Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 21, 2015

KPDNKK OII.... HARGA BARANG-BARANG BUKAN MAIN MAHAL NI!!!



GST dijadikan alasan.

Puasa dijadikan alasan.

Cuaca dijadikan alasan.

Dan tidak kurang juga ada yang bagi ALASAN TERBODOH iaitu 1MDB untuk menaikkan harga barang jualan mereka!!!

Pergilah ke pasar, pergilah ke kedai, malah pergilah ke bazar-bazar Ramadhan yang bersepah-sepah di seluruh negara. Janganlah hanya melenggak di hotel-hotel untuk makan bufet yang ditaja sahaja.

Tanya harga dan selidikilah harga barangan. Anda pasti akan terpaku.

Kecualilah kalau anda bukannya jenis tahu membeli barang basah sebalikya hanya tahu mentekedaghah!

Masa kecoh-kecoh harga barang hari itu, kerap jugalah berita tentang operasi KPDNKK untuk memastikan para peniaga tidak mencatut harga. Itu pun pasal orang ramai memekak dan mengaitkan GST sebagai punca kenaikan harga barangan.

Tetapi seperti dalam kes-kes yang lain, penguatkuasaan tidak pernah berpanjangan. Cukup sekadar untuk diterbitkan dan disiarkan oleh media untuk memperlihatkan KPDNKK buat kerja, selepas itu, KPDNKK pun kembali bercuti.

Apakah KPDNKK tidak peka dan tidak tahu tentang kenaikan harga barangan yang sedang berleluasa sepanjang minggu ini? Apakah pegawai-pegawai di KPDNKK itu sekadar merenung Excel dan Presentation untuk mereka membuat kesimpulan, HARGA BARANGAN ADALAH STABIL?

Jangan pula hendak gunakan alasan 'TIDAK CUKUP KAKITANGAN' seperti yang biasa digunakan, kemudian memberikan alasan, TIADA KENAIKAN sebab tidak banyak laporan kepada KPDNKK.

Rungutan demi rungutan orang ramai, bukannya sering dihantar ke website KPDNKK. Sebaliknya para pegawai dan anggota-anggota penguatkuasa KPDNKK perlu sendiri turun ke bawah untuk menyiast dan membuat tinjauan bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Tak payahlah pula buat pengumuman sebelum melaksanakan operasi pencatutan, yer? Itu nampak macam nak suruh pihak yang mengawal harga barang, bersedia untuk menurunkan harga semasa operasi dilancarkan.

Sudah masuk hari keempat Ramadhan, harga barang semakin meningkat dan dipercayai, peningkatan akan lebih memeritkan menjelang minggu kedua puasa kerana sambutan hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sudahlah sempadan dan perairan negara pun mudah ditembusi oleh lanun dan penjenayah, harga barang dan bekalan mentah barangan pengguna pun, susah nak dikawal oleh pihak berkuasa.

Apa sudah berlaku Malaysia ni?

Agensi ada pelbagai tetapi semuanya berkongsi alasan, 'KAMI TIDAK CUKUP KAKITANGAN'!!!


12 comments:

dino.yp said...

Tunggu raya cina, barang turun harga.

Anonymous said...

Dulu kata...selepas GST..kos hidup akan turun..

Mana bukti?

Memang patut dilaknat penipu2 tu semua!

maae said...

Makin mual tengok melayu2 yang abaikan amanah dan tanggungjawab ! Tidak bersungguh dalam mengamalkan ibadat dan kebajikan.

Mereka lupa kepada tuntutan Agama Islam tentang hak-hak masyarakat.

Anonymous said...

Lain kali aku nk bg kaki & tangan kat muke hassan malik. X cukup kaki tangan katanya....hahaha

Anonymous said...

salam pengguna ni bodoh dan banggang. guna kuasa membeli yang ade berulang kali diberitahu tapi masih merungut. orang cina tak banyak merungut kerana mereka faham keadaan dan bijak berbelanja. orang melayu yang bodoh. supermarket besar hari hari ade diskaun barang keperluan harian sampai 20% neli disitu pasal dok beli dikedai runcit cina depa tekan harga. sat kata jauh lah susahlah. kedai runcit tu pun ambil barang kat supermarket tu gak. pergi sekali beli untuk 2 minggu. itu bijak berbelanja. makan nasi dikedai ambil lauk 4, 5 macam ambil 2 atau 3 dahlah. aku ade tengok cina makan dikedai melayu sekeluarga 5 orang air beli 2 je share anak2 dan emak bapak aku makan lauk kat 7 jenis air sorang satu. itu buat aku insaf. kita orang melayu jgn merungut sesuaikan diri dengan keadaan ini tidak susah pun nak buat same je. berubah lah. kontrol keadaan bukan keadaan kontrol kita.

Anonymous said...

di cadang sangat2...
Ketua Pengarah dan para pegawai serta para anggota KPDNKK lapor diri di Kem Asahan
bagi menjalani Kursus Asas Tektik/Teknik Asas Operasi !!

Anonymous said...

Sebab kita ada PM yang lemah dikelilingi oleh Raja Mandeliar, Nina Kutti, Sikitol dan pakatan2 beberapa jong

Anonymous said...

Apa yang dibebelkan oleh admin, semuanya betul, semuanya berpijak dibumi nyata, semuanya benar2 berlaku diluar sana..... cuma, kita seolah2 hanya boleh memekak dan merungut, tapi tiada siapa bersungguh2 nak berjuang untuk rakyat hatta PM sekalipun...
Mungkin pihak tertentu termasuk KPNKK kini sedang berkira2 untuk memberikan alasanm sementara pihak lain sedang bersiap untuk menuduh pihak2 tertentu yang menyebabkan kenaikan ini...
Pendek kata, sedangkan logo UMNO pun diterajang turun, inikan pula nak pergi hukum apek2 orang tengah tu.... mau tak mau, peniaga melayu akhirnya akan disalahkan dan dihukum.... inilah Malaysia dibawah NAJIB.

Anonymous said...

Diorang ingat bila Rakyat diam Rakyat terima .... Diorang tak belajar tahun 2008...

Anonymous said...

najib jugak.......dalam otak mesti ada najib......

Anonymous said...

DAH CAKAP DAH. RAMADHAN JER.....BARANG MESTI NAIK.
RAYA CINA.....BARANG MESTI TURUN. TAK CAYE? TUNGGU......

Anonymous said...

"O YOU WHO BELIEVE( MUSLIMIN: MALAYS)!IF A REBELLIOUS EVIL WICKED PERSON COMES TO YOU(MALAYS:MUSLIMIN) WITH A NEWS,VERIFY IT,LEST YOU HARM PEOPLE IN IGNORANCE,AND AFTERWARDS YOU BECOME REGRETFUL TO WHAT YOU HAVE DONE.S.AL HUJURAT.V.6.

 
Blogger Templates