Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 30, 2017

NAK BERDALIH APA LAGI, GUAN ENG... AMERIKA SYARIKAT BOLEH SERANG GUNA TENTERA UNTUK GULINGKAN KERAJAAN MALAYSIA?!!



Penulis: AZMI ARSHAD

Kata Lim Guan Eng, "Saman sivil telah difailkan di US, bukannya di Malaysia. Jangan cuba kelirukan masyarakat. Sekiranya US mahu menguasai Malaysia, mereka mempunyai kuasa ketenteraan untuk berbuat begitu."

Pihak pembangkang, termasuklah PUAK GENG IQ41, akan mendakwa, Lim Guan Eng bercakap benar tanpa sebarang maksud atau niat yang lain. 

Mereka perlu sedar, bukan semua orang memiliki IQ 41...

(1) Kenyataan Lim Guan Eng adalah satu HASUTAN. Tidak kisahlah sama ada ianya benar atau sebaliknya. Kenyataan tersebut boleh mencetuskan ketidaktenteraman di kalangan sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Dia tidak seharusnya bercakap secara terbuka tentang negara lain yang boleh menggunakan kuasa ketenteraannya untuk menggulingkan kerajaan kita. Tidak kiralah berapa terhadnya kuasa tentera kita, kita tidak akan mengumumkan kepada dunia yang kita tidak akan mempertahankan negara ini daripada dicerobohi dan ditakluki. Itu bagi saya adalah SATU PENGKHIANATAN.

(2) Sangat jelas, Lim Guan Eng cuba menyembunyikan pembabitan Pembangkang dalam kedua-dua saman sivil DOJ dengan menyalurkan maklumat-maklumat palsu dan separuh benar kepada DOJ. Saman pertama DOJ gagal menghadirkan sebarang bukti semenjak hari pertama ia menjadi tajuk-tajuk utama media, manakala saman kedua DOJ pula tidak lebih daripada sekadar usaha untuk menjadikannya sebagai bahan gosip di kampung-kampung. Daripada rumah-rumah terbuka yang saya hadiri, lebih banyak topik lebih menarik yang kami perkatakan dan tawakan, termasuklah bagaimana Pakatan sedang berkecamuk.

(3) Lim Guan Eng pastinya berpendapat, rakyat Malaysia secara puratanya mempunyai IQ 41 sahaja bagi memudahkan pembohongannya konon Amerika Syarikat hanya menggunakan kuasa ketenteraan untuk menggulingkan sesebuah kerajaan. Amerika tidak akan sebodoh itu untuk melancarkan operasi ketenteraan sebagai langkah pertama untuk menjatuhkan kerajaan kita sekalipun mereka mempunyai tentera yang hebat. Media dan sektor kewangan merupakan senjata lebih ampuh untuk mereka melakukan kerosakan. Mereka akan cuba membunuh semua peluang perniagaan dan ekonomi kita terlebih dahulu. Jangan jadi terlalu bodoh untuk tahu yang Amerika juga akan mengapi-apikan dan membiayai para penyokong pembangkang yang tidak berotak untuk memakai baju kuning untuk protes macam lembu di jalanan, kononnya secara aman tetapi mengapi-apikan kebencian.

Amerika juga akan menyokong pembangkang dengan syarat pemimpin baru yang dipilih direstui mereka, sesuatu yang Lim Guan Eng pura-pura lupa bagaimana reaksi Amerika Syarikat apabila Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir dan apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan. Apabila Amerika Syarikat menyokong pembangkang, balasannya ialah perlu membenarkan Amerika Syarikat campurtangan secara langsung membabitkan polisi domestik mahupun asing.

(4) Lim Guan Eng memberi jaminan kepada Amerika Syarikat bahawa pembangkang adalah sekutu mereka dan pembangkang pula amat bergantung kepada DAP untuk 'tugas' tersebut. DAP pula cuba menunjukkan mereka berada di sebelah Amerika Syarikat.

Jangan salah anggap. Saya tidak berkata, yang kita perlu bermusuh dengan Amerika Syarikat -- saya masih menggunakan iPhone dan Mac. Saya kata, kita tidak boleh mempercayai cita-cita geopolitikal dan sudah pasti tidak boleh mempercayai kepura-puraan Pembangkang yang cuba berlagak naif dalam menjemput kuasa asing bagi menggulingkan kerajaan. (Sudah pastilah tidak semua di Amerika Syarikat itu jahat - di kalangan mereka sendiri terdapat penggubal-penggubal undang-undang yang mengecam kerajaan mereka kerana campurtangan dalam hal ehwal negara lain).

Lim Guan Eng turut cuba membodoh-bodohkan rakyat dengan kenyataan retoriknya.

"Lim turut menegaskan, skandal yang dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa itu, memberi kesan besar kepada Malaysia dan ekonominya."

Hakikatnya, tidak berlaku sebagaimana yang dinujumkan oleh Lim Guan Eng, sebaliknya laporan oleh Bloomberg yang disiarkan pada 29 Jun 2017 melaporkan:

-- 'Aset-aset Malaysia kembali menjadi keutamaan apabila para pelabur memberikan fokus kepada petunjuk-petunjuk pemberangsangan perubahan ekonomi biarpun skandal tersebut menyentuh kepimpinan tertinggi kerajaan bahkan sehingga ke Hollywood.'

-- 'Malaysia telah digegarkan dengan siasatan ke atas dana pelaburan 1MDB, pun begitu peningkatan dua angka dalam eksport negara telah melonjakkan ekonomi yang menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku tahun pertama tahun ini, paling tinggi semenjak 2015.'

-- 'Para pelabur luar negara telah membeli USD2.48 bilion ekuiti Malaysia tahun ini, aliran terbesar stok di Asia Tenggara. Indeks Bursa Malaysia FTSE berada pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada 16 Jun apabila saham-saham teknologi, perbankan dan pembinaan melonjak.'

-- 'Para pelabur bon juga telah kembali. Sekuriti hutang Malaysia berjaya menarik lebih dari RM16 bilion (USD3.7 bilion) pada bulan April dan Mei selepas mencatatkan aliran keluar paling lama dalam tempoh dua tahun. Perolehan dalam tempoh 10 tahun telah jatuh 57 mata asas kepada 3.89% semenjak mencapai titik tertinggi lapan tahun pada bulan November.'

--Bagi Schroder Investment Management Ltd, faktor-faktor ekonomi mengatasi masalah politik untuk pelaburan terhadap bon Malaysia. Faktor-faktor ekonomi ini juga memihak kepada Ringgit kesan daripada unjuran positif.'

Lim Guan Eng telah menipu kepada rakyat negara ini apabila dia dan DAP sebenarnya yang bersalah di Pulau Pinang terutama sekali dalam membankrapkan ekonomi negeri itu dan menjual aset-aset negeri yang sepatutnya mereka tadbir dan makmurkan. Jangan dilupa juga bahawa Lim Guan Eng sendiri terpalit dengan skandal rasuah yang menyaksikan dia berhempas-pulas untuk cuba mengelak daripada dibicarakan dengan menunda-nunda tarikh perbicaraan menerusi pemanipulasian undang-undang.

Semoga Allah hancurkan kafir harbi DAP, melayu munafiq DAP dan orang Melayu yang bersekongkol dengan mereka.

- AA -

RUJUKAN:

https://www.bloomberg.com/…/malaysia-shrugs-off-1mdb-scanda…

https://www.themalaysianinsight.com/s/6281/


LIM KIT SIANG TUNJUK POWER, CALONKAN HUSAM MUSA SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN TANPA KONSENSUS PAKATAN HARAPAN!!!



Di sebalik penafian kononnya DAP dan Lim Kit Siang hanya berpegang kepada konsensus dalam membuat sebarang keputusan membabitkan Pakatan Harapan, hakikatnya, konsensus yang dimaksudkan adalah diri Lim Kit Siang dan DAP semata-mata, bukannya hasil perundingan dengan PKR, PAN mahupun Cap Bunga.

Lim Kit Siang tidak mampu untuk menahan dirinya daripada memberikan bukti dan menunjukkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan bahawa dialah seperti Ketua Nombor 1 mereka.

Pada ketika jawatan Perdana Menteri masih lagi bersifat sorong tarik dan rebutan antara beberapa nama dan parti - Anwar, Dr. Mahathir, Azmin dan Lim Kit Siang sendiri - di Kelantan, Lim Kit Siang membuat keputusan mutlak tanpa boleh dibantah untuk memberikan restu dan pengiktirafannya kepada Husam Musa. 

Seronoklah para penyokong Husam Musa. Melompat-lompatlah PAN apabila orang yang akan mengambilalih kepimpinan daripada Mat Sabu itu, dinamakan sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini kerana Husam Musa sering digambarkan sebagai 'PENYELAMAT' Kelantan meskipun Menteri Besar sekarang, Ahmad Yaakob terpaksa menanggung beban dan masalah yang telah diwujudkan oleh Husam Musa sewaktu dia masih menjadi Exco Kanan pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Tentu ramai yang masih ingat dengan pelbagai projek ganjil yang dilancarkan oleh Husam Musa yang akhirnya menyebabkan Kelantan kehilangan wang negeri bahkan terpaksa mengemis daripada Kerajaan Pusat setiap bulan untuk menanggung kos pentadbirannya.

Begitu juga dengan Projek Lembah Sirih dan pembalakan di Hulu Kelantan yang sekarang ini, Husam Musa cuba menonjolkan dirinya sebagai pejuang dan penyelamat. Projek-projek tersebut semuanya dari zaman Husam Musa sebagai Exco paling berkuasa, bahkan lebih berkuasa dari Menteri Besar sehinggakan ramai yang melihat Allahyarham Nik Abdul Aziz pada waktu itu hanyalah jurucakap dan juru 'endorse' apa-apa sahaja yang ingin dibuat oleh Husam Musa.

