Tapi Mahathir apa peduli. Lagi dia suka dan para penyokongnya pun beranggapan, semakin banyak nama Mahathir diperkatakan, maka ia menunjukkan Mahathir semakin ditakuti dan dia semakin berkesan dalam politik negara.
Walau bagaimanapun, andaian tersebut tidak berlaku kepada Najib walaupun hampir setiap masa, nama Najib diratib oleh Mahathir dan para pengikutnya. Sebaliknya mereka beranggapan, Najib semakin lemah kerana Mahathir semakin kuat menyerang dan bercakap tentang Najib.
Lantaklah Mahathir yang semakin kemaruk untuk membawa harta kekayaan dunia ke liang lahad menerusi kuasa. Sembangnya, konon dia sedang memperjuangkan rakyat dan Melayu, hanyalah temberang kosong.
Sama sepertimana dia tidak mempedulikan Melayu dan Bumiputera sepanjang 22 tahun pentadbirannya tetapi lebih banyak membiakkan kekayaan untuk kroni dan anak-anak serta proksinya.
Mahfuz Omar yang suatu ketika dahulu tidak lekang daripada memaki hamun Mahathir dan anak-anaknya, sekarang ini telah menjadi sebahagian daripada keluarga Mahathir. Di mana sahaja ada Mahathir, di situlah Mahfuz Omar. Tetapi anak-anak Mahathir kaya-raya dengan projek-projek kerajaan, Mahfuz cuma ada air liur.
Khabarnya, Mahfuz tidak berpuas hati dan mengkritik partinya kerana tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Cap Bunga di Stadium Malawati malam kelmarin. Katanya, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalin kerjasama dengan gabungan pembangkang seperti yang diinginkan Mahathir.
Mahfuz adalah satu-satunya pemimpin PAS yang hadir dalam majlis tersebut. Menurutnya, dia hadir kerana dijemput Cap Bunga.
Lebih menarik lagi ialah apabila Mahfuz memberitahu, dia sebenarnya tidak tahu PAS tidak bersedia menjalin hubungan dengan Cap Bunga atau dengan Pakatan Harapan.
Besar sangat harapan Mahfuz. Kebelakangan ini pun, dia semakin rapat dengan Cap Bunga. Mungkin ada baiknya jikalau Mahfuz meninggalkan PAS dan menyertai Cap Bunga apatah lagi kekagumannya dan jilatannya terhadap Mahathir sudah mencapai tahap ultra.
6 comments:
Nabi telah bersabda: Sesiapa yg berkawan dengan penjual minyak wangi wangian akan terpalit kpdnya, sesiapa yg berkawan dgn tukang besi pasti akan terpalit "taik" besi.
Biarkanlah dia melalak. Term terakhir jadi ahli parlimen. Kalau dia bertanding pon kat pokok sena pru 14, dia boleh hilang wang pertaruhan.
Sebenarnya dia adalah taik tapi dia tidak tahu bahawa dirinya adalah taik..taik kering yg semakin hitam.
Meroyan sakan...masa depannya di pokok sena semakin kelam.
Parti...era skrg perlu org berpelajaran tinggi...dia tak layak..tapi masih melobi agar diberi belas...semua dah anggap dia zero malah sifar kualiti...boboi pun dah seram..sbb ini bolih menyuramkan nya..bayangkan boboboi and en bean....bergabung satu filem...nanya amat...
Tun dn mhfuz dh samo buang tebiat nk mmpos
Post a Comment