Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 17, 2017

HARAP-HARAP PEGUAM ROSMAH MANSOR TIDAK SEPERTI PEGUAM NAJIB YANG CENDERUNG BUAT PENYELESAIAN DI LUAR MAHKAMAH!!!


Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh firma guaman yang mewakili Rosmah Mansor.

Isunya ialah, Rosmah Mansor difitnah sebagai orang yang telah menandatangani sekeping cek mewakili Eric Tan yang dikatakan adalah Jho Low, figura yang menjadi momokan kaum Pakatan dan pentaksub Mahathir.

Nama Rosmah Mansor dikaitkan apabila Fakta Kenyataan dibuat oleh oleh Pendakwaraya Singapura dalam kes menentang Jens Fred Sturzenegger pada 10 Januari 2017.

Walaupun nama Rosmah Mansor langsung tidak disebut oleh Pendakwaraya Singapura, namun beberapa pihak tidak bertanggungjawab dan cuba mencari kesempatan di Malaysia telah menggunakan media sosial untuk menfitnahh isteri Perdana Menteri itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Firma Noorhairan Mohd Noor ini sepatutnya segera disusuli dengan tindakan menyaman mereka yang melakukan fitnah berkenaan dan tidak lagi bertindak sebagai penasihat serta pencerah ilmu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dalam beberapa kes sebelum ini, Rosmah Mansor difitnah secara berterusan dan sistematik. Bagaimanapun, apabila kenyataan media dilakukan oleh peguam yang mewakili Rosmah Mansor, para penfitnah tersebut segera memadamkan posting masing-masing dan memohon maaf.

Mereka kemudiannya lepas bebas begitu sahaja.



Barangkali kerana terlalu senang itulah, mereka kembali bebas membuat fitnah ke atas Rosmah Mansor. .

Dalam isu ini, mengapa tindakan tegas seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng tidak dicontohi?

Walaupun Lim Guan Eng memenangi kebanyakan kes saman fitnahnya secara teknikal, tetapi kemenangan tersebut memberikan gambaran, bahkan ditanggapi sebagai kebenaran berpihak kepadanya.

Rosmah Mansor sudah sepatutnya menghentikan sikap keibuannya dan mudah memberikan maaf seperti yang ditunjukkan dalam banyak kes sebelum ini. Sikap keibuan dan mudah memberikan kemaafan, tidak akan membangkitkan kesedaran kepada golongan penfitnah, sebaliknya membuatkan mereka bertambah galak dan semakin kreatif untuk mencipta fitnah yang lebih besar.

Harap-harap jugalah, peguam yang mewakili Rosmah Mansor tidak mengulangi sikap dan kaedah yang digunakan oleh peguam yang mewakili Najib Abdul Razak yang lebih cenderung untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah!


1 comment:

Anonymous said...

akan berbuat apa saja termasuk yang 'ekstrem' bagi mendapatkan political mileage telah menular lama di sini. mereka sanggup menconteng arang waima di muka 'ibu' sendiri. hanya baru-baru ini ia (trend negatif) ditiru di AS: macam-macam cara dilakukan untuk menundukkan lawan. dalam kata lain perasaan bahawa kita tiru AS dalam semua hal adalah tidak semuanya benar kerana dalam hal ini AS yang tiru kita. wakakaka

 
Blogger Templates