Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 15, 2015

SIVARASA PULA MAIN KONGKALIKONG... KONON TAK SETUJU DAN CUBA SALAHKAN 'SURAT KERAJAAN PUSAT'!!!



Senang sungguh kalau jadi penentang kerajaan. Mereka hanya perlu membuat tuduhan dan tidak memerlukan sebarang bukti. Cukup dengan segala teori dan kesimpulan mudah, dan akhirnya ia dianggap sebagai satu kebenaran hakiki yang tidak boleh ditolak atau disangsikan.

Itulah perangai yang diamalkan oleh kesemua pembangkang di Malaysia. Walaupun si pembangkang itu menjadi kerajaan di sebuah negeri, perangai hodoh itu tetap diamalkan kerana ia sudah jadi darah daging. Apatah lagi, itu adalah jawapan dan alasan paling selamat yang membolehkan mereka membalikkan kesalahan serta kelemahan mereka kepada pihak musuh.

Pihak musuh dalam isu ini sudah tentulah UMNO-BN yang menjadi Kerajaan Pusat.

Sivarasa Rasiah di sebalik kepetahannya sebagai peguam, ternyata tidak dapat mencari alasan yang lebih kukuh mahupun memanipulasi kepintaran lidah belitnya untuk membela tindakan syarikat konsesi tol di mana dia adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya, bertindak menaikkan kadar bayaran tol.

Sebaliknya, Sivarasa mendakwa, kenaikan tersebut dibuat setelah syarikatnya menerima surat daripada Kerajaan Pusat yang Kerajaan Pusat tidak akan membayar pampasan kepada mereka lagi. Dengan itu, SPRINT yang dimiliki oleh GAMUDA (80%) dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (20%) dibenarkan menaikkan kadar bayaran tol. (RUJUK SINI)

Sivarasa dilantik anggota lembaga pengarah SPRINT pada Januari 2015 sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. Kumpulan Perangsang Selangor Bhd merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.


Keuntungan yang diperolehi oleh syarikat hasil daripada pertambahan trafik di lebuhraya, langsung tidak diperkatakan dan disentuh. Sebaliknya yang ditekankan cuma KERAJAAN PUSAT ENGGAN BAYAR PAMPASAN. 

Jadi bila enggan bayar pampasan, ditambah pula dengan kebenaran Kerajaan Pusat, maka WAJIBLAH SYARIKAT menaikkan kadar bayaran tol... kalau itulah yang dimaksudkan oleh Sivarasa Rasiah. 

Syarikat yang di dalamnya ada manusia yang mendabik dada mereka adalah pejuang rakyat dan faham masalah rakyat, tidak boleh berfungsi apabila kerajaan enggan bagi pampasan, kan? Disebabkan itulah, wajib kena naikkan kadar bayaran tolnya...

Begitulah... sangat mudah sebenarnya menjadi pihak yang menentang Kerajaan UMNO-BN. Bagi saja alasan apa pun, mereka akan dipandang sebagai wira dan UMNO-BN juga yang jahat sepertimana yang cuba dilakukan oleh DAP sekarang ini!!!


3 comments:

Anonymous said...

...sivarasuah...

Gabenor johor said...

biasalah..bila dh kenyang dan nk berak maka beraklah sesuka hati..org lain akn cuci..dh lama bdn hitam taik pun hitam, HATI dia pun HITAM

Anonymous said...

Kalau rasa baik hatilah kononnya kan.......DAP sivarasah ni kan......cakap je berapa dia dapat tiap2 bulan dari,pihak konnsesi lebuhraya kat Selangor ni...diakan ahli lembaga..cer tanya berapa? Mesti pengsan punya kaum india kat Msi ni kalau tahu berapa msyuk.......

 
Blogger Templates