Husam Musa seringkali digambarkan sebagai pengganti Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk jawatan Menteri Besar Kelantan. Bagaimanapun, pada penghujung hayat Allahyarham Nik Abdul Aziz, campurtangan daripada anak-anaknya sendiri terutama Nik Abduh telah menyebabkan Nik Abdul Aziz menyingkirkan Husam Musa. Husam Musa tidak sahaja kehilangan peluang untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, bahkan dia juga tidak dilantik untuk sebarang jawatan-jawatan utama termasuklah GLC Kelantan.

Maka bermulalah dendam membara Husam Musa kepada anak-anak Nik Abdul Aziz serta Ahmad Yaakob. Kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz membuatkan Husam Musa menjaja cerita kononnya dia adalah anak murid paling kanan Nik Abdul Aziz. Nik Abduh dan adik beradiknya kemudian berjaya memperolehi injuksi dari mahkamah untuk menghalang Husam Musa dan PAN daripada menggunakan nama bapa mereka bagi mencari pengaruh dan sokongan. (RUJUK SINI)

Selepas PAS disingkirkan oleh DAP dari Pakatan Harapan, DAP menaja penubuhan PAN yang kepimpinannya terdiri sepenuhnya daripada golongan PAS Pro-DAP yang kecewa kerana kegagalan mendapat tempat dalam saf utama kepimpinan PAS.



Kegagalan menggertak PAS agar kembali semula menjilat DAP, menyebabkan DAP sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan PAS. Menerusi 'unit propaganda Melayunya' yang giat serta aktif di media-media sosial, terutama sekali di Group-Group WhatsApp, PAS dilabelkan sebagai salah satu instrumen UMNO. Gabungan PAS dan UMNO dipanggil sebagai PASNO. PAS juga digambarkan sebagai sebuah pertubuhan yang amat menjijikkan dengan sasaran kecaman, penghinaan dan sumpah seranah adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ahmad Yaakob dan Nik Amar.

Husam Musa merupakan orang yang boleh memenuhi citarasa dan agenda Kit Siang serta DAP yang sangat kuat menentang sebarang usaha untuk menobat serta memartabatkan Islam sebagai sebuah sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.


Gelagat Lim Kit Siang itu mendapat kecaman yang cukup banyak di media sosial, termasuklah di Malaysiakini yang merupakan sarang propagandanya. (RUJUK SINI)


TAK PAYAH SERONOK SANGAT PASAL DOJ SENDIRI SEDANG BERMASALAH DENGAN PEMECATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN!!!



21 Julai 2016, para penyokong Pakatan dan Mahathir gegak gempita sambil memberikan gambaran Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan 1MDB akan didakwa di mahkamah Amerika Syarikat, apabila Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengumumkan bahawa DOJ Amerika Syarikat 'berjaya' membuat penemuan penyonglapan wang beratus juta daripada akaun 1MDB bagi tujuan penyelewengan.

Tiada bukti yang dilampirkan. DOJ tidak menfailkan sebarang tuduhan di mana-mana mahkamah di Amerika Syarikat.

Loretta Lynch kemudiannya dipecat oleh pentadbiran baru Amerika Syarikat yang diketuai oleh Donald Trump kerana terlibat dalam konspirasi untuk memenangkan Hillary Clinton dengan memalsukan dokumen dan menyorok bukti.

Jawatannya dipangku oleh Sally Yates yang merupakan salah seorang dari DOJ yang terlibat dalam isu 1MDB. Januari 2017, Sally Yates pula dipecat oleh Donald Trump.

'Rakan subahat' Loretta Lynch, James Comey juga dipecat pada Mei 2017. James Comey merupakan Pengarah FBI pada waktu itu. Kenyataan James Comey turut menjadi hujah para penentang Najib dan 1MDB kononnya, FBI akan menyiasat, menangkap dan mendakwa Najib di Amerika Syarikat. Sehingga kini, ramai penyokong Dr. Mahathir percaya, Najib tidak berani ke Amerika Syarikat kerana bimbang ditangkap oleh FBI walaupun perkara tersebut tidak pernah dan tidak akan berlaku terutama setelah Najib 'sengaja' bermain golf dengan Presiden Obama di wilayah Amerika Syarikat tidak lama selepas pengumuman James Comey tentang 1MDB dan pada hari Loretta Lynch membuat sidang media tentang 1MDB. (RUJUK SINI)

Turut diarahkan meletakkan jawatan adalah Preet Bharara pada Mac 2017 oleh Trump. Bharara merupakan bekas Pendakwaraya Amerika Syarikat.

Kesemua nama-nama yang disebutkan di atas adalah watak-watak utama dalam kemelut DOJ-1MDB.

1MDB sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengalihkan isu sebenar di Amerika Syarikat yang menyaksikan Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat mengalami perubahan besar-besaran ekoran pemecatan dan perletakan jawatan selepas konspirasi untuk menggulingkan Donald Trump dengan mensabitkannya dengan tajaan dana politik daripada Russia menerusi syarikat miliknya, tidak berjaya. (RUJUK DI SINI)

Isu terbesar yang dihadapi oleh kesemua mereka yang disebutkan di atas adalah membabitkan skandal e-mail Yayasan Clinton yang diketuai oleh Hillary Clinton, isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, juga calon Presiden yang kalah di tangan Donald Trump.

Bermula dengan Comey yang cuba menutup skandal tersebut dan kemudian bekerjasama serta bersubahat dengan Lynch, akhirnya isu berkenaan terbongkar juga kepada awam sekaligus menyebabkan Clinton kalah. Manakala skandal Trump-Russia pula telah pun disahkan sebagai PALSU dan SENGAJA DIADAKAN-ADAKAN bagi tujuan merosakkan kredibiliti Trump dan cubaan menutup skandal Clinton. (RUJUK SINI)

Untuk membuktikan kononnya DOJ benar-benar tegas dalam melaksanakan arahan Trump untuk membanteras sebarang penggubahan wang haram di negara tersebut sekaligus mengalihkan tumpuan kepada isu-isu besar berkenaan, 1MDB menjadi mangsa. Bagaimanapun, pengumuman kepada media dan saman sivil yang difailkan oleh DOJ buat kali kedua pada 22 Jun lalu, tidak mempunyai sebarang pembaharuan kecuali masukan beberapa perkara yang tidak mengubah apa-apa. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, beberapa pendedahan membabitkan pembayaran berjumlah RM50 juta daripada pihak tertentu dari Malaysia kepada Yayasan Clinton yang merupakan pengutip dana pilihanraya Hillary Clinton, selain dakwaan pembabitan Sivarasa Rasiah, Cynthia Gabriel, Daim Zainuddin dan beberapa orang yang lain, membuktikan tindakan DOJ menfailkan saman sivil pada 22 Jun lalu tidak lebih daripada tindakan politik semata-mata.

Ada yang mempertikaikan mengapa setelah semua pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat terbabit dipecat, saman sivil tersebut masih diteruskan.

Usaha pihak Demokrat dan pro-Demokrat untuk menjatuhkan Donald Trump masih lagi berterusan. Begitu juga dengan usaha untuk membenarkan tuduhan kononnya Donald Trump terlibat dalam konspirasi dengan Russia bagi kemenangannya juga masih berterusan.

Pada 16 Jun lalu, DOJ menfailkan saman sivil untuk menyita aset, barangan kemas, kapal layar dan lukisan yang bernilai USD540 juta yang kononnya dicuri dari 1MDB. (RUJUK SINI)

Pengumuman tersebut kemudiannya disambut gembira oleh para penyokong pembangkang dan pemimpin pembangkang Malaysia sehingga mahu mengadakan Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada September ini sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaharu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Mahfuz Omar dalam kenyataan terbaharunya mempertahankan tindakan DOJ dan mengatakan 1MDB adalah 'mangsa'. Justeru 1MDB tidak didakwa, sebaliknya DOJ menerusi saman yang difailkan di US District Court For The Central District of California addalah bertujuan untuk menyita dan mendapatkan kembali hasil penyelewengan yang berjumlah USD540 juta dalam bentuk aset-aset yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diselewengkan dari akaun 1MDB.

Ironinya, DOJ atau agen-agen mereka tidak pernah berhubung dengan 1MDB bagi menyiasat aduan berkenaan. Malahan 1MDB berulang-ulang kali menjelaskan bahawa mereka tidak mengalami sebarang kecurian, penyonglapan mahupun kehilangan wang seperti yang didakwa oleh musuh-musuh 1MDB.

1MDB dari awal lagi telah cuba diranapkan oleh pembangkang. Kejayaan terbesar pembangkang adalah dengan menghalang 1MDB daripada menyenaraikan IPO mereka bagi perolehan modal awam.


Di sebalik keseronokan para pembangkang dan Mahfuz Omar, terbaharu pada 23 Jun, Jawatankuasa Kehakiman Senat telah menghantar surat siasatan kepada empat orang yang dikaitkan dengan usaha Mahathir untuk menumbangkan Najib menggunakan isu 1MDB.

Mereka adalah Loretta Lynch, George Soros menerusi Soros Foundation, Hillary Clinton dan James Comey.

