Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 24, 2017

UNTUK KALI KEDUA BERTURUT-TURUT, NAMA MAHFUZ OMAR TERPINGGIR DAN GERAKAN MENENTANG USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR SELANGOR!!!



6 hari lepas, PAS secara rasminya telah mengeluarkan senarai 26 orang calon sah yang akan bertanding dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sessi 2017-2019. Sekaligus membenarkan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar tidak lagi dikehendaki bukan sahaja di dalam kepimpinan utama PAS, bahkan di dalam PAS sendiri, adalah benar dan tepat! (RUJUK SINI)

Mungkin sedar, dia telah menjadi orang buangan, Mahfuz mengambil kesempatan untuk menghentam PAS semahu-mahunya. Parti yang banyak berjasa kepadanya semenjak dia bergelar Ahli Parlimen dan ahli politik, kini tidak ubah seperti sampah di matanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan dan amaran PAS agar Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN-Cap Bunga) tidak mengganggu dan mengacau PAS di kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRU-14 nanti, adalah sesuatu yang bersifat bongkak, angkuh dan sombong. (RUJUK SINI)

Mahfuz juga mengingatkan PAS bahawa kemenangan PAS selama ini bukannya terhasil daripada sokongan ahli-ahli PAS sahaja, sebaliknya daripada sokongan ahli-ahli DAP dan PKR. Justeru, apabila PAS mengambil pendekatan berkeras dan bermusuhan dengan PKR dan DAP terutamanya, bagi Mahfuz Omar ia adalah satu kerugian besar kepada PAS.

Sesuatu yang barangkali Mahfuz lupa ialah, PAS pernah memiliki 27 kerusi Parlimen pada tahun 1999, lama sebelum kolobarasi dengan DAP dan PKR dibuat. PAS berjaya menarik perhatian golongan dan pengundi muda, jauh sebelum PAS mengisytiharkan Tahaluf Siyasi dengan PKR dan DAP.

Sebaliknya, DAP dan PKR menikmati limpahan undi dan sokongan daripada PAS untuk mereka turut menambah kerusi. PKR sendiri pada tahun 2004, hanya memiliki satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang Pauh yang diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail. Manakala Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh pernah kalah sebelum mereka kembali angkuh selepas menang dan kuat menerusi Tahaluf Siyasi dengan PAS.

Kesian Mahfuz Omar yang semakin renggang dia dengan kepimpinan utama PAS.

Terbaharu, seorang lagi pemimpin PAS akan dikorbankan oleh parasit-parasit dalam PAS. Pemimpin PAS berkenaan adalah penyandang jawatan Naib Presiden sekarang iaitu Iskandar Samad dari Selangor.

Berdasarkan maklumat, sejumlah RM500,000 telah disediakan untuk kempen gerakan memenangkan Iskandar Samad bagi membolehkan ADUN Cempaka dan Exco Perumahan Selangor itu, kekal di dalam saf kepimpinan utama.

Sebabnya, Iskandar Samad yang pernah mengeluarkan kenyataan beberapa hari lepas, PAS Selangor tidak akan memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR Selangor melainkan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat dalam Muktamar, dilihat sebagai agen terbaik untuk membolehkan usul putus Tahaluf Siyasi sepertimana yang didesak dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS negeri-negeri termasuklah Pergerakan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas, tidak diperkatakan. (RUJUK SINI)

Gerakan HARUM MANIS masih kuat di dalam PAS walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah pun menyeberangi masuk ke PAN, parti tajaan DAP yang dipimpin oleh Mat Sabu. Agen-agen HARUM MANIS dan barua-barua Pakatan Harapan di dalam PAS, sedang berusaha untuk membantu PKR kekal memegang kuasa di Selangor dengan cara mengorbankan salah seorang pemimpin PAS yang dilihat amat bergantung kepada Azmin Ali.


2 comments:

Anonymous said...

Mahfuz dah tak laku. Meroyan sana sini cari sokongan tpi kosong.

Anonymous said...

PAS dah kena juai pada UMNO.

 
Blogger Templates