Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 19, 2017

KETUA PENGARAH KASTAM BUAT LAWAK JAHANAM MENJELANG PENGAKHIRAN RAMADHAN!!!



Kenyataan awal Dato' Indera Subromaniam Tholasy bahawa 60 item barang makanan akan dikenakan cukai GST, membuatkan ramai yang terpelongo, termasuklah golongan yang menyokong Kerajaan.

Dan seperti biasa, media sosial menjadi tempat melepaskan geram dan tidak puas hati. Subromaniam menjadi sasaran. Bahkan ramai pula yang mengungkit tentang kelemahan dan kegagalan Kastam dalam menguatkuasakan GST sehinggakan harga barang yang tidak sepatutnya mahal, meningkat harga tanpa sebarang kekangan atau kawalan.

Terselamatlah KPDNKK di bawah Hamzah Zainuddin buat seketika walaupun KPDNKK sebenarnya 'bekerjasama' dengan Kastam dalam isu GST ini.

Jenaka kejam yang dibuat lebih awal oleh Subromaniam menyebabkan Najib dan Kerajaan Persekutuan menjadi sasaran. Para jentera propaganda Pakatan dan penyokong Mahathir mengambil peluang keemasan itu untuk membuktikan bahawa kerajaan di bawah Najib, sudah tidak ada duit sehinggakan perlu menambah item untuk dicukaikan walaupun ada berjanji bahawa barangan makanan tidak akan dikenakan cukai.

Pada masa yang sama, jentera propaganda Pakatan dan penyokong Mahathir, terlupa bahawa pada zaman SST 16% yang kadarnya tersembunyi dan disembunyikan berbanding GST 6% yang kadar yang dikenakan kepada pembeli dan pengguna perlu dinyatakan pada resit, lebih 10,000 item dikenakan cukai 'gelap' SST tetapi di bawah GST, jumlah tersebut telah dikurangkan separuh menjadi lebih kurang 5000 item sahaja, manakala kadar cukai GST yang dikutip daripada pembelian perlu dinyatakan pada resit bagi memastikan para peniaga tidak mengamalkan pencatutan.

Malangnya, pencatutan atau pengambilan untung berlebihan berlaku tanpa dapat dibendung dari peringkat borong lagi. Pelbagai alasan yang digunakan, termasuklah kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat, walaupun barangan makanan, kebanyakannya menggunakan mata wang negara yang mengeksport barangan tersebut ke Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat. Pergantungan hampir sepenuhnya barangan makanan oleh Malaysia kepada negara-negara aasing, termasuklah daging lembu dan kambing mahupun daging kerbau, menjadi modal utama untuk para pemborong dan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Dan kastam langsung tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sesekali kita terdengar juga tentang acara penguatkuasaan dengan kehadiran wartawan yang membawa kamera dan mikrofon.

Pengumuman awal Ketua Pengarah Jabatan Kastam tentang penguatkuasaan GST ke atas 60 item barangan makan menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan pada ketika hampirnya PRU-14, dilihat sebagai upacara menikam belakang Kerajaan atau menembak kaki sendiri.

Mujurlah dalam tempoh tidak sampai 24 jam, kenyataan awal Ketua Pengarah Jabatan Kastam itu dipadamkan oleh kenyataannya sendiri. Kononnya setelah merujuk kepada Kementerian Kewangan maka, arahannya untuk mengutip cukai GST daripada 60 item baru bermula 1 Julai nanti, telah dibatalkan.


Malangnya, kerosakan telah pun berlaku. Peluru telah pun diberikan kepada para penentang Kerajaan dan Najib telah pun dipersalahkan oleh jentera propaganda Pakatan, manakala para penyokong Mahathir sudah pun mengecop Kerajaan tidak berduit. Manakala puak-puak DAP yang berketuakan Lim Guan Eng sudah pun mempertingkatkan sentimen kebencian di kalangan masyarakat Cina terhadap Kerajaan dan Najib kononnya, harga barang sudah pun dinaikkan, maka masyarakat Cina perlu menghentikan kegilaan itu dengan menentang Najib. Kalau tidak, mereka tidak akan mengaut untung banyak kerana dikenakan cukai GST yang tidak membolehkan mereka lari seperti semasa SST dahulu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam sedar atau tidak sedar, natijah ini?

Jangan duk buat lawak yang bukan-bukan pada waktu sekarang ini!

1 comment:

Juragan69 said...

Bhai mana lbh besar.. pengarah kastam atau menteri kdn???apakah pengarah mngeluarkn arahan tnpa perlu kebenaran menteri???adakh pengarah kastam bekerja utk kerajaan tanpa menteri????

 
Blogger Templates