DAP dan para pemimpinnya melanggar Perlembagaan Persekutuan, mereka bebas. Walaupun mereka mungkin pernah diseret ke mahkamah di bawah Akta Hasutan tetapi kesan daripada tindakan tersebut, hanya menunjukkan DAP lebih 'berkuasa' daripada undang-undang Malaysia. Sudah terlalu acapkali DAP mempertikaikan bahkan mempermain-mainkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu tetapi mereka terus dibiarkan bebas ke sana ke mari mencipta persepsi dan menghasut.
Lim Guan Eng sebagai contoh, sekarang ini sedang berhadapan dengan dua pertuduhan jenayah melibatkan rasuah dan salahguna kuasa tetapi dia masih bebas. Masih tidak didakwa dan dibicarakan kerana kononnya Malaysia mengamalkan sistem undang-undang bebas di mana sesiapa sahaja boleh mempertikaikan peruntukan undang-undangnya. Lim Guan Eng sendiri menerusi pasukan peguamnya cuba menggunakan mahkamah bagi menafikan akta-akta yang telah digubal di Parlimen di mana dia sendiri adalah salah seorang penggubalnya bagi membolehkan dia tidak didakwa.
Tiada sebarang tindakan tegas menangani pemanipulasian yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, sebaliknya masa terus diberikan kepada Lim Guan Eng untuk mencapai maksudnya itu oleh mahkamah sendiri!
Terbaharu, Pendaftar Pertubuhan mengambil masa bertahun-tahun hanya untuk mengeluarkan sekeping kenyataan media bagi menyatakan, DAP perlu mengadakan pemilihan semula kerana ROS tidak mengiktiraf pemilihan CEC yang dibuat oleh DAP pada tahun 2013. Itu pun penuh berbunga-bunga dan penuh sembah takzim bagi menjaga hati para pemimpin DAP sebelum menyatakan, pemilihan susulan tidak sah dan DAP perlu membuat pemilihan CECnya semula.
DAP menuduh ROS mahu sabotaj mereka sedangkan mereka telah pun mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September 2013.
DAP enggan terima kenyataan bahawa ROS tidak mengiktiraf pemilihan semula tahun 2013 itu sedangkan pemilihan tersebut sepatutnya menyelesaikan semula masalah yang dihadapi dalam pemilihan tahun 2012.
Arahan itu jelas, DAP perlu menggunakan senarai delegasi tahun 2012 untuk pemilihan semula tetapi DAP enggan berbuat begitu. Semua orang faham, keengganan DAP itu adalah bagi menyelamatkan kedudukan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.
Surat bertarikh Disember 2013 dari ROS kepada DAP Kedah selepas pemilihan semula DAP pada 29 September 2013, menunjukkan dengan jelas ROS tidak mengiktiraf pemilihan semula DAP itu.
Bahkan pada Oktober 2015, Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi memberitahu Anthony Loke secara khusus di Parlimen dalam jawapan bertulis:
"ROS masih lagi menyiasat pemilihan DAP kerana parti itu enggan mematuhi langkah-langkah yang telah diberikan oleh ROS." (RUJUK SINI)
Dakwaan DAP kononnya ROS mengambil masa 4 tahun semata-mata untuk mensabotaj DAP sebenarnya boleh difahami sebagai PEMBOHONGAN BESAR. DAP sebenarnya yang enggan patuh kepada undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan kerana ia adalah undang-undang Malaysia bukan undang-undang Lim anak beranak.
Dari tahun 2013 lagi, DAP tahu, pemilihan semula mereka tidak sah kerana syarat utama yang diberikan oleh ROS adalah penggunakan senarai delegasi tahun 2012 yang telah dimanipulasi bagi mengekalkan kedudukan Lim Guan Eng, tidak dipatuhi.
Ada sebarang tindakan undang-undang dari pihak berkuasa Malaysia terhadap DAP?
Tidak, sebaliknya begitu sabar menunggu DAP datang untuk memenuhi syarat-syarat yang diberikan.
Tindakan tegas yang diambil oleh undang-undang Malaysia terhadap parti politik kali terakhir dan paling diingati hanyalah pada tahun 1988 apabila UMNO diharamkan, bagi membolehkan Mahathir tidak kehilangan jawatan Perdana Menteri di tangan Tengku Razaleigh Hamzah!
Untuk DAP?
TIADA SESIAPA PUN YANG BERANI!!!!
2 comments:
Kalau negara luar, tak cukup tanah DAP ni lari
Pan kata Dap baik...
Post a Comment