Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 21, 2017

HAMPIR SAHAJA NAJIB DIMALUKAN DI PARLIMEN MALAM TADI ANGKARA 80 ORANG AHLI-AHLI PARLIMEN BN!!!



Riuh rendah Dewan Rakyat semalam gara-gara blok Pakatan Harapan (PH) yang cuba membuat serangan hendap, kalah dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam.

Kekalahan tipis itu telah mengundang rasa tidak puas hati kebanyakan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan yang sudah berkomplot lebih awal untuk menggagalkan bajet berkenaan.

Keputusan malam tadi, BN 52, PH 51. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Abdul Razak bagaimanapun, telah 'diselamatkan' oleh 2 undi PAS yang memilih BERKECUALI. Kalaulah PAS memilih untuk mengundi menentang bersama-sama PKR, DAP, PAN dan PPBM semalam, sudah tentu Najib Abdul Razak, Menteri KPDNKK dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak ada muka mahu ditunjukkan hari ini.

Telah ramai yang memperkatakan tentang jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen untuk bersidang dan bermesyuarat dalam setiap sesi. Jumlah kedatangan terlalu menyedihkan. Kalaulah Dewan Rakyat itu sekolah, sudah lama ditutup kerana kekurangan murid dan pelajar!

Setiap Ahli Parlimen dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk menyuarakan kepentingan mereka di kawasan masing-masing. Namun apa yang berlaku di Dewan Rakyat adalah, Ahli-Ahli Parlimen berpolitik dan rakyat cuma dijadikan sebagai alasan untuk kehadiran mereka menuntut manfaat yang lebih besar daripada kantung wang negara.

Alasan kononnya ada banyak urusan lain selain daripada menghadiri Sidang Dewan, terlalu menjengkelkan memandangkan sesi mesyuarat di Dewan Rakyat, bukannya sepanjang tahun!

Ketiadakpuasan hati terhadap jumlah kehadiran Ahli-Ahli Parlimen tidak sahaja membabitkan Ahli-Ahli Parlimen Bloc Kerajaan tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Puak PH menuding jari dan menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang mengundi BERKECUALI iaitu Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai punca kegagalan komplot Pakatan Harapan di Dewan Rakyat.

Daripada 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 undi datangnya daripada Ahli Parlimen PAS termasuk 1 daripada Ahli Parlimen PAS yang tidak lagi PAS, Mahfuz Omar.

Namun sebelum Pakatan meletakkan beban kesalahan kepada Speaker Dewan Rakyat dan 2 orang Ahli Parlimen PAS yang BERKECUALI itu, permasalahan sebenar adalah di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sendiri yang ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH): 71 orang.
PKR: 28 orang
DAP: 36 orang
PAN: 6 orang
PPBM: 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk Ahli Parlimen PSM dan Warisan)

Jumlah undi ketika undi belah bahagi adalah 51 undi.

5 undi dari Ahli Parlimen PAS dicampur dengan 1 undi dari Ahli Parlimen PAS yang bukan PAS (Mahfuz Omar): 6 undi
51-6 = 45 undi Ahli Parlimen PH.

Jumlah Ahli Parlimen PH: 71 orang.
71 Ahli Parlimen PH (Keseluruhan AP PH) - 45 Ahli Parlimen PH (hadir mengundi)= 26 AP PH yang ponteng.

Kata para penyokong Pakatan, 26 orang Ahli Parlimen PH yang tidak hadir merupakan jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir di sidang Parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet pembekalan Kementerian dijalankan? Ketidakhadiran mereka merupakan satu pengkhianatan kepada bloc mereka sendiri dan para pengundi.

Kekalahan Pakatan adalah berpunca daripada Ahli Parlimen mereka sendiri yang kaki ponteng tetapi seperti biasa mereka lebih gemar menuding kepada pihak lain. Dalam isu ini, mereka menyalahkan 2 orang Ahli Parlimen PAS sebagai punca.

Mengapa mereka tidak salahkan kaki-kaki ponteng di kalangan mereka sendiri atau adakah kerana sindrom ketakutan untuk menyalahkan Ahli Parlimen mereka yang ponteng disebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak dicalonkan dalam PRU akan datang sekiranya kaki-kaki ponteng itu dipersalahkan?

Itu perbualan di kalangan para penyokong Pakatan. Bagaimana pula dengan para penyokong bloc Kerajaan?

Daripada 132 orang Ahli Parlimen BN, mengapa hanya 52 orang Ahli Parlimen BN yang hadir semalam?

132 orang - 52 orang = 80 orang Ahli Parlimen BN yang ponteng!!!


3 comments:

Anonymous said...

Yang kaki ponteng itu patut dibua sesuatu. Minta beri surat tunjuk sebab ke... ada cadangan begitu saya terbaca...

Anonymous said...

Sepatutnya kehadiran perlu diwajibkan.

Unknown said...

Bn ponteng.. X nk undi bn lgi..

 
Blogger Templates