Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 17, 2017

KENAPA KULASEGARAN TAK CAKAP, TKM II PULAU PINANG TAK SEPATUTNYA DILINDUNGI SEBAB DIA ADALAH PENYOKONG KUMPULAN PENGGANAS TAMIL EELAM?



Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M.Kulasegaran menyelar Kerajaan Malaysia kerana masih lagi memberikan perlindungan kepada Dr. Zakir Naik. Menurutnya, tidak sepatutnya Kerajaan Malaysia terus melindungi Dr. Zakir Naik kerana cendekiawan Islam itu dikehendaki di India kerana penggubahan wang haram, bukannya atas faktor agama.

Menurutnya lagi, tindakan Kerajaan Malaysia itu akan menyebabkan Malaysia terpinggir dan tersisih kerana melindungi seorang suspek penjenayah. (RUJUK SINI)

Bukan rahsia lagi bilamana Dr. Zakir Naik amat dimusuhi oleh pembesar-pembesar agama Hindu di India, bahkan di Malaysia apabila antara yang menyebabkan dia menjadi perhatian ialah perbandingan agama Islam dengan agama Hindu yang menjadi intipati ceramahnya terutama pada peringkat awal namanya mulai dikenali di samping Allahyarham Ahmad Deedat.

TIADA SEORANG pun pembesar-pembesar, mahupun sami-sami ulung Hindu yang dapat mematahkan hujah Dr. Zakir Naik, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk menghapuskan pengaruhnya menerusi undang-undang.

Dr. Zakir Naik ditentang oleh sebahagian besar orang politik beragama Hindu yang ada kepentingan terutama untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Hindu dan hero Tamil. Walaupun di Malaysia, ceramah Zakir Naik tidak dibenarkan membuat perbandingan antara agama kerana kekangan budaya dan tatacara hidup rakyat Malaysia, tetapi orang seperti Kulasegaran, pemimpin Hindraf kerap menjadikan India sebagai kiblat mereka, membuatkan apa-apa sahaja yang berlaku di India, penting kepada mereka, termasuklah kematian bintang filem Tamil yang turut diratapi oleh sebahagian orang India yang mengaku rakyat Malaysia.

Sekaligus menunjukkan kepada kita, bagaimana sukarnya untuk mereka bertukar kiblat dan taat setia, sekalipun pada masa yang sama, segelintir daripada mereka menjadi Ahli Parlimen dan ADUN bahkan pernah memegang jawatan dalam Kabinet.

Menariknya, berbanding Zakir Naik, Kulasegaran dan para pemimpin beragama Hindu yang kiblat mereka masih di India serta ego mereka tercalar kerana ceramah-ceramah Zakir Naik di luar negara, tidak pula memberikan sebarang reaksi berhubung kaitan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam.

Pada Julai 2014, P. Ramasamy yang juga merupakan ADUN Perai dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang telah didesak meletak jawatan ekoran pembabitannya dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam diketahui umum.

P. Ramasamy telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Tamil Eelam pada tahun 2003. Dia juga merupakan salah seorang penasihat kumpulan pengganas tersebut.

Tamil Eelam merupakan kumpulan pengganas yang telah membunuh dua orang pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandhi pada tahun 1991.

Tamil Eelam telah dilabelkan sebagai KUMPULAN PENGGANAS oleh 32 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, India dan semua 27 negara-negara dalam Kesatuan Eropah.


P. Ramasamy pernah menyuarakan rasa tidak senangnya apabila PDRM memburu ahli-ahli kumpulan Tamil Eelam yang melarikan diri ke Malaysia menerusi laman rasmi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy menulis:

“Malaysian Police’s witch-hunt against Tamils continues! Despite the protests by Tamil groups and human rights organizations, the Malaysian police continues its arrest and detention of Tamils suspected of earlier links with the LTTE. Yesterday, four more Tamils were arrested on suspicion from the information gathered from the Sri Lankan intelligence services. The Malaysia police under the present IGP is becoming infamous not only how they treat the poor refugees especially from Sri Lanka but how they treat the local Tamils.” (RUJUK SINI)

Zakir Naik tidak pernah berkempen untuk menggalakkan keganasan, tetapi P. Ramasamy terang-terang berkempen agar PDRM dan Kerajaan Malaysia membiarkan anggota kumpulan pengganas mengganas di dalam negara ini.

Jadi, Kulasegaran selaku peguam dan Ahli Parliman Ipoh Barat, barangkali tersangat buta - buta mata dan buta perut - kerana marahkan Zakir Naik sambil mengandaikan sesuatu yang belum terjadi, berbanding membiarkan bahkan membela P. Ramasamy yang terang-terang menganggotai kumpulan pengganas.

Mengapa Kulasegaran tidak mendesak agar pihak berkuasa Malaysia supaya 'tidak melindungi' P. Ramasamy sebaliknya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu diseret untuk disiasat berhubung pembabitannya dengan kumpulan pengganas?


2 comments:

Anonymous said...

Zakir Naik ada terlibat dlm serangan bom di Bangladesh. Kerajaan Malaysia menunjuk kebodohannya memberi suaka kpd org ini.

Anonymous said...

Banyak tuduhan palsu kpd Zakir Naik dibuat oleh kumpulan anti Islam. Semua itu krn dakwah Zakir Naik yg berjaya menarik masyarakat dunia kpd Islam.

 
Blogger Templates