Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 6, 2017

RCI FOREX: ALASAN DAN KETERANGAN NOR MOHAMED YAKCOP HANYA CUBA SELAMATKAN TENGKUK MAHATHIR!!!



Dua orang memberi keterangan dalam RCI Forex hari ini. Mereka adalah bekas penolong gabenor Bank Negara yang terlibat secara langsung semasa urusniaga hadapan forex, Nor Mohamed Yakcop dan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar.

Menurut Nor Mohamed Yakcop ketika memberi keterangan kepada RCI, dia tidak pernah membincangkan hal tersebut dengan Dr. Mahathir dan dua orang Menteri Kewangan iaitu Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim, sepanjang 1986 dan 1993.

Daim adalah Menteri Kewangan dari tahun 1986 sehingga 1991 manakala Anwar Ibrahm menggantikannya dan memegang jawatan tersebut sehinggalah 1998.

Nor Mohamed yang merupakan saksi penting dalam skandal kewangan tersebut memberi keterangan di hadapan lima orang panel RCI yang dipengerusikan oleh Mohd Sidek Hassan. Dia yang pernah menjadi penasihat bank pusat tersebut berkata, urusniaga hadapan forex merupakan pengalaman paling buruk tetapi penting apabila pengetahuan yang diperolehi digunakan untuk menggubal polisi mempertahankan matawang Malaysia daripada spekulator matawang yang menyerang Ringgit pada Krisis Kewangan Asia 1997/98.

"Ia telah menyelamatkan ratusan bilion Ringgit yang sepatutnya hilang," katanya ketika membacakan kenyataan saksiknya.

Menurutnya lagi, kerugian akibat urusniaga forex adalah sesuatu yang biasa dan tidak boleh dinafikan.

"Tidak dinafikan bahawa saya bertanggungjawab atas kerugian tersebut. Saya menerima tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan di BNM," katanya lagi.


Sementara itu, bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar pula berkata, dia hanya mengetahui kerugian tersebut menerusi laporan pegawai kanan BNM di Kuala Lumpur. Semasa urusniaga hadapan Forex yang melibatkan BNM, Zeti bekerja di pejabat BNM di London.

Menurutnya lagi, kerugian urusniaga hadapan mata wang asing Bank Negara pada 1990-an itu telah menyebabkan bank pusat tersebut kerugian 10 kali ganda daripada pelaburannya bermula 1988. BNM menanggung kerugian sebanyak RM35.009 bilion bermula dari 1988 sehingga 1994 akibat perdagangan forex.

"Jumlah kerugian keseluruhan dialami oleh BNM dalam urusniaga forex bagi 1988 dan 1989 ialah RM3.503 bilion dan bagi 1991 sehingga 1994, erugian ialah RM31.506 bilion."


Agak menarik memandangkan negara kerugian lebih RM35 bilion tetapi Dr. Mahathir, orang yang paling berkuasa dan ada dalam serba-serbi urusan di negara ini sewaktu dia berkuasa, tidak tahu apa-apa tentang kerugian tersebut. Malah, Mahathir langsung tidak mengambil tahu, kalau mengikut keterangan yang diberikan oleh Nor Mohamed Yakcop dan Zeti Aktar.

Malangnya dalam isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion, Dr. Mahathir seperti tahu serba serbi termasuklah pakaian dalam Rosmah Mansor yang menggunakan wang berkenaan!!!

Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Nor Mohamed Yakcop?


5 comments:

Anonymous said...

Something to hide.

Anonymous said...

kalau tak percaya, panggil le org yang boleh dipercayai mcm rahman dahlan, salleh keruak, ahmad maslan. Nak dia cakap Tun M yang bersalah baru korang nak terima ke? alahai..sendiri bikin RCI, sendiri tak percaya. lawak pe ni. dah le tubuh RCI guna duit rakyat. umgnok umngok

Anonymous said...

Semua satu geng jugak. Geng mamak.

Anonymous said...

Pala butoh la...ko pergi la bagi keterangan dlm rci sarkus tu..

Anonymous said...

melalak tanpa fakta dan bukti, tak guna laa..kalau rasa ada yg tak kena, sila tampilkan diri dan bgi keterangan pada pihal rci utk disiasat..tulis artikel panjang2 bukan dapat selesaikan masalah pun..nampak sgt si penulis nie mcm anjing yg hanya berani menyalak didalam pagar rumah..bila dibuka pagar,terus diam tanpa menyalak..hmm kesian 😌

 
Blogger Templates