Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 13, 2017

HILANG LAGAK DAN CAKAP BESAR, AKHIRNYA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PKR BERDATANG SEMBAH KEPADA HADI AWANG!!!



Setelah berlagak kononnya PKR tersangat kuat dan tidak memerlukan bantuan PAS, akhirnya pemimpin-pemimpin besar PKR terpaksa membuat kunjungan 'muhibbah' ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sekaligus kehadiran Wan Azizah dalam kunjungan tersebut membawa makna bahawa kedatangan mereka adalah utusan khas dan membawa misi pujukan DAP bagi mendapatkan bantuan PAS seperti pada 2 PRU lalu.

Pada ketika ini, PKR bernaung secara langsung di bawah kekuasaan DAP. Arahan DAP akan dituruti oleh PKR tanpa banyak soal. Putus hubungan PKR-PAS juga adalah atas arahan DAP yang berasakan mereka lebih kuat dengan kehadiran Parti Cap Bunga dan PAN.

Bagaimanapun jangkaan awal DAP tentang kekuatan kedua-dua parti baru tersebut meleset teruk. Cap Bunga sedang bergelut dengan pelbagai masalah termasuklah masalah peribadi Dr. Mahathir yang sekarang ini berhenpas pulas mencari jalan untuk menyelamatkan ketiga-tiga orang anak lelakinya yang sedang berhadapan masalah dengan LHDN. Manakala PAN pula masih gagal memperolehi sokongan daripada ahli-ahli PAS biarpun dibiayai oleh DAP.

PKR selain DAP mempunyai dan masih berhubungan dengan PAS terutama sekali di Selangor dan Kelantan. Azmin Ali sendiri sudah beberapa kali memaklumkan dia tidak akan membubarkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PKR-DAP-PAS di Selangor biarpun secara rasmi PAS telah memutuskan tahalyf siyasi dengan PKR.

Sebabnya mudah, Azmin Ali sedar tanpa PAS, PKR tidak akan ke mana-mana. Azmin sendiri sedang berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa sekiranya dia mengambil sikap bermusuh dengan PAS.

Justeru tidak menghairankan langsung apabila pemimpin-pemimpin PKR itu membuat kunjungan hormat dan muhibbah ke atas Presiden PAS.

PAS perlu dipujuk supaya PKR tidak kehilangan Selangor!

8 comments:

Anonymous said...

Harap TGHH tidak terpedaya pada parti kelentong rakyat ni,bersama dgn PKR sama lah seperti bersama dgn puak liberal dan plurlisma.Adakah Pas parti begitu?.Kita yg jahil ni pun faham siap PKR dan para pemimpinnya,mustahil TGHH tidak memahaminya.SEbagai orang yg sudah hampir lemas,kesanggupan pemimpin PKR menebal muka menemui TGHH ,kita fahami,lagi pun kalau Mahahtir sanggup memalukan diri dgn lebih teruk ,apa lah sangat 'malu' bagi Azmin dan Wan Azizah.Lagi pun kalau nak di kira malu lebih besar mereka sanggup tanggung,ia itu malu berkiatan perlakuan seks AI.

Unknown said...

Parti pembangkang... = parti jilat menjilat

Anonymous said...

Pkr perlu keluar ph klu nak pergi lebih jauh. Ph skrg dipenuhi pemimpin yg ada kepentingan diri.

Anonymous said...

Mana ada lawan dan kawan selama lamanya dlm politik bodoh.

Anonymous said...

Nak tengok Hadi ni bijak atau bodoh. Kalau dah dua kali kena Kencing dan menerima pinangan PKR untuk DAP maka tak tahu tahap kebodohannya.

Anonymous said...

Tak sembahlah bai. Sembah ni kat Allah saje. Jumpa hadi sebelum terlambat. Takut2 umur tak panjang. PH tak perlu pas pasal pas dah tak ada penyokong. Kau yg bangang nak mampus pun patut tau.

Anonymous said...

Aik, masa kawan tu nak bedah tempoh hari sibuk buat mesyuarat pecat exco pas, selama kwn tu operate ni baru ada masa jenguk...
Hahaha...
Beda antara muka pemalu dgn org muka tak malu mmang bukan susah sangat nak dinilai.. Hehehe

Anonymous said...

harap2 pas tidak akan buat U turn selepas dipujuk nenek jijah....

 
Blogger Templates