Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, October 2, 2015

MUSIM MENAMPAR DAN KENA TAMPAR DAH SAMPAI... KALI INI YDP PAS RANTAU PANJANG, FATAH HARON PULA KENA!!!



Yang Dipertua Pas kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron mengalami kecederaan di muka selepas ditampar ahli parti itu.

Kejadian berlaku dalam satu Majlis Dialog Pas di Kampung Banggol Kulim, Pasir Mas, Kelantan kira-kira jam 9.30 malam Khamis.

Berita Harian Online melaporkan, bekas ahli Parlimen Rantau Panjang itu ditampar lelaki terbabit ekoran berselisih faham dalam perkara–perkara tertentu melibatkan parti.

Lelaki berkenaan telah meluru ke arah mangsa dan terus menamparnya sebelum sesi dialog bermula.

Insiden yang berlaku itu telah menjadi viral selepas Abdul Fatah sendiri memuat naik gambar mukanya yang cedera.

Kejadian yang berlaku itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim. (SUMBER)


1 comment:

KAW said...

Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng bila nak kena

 
Blogger Templates