Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 16, 2015

BERATUS-RATUS DEMO SOKONG TMJ DI JOHOR, DAN NAZRI AZIZ KATA, DIA TELAH DIPILIH OLEH RAKYAT!!!



Beratus-ratus rakyat Johor menuntut agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meletak jawatan.

Ahli-ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Bukit Serene, Selasa, bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Sultan Johor dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hidup Rakyat Johor'.

Penyokong menggesa Nazri meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadap terhadap institusi Diraja.


Kumpulan tersebut dijangka menyerahkan memorandum kepada pegawai-pegawai istana bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sultan dan kerabat diraja Johor.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.

"Kami rakyat Johor berasa bahawa beliau (Nazri) perlu memahami hak-hak institusi Diraja dan dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Johor.

"Nazri perlu meletakkan jawatan sebagai menteri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan istana sini.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai orang dijangka akan berhimpun di kawasan itu dalam tempoh beberapa jam akan datang untuk menunjukkan sokongan mereka.


Sementara itu di Sabak Bernam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau telah dipilih oleh pengundi untuk berkhidmat kepada mereka, sesuatu yang membezakan beliau dengan Tunku Mahkota Johor.

Katanya, beliau telah menyuarakan sentimen rakyat, sama seperti apa yang Tunku Ismail Sultan Ibrahim lakukan sebagai pemimpin rakyat, bagi pihak rakyat Johor dan rakyat Malaysia.

"Perbezaan di antara kami ialah saya telah dipilih oleh rakyat. Jika saya tidak menjalankan tugas saya, maka rakyat akan menghukum saya apabila tiba masanya.



"Saya terpaksa berdepan dengan mahkamah rakyat setiap lima tahun tetapi InsyaAllah, saya telah dinilai sebanyak lima kali dan saya menang," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan rasminya ke Sekinchan di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tunku Ismail yang berkata beliau telah menyuarakan sentimen rakyat sebagai pemimpin kepada rakyatnya dan rakyat Malaysia.

Sabtu lepas, Nazri memberitahu Tunku Ismail untuk tidak campur tangan dalam politik melainkan jika beliau mahu tertakluk kepada peraturan yang sama dan terus 'dibelasah'.

Kerabat diraja, katanya, perlu menjauhkan diri daripada politik kerana "kami adalah orang-orang melindungi kerabat".



17 comments:

Anonymous said...

..kalau setakat tendang corner flag pun melantun balik tak payah la dok bising suruh menteri resign.. hehe.. caya la sama nazri.. gotta say what u gotta say..

Anonymous said...

Nazri, STFU..

Kau tu dipilih HANYA pengundi padang rengas.

Sultan DIJUNJUNG SELURUH RAKYAT johor.

Anonymous said...

Buatlah yg sama terhadap mereka yg hina kesultanan. Ali, Namawee and the gang. Mereka masih bermaharaja. Buat demo tanpa tindakan susulan ..apa yg dapat?

Anonymous said...

Nak dengar juga kata .. dari PUAD ZARKASHI & Shahril Samad .. ORANG KUAT NAJIB tentang kentang ucapan TMJ..

Anonymous said...

Menegur dengan bahasa pasar. Bukan salah nak menegur tapi biarlah berhemah dengan caranya.

Anonymous said...

Najib harus pecat Nazri

Anonymous said...

Da mcm bebudak gado..

Anonymous said...

Ramai sangat menteri-menteri BN yang bodoh dan samseng.

Ted Manoff said...

Ini semua lawak kartun...bila Melayu je kata biadab. ..bila China kafir buat tak pula kata biadab. .raja2 pun senyap chai2 rakyat pon senyap...

Anonymous said...

Betul tu. Tak dinafikan. Yang dihina sorok kepala macam burung unta dlm tanah dan kura2 dalam cengkerang.

Anonymous said...

cer bagi amoi......

Anonymous said...

Well TMJ termasuk bengali2 tu nampak macam dah ramai tu. Dah boleh tubuh satu parti pun kalau tunku minat berpolitik. What say you?

Macam ni lah TMJ, semua orang boleh bersuara tak salah pun, termasuk saya! Saya rasa saya perlu mengingatkan Tunku tentang Tragedi Amukan Prebet Adam yang menyebabkan Mamaknda Madey Alikutty melucutkan kuasa Raja-Raja Melayu yang dahulunya kebal. Sekarang undang2 boleh diluluskan secara automatik 60 hari tanpa perkenan Agong. Siapa yang rugi? Bagaimana satu ketika nanti puak2 Liberal menguasai Negara dan mahu menghalalkan LBGT?

Adakah Tunku lupa siapakah yang menyebabkan Tragedi Amukan Prebet Adam? Peristiwa hitam itu terpahat dalam hati kami buat selamanya.

Anonymous said...

betul tu bro.....berani sesama melayu. pigi dahhhh.....

Anonymous said...

Setuju..bila melayu cepat aje nak bertindak
Bila bangsa asing hina raja semua senyap sunyi..

Anonymous said...

Kerabat sebergini berlindung dibelakang rakyat..rakyat johor pula emo sangat..main bola pun emo..mcm tak ada kerja..kerabat dah tentu ditanggung cukai rakyat..rakyat hapah tak da ape pun..

Anonymous said...

Cina kutuk psl sultan2 tak pulak macam ni reaksinya...ishhhh...berani sesama sendiri je

Anonymous said...

Yuppp .....setakat demo berapa ribu org ....apalaaa sangat .... Kes namawee ....islam dihina apa cer ???


Contohilah Raja Nazrin shah atau raja muda perlis ....berilmu, bijak ...., ada daya penarik...

 
Blogger Templates