Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 2, 2015

PENIPUAN DAN PEMERDAYAAN TANAH BERNILAI RM557 JUTA LIBATKAN CHRISTINA LIEW, ADUN PKR API-API TAK MENARIK MINAT SPRM KE?



Lebih setahun lampau atau lebih tepat lagi pada 26 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan tiga orang dengan salah seorang daripada mereka adalah ADUN PKR Api-Api, Christina Liew membayar gantirugi berjumlah RM557 juta kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah setelah mereka menipu dan memperdayakan penduduk kampung agar menyerahkan tanah kepada syarikat penipu-penipu tersebut. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Isu tersebut langsung tidak menarik minat mana-mana pihak berkuasa terutama sekali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Christina Liew masih juga seorang ADUN di DUN Api-Api walaupun telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dalam kes saman tersebut.

Untuk rekod, pada 14 November tahun yang sama, Christina Liew ketika berbahas di Sidang DUN, melabelkan kerajaan sebagai KERAJAAN PENIPU semasa perbahasan Bajet Negeri sebelum diarahkan keluar dari Dewan oleh Timbalan Speaker DUN. (RUJUK SINI)

Isu yang membabitkan penipuan oleh Christina Liew membabitkan tanah rakyat di Sabah, bukannya isu terpinggir. Ia telah diperkatakan secara meluas, tetapi nampaknya SPRM tidak tertarik langsung untuk menyiasat bentuk rasuah yang dilakukan oleh Christina Liew dan syarikatnya.

Apakah keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Oktober 2014, masih tidak memadai buat SPRM untuk mengambil atau memulakan sebarang tindakan siasatan?


Difahamkan, tindakan mengheret Christina Liew dan dua orang penama lain dibuat oleh syarikat Borneo Samudera Sdn. Bhd, (BSSB) bukannya oleh pihak berkuasa seperti SPRM. Kes yang dibicarakan pula adalah kes saman, bukannya kes jenayah.

Mengapa ada tindakan berpilih-pilih SPRM dalam isu rasuah dan salahguna kuasa?

Dalam kes Christina Liew, apakah alasan yang boleh diberikan oleh SPRM?

Mengapa isu penipuan oleh wakil rakyat PKR yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah ini langsung tidak mendapat perhatian dan menjadi tajuk perdebatan? Malah langsung tiada sebarang tindakan susulan, walaupun secara jelas berdasarkan keputusan mahkamah, Christina Liew telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya, sama ada sebagai peguam mahupun sebagai wakil rakyat!!!

Ironinya, walaupun tersedia kes besar, nampaknya SPRM lebih sibuk dengan kes-kes lain...


2 comments:

Anonymous said...

tak menarik minat SPRM sebab bukan ahli parti UMNO/BN....kalau kes ni melibatkan ahli UMNO/BN, dah lama SPRM masuk....

Anonymous said...

DAP kan maksum,,

 
Blogger Templates