The Senate Judiciary Committee announced Friday it sent four investigatory letters, including one to former Attorney General Loretta Lynch.
The letters, dated Thursday and signed by the committee’s bipartisan leadership, demand answers and documents related to the 2016 investigation into Hillary Clinton’s private email server, especially reports that Clinton campaign operatives expressed confidence Lynch would keep that investigation from “going too far.”
The demand comes as the Judiciary Committee investigates the circumstances surrounding the dismissal of ex-FBI Director James Comey, in which the material may take on a new significance. (RUJUK SINI)

Sekaligus memberi petanda bahawa saman sivil yang difailkan oleh DOJ California Pusat itu sebenarnya tidak akan ke mana-mana. Drama terbaharu ini akan mengulangi drama Loretta Lynch, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa kertas aduan tersebut dikarang di Malaysia dan DOJ sendiri telah menyatakan bahawa tiada pendakwaan yang akan dibuat sebaliknya sekadar melaksanakan aduan awam.

Malaysia telah mendesak Amerika Syarikat untuk mendedahkan nama pengadu tersebut meskipun beberapa saluran berita di Malaysia telah pun mendedahkan nama-nama yang terbabit yang mana salah seorangnya adalah Cynthia Gabriel, Pengerusi C4 yang mendapat tajaan daripada CIA menerusi NED. (RUJUK SINI)


Portal-portal berita dan media-media massa serta elektronik dan sosial Amerika Syarikat lebih banyak membincangkan tentang pertentangan membabitkan Donald Trump dan tindakan-tindakannya untuk 'membersihkan' DOJ daripada elemen-elemen Clinton. DOJ sebagai reaksi balas, masih berusaha untuk mensabitkan Donald Trump. Beberapa orang Gabenor di wilayah-wilayah pro-Demokrat turut menfailkan tuduhan ke atas Donald Trump.

Kesibukan Donald Trump dan DOJ menangani masalah dalaman mereka sendiri, pastinya akan mengenepikan isu 1MDB yang tidak mempunyai sebarang asas selain daripada 'aduan awam' sekaligus menyebabkan Amerika Syarikat tidak pernah menghantar sesiapa pun untuk melakukan siasatan di 1MDB yang beribupejabat di Kuala Lumpur sehingga kini. Apatah lagi isu 1MDB langsung tidak menjadi kudis kepada Amerika Syarikat berbanding isu-isu membabitkan Donald Trump dan DOJ sendiri. (RUJUK SINI)

Berapa juta Dollar Amerika Syarikat lagi yang akan dilaburkan oleh pihak-pihak dari Malaysia untuk meneruskan proses penyitaan tanpa siasatan itu terutama apabila pegawai-pegawai DOJ berhadapan dengan isu pemecatan dan perletakan jawatan?


NYANYOK KE HAPER MAHATHIR NIH... ORDINAN DARURAT DAN ISA DAH TAKDAK LA... NAJIB TAK BOLEH ISYTIHAR DARURAT UNTUK ELAK PRU-14 DARIPADA DILAKSANAKAN!!!



Dalam entri terbaharu di blognya, Dr. Mahathir yang masih terpana dengan kenangan silamnya sebagai Perdana Menteri, membayangkan Najib Abdul Razak akan menggunakan undang-undang untuk memastikan PRU-14 tidak dilangsungkan.

Sudah pastilah kenyataan Dr. Mahathir itu akan disambut dengan penuh gegak gempita oleh para penyokongnya yang akan mengangguk-angguk dan membenarkan setiap kenyataannya.

Mahathir cuba menjadikan Akta Majlis Keselamatan Negara sebagai satu lagi perisytiharan Darurat yang membolehkan sebuah Mageran mengambilalih pentadbiran negara, sekaligus tidak membolehkan Parlimen berfungsi. Apabila Parlimen tidak berfungsi, bermakna Parlimen juga tidak boleh dibubarkan bagi memberi laluan kepada mandat baru diperolehi daripada rakyat menerusi pilihanraya umum.

Najib Abdul Razak sebelum ini dikecam kerana telah melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri danOrdinan Darurat yang telah digunakan secara meluas oleh Dr. Mahathir ketika cuba mengekalkan kuasanya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, SOSMA diperkenalkan bagi menggantikan ISA dan ramai yang berpendapat, SOSMA hanyalah kosmetik dan sebagai 'undang-undang tidak bergigi' kerana akta tersebut tidak berkesan menyekat atau menghalang sebarang elemen subversif di negara ini. Kebanyakan elemen-elemen subversif lebih banyak ditangani menggunakan Akta Hasutan, POTA dan POCA. Pada tahun 2016, Akta MKN pula diluluskan oleh Parlimen walaupun para pemimpin pembangkang cuba menggambarkan Akta MKN sebagai ISA dan Ordinan Darurat baru.

Tiada lagi penahanan ahli politik tanpa perbicaraan dan kemudian dihumban ke dalam Pusat Tahanan Kamunting selama 2 tahun seperti yang berleluasa pada zaman Mahathir. Sebaliknya mereka yang ditahan di bawah POTA dan POCA pula, terdiri daripada anggota-anggota pelampau IS dan penjenayah yang kemudian diberikan peluang keadilan menggunakan mahkamah yang tidak wujud pada zaman Mahathir. Begitu juga dengan mereka yang ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Berbeza dengan pentadbiran Mahathir yang seringkali mengambil tindakan menahan dan memenjarakan pemimpin terutama dari kalangan pembangkang dan mereka yang mengancam kedudukannya, strategi tersebut tidak diamalkan oleh Najib. Sebaliknya, Najib memberikan kebebasan mutlak kepada mereka, termasuklah menfitnahnya 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Kalau ada pun, mereka hanya diseret ke mahkamah atas tuduhan fitnah. Dan sebahagian besar daripada mereka, dimaafkan dan penyelesaian dibuat di luar mahkamah.

Kata Mahathir dalam entri terbaharunya,Najib akan bertindak keras terhadap pemimpin pembangkang menjelang PRU-14. Langkah tersebut adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi an mengucar-ngacirkan musuh politik Najib.

Dakwaan Mahathir itu sebenarnya langsung tidak berasas. Sebenarnya, Mahathir yang lebih takut dengan bayang-bayangnya sendiri terutama apabila Kabinet bersetuju dengan desakan bertahun-tahun Lim Kit Siang - sekutu rapat Dr. Mahathir sendiri - agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam urusniaga hadapan tukaran matawang (FOREX) pada tahun 1990-an.

Menurut Akta MKN 2016 pada Seksyen 18 (2), suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah:

(a) terpakai hanya bagi apa-apa kawasan keselamatan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; dan
(b) terhenti berkuatkuasa apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau apabila habis tempoh pembaharuan yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau mengikut subseksyen (6).

Dalam subseksyen (1) dinyatakan, Perdana Menteri boleh jikalau difikirkannya perlu demi kepentingan keselamatan negara, mengisytiharkan secara bertulis kawasan itu sebagai kawasan keselamatan setelah dinasihati oleh Majlis bahawa keselamatan mana-mana kawasan di Malaysia diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana orang, perkara tau benda yang menyebabkan atu berkemunginkan untuk menyebabkan bahaya yang serius kepada orang ramai atau bahaya yang serius kepada wilayah, ekonomi, infrastruktur utama negara Malaysia atau apa-apa kepentingan Malaysia yang lain dan memerlukan tindakan negara secara serta-merta. (RUJUK SINI)

FANTASI MAHATHIR kononnya, Najib akan menggunakan Akta MKN untuk menghalang PRU-14 seterusnya membenarkan Mageran mengambilalih pentadbiran negara, tidak lebih daripada satu kepercayaan bodoh yang terbit daripada dosa-dosa silamnya terhadap rakyat Malaysia.

Sebabnya ialah, Akta MKN tidak seperti Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan pada tahun 2011!!!


Wednesday, June 28, 2017

AIDIL FITRI DIGUNAKAN AZMIN ALI SEPENUHNYA UNTUK PUJUK PAS BERSAMA-SAMA PKR DI SELANGOR!!!



Berasakan Aidil Fitri tahun ini adalah Aidil Fitri terakhir sebagai Menteri Besar Selangor dan kepala Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Melayu PKR Selangor agar memastikan kunjungan ke rumah-rumah terbuka para pemimpin PAS Selangor turut sama membawa misi memujuk. 

Sumber-sumber menyatakan, tahun ini awal-awal lagi beberapa orang pemimpin Melayu PKR sudah sampai di rumah para pemimpin PAS Selangor. Malah, para pemimpin PKR setempat juga, diwajibkan ke masjid dan surau bersama-sama pemimpin PAS setempat untuk menunaikan Sunat Solat Aidil Fitri. Arahannya jelas iaitu, mereka harus berada sebelah menyebelah walau dengan cara apa sekalipun.

Semuanya kerana terlalu terdesak!

Selepas PAS memutuskan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan PKR secara rasmi di peringkat Pusat, PKR Selangor sememangnya sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Walaupun Wan Azizah, Presiden PKR dengan dibantu oleh anaknya, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli cuba berlagak macho dengan cubaan menggertak PAS bagi tujuan mengkagumkan DAP dan Lim Guan Eng, hakikatnya mereka sendiri sedar, PKR tidak akan ke mana-mana tanpa bantuan daripada PAS. Bahkan besar kemungkinan PKR akan mengalami kekalahan yang paling teruk dan kehilangan kerusi Parlimen terbanyak selepas berjaya memenanginya dengan bantuan PAS selama ini.

Azmin Ali sendiri mungkin terpaksa berpindah dari kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa memandangkan Gombak dan Bukit Antarabangsa merupakan sarang PAS. Kemenangan Azmin Ali di Gombak khususnya, banyak dibantu oleh undi-undi orang PAS. Begitu juga dengan Bukit Antarabangsa, terutama melibatkan kawasan orang Melayu di Keramat AU dan Jalan Enggang.

