Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya gagal mengawal ahli!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kononnya hanya melebihkan kroni dan orang-orang yang terdekat dengannya!
Muhyiddin Yassin dipersalahkan kerana tidak ambil peduli tentang parti sebaliknya membiarkan Dr. Mahathir yang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti termasuklah 'mempergunakan' penjawat-penjawat awam bagi mewujudkan TSUNAMI MELAYU pada PRU-14 akan datang!
Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan kerana terlalu VIP dan minta diberikan layanan permaidani merah walaupun dia bukan lagi dalam hierarki tertinggi pentadbiran negara.
Beberapa keputusan yang dibuat atau melibatkan Muhyiddin Yassin kini dipersoalkan.
Antaranya termasuklah, mengapa Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PAS hanya di Johor, Terengganu dan Kedah padahal Dr. Mahathir sendiri telah mengatakan, TIADA LAGI KERJASAMA ANTARA CAP BUNGA DENGAN PAS.
Juga dipersoalkan adalah watikah perlantikan yang hanya mempunyai tandatangan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tetapi tiada tandatangan Dr. Mahathir yang dianggap sebagai SUPREME LEADER yang mempunyai kuasa pemutus lebih tinggi berbanding Presiden.
Selain itu, taktik Muhyiddin Yassin yang mahu 'hijack' calon-calon UMNO yang tidak akan dicalonkan pada PRU akan datang juga dipersoalkan. Para penyokong Mahathir di dalam parti tersebut lebih berminat dengan taktik 'hijack' calon-calon UMNO yang telah menang dengan majoriti tipis pada PRU akan datang untuk lompat parti, sekaligus mengurangkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh Cap Bunga apabila calon-calon UMNO tersebut akan membiayai kempen dan memenangi pilihanraya dengan dana UMNO sendiri. Taktik yang digunakan oleh Muhyiddin dianggap akan membinasakan Cap Bunga kerana bukan sahaja dana yang terpaksa dikeluarkan jauh lebih besar, tetapi juga mereka hanya memperolehi pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berkualiti.
Justeru, taktik Mahathir yang mahu mempergunakan calon-calon UMNO yang telah menang PRU dan mempunyai kerusi sama ada DUN apatah lagi Parlimen, lebih berwibawa dan perlu diperkukuhkan.
Selain itu, Muhyiddin Yassin juga dipersalahkan dan diminta agar tidak berkempen di kalangan guru memandangkan rekod buruknya sebagai Menteri Pendidikan yang memperkenalkan golongan guru kepada bebanan tugas yang tidak munasabah. Kehadiran Muhyiddin Yassin dalam kempen di kalangan guru-guru, akan membuatkan semua kemarahan guru-guru di Malaysia tertumpu kepada Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Presiden Parti Cap Bunga. Kemarahan kepada Presiden, bermakna, kemarahan dan keengganan menyokong Parti Cap Bunga.
Para penyokong Mahathir di dalam kem Cap Bunga sekarang, mahu status kemarahan kaum guru, kekal terhadap Kerajaan yang memerintah, bukannya kepada bekas Menteri Pendidikan yang membebankan mereka dengan pelbagai tugas termasuklah memperkenalkan penggunaan BestariNet yang bukan sahaja tidak cekap tetapi juga membazirkan wang.
Perkara itu perlu disorok daripada pengetahuan golongan guru di Malaysia. Mereka mahu para guru terus marahkan kerajaan, marahkan Najib Abdul Razak walaupun pada zaman Najib Abdul Razak, tingkat gaji guru-guru di Malaysia telah dinaikkan berkali-kali ganda berbanding pada zaman Mahathir.
Nampaknya, perkembangan terbaharu di dalam Parti Cap Bunga menunjukkan hayat Muhyiddin Yassin sebagai Presiden tidak akan kekal lama, sekaligus membenarkan telahan selama ini bahawa Mahathir sebenarnya mahukan Mukhriz Mahathir menjadi Presiden, manakala Muhyiddin Yassin pula hanyalah topeng yang kemudian dibuang dengan menggunakan taktik yang serupa ketika kemelut-kemelut dicipta di dalam UMNO di bawah pentadbiran Mahathir dahulu.
Dari kem PAS yang sedang bermuktamar di Pokok Sena, khabar-khabar angin yang mengatakan Muhyiddin Yassin akan menyertai parti itu, semakin kerap diperkatakan!
2 comments:
SHORT, FAT, BLACK, BLUE, GREY AND STUPID.
Madey bersedia utk cantas sama sndiri...mcm biasalah..
Post a Comment