Itu yang berlaku apabila Lim Guan Eng bercadang untuk menyaman Utusan Malaysia sekali lagi selepas beberapa kejayaan sebelum ini termasuk kejayaan terbaharu pada Mac 2015 yang dimenangi oleh bapanya, Lim Kit Siang ke atas akhbar yang dimiliki UMNO itu.
Demonstrasi BERSIH 4.0 walaupun dianggap satu kejayaan kepada kerana berjaya mengumpulkan puluhan ribu anak-anak muda Cina, tetapi memberikan kesan dan imej buruk kepada masyarakat Cina secara keseluruhannya, apabila perasaan curiga terhadap mereka, semakin menebal.
Di sebalik kejayaan BERSIH 4.0, kegagalan yang diperkatakan ialah, kehilangan sokongan terbesar Melayu yang selama ini mendominasi sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang Malaysia.
Utusan Malaysia telah menyiarkan pada muka hadapan tajuk 'MALULAH KAMU' dengan salah satu wajahnya adalah Lim Guan Eng.
Keyakinan apabila kebanyakan samannya dimenangi oleh Lim Guan Eng, membuatkan dia sentiasa bertekad untuk menyaman sekaligus menaikkan imejnya sebagai seorang yang bersih dan jujur.
Anehnya, mengapa agaknya para pemimpin UMNO tidak mengambil langkah yang serupa setiap kali fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh para pemimpin DAP dan PKR?
Yang penting dalam hal ini, bukanlah kebenaran tetapi persepsi. Persepsi amat penting kerana itulah senjata utama yang digunakan oleh DAP, Lim Guan Eng dan PKR.
4 comments:
Pemimpin umno x berapa cerdik main persepsi.....bodoh x faham quran. Itulah tektik yahudi, MULUT MESTI MANIS (MENIPU).
Sbb umno gebang ja kuat..klu cuna buat terus hilang telur..
Orang UMNO BODOH..PENAKUT..KECUT TELOR..kalau dulu aku penyokong totok UMNO sekarang dah terhakis sebab melihat UMNO yg bacul..biar jatuh UMNO lagi bagus..jantan tak bertelur dari PM sampai menteri kabinet UMNO.
Umno juga yg memboleh engkau berburuk bahasa seperti yg kamu tulis skrg 1.35am. So be grateful muhasabah diri.....lol
Post a Comment