Di sebalik semua kemelut tersebut, Azmin masih cuba menggambarkan kononnya sokongan akar umbi ke atasnya masih cukup kuat. Isu 3 orang Exco PAS cuba diperlihatkan sebagai tidak memberikan kesan negatif secara langsung kepada Kerajaan Azmin Ali. Ini adalah kerana ketiga-tiga wakil PAS dalam pentadbiran Azmin itu, sudah 'diikat' Azmin dan kartelnya dengan pelbagai kemudahan selain bantuan yang kerap diberikan kepada mereka yang sebenarnya lebih kerap berbanding kepada wakil-wakil PKR sendiri. 

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan PKR Selangor. Azmin Ali dianggap trojan horse yang cuba menghapuskan legasi DAP-PKR terutama selepas dia merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Azmin dianggap sebagai 'musang yang dibiarkan dan dibela bersama-sama ayam di dalam satu reban'. 

Di sebalik umpat keji dan cercaan yang diberikan kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun cukup yakin, 3 orang Exco PAS itu selain 13 orang ADUN PAS dan lebih kurang 5000 orang petugas politik PAS di Selangor akan berkempen untuk memenangkan pasukan mereka, sekalipun pada masa yang sama, akan memboikot DAP.

Azmin berharap, sekiranya ini yang berlaku, dia boleh mendabik dada terhadap DAP yang banyak mengongkong Azmin Ali dan pentadbirannya selama ini. Banyak keputusan yang dibuat terutama membabitkan kewangan, tender dan projek di Selangor, 

'Kekuatan' itulah yang membuatkan Wan Azizah terpaksa akur dan menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Azmin Ali untuk menguruskan isu di Selangor walaupun ditentang keras oleh Rafizi Ramli. Bagaimanapun, Rafizi juga terpaksa akur apabila Wan Azizah menjelaskan tentang rasional PKR perlu berbaik-baik dengan PAS kerana kesannya bukan sahaja di Selangor tetapi di beberapa negeri lain, termasuklah di Perak dan Pulau Pinang.

Disebabkan itulah, Azmin mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin PKR Selangor agar terus memujuk dan berbaik-baik dengan PAS Selangor. Aidil Fitri tahun ini, perlu diuruskan sebaik-baiknya bagi mendapatkan atau lebih tepat lagi, menakluk kepercayaan daripada ahli-ahli PAS memandangkan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu langsung tidak boleh diharap kerana terlalu tamakkan jawatan dan kedudukan di Selangor!


SEMALAM JADI PAKAR KIRA JUMLAH YANG DATANG KE RUMAH PM, HARI INI PAKAR KIRA KOS PRESIDENTIAL SUITE ST.REGIS BALI PULAK!!!



Bagusnya pembangkang di Malaysia ni atau lebih tepat lagi pembenci Najib adalah sewaktu di sekolah, masing-masing cukup culas dan malas untuk melayan matapelajaran matematik. Kalau boleh matapelajaran itu tidak seharusnya wujud dalam sukatan pelajaran kerana matematik merupakan pemangkin kejatuhan gred.

Bagaimanapun apabila mereka menjadi penentang Najib, masing-masing bertukar menjadi pakar matematik dengan formula pengiraan kos yang tidak mungkin seorang Profesor mahupun Sarjana Matematik IPT terbaik dunia pun mampu fahami atau pelajari.


Dengan kata-kata lain mereka berjaya mencipta formula matematik yang kalau dikembangkan besar kemungkinan membolehkan manusia meneroka lohong hitam di angkasa lepas.

Hebatnya transformasi otak apabila menentang Najib!

Seorang penyokong kuat Mahathir yang pernah diangkat oleh sebuah portal pro-DAP sebagai kononnya penganalisa politik dan pernah menjawat jawatan dalam UMNO Bahagian di salah satu Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, merupakan orang pertama yang membuat pengiraan dan fakta tentang percutian Najib dan keluarga ke Bali serta Perth. Tulisannnya ditularkan menerusi Whatsapp pro Pakatan dan ringkasan atau intisarinya ditularkan pula ke Facebook.

Menurut 'penganalisa politik' tersebut, Pejabat Perdana Menteri telah menyewa 41 buah Presidential Suites di Hotel St. Regis, Bali yang menurutnya milik Peter Sondakh.

Bagaimanapun berdasarkan portal yang sama, berita yang dilaporkan 'penganalisa politik' tersebut amat jauh terbabas kerana yang disewa hanya 1 Presidential Suite dan 11 buah bilik standard. Anggota rombongan pula hanyalah seramai 23 orang.


Menggunakan keratan berita yang disiarkan oleh media Indonesia sebagai hujah terkukuhnya, si bangang-si bangang dalam Pakatan berseronok kerana mereka dapat peluru besar selepas gagal menjawab mengapa Mahathir dan ahli keluarganya beraya di London iaitu sebuah negara yang mengenakan GST atau VAT setinggi 20% dan tinggal pula di kawasan SUPER ELIT walaupun pada masa yang memperlekehkan GST 6% Malaysia yang dianggap membebankan.

Tanpa berfikir panjang, mereka menularkan 'fakta' tersebut tanpa memikirkan logik bahawa di dalam dunia ini TIDAK ADA SEBUAH HOTEL PUN yang akan menyediakan 41 buah Presidential Suites. Sama seperti Royal Suite, bilik jenis Presidential Suite hanya ada satu atau dua sahaja di setiap hotel bertaraf lima bintang ke atas.

St Regis Bali juga serupa!


Kini mereka cuba mengalihkan kebodohan yang memalukan itu dengan mempersoalkan motif percutian Najib bersama-sama keluarganya selain penggunaan wang rakyat.

Bermodalkan jumlah Presidential Suite yang amat meragukan, mereka cuba membangkitkan sentimen dan emosi orang ramai kononnya Najib dan keluarganya berlibur sakan menggunakan wang rakyat.

Seorang PM atau mana-mana anggota pentadbiran (kabinet) tidak mungkin boleh menyewa bilik hotel bertaraf Presidential Suite sebanyak itu kerana terikat dengan AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 dan Hak-Hak Istimewa Anggota Pentadbiran Kerajaan/Parlimen.

Yang boleh dan tidak terikat dengan akta tersebut hanyalah BEkAS PERDANA MENTERI!


Apatah lagi 41 buah bilik Presidential Suite tidakk wujud langsung di St. Regis atau mana-mana hotel di dunia ini.

Sebagai Perdana Menteri, Najib berkelayakan untuk membawa keluarganya bercuti. Sudah pasti sebahagian daripada perbelanjaan itu ditanggung oleh ahli keluarga atau tajaan mana-mana pihak.

Dan seperti kebiasannya, Najib tidak akan bercuti berlibur seperti yang dilakukan oleh Mahathir semasa 22 tahun dahulu sebaliknya Najib akan turut membawa misi negara bersama-sama. Lebih-lebih lagi percutiannya ke Bali bersamaan dengan percutian bekas Presiden USA, Barrack Obama.

DUA EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAH MULA SALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN!!!



Isunya Terowong Dasar Laut yang takkan jadi sampai kiamat walaupun duitnya dah licin. Sebabnya ialah terowong dasar laut tersebut hanyalah salah satu cara untuk DAP dan Guan Eng menyebat duit menggunakan proksi sahaja dan tidak pernah ada niat untuk pembinaannya.

Pendedahan berterusan yang dibuat oleh pihak Barisan Nasional tentang penyelewengan projek berkenaan selain beberapa laporan kepada SPRM yang belum diambil tindakan oleh pihak terbabit, menyebabkan Lim Guan Eng terpaksa giat mencari jalan untuk menyorok. Menggunakan khidmat Exco-Exco Kerajaan Negeri untuk membela dirinya, Lim Guan Eng sebenarnya telah menimbulkan masalah baru.

Puncanya mudah... kedua-dua Exco tersebut sebenarnya tidak mempunyai butiran sebaliknya mereka hanya ditugaskan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada natijah undang-undang.


Lim Guan Eng sekarang ini sedang berhadapan dengan dua pendakwaan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah. Bagaimanapun Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya sedang berusaha menangguhkan perbicaraan berkenaan menerusi pelbagai kaedah manipulasi undang-undang.

Dua orang Exco Kerajaan Negeri iaitu Lim Hock Seng dan Chow Kon Yeow berbalah kerana memberikan penjelasan bercanggah antara satu sama lain berhubung tiga batang jalan yang bersambung dengan terowong dasar laut Pulau Pinang.

ADUN UMNO Pulau Betong, Farid Saad berkata kenyataan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow bercanggah dengan jawapan balas yang diberikan oleh Lim Hock Seng. Lim Hock Seng menjawab pertanyaan Farid dalam isu yang sama pada 22 Mei.


Justeru menurutnya, Hock Seng perlu menjelaskan antara dia dan Chow Kon Yeow, sispa sebenarnya yang menipu. Seandainya kenyataan Chow adalah benar dan tepat, ini bermakna Hock Seng telah menipu dalam Sidang Dun dan wajar dikenakan tindakan dan meletak jawatan.

Yang dipertikaikan sebenarnya cukup mudah. Mengapa fi konsultansi lebih mahal berbanding kos siap sepenuhnya terowong yang tidak wujud itu?

Dengan jarak jalan hanya 10.5 kilometer dan dua lorong bagi setiap laluan, kos pembinaan adalah RM377 juta. Sedangkan fi konsultansi pula adalah RM120 juta atau 32% daripada kos pembinaan.

Manakala terowong yang berjarak 7 kilometer dengan dua lorong bagi setiap laluan, kos pembinaannya adalah RM377 juta. Manakala kos konsultansinya pula adalah RM96 juta atau 2.74% daripada jumlah kos pembinaan.

Berdasarkan penjelasan oleh Chow Kon Yow, bayaran untuk fi konsultansi tersebut telah dibayar sepenuhnya walaupun pembinaan terowong dan ketiga-tiga batang jalan tersebut belum pun dibina.

