Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 19, 2015

TANDAS MUNGKIN PUNCA SEBENAR PANDIKAR AMIN NAK LETAK JAWATAN SPEAKER DEWAN RAKYAT!!!



Pada awalnya ia berkaitan perabot lama, sekarang kerana kekurangan kelengkapan tandas didakwa sebagai antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata perkara itu mungkin menjadi antara faktor yang mendorong kepada niat Pandikar untuk berundur.

"Itu mungkin perkara terakhir. Bagaimana anda tidak memberi penghormatan (kepadanya)?," kata Shahrir ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Shahrir berkata rungutan Pandikar telahpun diketahui dan sebuah tandas dibina di pejabat baharunya.

Pada awal tahun ini, pejabat Pandikar dipindahkan ke tingkat dua bangunan Parlimen sementara kerana bangunan utama sedang menjalani pengubahsuaian.

Pada Sabtu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Pandikar tidak gembira dengan layanan yang diberikan kepadanya sebagai seorang Speaker.

Dr Mahathir berkata rasa tidak puas hati Pandikar antara lain termasuk keadaan perabot yang uzur di pejabat beliau.

Pandikar pada Selasa mengakui beliau mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi menafikan beliau meletak jawatan disebabkan perkara itu.

Beliau berkata kekecewaannya adalah berkaitan Parlimen sebagai sebuah institusi dan memutuskan untuk kekal sebagai Speaker selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk melakukan beberapa perubahan.

Namun Pandikar berkata sekiranya perubahan itu tidak dipenuhi pada penggal akhir sesi Parlimen Ke-13, beliau tidak akan teragak-agak untuk meletak jawatan. (sumber)

Dalam satu laporan berasingan, Speaker Dewan Rakyat itu menafikan faktor perabot dan tandas sebagai punca dia meletak jawatan.


3 comments:

Anonymous said...

Pecah amanah..? Berapa banyak duit dirembat dalam konteks semasa..? Kan PM Najib pun dah cakap, dia hormat Tun M sama seperti rakyat lain. Jadi, sebagai orang marhein, apa Tun cakap tu sama je macam kita orang ni - marhein..

Anonymous said...

Entah apa-apa la si Labu ni merepek.....
Tak ada kelas langsung citer yg ditulis....
pasal tandas la.....
biarla pro sikit Labu....

Anonymous said...

Pasal tandas pun sampai nak letak jawatan....... kalau macam tu jadilah speaker tandas sajalah!!!!!

 
Blogger Templates