Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 21, 2017

GELORA PPBM DI KEDAH SUDAH PUN MEMBARAH!!!



Kedah seringkali disifatkan sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mukhriz Mahathir dianggap sebagai 'penyelamat' Kedah walaupun semasa menjadi Menteri Besar Kedah selama 3 tahun, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar Kedah untuk urusan peribadinya selain menjual retorik sebagai modal politiknya.

Jerlun, Langkawi, Sungai Petani dan Kubang Pasu dikatakan merupakan kota kara PPBM. Cakap-cakap besar kononnya PPBM di bawah kepimpinan Mukhriz Mahathir akan menumbangkan Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Ahmad Bashah Hanipa, begitu kuat kedengaran.

Jentera propaganda PPBM masih cuba meyakinkan akar umbi di Kedah bahawa PPBM terlalu kuat dan sangat berkeyakinan untuk menang pada PRU akan datang. Pun begitu, mereka masih tidak dapat menjelaskan tentang pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi memandangkan, sama ada DAP, PKR mahupun PAN, tidak memperlihatkan kekenduran untuk berundur bagi memberi laluan kepada PPBM di Kedah.

Biarpun kuasa politik di Kedah adalah membabitkan UMNO dan PAS, tetapi PKR turut menguasai beberapa kerusi. Begitu juga dengan DAP. PAN pula melihat kerusi-kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS sebagai berpotensi untuk dirampas. Apatah lagi sebahagian besar pemimpin PAN Kedah datangnya dari PAS Kedah yang kecewa selepas pemilihan agung parti pada tahun 2015 menyaksikan barisan yang ditaja dan pro-DAP, habis kecundang. Barisan kepimpinan yang kecundang itulah yang menyertai PAN sekarang.

Maklumat terbaharu menunjukkan beberapa orang pemimpin PPBM Kedah, khususnya dari Srikandi dan ARMADA akan meletak jawatan dan keluar parti. Desas-desus tentang isu keluar parti itu semakin kuat apabila sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM Kedah melihat PPBM sebagai sebuah parti yang tidak ada hala tuju.

Lebih malang, mereka melihat sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM di Kedah bermain kong-kali-kong dengan pemimpin-pemimpin dalam UMNO. Beberapa orang pemimpin tertentu dilihat terlalu mahu menguasai PPBM Kedah seolah-olah selepas itu, mereka mahu berunding untuk kembali semula ke dalam UMNO. Mereka tidak dilihat seperti mahu kekal di dalam PPBM selepas PRU-14 nanti.

Ironinya, PAS juga berhadapan dengan masalah yang sama apabila sebahagian daripada pemimpin PAS Kedah, berbaju PAS tetapi berhati PAN!


PPBM sebenarnya sedang berhadapan dengan banyak masalah. Walaupun cubaan untuk menuding jari dan menyalahkan UMNO-BN, khususnya Najib Abdul Razak terutama sekali dalam isu pendaftaran PPBM yang besar kemungkinan berhadapan masalah dengan ROS, namun akar umbi yang terdedah kepada pelbagai maklumat sekarang ini. Status ARMADA dan Srikandi di dalam PPBM, membuka banyak mata.

Apatah lagi gelagat dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin utama negara, sedangkan pendedahan tentang gaya hidup keluarga Tun Dr. Mahathir sendiri, bukan sahaja jauh lebih teruk berbanding pendedahan tentang musuh-musuhnya, malahan bertentangan sama sekali dengan iltizam untuk memartabatkan Pribumi dan Bumiputera sebagaimana yang dilaung-laungkan di dalam parti.

Belum lagi membabitkan masalah kewangan melibatkan kepimpinan setempat PPBM. Berapa banyak Bahagian PPBM di seluruh negara, termasuklah di Kedah, yang gagal beroperasi dan berfungsi kerana masalah utama adalah kewangan dan mereka tidak dibantu oleh kepimpinan Pusat. Lebih malang, mereka pula diminta berkorban, sedangkan pucuk pimpinan yang telah melantak semahu-mahunya sewaktu berkuasa dan sewaktu di dalam UMNO, berpura-pura miskin.

Ramai kepimpinan setempat yang kecewa dengan pelbagai masalah yang langsung tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan PPBM.

Isyarat untuk keluar parti sudah semakin kuat. Walaupun alasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan ialah, yang keluar itu adalah kerana DEDAK UMNO, hakikatnya kebanyakan daripada mereka keluar kerana masalah PPBM sendiri!


No comments:

 
Blogger Templates