Pada 24 Jun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan sidang media untuk memperjelaskan dakwaan kononnya mereka tidak terlebih bayar untuk laporan kebolehlaksanaan.

Dalam penjelasan tersebut Chow Kon Yow menafikan laporan Lembaga Jurutera yang Kerajaan Negeri sudah terlebih bayar 400% sebaliknya hanya 17.6%.

Lim Hock Seng pula sebelum itu menyatakan Kerajaan Negeri belum lagi membuat sebarang bayaran.

Jadi siapa sebenarnya menipu.

Nak harapkan Guan Eng menjawab, nampaknya dia lebih sibuk nak membalun Haji Hadi Awang dan PAS daripada menjawab masalahnya sendiri.


Tuesday, June 27, 2017

RUMAH TERBUKA PM PULA JADI KECAMAN... MASA SEKOLAH MALAS MATEMATIK, SEKARANG MEMANDAI-MANDAI PULA BUAT PENGIRAAN!!!



Dilaporkan oleh media, jumlah pengunjung ke rumah terbuka PM di Putrajaya pada Hari Raya pertama adalah seramai lebih kurang 75,000 orang.

Angka tersebut terlalu besar dan sukar dihadamkan oleh para penentang Najib yang masih beranggapan dan berkhayal, Najib merupakan orang yang paling dibenci di Malaysia dan tiada sesiapa pun yang mahu mendekati Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Mana-mana individu yang kelihatan bersama-sama Najib dan Rosmah segera dilabelkan sebagai pemakan dedak dan upahan, manakala yang setiap masa dan saat mengutuk dan mencerca pasangan tersebut adalah pejuang fisabilillah walaupun diketahui siapa yang menaungi perbelanjaan bulanan mereka bagi membolehkan mereka setiap masa berada di alam maya bagi kerja-kerja menghasut dan memutarbelitkan fakta.


Sebelum ini, puak yang sama jugalah yang begitu seronok mencanangkan kononnya mereka mendapat sokongan meluas daripada rakyat ekoran jumlah yang sangat ramai menghadiri program mereka termasuklah program ceramah dan demonstrasi jalanan.

Alih-alih apabila ramai yang berpusu-pusu ke rumah terbuka PM Malaysia, lain pula prinsip yang diaplikasikan.

Zainuddin Maidin, salah seorang penjilat tegar Mahathir yang banyak terhutang budi dengan Mahathir pula menggunakan isu pemeriksaan keselamatan untuk mengecam rumah terbuka itu.


Dua minggu lepas, suspek DAESH yang mengancam untuk membunuh pegawai-pegawai tinggi polis ekoran kegagalan puak pengganas itu beroperasi di Malaysia, telah ditangkap. Pengumuman tentang rancangan pengganas DAESH itu telah pun diumumkan oleh Datuk Ayub Khan, Ketua Penolong Pengarah Anti Pengganas, Cawangan Khas E8 Bukit Aman.

Menurut maklumat suspek berkenaan merupakan warganegara Indonesia.

Ketika semua pemimpin utama diberikan keutamaan dari segi keselamatan, di Malaysia lain pula kisahnya. Golongan pembenci Najib tidak mahu Najib diberikan kawalan keselamatan agar memudahkan ancaman seperti yang berlaku di Makkah beberapa hari sebelum Aidil Fitri boleh berlaku ke atas Najib.

Anehnya mantan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang sesang bercuti di London turut menggunakan bodyguard yang dibayar daripada cukai rakyat Malaysia termasuklah perbelanjaannya ke London, juga ditanggung oleh cukai rakyat Malaysia kerana peruntukannya selaku bekas Perdana Menteri.


Nampaknya kemaruk dan terdesak nenar para penyokong Mahathir dan pembangkang untuk melihat serangan skuad pengebom berani mati ketika rumah terbuka PM setelah rancangan menggunakan khidmat propaganda Amerika Syarikat terkantoi awal ekoran pendedahan tentang fi berjumlah RM50 juta untuk tujuan tersebut.

Menariknya golongan yang tidak pernah berminat dengan matapelajaran matematik semasa di sekolah, tiba-tiba sahaja menjadi pakar matematik semata-mata untuk meremehkan kedatangan ramai pengunjung ke rumah terbuka PM itu.

ZAID IBRAHIM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN... SURUH BERDOA PUN SALAH!!!



Zaid Ibrahim cuba menjadi samseng agama apabila berasa jijik dengan permintaan seorang juruterbang Air Asia meminta para penumpang dalam penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal.

Melayu DAP itu sebenarnya cuba mengkagumkan ketua-ketuanya kononnya dia memperjuangkan liberalisme dan menentang sebarang pemaksaan elemen-elemen Islam ke atas orang bukan Islam.

Sudah pasti manusia bernama Zaid Ibrahim ini mahu matinya dan diuruskan oleh agama, bukannya mayatnya dicabik-cabik dan diberi makan anjing liar atau burung nasar.

Ironinya dia cuba menghalang kebebasan beragama orang lain. Juruterbang itu tidak memaksa mana-mana penumpang untuk berdoa mengikut doa-doa Islam. Sebaliknya setiap penumpang yang ada dalam penerbangan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bebas berdoa dengan gaya atau keperluan mereka sendiri termasuklah golongan Atheis.





"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth hadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.

"Juruterbang seharusnya memberi harapan dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang. Sekiranya Air Asia mahu ceburi bidang agama, lantik Imam dan Paderi yang betul," tulis Zaid Ibrahim di Twitternya.

Dalam setiap agama, terutama sekali Islam, umat digesa dan dituntut agar memperbanyakkan doa, baik ketika senang dan mewah apatah lagi ketika susah.

Apa yang dilakukan dan disuarakan oleh Zaid Ibrahim sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kejahilannya dalam beragama walau apa agama yang dianutinya kini malah walaupun dia seorang atheis atau liberalis.

Ajaran yang cuba dibawa oleh manusia yang suka melompat-lompat dan tidak tetap pendirian ini sebenarnya SESAT YANG MENYESATKAN!!!


Saturday, June 24, 2017

HOLLAND PARK, HERE I COME!!! - MAHATHIR



Ketika khabar-khabar angin kononnya sebuah keluarga VVIP yang sekarang ini sangat tersepit setelah perjuangan untuk menggulingkan Najib, akhirnya memakan diri apabila lebih banyak pendedahan tentang isu-isu yang dahulunya disorok di bawah karpet, sedang merancang untuk berhijrah ke London atau lebih tepat lagi Holland Park, mantan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Cap Bunga terus mengamalkan budaya hidup 'songsang'.

Ketika artikel ini ditulis, hanya beberapa jam sahaja lagi takbir Aidil Fitri 1438 Hijrah akan dialunkan dari menara dan corong pembesar suara masjid, surau, madrasah, bahkan turut dialunkan di rumah-rumah orang Islam, khususnya orang Melayu di Malaysia.

Kebanyakan warga kota berpusu-pusu di semua lebuhraya, sama ada lebuhraya daratan, mahupun lebuhraya air yang terdapat di Sarawak. Tiada jalan-jalan utama yang tidak sesak ketika ini. Lapangan-lapangan terbang turut sesak dengan jumlah penumpang yang meningkat berkali-kali ganda berbanding hari biasa - pemandangan yang tidak mungkin dapat dilihat pada tahun-tahun 90-an yang dikatakan zaman kegemilangan Malaysia. Cerita orang tertinggal atau ditipu bas ekspres atau ulat tiket, sudah tidak lagi menghiasi dada-dada akhbar atau fokus berita di stesen-stesen televisyen. Tiada juga lagi cerita tentang orang ramai yang berkhemah, bermalam dan bermukim di Puduraya mahupun Stesen Besar Keretapi Kuala Lumpur kerana menunggu untuk mendapatkan tempat selesa dalam perjalanan nanti biarpun kadar untuk berdiri sepanjang perjalanan 8 jam sekurang-kurangnya adalah sangat besar.

Budaya balik kampung adalah budaya universal. Di mana-mana negara pun, balik kampung adalah budaya yang tiada mana-mana pihak boleh klaim kredit. Waimma Pak Arab yang paling tegar Wahabinya pun akan balik ke kampung walaupun Nabi s.a.w tidak pernah membudayakan balik kampung pada hari raya.

Cuma seronok jugalah tengok mantan Perdana Menteri kita akan balik ke 'kampung' anak cucunya. Difahamkan seluruh keluarga Mahathir-Rosmah akan berkampung di Holland Park, sebuah kawasan elit yang orang putih London pun tak mampu nak memiliki hartanah di situ kecuali setelah mereka bergelar SUPER JUTAWAN.



Dua hari lepas, Mahathir lawat Kubang Pasu dan buat majlis buka puasa. Tetapi sebelum buka puasa, kena dengar dia menceceh memburuk-burukkan pemerintahan negara dulu dan pada masa yang sama, mendabik dada konon-kononnya dia adalah seorang Nasionalis tulen yang sangat cintakan agama, bangsa dan negaranya. Habis ternganga orang Kubang Pasu yang hanya merasa majlis buka puasa itu buat kali pertama walaupun selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, mereka jugalah yang menyokong dan memastikannya menang. Itupun sebab dia mahukan sokongan orang Kubang Pasu untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Kalau tidak, mungkin awal-awal lagi dia sudah cabut ke London.

