Sememangnya sukar untuk para penyokongnya percaya, Mukhriz sebenarnya tidak berbakat sebagai pentadbir apatah lagi sebagai pengurus sekalipun dia memiliki syarikat gergasi yang memonopoli pembekalan fiber optik kepada Telekom Malaysia hasil campurtangan bapanya.
Mukhriz seringkali digambarkan sebagai seorang pemimpin masa hadapan yang sangat hebat walaupun hakikatnya, Mukhriz sebenarnya tidak berbakat langsung!
Pendedahan yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung penyusutan rizab kewangan Negeri Kedah, mengesahkan cerita-cerita tentang kedangkalan dan ketidakupayaan Mukhriz sebagai pemimpin politik.
Abdul Rahman Dahlan mendedahkan rizab kewangan Kerajaan Negeri Kedah merosot sehingga 80% di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir selaku Menteri Kedah iaitu dari Mei 2013 sehingga 3 Februari 2016.
Ketika Allahyarham Azizan Abdul Razak menyerahkan kepimpinan negeri Kedah kepada Mukhriz Mahathir akibat kekalahan PAS pada PRU tahun 2013, rizab Kerajaan Negeri adalah RM209.94 juta. Namun 2 tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, rizab tersebut susut sehingga menjadi RM48 juta sahaja pada tahun 2015.
Kutipan hasil negeri juga menurun dari RM518.43 juta pada tahun 2013, merosot kepada RM411.05 pada tahun 2015.
Tetapi apabila Ahmad Bashah Hanipah mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah, dalam tempoh Februari sehingga Disember 2016, kutipan hasil kerajaan mampu mencecah sehingga RM740 juta!
Prestasi hasil kutipan bagi 2017 sehingga kini telah melonjak ke tahan 76% dan sasaran capaian hasil ke tahap 90% bagi tahun kewangan 2017 dijangka mampu dicapai.
Ahmad Bashah Hanipah juga berjaya membuat perubahan besar apabila setiap kali Bajet Negeri yang dibentangkan oleh Mukhriz bagi tahun 2014, 2015 dan 2016, Kerajaan Negeri mengalami defisit besar tetapi pada era Ahmad Bashah, Bajet 2017 pula defisit telah berjaya diturunkan sehingga 4.6%.
Ahmad Bashah Hanipah juga berjaya membuat perubahan besar apabila setiap kali Bajet Negeri yang dibentangkan oleh Mukhriz bagi tahun 2014, 2015 dan 2016, Kerajaan Negeri mengalami defisit besar tetapi pada era Ahmad Bashah, Bajet 2017 pula defisit telah berjaya diturunkan sehingga 4.6%.
Persoalan besar yang mula ditanya dan membuka mata kebanyakan pihak yang kagum dengan aura Mukhriz ialah, mengapa pada zaman Ahmad Bashah, prestasi perolehan kewangan negeri dari segi hasil mampu melonjak sehingga 23% sedangkan Mukhriz yang dilihat sebagai tokoh perniagaan pula, hanya mampu mengurangkan dan menurunkan jumlah hasil?
Ke mana sebenarnya pergi hasil negeri ketika di bawah Mukhriz Mahathir? Mengapa begitu banyak hasil negeri yang dimasukkan ke perbendaharaan negeri? Mengapa rizab negeri susut teruk? Ke mana ianya dibelanjakan dan apakah hasilnya, memandangkan sepanjang 3 tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah,TIDAK ADA SATU PUN BENDA yang dibuatnya selain daripada berulang-alik naik kapalterbang.
Justeru desakan dan pertanyaan daripada pelbagai pihak di Kedah, terutama sekali Pengerusi Kelab Belia Darul Aman, Syed Mohd Johan Rizab Syed Unan Mashri, perlu dipandang serius oleh Mukhriz dan para penyokongnya.
Apatah lagi acapkali mereka mengejek Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar 'Lena' walaupun hakikatnya angka dan fakta menunjukkan Ahmad Bashah lebih jaga berbanding Mukhriz yang hanya tahu berbelanja besar tetapi tidak tahu apa yang dibelanjakan!!!
Apatah lagi acapkali mereka mengejek Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar 'Lena' walaupun hakikatnya angka dan fakta menunjukkan Ahmad Bashah lebih jaga berbanding Mukhriz yang hanya tahu berbelanja besar tetapi tidak tahu apa yang dibelanjakan!!!
2 comments:
Kena tanya Pegawai Perbendaharaan Negeri la, apa arahan MB lama bagi sampai jadi lagu tu.
Pastu kena tanya juga, apa yang MB baru buat sampai hebat lagu ni.
Kadang semua putaq jer lebih...
Takkanlah rizab naik kerana prinsip UMNO menwajipkan setiap ahlinya mencuri.
Post a Comment