Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 9, 2015

KADAR DAN TARIF ELEKTRIK NAIK MENJELANG 1 JANUARI 2016? MUNGKIN BETUL KALAU KADAR 2 DISEMBER 2013 DIGUNAKAN!!!



Ternyata, rakyat Malaysia lebih mudah percayakan fitnah berbanding penjelasan yang nyata.

Paling terbaru adalah mengenai TARIF ELEKTRIK yang sebahagian besar mengharapkan sangat KENAIKANNYA bagi menjustifikasikan serangan mereka ke atas Najib Abdul Razak.

Kita sedang melihat bagaimana sesetengah blog dan laman media sosial sedang berusaha membodoh-bodohkan rakyat Malaysia, khususnya golongan di atas untuk mempercayai BERITA LAMA bertarikh 2 Disember 2013 tentang kemungkinan kenaikan 15% tarif elektrik tahun hadapan.

Hakikatnya, seperti yang telah diumumkan, kadar elektrik adalah berdasarkan harga, tidak meningkat tetapi rebat yang diumumkan pada Mac 2015 telah diturunkan dari 2.25sen/kWh menjadi 1.52 sen/kWh sekaligus menyaksikan kenaikan pada harga berkuatkuasa 1 Januari 2016 tetapi masih lagi rendah berbanding kadar pada 1 Januari 2014.

Rebat ICPT ini hanya dikenakan kepada pengguna-pengguna elektrik yang menggunakan lebih 300kWh sebulan. Manakala pengguna di bawah 300kWh sebulan tiada sebarang perubahan semenjak 1997. Pengguna di bawah 300kWh merupakan 70.6% daripada keseluruhan pengguna di Malaysia.

Dana ICPT yang membayar kesemua rebat ini merupakan simpanan berterusan daripada pengurangan harga bahan api termasuklah pengambilalihan IPP menerusi kontrak yang lebih adil.

Pengguna-pengguna yang penggunaan elektrik mereka adalah RM20 dan lebih rendah akan menikmati rebat sepenuhnya. Atau tidak perlu membayar apa-apa bermula dari 1 Januari 2016. Subsidi ini diteruskan walaupun sebahagian besar pemimpin pembangkang mendakwa sebaliknya.

Antara punca mengapa terdapat pengurangan rebat adalah, wujudnya peningkatan kos bahanapi termasuklah harga gas dan arang batu, selain faktor utama iaitu pengurangan subsidi secara berterusan kepada IPP dan pengeluar tenaga.

Harga yang dikenakan oleh Petronas kepada pengeluar tenaga telah meningkat dari RM13.70/MMBTU sebelum rasionalisasi subsidi bermula pada 2014 menjadi RM18.20/MMBtu pada 1 Januari 2016.

Harga pasaran sebenar bagi gas pada ketika ini adalah RM33.00/MMBtu.

Subsidi gas untuk pengeluar tenaga merupakan legasi daripada perjanjian berat sebelah pembelian tenaga yang telah ditandatangani sewaktu Tun Mahathir memulakan IPP pada awal 1990-an, yang menyebabkan Petronas kerugian berpuluh-puluh bilion perolehannya setiap tahun kepada IPP.

Perjanjian berat sebelah itu telah tamat tempoh atau diperbaharui pada kadar yang lebih adil menerusi kadar tender terbuka kali pertama pada tahun 2012 apabila 1MDB menyertai perniagaan janakuasa tenaga.


4 comments:

Anonymous said...

ulasan memeningkan rakyat, rakyat tak kesah rebet ke tarif ke apa ke, yang penting duit gaji aku sikit, beban kos bertambah
korang tak pe pemakan dedak RM2.6b

Anonymous said...

Rakyat malaysia memang bodoh. Bodoh sebab mudah mengikut APA saje yg datang Dan jadi viral dlm fb. Terbaru tambang komuter budak kena caj cam penumpang dewasa. Tak tau nak kata APA dah... Memang bodoh, merosakkan & tiada kebaikan kpd diri sendiri serta org sekeliling!

Anonymous said...

Tak penat ke jadi macai. Tk habis2 nk salahkn tun dan back up 1mdb. Truly macai sejati.

Anonymous said...

bodoh betul machai umno......

Kalau dah bila rebat dikurangkan, kos tarif akan naik, kan?
Kesimpulannya, pengguna akan bayar lebih dari biasa.

Dan org yg biasa dpt bil linkungan RM18-RM20, kenaikkan tarif ini akan naikkan bil elektrik.

 
Blogger Templates