Tak mengapalah... dia pun dah jadi mantan Perdana Menteri walaupun masih lagi berkeinginan untuk menjadi Perdana Menteri kembali. Dia banyak duit dan banyak pula tajaan. Hartanah pun ada di mana-mana. Kalau tak rumah dia, rumah anak-anak dia. Eloklah dia pergi beraya di London. Sekurang-kurangnya tenang sedikit jantung dan otak dia. Lagipun, ini adalah waktu kritikal yang memerlukan bantuan daripada Clare Rewcastle-Brown selepas Syed Saddiq membocorkan rahsia tentang RM50 juta yang digunakan untuk membiayai kempen luar negara bagi menggulingkan Najib dan Malaysia.

Hari Raya akan lebih bermakna kalau bersama-sama ahli-ahli keluarga. Lebih-lebih lagi untuk seorang lelaki yang sudah tua. Bersama-sama anak cucu, jauh lebih baik dan menarik berbanding bersama-sama penyokong yang tak habis-habis berceritakan masalah sambil menadah tangan mengharapkan sekupang dua.

Tak percaya, tanyalah Ainina Saaduddin... daripada berharap akan diberi bantuan, alih-alih sekadar didoakan sahaja... macamlah doa Mahathir tu mujarab sangat. Mahathir sendiri pun tak berapa berani nak mendoakan dirinya sendiri...


Friday, June 23, 2017

MAHATHIR TERPAKSA TULIS ARTIKEL 28 PARA SEMATA-MATA UNTUK ALIH MASALAH YANG SEDANG MELANDANYA DAN MUKHRIZ!!!



Ketika kemelut Pakatan Harapan yang tidak mampu didaftarkan sebagai sebuah parti dengan empat buah parti sebagai komponen kerana tiada konsensus, ketidakmampuan dan persetujuan untuk sebuah logo tunggal, selain perebutan jawatan Perdana Menteri yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan itu sendiri, Mahathir cuba mengalihkan perhatian dengan menaikkan sentimen dan emosi rakyat kepada Najib dan Rosmah Mansor.

Mahathir masih mengulang-ulang pembohongan dan penipuannya tentang 1MDB. Mahathir masih lagi berkata, mustahil dan tidak mungkin berlaku ada derma dari negara atau raja Arab kepada Najib walaupun Mahathir sendiri sepanjang 22 tahun berkuasa, entah berapa bilion wang derma Arab telah dilantaknya tanpa menghebahkan dan memberitahu sesiapa pun. Yang bocor seperti tanah yang sekarang ini berdiri megah Berjaya Times Square yang sepatutnya didirikan masjid, pelebaran laluan Lebuhraya Timur-Barat yang telah dimulakan dari zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, Universiti Islam Antarabangsa dan beberapa projek 'Islam' lain menggunakan wang derma dari Arab, termasuklah yang membabitkan Bosnia, Selatan Thailand dan Selatan Mindanao, Palestin dan Kosovo juga tidak pernah diisytiharkan.

Begitu juga dengan penipuannya kononnya dia tidak pernah dipertikaikan sebagai perasuah dan pembela kroni serta proksi walaupun kemuncaknya adalah DESAKAN LETAK JAWATAN pada tahun 1999 bagi projek bail-out syarikat anak lelakinya, MISC dengan menggunakan wang negara.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir. Dan terlalu banyak usahanya untuk menutup salahlaku itu dengan pemanipulasian undang-undang, seperti dalam kes Perwaja menerusi arahan langsung kepada BPR (sekarang SPRM). (RUJUK SINI) Pendedahan tersebut dibuat pada tahun 1999 pada ketika, rakyat Malaysia belum lagi terdedah sepenuhnya kepada media sosial.

Artikel 28 Perkara tulisan terbaharu Dr. Mahathir sebenarnya tidak lebih daripada mengulang-ulang tuduhan liarnya terhadap Najib Abdul Razak. Dr. Mahathir yang pernah melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pembohong dan penipu yang berguru dengan kaedah Joseph Goebbels, jurutera propaganda utama Adolf Hitler Nazi Jerman, turut menggunakan kaedah yang sama iaitu mengulang-ulang penipuan supaya akhirnya minda pembaca dan orang ramai yang penat dengan pengulangan pembohongan itu, akhirnya menyerah kalah dan menganggap pembohongan itu sebagai satu kebenaran.

Artikel itu juga sebenarnya tidak lebih daripada cubaannya untuk mempertahankan diri secara tidak langsung apabila DAP menerusi Zaid Ibrahim mengeluarkan senarai kabinet bayangan mereka yang cuba memujuk Mahathir dan Anwar Ibrahim selepas Kit Siang sebelum itu mengatakan Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri ke-7.

20 Jun lalu, Mahathir membocorkan rahsia mesyuarat Pakatan Harapan kepada media Jepun. Kemudian Anwar Ibrahim menyindirnya apabila mengumumkan penarikan diri sebagai calon PM ke-7. Dua hari lepas, RCI ditubuhkan untuk menyiasat kerugian negara lebih RM10.1 bilion pada pertengahan 90-an kerana perjudian Forex. Kemudian disusuli pula oleh pengumuman SPRM akan menyiasat aduan yang dibuat oleh Exco Armada berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Dr. Mahathir dengan penganugerahan projek dan tender mewah bersifat monopoli kepada syarikat anaknya, Opcom.

Tulisan 28 paranya jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir untuk mengembalikan keuntungan besar kepada kroni-kroninya dengan berusaha menjatuhkan Najib dengan menggunakan apa-apa sahaja cara termasuklah pembohongan dan bekerjasama dengan pihak asing walaupun pihak asing itu pernah dikatakannya sebagai menyibuk dan hanya mendatangkan bala kepada negara yang diganggu.

Cuma agak ironi apabila Mahathir mendabik dada kononnya dia menyimpan setiap sen daripada wang gajinya selama dia berkhidmat dalam Kabinet. Tetapi dia tidak pernah menerangkan bagaimana anak-anaknya, anak saudaranya, ipar duainya menjadi kaya raya sebaik-baik sahaja dia menjadi Menteri Perdagangan, Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman.

Mahathir juga membela dirinya dengan mengatakan kerugian-kerugian yang berlaku kepada negara adalah kesan daripada perniagaan, bukannya kerana salahlaku dan penyelewengan walaupun pada masa yang sama, Mahathir tidak pernah bercakap soal bail-out dan pemaksaan ke atas agensi-agensi yang ada duit seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, Bank Kemajuan, KWAP dan sebagainya untuk menggunakan dana mereka bagi membiayai keuntungan segelintir manusia yang diketahui rapat dengannya.

Pembohongan paling ketara oleh Mahathir adalah apabila dia berkata, Perdana-Perdana Menteri selepasnya telah cuba untuk mencari salahguna dan penyelewengannya tetapi tidak berjumpa, walhal amat diketahui bagaimana Mahathir berlagak seperti Maharaja Tanah Besar China ke atas semua agensi dan entiti di negara ini untuk menyapu segala sampah-sarap dan kurap pekungnya di bawah karpet seperti yang berlaku dalam kes BBMB, Perwaja, Forex, PNB, Proton, Petronas dan sebagainya.

Mahathir bolehlah membohongi generasi muda yang berhingus dan semasa dia berkuasa, mereka masih memakai lampin, tetapi Mahathir tidak dapat membohongi golongan yang telah pun dewasa dan bijak menilai terutama mereka yang terdedah kepada segala salahlaku dan penyelewengannya, termasuklah yang mendesaknya bertahun-tahun sepanjang 22 tahun pentadbirannya untuk melepaskan jawatan kerana merugikan negara.

Artikel 28 paranya, tidak banyak dapat membantu kerana prinsip Joseph Goebbels hanya akan berkesan kalau majoriti rakyat adalah buta huruf dan bodoh tolol yang tidak mampu menganalisa arkib-arkib berita daripada kedua-dua belah pihak!!!


KESIAN SYED SADDIQ... ORANG LAIN RAYA MAKAN KETUPAT, DIA MAKAN 'BLOODY FOOL' DAN 'STUPID'!!!



Hari Raya Aidil Fitri sudah semakin hampir. Dengan kata lain, Ramadhan sudah sampai ke penghujung.

Namun suasana politik di Malaysia tidak kunjung habis. Sebaliknya menjelang Hari Raya di mana kebanyakan warga kota yang berasal dari kampung, pulang ke kampung masing-masing untuk bersama-sama sanak saudara, menjadi medium terbaik untuk dipengaruhi bagi menyampaikan 'amanat' serta 'pesanan' para pemimpin dan parti pujaan masing-masing.

Kalau dahulu, hari raya adalah hari raya tetapi sekarang ini, ditambah-tambah pula dengan PRU yang semakin hampir, hari raya akan bertukar menjadi hari kempen politik.

Itu secara awamnya...

Syed Saddiq barangkali menjadikan hari raya kali ini, hari raya yang pertama dalam hidupnya yang paling tidak seronok.

Cerita dia dimaki hamun dan diherdik 'bloody fool' dan 'bodoh' dalam satu pertemuan tertutup ekoran keceluparan dan kelancangan mulutnya membocorkan rahsia pembabitan Tun Daim dalam skandal RM50 juta, kini sudah pun diketahui dan diperkatakan ramai orang.

Skandal RM50 juta yang membabitkan Tun Daim Zainuddin itu sebenarnya adalah antara sebahagian daripada pembayaran kepada pihak asing, termasuklah Clinton Foundation dan Sarawak Report yang bertujuan untuk menjatuh dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Dua hari selepas Raja Petra membuat pendedahan yang sebenarnya lebih kepada 'perangkap' dengan mendakwa Syed Saddiq sebenarnya tahu tentang penggunaan dana tersebut untuk melakukan serangan ke atas Najib dan kemudian memberitahu kepada tiga orang Exco Armada Cap Bunga, Syed Saddiq terpaksa membuat laporan polis dan kemudian sidang media untuk menebus dosa dan malu. Syed Saddiq gunakan cerita berlian RM116 juta sebagai bahan untuk menyerang Rosmah Mansor yang kemudian ditegur oleh Ahli Majlis Tertinggi Cap Bunga, Ainina Saaduddin agar cerita tentang berlian tersebut tidak perlu digunakan kerana ianya tidak wujud dan tidak ada bukti pun.


