Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 16, 2016

SEMAKIN BERANI!!! MINTA HAPUSKAN ARTIKEL 153 WALAUPUN TERLALU RAMAI YANG BAHASA MELAYU PUN TAK PANDAI-PANDAI WALAU BERGELAR RAKYAT MALAYSIA!!!



Nampaknya cubaan untuk mendapatkan undi masyarakat Cina, menjadikan para pemimpin parti politik, termasuklah yang berada di dalam Barisan Nasional mencari jalan mudah iaitu MEMPERTIKAIKAN PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA, khususnya Artikel 153 yang memperuntukkan Perezapan Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang Melayu-Bumiputera.kembali menjadi modal untuk meraih sokongan dan undi.

BACA DI SINI ARTIKEL 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Bukan rahsia lagi bilamana beberapa pihak mencadangkan agar peruntukan khas untuk orang Melayu-Bumiputera membabitkan hak keistimewaan, termasuklah (atau YANG PALING UTAMA) membabitkan Tanah Rezab Melayu, Tanah Adat dan Tanah Anak Negeri, dihapuskan dan dibuka kepada awam.

DAP dari tahun 1965 atau lebih awal lagi, PAP sebelum dihalau keluar dari Malaysia, telah membangkitkan isu ini walaupun majoriti daripada mereka belum pun sedekad menjadi rakyat Persekutuan.

GERAKAN juga sebelum menyertai Barisan Nasional pada 1974, turut mempersoalkan dan membangkitkan perkara yang sama.

Dan kini, mereka kembali mengulanginya, cuma dalam bentuk yang sedikit berbeza dan sedikit tersusun serta halus.

Kononnya, orang Melayu dan Bumiputera sudah maju. Sudah keluar daripada kemunduran. Justeru, peruntukan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan perlu dihapuskan atau dibuka kepada semua kaum termasuklah kepada kaum pendatang yang baru menjadi rakyat negara ini pada tahun 70-an sehingga kini.

Agak aneh juga, di kebanyakan negara, politik walau macam mana pun, soal perlembagaan langsung tidak disentuh atau dipertikaikan. Tetapi di Malaysia, setelah kenyang, buncit dan kaya-raya, mereka mula mempersoalkan Perlembagaan yang telah mereka sendiri persetujui sebagai galang-ganti kepada status kewarganegaraan serta berpolitik di negara ini.

Namun lebih aneh lagi ialah apabila pihak berkuasa dan Kerajaan pula, sekadar mendengar sambil lalu dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang mempertikaikan peruntukan di dalam Perlembagaan.

Malah lebih ironi lagi ialah apabila MEREKA YANG GAGAL, ENGGAN ATAU MALU BERBAHASA KEBANGSAAN boleh pula menjadi penggubal undang-undang di Parlimen.

Walhal terdapat juga peruntukan dalam Artikel 16 Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan Fasal (D) yang menyatakan, 'bahawa ia ada pengetahuan mudah dalam Bahasa Melayu.'

Mengapa BAHAGIAN MELAYU-BUMIPUTERA mahu dipertikaikan dan mahu dihapuskan, sedangkan BAHAGIAN BUKAN BUMIPUTERA pula langsung tidak disentuh?

Bukankah terdapat terlalu banyak contoh bagaimana ahli-ahli politik Bukan Melayu-Bumiputera yang tidak sahaja, tidak boleh bertutur, bahkan memahami Bahasa Kebangsaan juga mereka gagal.

Ingat lagi dengan perkataan TERBULU-BULU?

Betulkan dan budayakan Bahasa Kebangsaan dahulu sebelum nak bercakap tentang penghapusan Artikel 153!


8 comments:

Anonymous said...

Yang anti melayu Islam makin menjadi jadi. Kerajaan perlu beri perhatian lebih dlm perkara ini.

Anonymous said...

Lebih baik 153 ini dibincangkan di ICJ sebab YAB Tunku yg buat ini sudah tiada dan orang yg ambe tempat Tunku iaitu Razak pun mengambil alih pemerintahan secara rampasan kuasa dan bawa masuk semua seteru2 Tunku. Jadi UMNO yg asal yg buatperjanjian dgn parti2 lain telah pun mati pada1969. Seterus Razak telah menyalah gunakan kedudukan nya dgn membolehkan Mohd Noah jadi billionaire pada akhir thn 60an sebelum ujud nya istilah ini di Malaysia. Dgn ini Hussein dan Razak jadi kaya dgn mengunakan kedudukan mrk utk rompakan lalu meniupkan angin perkauman utk berselindung dibawah peruntukan khas 153. Habis org asal dan yg lain ditinggalkan begitu sahaja oleh lanun2 kepulauan Indon yg digelar Bumiputera di Malaysia.

Anonymous said...

Mereka berani sebab pemimpin umno takde teloq

Anonymous said...

Kejahatan UMNO dan Al Saud terserlah atas naungan Israel dan AS.

Anonymous said...

Bangsat..

Anonymous said...

anon 10.02 , esok dpn Allah kau jwb pasal fitnah kau pd org2 yg telah mati tu ye .

anon 11.21 , kalau pemimpin umno takde telur , pemimpin parti kau buat ape ? mungkin pemimpin parti kau yg tak reti berbahasa kebangsaan tu. tengok kau eja telur pun salah . TELOQ . teloq pala bana kau lah.

Anonymous said...

Akta 153 diperlukan oleh perompak2 utk hidup mewah.

Anonymous said...

Buat sejarah sendiri ke?...😁 well if it makes you sleep better, go ahead and dream up anything that makes you feel good..😁

 
Blogger Templates