Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 9, 2017

SIBUK KATA UMNO RASUAH, PEMIMPIN PARTI PRO-DAP MERANGKAP KONTRAKTOR DIREMAN SPRM KERANA MENTEKEDAGHAH DUIT ZAKAT!!!



Ketika polis menggempur hub, sarang dan makmal dadah di Pulau Pinang sehingga sebuah makmal dadah berjaya ditumpaskan semalam, SPRM pula menggempur Pusat Zakat Pulau Pinang.

Polis Thailand pernah menyebut dan mengaitkan Pulau Pinang sebagai hub dadah di Asia Tenggara. Kenyataan tersebut menjadi punca kemarahan luar biasa Lim Guan Eng, sebaliknya Ketua Menteri yang serba tak pernah bersalah tetapi sedang cuba menangguh-nangguhkan perbicaraan rasuah dan penyelewengan kuasanya, menyalahkan pihak lain, terutama sekali pihak berkuasa.

Hari ini, SPRM menahan reman seorang pengurus besar berpangkat Datuk daripada agensi kutipan zakat di Pulau Pinang bersama-sama tiga orang kakitangan serta empat orang kontraktor berhubung pelbagai kesalahan salah guna kuasa dan rasuah

Salah seorang kontraktor tersebut merupakan pemimpin kanan sebuah parti yang baru ditubuhkan, di Bahagian Tasek Gelugor.

Sumber SPRM memaklumkan, kesemua susek tersebut ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh SPRM di syarikat, kediaman dan agensi terbabit pagi tadi.

Kesemua suspek dipercayai terbabit dalam salahguna kuasa dan penyelewengan wang hasil kutipan zakat berkaitan pelbagai projek termasuk baik pulih rumah asnaf, pembekalan cenderamata dan pembekalan barangan di pusat latihan agensi terbabit.

Mereka semua dibawa di Mahkamah Majistrest bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.


1 comment:

Anonymous said...

Siasat betul2. Biar rakyat tahu siapa yg cakap tak serupa bikin pasal rasuah. Rakyat tak mahu lagi dikencing oleh org politik yg suka tuduh itu ini tpi diri sendiri bergelumang dgn salah guna kuasa.

 
Blogger Templates