Syed Saddiq mahu mengajak rakyat bercerita tentang berlian RM116 juta yang kononnya dimiliki oleh Rosmah Mansor hasil penyonglapan wang 1MDB. Biarpun tidak ada gambar, tidak ada bukti, tidak ada transaksi malah tidak ada pun dalam senarai barangan yang akan dirampas DOJ, Syed Saddiq meneruskan cerita fitnah tersebut dengan harapan, dia boleh menjadi seperti Rafizi Ramli yang akhirnya terpaksa mengaku di dalam mahkamah bahawa dia cuma bergurau apabila membuat dan memanjangkan fitnah.

Daim Zainuddin yang selama ini dikatakan telah membiayai gerakan Syed Saddiq sehingga mahu menaja pengajiannya di Oxford, dilaporkan amat marah dengan kelancangan dan keceluparan mulut Syed Saddiq setelah mendapat tahu tentang pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin.

Laporan polis yang dibuat oleh Syed Saddiq mengesahkan lagi yang dia sebenarnya berada dalam dilema teruk tanpa memikirkan natijah seterusnya. Bahkan lebih tepat lagi seperti menggali lubang kubur sendiri. Polis sudah tentu akan mencari identiti sebenar tentang ketiga-tiga orang Exco Armada tersebut dan akan menyiasat pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra membabitkan mereka.

Bukan soal dia memang benar-benar tahu atau tidak. Ini adalah politik. Dalam politik, tilam yang bercapuk-capuk pun boleh diheret ke mahkamah sebagai bahan bukti sepertimana yang berlaku dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim.

Bagaimana sekiranya ketiga-tiga orang Exco tersebut mengesahkan bahawa pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra itu adalah betul dan benar. Silap-silap ada antara mereka atau kesemua mereka merakamkan perbualan dan percakapan Syed Saddiq dalam bentuk audio atau video.

Apakah akan berlaku kali keempat Syed Saddiq mahu meletakkan jawatan selaku Ketua Armada selepas tiga kali sebelum ini, penuh sebak dan sayu untuk meletak jawatan tetapi kemudian menarik balik perletakan jawatannya selepas dia memperolehi pelajaran perit politik yang tidak pernah dijangkakannya?

Tunggu sajalah perkembangan terbaharu di dalam Parti Cap Bunga pimpinan Mahathir yang semakin caca marba!


Thursday, June 22, 2017

INI BARU KATA ANAK BAPA... BAPAK BAKAL DISIASAT OLEH RCI, ANAK PULA AKAN DISIASAT SPRM!!!




Semalam, bapanya menerima tamparan hebat setelah bertungkus lumus dan bekerjasama dengan pihak asing, termasuklah DOJ Amerika Syarikat yang cukup terkenal kerana telah menjahanamkan beberapa buah negara Islam dengan tuduhan-tuduhan palsu demi menggulingkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional.

Biarpun berselindung di sebalik Pilihanraya Umum, hakikatnya pembayaran yang dibuat, yang didedahkan oleh blogger RPK yang kemudian dibuat laporan polis oleh Syed Saddiq bagi menyelamatkan dirinya daripada dimarahi dan disingkirkan oleh Mahathir sepertimana yang pernah berlaku kepada Kadir Jasin dan seorang blogger totok Mahathir setelah RPK mendedahkan, Syed Saddiq membocorkan rahsia tentang pembayaran RM50 juta kepada pihak asing termasuklah DOJ, hakikatnya menjemput kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal Malaysia merupakan sesuatu yang bersifat sangat keji.

Semuanya kerana mahu mempertahankan legasi, kroni, proksi dan kes-kes sapu bawah karpet yang dahulunya tersembunyi dan disembunyikan oleh para penyokong, tetapi ledakan maklumat terutama sekali membabitkan media sosial, tidak mampu lagi membantu kuasa kuku besi yang menjadi amalan resmi Mahathir.

Selain penjelasan oleh DOJ bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bukti berhubung isu 1MDB yang dihebohkan serta kaitan dengan nama-nama yang disebutkan, bahkan DOJ turut mengakui bahawa mereka menfailkan saman sivil di mahkamah hanya berdasarkan aduan awam, perkara yang paling merisaukan Mahathir iaitu kerugian berpuluh bilion ringgit (dilaporkan cuma RM10.1 bilion dan seandainya ditukarkan kepada nilai sekarang adalah lebih RM30 bilion) akibat urusniaga masa hadapan Forex membabitkan Bank Negara, kini memasuki fasa baru.

Kabinet akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian berkenaan.

Selama ini, yang menjadi tukang kecoh tentang kerugian tersebut hanyalah Lim Kit Siang, DAP dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sememangnya menggunakan isu Forex itu untuk membersihkan namanya selain untuk menjadikan diri sebagai hero pada pandangan orang ramai. Manakala Mahathir pula selain menolak untuk sebarang siasatan ke atas urusniaga tersebut, turut menolak untuk memberikan penjelasan.

Siasatan Suruhanjaya Diraja pastinya akan membongkar segala-galanya. Mahathir tidak lagi boleh menggunakan alasan yang paling kerap digunakannya, 'SAYA TIDAK INGAT' kerana pembuktian dan dokumen yang digunakan lebih terpakai berbanding keterangan mahupun aduan awam, termasuklah SD yang pernah dibuat oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara.


Itu cerita bapa.... sekarang cerita anak pula.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki menyatakan SPRM akan menyiasat berhubung pemberian kontrak pembekalan optik fiber antara Telekom Berhad dengan syarikat yang dimiliki oleh Mukhriz Mahathir.

Siasatan dibuat selepas aduan daripada beberapa pihak termasuklah daripada Exco Armada Parti Cap Bunga sendiri diterima SPRM dan mendakwa terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa dalam proses tender berkenaan.

Menurut Azam Baki, sekiranya terdapat elemen-elemen penyalahgunaan kuasa dan korupsi, SPRM akan menyiasat.

Mukhriz adalah anak lelaki Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri pada waktu itu apabila urusniaga pembekalan optik fiber yang dipersoalkan itu diberikan kepada syarikat miliknya.


KETIKA SITI HASMAH DAN WAN AZIZAH DIGELAR SEBAGAI WANITA TABAH KERANA SUAMI MEREKA, ROSMAH MANSOR PULA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI KANAK-KANAK YANG LANGSUNG TIDAK DIPEDULIKAN SELAMA INI!!!!



Terpandang kulit majalah yang kecenderungan politik pemilik produksi tersebut seringkali diperkatakan. Gambar Siti Hasmah dan Wan Azizah. Tajuknya adalah DUA ORANG WANITA TABAH.

Tak tahulah di mana tabahnya mereka.

Wan Azizah dikatakan tabah sebab suaminya dipenjarakan atas kesalahan sendiri iaitu JENAYAH LIWAT. Siti Hasmah pula dikatakan tabah kerana sanggup bersama-sama suaminya menongkah arus dan menyokong perjuangan suaminya untuk kembali menjadi Perdana Menteri sekaligus membela kepentingan kroni-kroni yang banyak terjejas semenjak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan pembabitan kedua-dua wanita tersebut, mereka sebenarnya kurang diserang oleh pihak lawan. Wan Azizah, meskipun menjadi Presiden PKR, Ahli Parlimen dan ADUN, serangan ke atasnya hanyalah kerana lakonannya yang tidak menjadi atau kerana dia tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah, tugas seperti kepercayaan yang diberikan oleh para pengundinya. Manakala Siti Hasmah pula, seringkali diberikan gambaran yang baik-baik walaupun kerapkali juga cerita-cerita bagaimana dia mempengaruhi suaminya yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, menjaga kepentingan ahli keluarganya, termasuklah sanak saudara, sepertimana yang berlaku di PROTON.

Ketika Anwar Ibrahim mahupun Dr. Mahathir diserang oleh pihak lawan, isteri-isteri mereka tidak terjejas langsung. Serangan hanya ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir sahaja. Wan Azizah hanya 'ditegur' apabila dia cuba berbohong bagi pihak suaminya dalam kes jam tangan Omega yang sehingga ke hari ini tidak pernah dibuktikan, masih berada dalam simpanannya sebagaimana didakwa.


Berbanding Syarifah Rodziah, Toh Puan Rahah, Toh Puan Siti Suhaila, Siti Hasmah, Jeans Abdullah dan Endon Mahmud, Rosmah Mansor merupakan Wanita Pertama yang menjadi mangsa serangan semenjak suaminya masih lagi bergelar Menteri Pertahanan. Malah serangan ke atas Rosmah Mansor semakin menjadi-jadi ketika suaminya bergelar Timbalan Perdana Menteri, apatah lagi setelah Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Pelbagai tuduhan dibuat ke atasnya. Daripada tuduhan tentang jam tangan berharga mewah sehinggalah tuduhan yang lebih berat iaitu membunuh seorang model yang mempunyai hubungan skandal dengan Razak Baginda yang kemudian ditukarkan menjadi Najib Abdul Razak.

Kesemua tuduhan tersebut adalah tuduhan-tuduhan liar, termasuklah tuduhan terbaharu, kononnya dia diberikan hadiah barangan kemas permata berlian berwarna merah jambu yang sangat 'rare' dan berharga tinggi.

