Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 4, 2017

KESIAN DAP... RUPA-RUPANYA MASIH LAGI MENAGIH PAS UNTUK BERSAMA-SAMA MEREKA!!!



Kebelakangan ini kita dapat perhatikan, serangan ke atas PAS semakin diperhebatkan terutama daripada kalangan PAN dan pro-DAP. PAS digambarkan sebagai pihak bersalah, penjahat, pengacau, bahkan dianggap sebagai parti kecil yang tidak begitu penting, tetapi sangat kuat berlagak. 

PAS digelarkan sebagai PA$NO - gabungan PAS, Ringgit dan UMNO. 

Gambaran kononnya PAS sedang berganding dan akan bekerjasama dengan UMNO-BN disebabkan PAS telah dirasuah oleh Najib Abdul Razak, disebarkan secara menyeluruh terutama menerusi mesej-mesej group WhatsApp dan Telegram. PAS juga digambarkan akan bertanding buat kali pertama dalam PRU, bukan untuk mencari kemenangan, sebaliknya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Namun pada masa yang sama, PKR yang diketuai oleh Azmin Ali manakala disokong oleh Wan Azizah Wan Ismail pula giat untuk memujuk dan berusaha untuk berpaut kepada PAS dengan apa cara sekalipun. 

Bahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Liew Ching Tong beberapa hari lepas, kononnya pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, hanya akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan, dan menghancurkan UMNO serta PAS (RUJUK SINI), menunjukkan dengan jelas bagaimana terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan bantuan dan sokongan PAS bagi PRU-14.

Kemenangan besar Barisan Nasional pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pertandingan tiga penjuru sebelum ini, menidakkan teori songsang Liew Chin Tong.

Hakikatnya, PAS seperti sudah serik dipergunakan oleh DAP. Kejayaan demonstrasi besar seperti BERSIH sendiri sebenarnya terlalu bergantung kepada penyokong PAS. Tanpa PAS, BERSIH tidak mempunyai sokongan Melayu dan bertukar menjadi gerakan protes orang Cina semata-mata.

Secara faktanya, PAS tidak memerlukan DAP untuk memenangi dan menguasai Kelantan, kubu kuatnya. Begitu juga di Kedah dan Terengganu selain Perlis. Sedangkan DAP pula amat memerlukan PAS untuk memenangi Selangor, malah di Pulau Pinang juga. Bantuan dan kerjasama daripada PAS jugalah yang membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen pada PRU-13 lalu. Tanpa PAS, DAP hanya mampu menggapai tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen.

Dan biarpun di atas kertas, DAP memerintah Pulau Pinang, manakala PKR mentadbir Selangor, hakikatnya di kedua-dua negeri tersebut, DAP adalah penguasa sebenar. DAP adalah de facto di Selangor dengan PKR pula sekadar penurut perintah PKR.

DAP memberikan gambaran bahawa mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina dan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dengan sokongan Cina akan menjadi milik mereka, manakala PKR, PAN dan Parti Cap Bunga akan memastikan kerusi-kerusi sokongan Melayu berada di bawah kekuasaan DAP.

Namun DAP mula menyedari kesilapan mereka selepas Lim Guan Eng memutuskan dan menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat seterusnya membubarkan Pakatan Rakyat pada penghujung 2015. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan merudum jatuh, manakala sokongan 'solid' Cina pula boleh dipersoalkan terutama melihat kepada perkembangan terkini. 

Justeru membawa masuk PAS semula ke dalam Pakatan, bukan lagi pilihan sebaliknya WAJIB. Keputusan PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar-Sungai Besar petanda jelas, seandainya PAS dan UMNO meneruskan kerja mereka, Pakatan besar kemungkinan akan berkubur terus dengan DAP akan menerima impak yang paling besar. Namun untuk DAP berbuat begitu secara langsung, akan menyebabkan sokongan Cina kepada DAP pula terjejas. Bahkan akan menjatuhkan maruah dan ego DAP yang sangat besar itu.

Tanpa Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, DAP dan PAS berhadapan dengan kesukaran untuk bersatu semula. Ini adalah kerana kedua-dua mereka itulah yang merekatkan PAS-DAP. Dalam DAP, pakar strategi politik sebenarnya adalah Karpal Singh, bukannya Kit Siang. PRU 2008 dan 2013 merupakan kejayaan daripada kerja kuat yang dibuat oleh Karpal Singh, bukannya Lim Kit Siang. Lim Kit Siang hanya mahir dalam bab politik kebencian di mana dia memainkan isu bangsa dan agama untuk memastikan orang Cina terus membenci Kerajaan, UMNO, Melayu dan Islam.

