Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 15, 2017

KAHKAHKAH, KIT SIANG TOLAK ANWAR, GUAN ENG PULA TOLAK MAHATHIR DAN MUHYIDDIN... MELAYU CUMA KENA JADI PECACAI DAP SAJA!!!



Sudah semakin jelas, siapa sebenarnya yang bakal dicalonkan sebagai PM ke-7 sekiranya menang pada PRU-14 nanti. Dan sudah jelas juga, siapa yang paling dominan dan membuat keputusan bagi Pakatan Harapan meskipun para penyokong Tun Dr. Mahathir mendabik dada, bekas Perdana Menteri itu lebih berpeluang untuk menjadi ketua Pakatan Harapan yang berjawatan Pengerusi. 

Beberapa hari lepas, Lim Kit Siang menyatakan Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri ke-7 sekiranya Pakatan Harapan menang. Alasannya ialah perundangan. Lim Kit Siang betul dalam hal ini walaupun PKR sangat marah dan cuba menegakkan pendapat mereka, Anwar layak sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

Semalam pula, Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan, cadangan Parti Cap Bunga untuk mencalonkan Mahathir dan Muhyiddin ke jawatan tertinggi Pakatan Harapan, ditolak. Lim Guan Eng dan DAP menolak cadangan Cap Bunga dan tidak akan bersetuju sama sekali jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan diserahkan kepada Mahathir dan Muhyiddin. 

Menurutnya, Cap Bunga tidak boleh memonopoli jawatan tertinggi dalam Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung isu ini. Bagaimanapun, menurut Guan Eng, Mahathir hanya dibenarkan memainkan peranan utama untuk menentang Barisan Nasional dan bukannya memegang tampuk pentadbiran dan pengurusan Pakatan Harapan. 

Dengan kata lain, Guan Eng mahu Dr. Mahathir dan Muhyiddin terus menjadi pencacai DAP semata-mata. Mukhriz pula, langsung tidak disebut kerana Guan Eng barangkali sedar, Mukhriz tidak tahu apa-apa. 

Sebelum ini, Parti Cap Bunga mencadangkan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula menjadi Timbalan Presiden Pakatan Harapan, manakala Lim Guan Eng dan Mat Sabu sebagai Naib Presiden. 

Takkan tak nampak-nampak lagi?

DAP adalah parti dominan. Tidak akan sesekali mereka akan merendahkan diri seperti yang dikehendaki oleh Dr. Mahathir dan Cap Bunga. Mereka berbaik-baik dengan Dr. Mahathir dan Cap Bunga kerana melihat Dr. Mahathir sebagai umpan terbaik mendapatkan sokongan Melayu untuk DAP. DAP hanya bersetuju sekiranya, semua jawatan tinggi diberikan kepada mereka. Manakala Melayu-Melayu dalam Pakatan Harapan hanya berperanan sebagai pencacai dan penipu bagi pihak DAP sepertimana yang dilakukan oleh PKR dan PAN.

2 comments:

Prince Righty 1 said...

Kalau ikut logik pun sepatutnya Kit Siang yg jd PM, bukan Anwar atau Madey... DAP buat keje banyak yg lain numpang je ye... Cap bunga mmg parti xde maruah pun..

Anonymous said...

Yang penting ialah Najib dan Hisham patut dipenjarakan kerana 1MDB. Yang boleh buat ni adalah Madey,jadi laluan harus diberikan kpd Tun.

 
Blogger Templates