Dengan kata lain, Rosmah Mansor sehingga ke hari ini, tidak terbukti berbuat sebagaimana yang diuwar-uwarkan melainkan hanyalah dijadikan modal dan sasaran dalam serangan yang sepatutnya ditujukan secara langsung kepada suaminya, Najib Abdul Razak.

Muhyiddin Yassin dan Dr. Mahathir juga menyertai kumpulan DAP, PKR dan PAN menyerang Rosmah Mansor dengan membuat tuduhan-tuduhan yang mereka sendiri tidak sertakan sebarang bukti bagi meraih sokongan yang lebih padu daripada rakyat. Anggapan mereka, Najib akan lebih dijatuhkan sekiranya Rosmah Mansor dimusnahkan.

Di sebalik pelbagai tohmahan, fitnah mahupun cerita-cerita buruk tentangnya, Rosmah Mansor tetap memperjuangkan kebajikan golongan kanak-kanak.

Malaysia yang suatu ketika dahulu pernah diselar dunia khususnya dari negara-negara maju kerana tidak mempunyai undang-undang yang melindungi golongan kanak-kanak secara khusus dan tegas, di bawah pentadbiran Najib, Akta Kanak-Kanak diperkukuhkan termasuklah yang terbaharuAkta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Bermula dengan PERMATA NEGARA yang menjadi program ikutan beberapa buah negara, termasuklah mendapat kerjasama daripada University of Cambridge dan Oxford, Rosmah Mansor juga merupakan penggerak utama Kempen dan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada Mac lalu.


Kempen dan Semintar Jenayah Seksual Kanak-Kanak itu menyaksikan Najib Abdul Razak mengutarakan ideanya untuk penubuhan sebuah mahkamah khas iaitu Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ketika merasmikannya.

Hasilnya pada 22 Jun 2017, majlis perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman di Kuala Lumpur telah disempurnakan.

Penubuhan mahkamah khas tersebut adalah bertujuan untuk mempercepatkan tempoh pelupusan kes dan mempercepatkan giliran bagi perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, mahkamah tersebut turut memberikan tumpuan kepada kes-kes bagi mangsa jenayah seksual kanak-kanak seperti aktiviti pengantunan kanak-kanak (child grooming), pornografi kanak-kanak dan serangan seksual selaras dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhada Kanak-Kanak 2017.


Mahkamah itu merupakan yang pertama di Malaysia bahkan di Asia Tenggara.

Mahkamah ini bagaimanapun, berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada kerana kes-kes bagi pesalah kanak-kanak dan isu penjagaan kanak-kanak akan didengar di Mahkamah Majistret manakala Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan didengar di Mahkamah Sesyen.

Ketika Rosmah Mansor terus menjadi mangsa serangan dalam usaha musuh-musuh politik Najib mahu menjatuhkannya kerana beranggapan, Rosmah adalah sisi paling lemah Najib, nampaknya Rosmah Mansor pula terus berjalan ke hadapan terutama dalam memperjuangkan generasi awal dan kanak-kanak untuk masa hadapan yang lebih baik tanpa menghiraukan segala luka-luka dan kecederaan pada tubuh badan mahupun hatinya sendiri.





KESIAN MUKHRIZ.... BILA DAH TAKDAK KUASA, BARU DIA TAHU, RAMBUNG PULAI, BALING TU DUK DALAM KEDAH!!!



Benarlah kata orang, apabila sudah gila talak, maka benda yang tidak pernah kita buat dahulu, kita akan lakukan demi meraih perhatian dan mahu membuktikan kononnya kita benar-benar mencintai orang yang kita gilakan.

Beberapa tahun dahulu, Nizar Jamaluddin menjadi bahan momokan kerana gila talak dan meroyannya apabila jawatan Menteri Besar Perak yang disandangnya selama 11 bulan, tiba-tiba sahaja hilang dari genggaman setelah tiga orang ADUN Pakatan (2 dari PKR, seorang dari DAP) keluar parti.

Teruk Nizar Jamaluddin kena apabila dia mempamerkan perangai-perangai pelik dan ganjil selepas kehilangan jawatan Menteri Besar itu. Agak lama jugalah Nizar Jamaluddin belajar menerima hakikat yang dia bukan lagi Menteri Besar Perak.

Nampaknya, perkara yang sama juga berlaku kepada Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Parti Cap Bunga.


Semasa dia menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun, dia tidak pernah merayau dan merayap di sekitar Kedah. Hidup dalam seminggu, 3 hari di Alor Star, 4 hari di Kuala Lumpur atau di luar negara. Selama tiga tahun itulah juga, dia sekadar berpusing-pusing sekitar Alor Star dan Jerlun. Daerah-daerah seperti Baling terlalu asing baginya. Paling jauh pun langkahnya, sekadar Sungai Petani dan Merbok. Sesekali kalau Najib datang melawat Kedah seperti ke Kulim, barulah Mukhriz tahu bahawa Kulim-Bandar Baru merupakan sebahagian daripada Kedah.

Tetapi selepas kehilangan jawatan dan kesungguhannya untuk membuktikan yang dia memang ada aura dan pengaruh, Mukhriz mula belajar tentang Kedah. Mula menghafal nama-nama daerah di seluruh Kedah. Mula tahu bahawa Kedah itu bukan hanya Alor Star, Sungai Petani dan Merbok, tetapi juga beberapa daerah yang lain.

Pada 20 Jun lalu, dalam usaha untuk menambahkan bilangan ahli Parti Cap Bunga di Baling setelah semakin ramai yang bertindak keluar parti manakala penyokong asal Parti Cap Bunga Baling pula, ramai yang lebih suka menjadi pemerhati, Mukhriz membuat jelajah di Baling.


Dia kemudian dimaklumkan tentang Rahmat bin Taib di Rambung Pulai, Baling yang rumahnya telah terbakar pada 23 Mei 2017 lalu. Apabila mendapat tahu, Mukhriz serta rombongannya ke rumah Rahmat dan jentera propaganda Cap Bunga Kedah milik Mukhriz mengolah cerita dan cuba menimbulkan persepsi seolah-olah mangsa kebakaran langsung tidak dibantu dan dipedulikan oleh ADUN Bayu, Ahli Parlimen dan pihak berkuasa yang lain.

Mukhriz dipropagandakan sebagai memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa sekeluarga menjelang Aidil Fitri menerusi pemberian hamper makanan dan wang tunai. Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sendiri ketika menjadi Menteri Besar Kedah dahulu, kecuali kerapkali memberi alasan, telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tahu.

Lawatan Mukhriz bagaimanapun, hanyalah acara ringkas memandangkan ianya tiada dalam perancangan dan telah diatur secara mengejut oleh pihak Pengerusi Parti Cap Bunga Baling Sophian Ahmad. Tempoh kehadirannya hanyalah dari jam 4:20 sehingga 4:35 petang sahaja.

Sesuatu yang menarik ialah pembabitan Md Zuki Yusof, ADUN Kuala Ketil yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zuki. Dia merupakan penyambut kehadiran Mukhriz serta rombongan. Md Zuki Yusof merupakan ADUN PAS, tetapi ramai yang melihat Md Zuki sebagai tidak berani keluar PAS untuk menyertai PAN walaupun kecenderungannya lebih kepada PAN berbanding PAS.

Bagaimanapun, sebelum Md Zuki mahupun pihak Parti Cap Bunga Baling mengambil tahu tentang Rahmat bin Taib, ADUN Bayu Azmi Che Hussin telah pun mengusahakan bantuan untuk mangsa dan keluarganya. Kakitangan Pusat Zakat telah pun lebih awal lagi menemui mangsa dan menilai kerosakan rumah mangsa untuk diajukan kepada Pejabat Zakat bagi bantuan seterusnya.

Begitu juga Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim, juga telah pun melawat dan memberikan bantuan kepada mangsa. Malah Azeez juga berjanji, sekiranya Pejabat Zakat tidak dapat membantu, dia sendiri akan mengendalikan masalah tersebut.


Ketika Mukhriz dan rombongannya mengambil keputusan untuk singgah menemui Rahmat bin Taib di Rambong Pulai bagi menunjukkan keprihatinannya, ADUN Bayu sebenarnya dalam perjalanan bersama-sama beberapa orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dalam perjalanan ke tempat yang sama. Mereka bertembung. Namun ADUN Bayu mengambil keputusan untuk beredar bersama pegawai-pegawai JKM itu bagi mengelakkan persepsi negatif orang ramai setelah melihat kelibat Mukhriz Mahathir yang enggan mengalah dan memberi laluan kepada ADUN Bayu mereka melaksanakan tugas terlebih dahulu.

Hanya keesokan harinya iaitu pada 21 Jun, barulah ADUN Bayu kembali bersama pegawai-pegawai JKM itu bagi menguruskan bentuk bantuan selanjutnya untuk Rahmat sekeluarga.

Baguslah pakat-pakat bantu. Tetapi apabila mula mendabik dada kononnya Mukhriz lebih prihatin dan terlebih dahulu mengambil tahu sebelum ADUN dan Ahli Parlimen BN serta agensi-agensi berkaitan memberikan bantuan, ia adalah satu pembohongan ketara kerana Mukhriz sendiri pun, itulah kali pertama dia sampai ke Rambong Pulai. Malah,semasa menjadi Menteri Besar Kedah dahulu pun, Mukhriz tidak pernah tahu tentang kewujudan sebuah perkampungan Melayu di Baling bernama Rambong Pulai.

Hanya setelah dia tidak ada kuasa dan sedang memburu kuasa... nanti bila dah dapat kuasa, dia kembalilah kepada fitrah asalnya, menyombong dan ge dengan marhein seperti yang ditunjukkan oleh isteri dan anak-anaknya.



 
Blogger Templates