Kerjasama 2008-2013 antara DAP-PAS tidak lebih daripada sandiwara semata-mata walaupun hakikatnya DAP tidak pernah menyukai PAS. DAP sanggup bersandiwara untuk menunjukkan kononnya wujud hubungan baik antara DAP dengan PAS. Kepada masyarakat Cina, mereka diberitahu, undi PAS secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan sebaliknya. Para penyokong DAP sanggup menyarung baju T PAS dan membawa bendera PAS sambil menyanyikan lagu berbahasa Cina tentang pergi ke bulan dengan roket.

Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng amat terkenal sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam. Ramai percaya, Lim Kit Siang sebenarnya lahir di China tetapi dibawa masuk ke Malaysia semasa kecil. Justeru patriotismenya terhadap Malaysia diragui. Bahkan, Kit Siang dilihat lebih taat setia kepada Singapura berbanding Malaysia. Jadi, apabila Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hubungan antara DAP dengan PAS juga turut berakhir.

DAP hanya menggunakan isu kecil iaitu RUU355 untuk menghentam PAS kembali. DAP menjadikan RUU355 sebagai undang-undang hudud yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini. DAP juga membawa kepercayaan bahawa RUU355 sekiranya diluluskan, akan menyaksikan upacara penggal kepala dan potong tangan. Jadi RUU355 digunakan sebagai alasan untuk menerajang PAS keluar dari Pakatan secara hina.

Kini, selepas PAS disingkirkan dari Pakatan, DAP mempunyai mangsa untuk dipersalahkan setelah keputusan PRU-14 diumumkan nanti. DAP tahu, Pakatan tidak mungkin akan berjaya membentuk Kerajaan. Oleh kerana itu, DAP memerlukan mangsa untuk dipersalahkan bagi mengelakkan mereka pula dipersalahkan.

Tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak ada harapan untuk ke Putrajaya dan DAP amat sedar tentang hal tersebut. Liew Chin Tong cuba bermain psywar murahan dengan mengatakan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan manakala UMNO dan PAS akan kehilangan banyak kerusi.

Pada ketika DAP secara terbuka mengatakan mereka tidak memerlukan PAS dan pertandingan tiga penjuru jauh lebih bagus kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, di belakang tabir, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali cuba menjalinkan kembali hubungan dan kerjasama dengan PAS. DAP yang kebiasaannya cukup celupar, langsung tidak berkata apa-apa. Sebaliknya yang memprotes tindakan Azmin Ali itu hanyalah dari kalangan ahli-ahli dan pemimpin PKR sahaja, sekaligus mencetuskan perbalahan dan perpecahan dalaman parti berkenaan.

Mengapa DAP memilih untuk mendiamkan diri dalam hal ini? Sudah tentulah kerana DAP tahu, mereka amat memerlukan PAS sekalipun pada masa yang sama, mereka menyatakan sebaliknya. DAP terlalu amat berharap Azmin akan berjaya meyakinkan Abdul Hadi Awang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. DAP akan cuba berselindung konon-kononnya rundingan antara PKR dan PAS tidak ada kena mengena dengan DAP.

Kalau betul DAP tidak mengharapkan PAS lagi, anda rasa DAP akan berdiam diri melihat Azmin bersalaman dan mencium tangan Abdul Hadi Awang? Sekiranya mereka sangat berani menyerang dan mencerca KDYMM Sultan Selangor, mengapa pula mereka tidak berani langsung menyerang Menteri Besar Selangor?

Sudah tentulah mereka akan tutup mulut kerana mereka terlalu mengharapkan Azmin berjaya meyakinkan Abdul Hadi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Anwar Ibrahim pula hanyalah salah satu alasan DAP untuk tujuan tersebut.

Apatah lagi, kalau benar PAS tidak bersama-sama Pakatan, pertandingan tiga penjuru akan berlaku dan kemenangan besar akan diraih oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, apa yang Liew Chin Tong susah hati sangat? Sepatutnya mereka lebih gembira kerana tidak perlu bersusah payah lagi seperti sekarang. Kenapa tiba-tiba baik hati sangat memberi nasihat kepada UMNO dan PAS?

2 comments:

Anonymous said...

Dap dah tak yakin dgn pan...gagal raih undi melayu islam.

Anonymous said...

Dap tak perlu cakap besar. Penang belum tentu menang dlm pru 14.

 
Blogger Templates