Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 28, 2015

SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN GAJIKAN PEMBUNUH YANG KELAR DAN ROGOL PELAJAR PEREMPUAN DIMINTA UNTUK DIAMBIL TEKANAN!!!



Menteri Pelajaran Mahdzir Khalid mahu tindakan tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas syarikat prngawal keselamatan yang telah mengupah seorang suspek jenayah rogol-bunuh melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Menurutnya siasatan perlu dijalankan bagaimana syarikat tersebut begitu cuai sehingga mengupah seorang lelaki yang mempunyai rekod kesalahan lampau sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

Seperti yang diketahui, mana-mana syarikat pengawal keselamatan perlu mendapat lesen daripada KDN dan syarikat tersebut perlu memastikan pengawal keselamatan yang digaji bersih daripada rekod jenayah dan kesalahan lampau.

Mahdzir mengulas tentang pembunuhan seorang pelajar yang bakal menduduki SPM membabitkan seorang suspek berusia 20 tahun yang mempunyai dua tekod kesalahan lampau mrmbabitkan dadah.

Semalam TPM Zahid Hamidi berkata syarikat terbabit perlu memberikan surat tunjuk sebab kerana telah menggaji orang yang mempunyai rekod jenayah sebagai pengawal keselamatan.


3 comments:

Anonymous said...

Ini bukan kes pertama. Sudah ada precedent di mana pak guard yg tidak disaring melakukan jenayah. Sama juga staff bank yg dibuang kerja menjadi salesman kereta dan mula melakukan jenayah komersial. Hantar resume, pakai tie tanpa saringan diterima jd salesman.

Anonymous said...

bila dah jadi musibah .. baru nak ambik tindakan ?
dulu kes pengawal bank bunuh/rompak .. kecuh la kejap lepas tu ....?
nak buat itu la ..ini la .. apa sudahnya ??
sembang....

abadi romeo said...

Memang patut dibuat saringan kepada semua pengawal keselamatan..harapkan pagar..pagar-pagar makan padi..
blogwalking..minta jasa baik tuan pautkan link blig saya yang kerdil ini..
http://zulcomz.blogspot.my/

 
Blogger Templates