orang blogger, portal-portal yang sememangnya diketahui bersifat SI KITUL yang bijak mencari ruang sebagai BATU API dan tukang hasut (BACA DI SINI, dan SINI dan SINI), sedang cuba diterjemahkan sebagai 'MUHYIDDIN MELAWAN DAN CUBA MENJATUHKAN NAJIB'.

Dalam pertemuan tertutup yang melibatkan UMNO Pontian, Hulu Langat, Pagoh dan Bentong itu, malah terbukti menerusi klip video yang dimuatnaik, Muhyiddin jelas sekali tidak berkenan dengan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan 1MDB yang akhirnya, kesan daripada perbuatan negatif mereka, terpaksa ditanggung oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Kita sendiri dapat melihat bagaimana Menteri Kewangan 1 iaitu Najib Abdul Razak seperti tenggelam punca dalam isu 1MDB sehingga akhirnya dia dicop sebagai pembohong, penipu dan pemutar belit serta bercakap flip-flop. Manakala Menteri Kewangan 2 pula, sunyi sepi dan seolah-olah sudah lama dipetisejukkan.

Seperti jawapan bertulis Najib Abdul Razak kepada soalan asal Tony Pua dalam sidang di Parlimen semalam, Najib jelas dan dengan sengaja dikelirukan menerusi TERJEMAHAN tidak tepat 'CASH AND EQUIVALENT CASH' kepada ASET yang akhirnya menjadi buah serta modal pembangkang dan golongan yang tidak faham istilah-istilah ekonomi, perakaunan dan kewangan untuk berlagak sebagai PEMBANGANG.

Apa yang diucapkan oleh Muhyiddin ialah meminta, mendesak dan mengarahkan agar Ahli Lembaga Pengarah 1MDB tidak terus tutup mulut dan bersikap seperti kerani di kaunter jualan yang tidak tahu apa-apa sebaliknya menyalahkan boss di dalam bilik terkurung yang hanya menerima laporan di atas kertas.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Muhyiddin sebenarnya menjaga bossnya daripada menerima kesan daripada perbuatan dan sikap Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang langsung tidak menjawab tentang permasalah, kekeliruan, tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada institusi di bawah Kementerian Kewangan itu.

Memang benar, semua permasalahan Kementerian Kewangan, maka Menteri Kewanganlah yang perlu membuat pengumuman. Tetapi kalau Ahli Lembaga Pengarah dan CEO sendiri pun bermasalah besar untuk menjawab seolah-olah 'ada sesuatu' yang cuba disembunyikan sekalipun pada masa yang sama, pelbagai pihak termasuklah bekas Perdana Menteri menghentam dan cuba memaksa mereka untuk menjawab, kemudian permasalahan tersebut dihantar juga kepada Perdana Menteri untuk menjawab bagi pihak mereka, untuk apa lagi mereka berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah dan CEO 1MDB?

Apatah lagi 1MDB itu sendiri pun bermodalkan wang negara walaupun asasnya 1MDB adalah syarikat negara.

Barangkali sebab itulah para KITUL dan MUDELIAR begitu seronok mencanangkan yang Muhyiddin sekarang sedang menyertai gerombolan yang mahu menggulingkan Najib Abdul Razak dengan alasan 1MDB, sedangkan ucapannya dalam perhimpunan tertutup itu, membawa maksud MUHYIDDIN MEMBELA NAJIB!!!


14 comments:

Anonymous said...

Face the fact bro,

Reality overwhelms fantasy....but i dont blame u for continuing to live an write in fantasy world

Truth is clearly distinct when compared to falsity.....but i dont blame you for bird of the same feather flocks together

Wallahuaklam

Anonymous said...

I no longer support Najib !

Anonymous said...

Mesti kerja the benchmark

kiasfansuri said...

lets the game begin. najib vs muhydin.

Anonymous said...

..teruskan mimpi bro

penang said...

Setahu aku la...kalau asset yang di keluar oleh bank pada amnya boleh ditukar dengan tunai, macam ni

1. BG
2. SBLC
3. LC
4. Gold SKR

Anonymous said...

penulis,lain kali kalau tak reti nak ulas jangan ulas,kalau bodoh jangan bagitau kat orang ramai

kbai

Anonymous said...

Tahap penulisan dan pemikiran pemuja najib a.k.a blogger prepaid dah semakin celaru...makin membuatkan pembaca menyampah dengan BN...

Anonymous said...

Kena ingat.. rakyat skrang ni nk lihat krajaan yg nampk bersih... klw sekali org yg dipercaya ditgkap menipu or cuai habislah... skang ni pun problem 1mdb ni dh melekat kt kepala setiap org.... mmg x bagus lg untuk umno.

Anonymous said...

Ingatkan pemimpin je kaki putar alam... rupanya blogger pon same...

Nasihat aku pada ko the flying kick... benti la makan duit dari Najib supaya hijab ko terbukak...

Anonymous said...

NAJIB WILL BE SURVIVE...ADIOSS

Anonymous said...

Terimalah kenyataan bro,

PUnahsihat, bloger upahan ahjibgor semua dah siap sedia pakai pelampung , tunggu masa nak terjun je lagi dari kapal yg dah senget sebelah nak karam.

Mereka semua dah ada atas deck kapal, kaki sebelah dah letak luar badan kapal sambil menjerit jerit dari bawah kepada Najib;

"Kami menyokong perjuangan mu PM Najib!"

Najib pula tak tau apa2 terus mengemudi kapal yg dah nak tenggelam sambil menunjuk kan ibu jari tanda 'good' kepada penyokongnya yg dah bersedia nak terjun!

Anonymous said...

Itu pendpat kau yg bodoh mcm mahpusss...kami org yg bisnesss x bepikir mcm kau....bangang.
Nt dua barua tu dh memerentah kau tau lhh....lihat je nasib melayu d negeri bwh pembangkang.

Anonymous said...

Apa masalah? Benda kexik diperbesarkan..
Standard la tegur menegur..
INI SEBELUM NAJIB JAWAB KAT BLOG DIA..
Dah tutup kes.. hasil meeting ni la najib buat statement.. Doi..

 
Blogger Templates