Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 30, 2018

'KALAU SAYA TUHAN'... HANIPA MAIDIN PERSOALKAN KEBIJAKSANAAN TUHAN MENJADIKAN AZEEZ RAHIM?!!



Al Quran menceritakan tentang Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah Taala dalam Surah An-Naziat ayat 24. Al Quran juga menceritakan tentang Namrud yang juga mengaku sebagai Tuhan sebagaimana yang diceritakan Allah Taala menerusi Surah Al Baqarah Ayat 258.

Kita telah diajar dan difahamkan bahawa Allah Taala Maha Berkuasa. Salah satu Sifat-Nya ialah, Dia tidak akan melakukan kesilapan, tidak lupa, tidak tidur, bahkan tidak nyanyuk. Semua yang berlaku adalah Perbuatan-Nya. Maka, adalah satu kesalahan besar yang dipanggil SYIRIK apabila terlintas di fikiran apatah lagi di lidah kita bahawa Allah Taala yang kita bahasakan sebagai Tuhan, melakukan kesilapan dalam Perbuatan atau Af'al-Nya.

SYIRIK merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampunkan-Nya melainkan dengan sebenar-benar taubat. Ia tidak boleh dipermain-mainkan dan tidak boleh dijadikan bahan senda gurau apatah lagi sandaran untuk berdebat.

Ahli Parlimen Sepang dalam keasyikannya berdebat dan kemudian bertekak, telah mengeluarkan kata-kata syirik, 'KALAU SAYA TUHAN'. Dia adalah peguam dari parti PAN yang menang kerusi Parlimen Sepang pada PRU yang lepas atas tiket PAS. 

Katanya, "KALAU SAYA TUHAN, dari awal saya tak jadikan kamu. Menyusahkan orang sahaja. Sudah lama saya hapuskan kamu (terhadap Azeez Abdul Rahim). Sebab saya bukan Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu."

Walaupun Hanipa bermain dengan perkataan 'KALAU', perbuatannya itu sebenarnya amat keterlaluan. Apatah lagi sebagai salah seorang umat Islam kata-kata kufur itu tidak sepatutnya diucapkan. 

Apakah dia mempersoalkan kebijaksanaan Tuhan yang telah menjadikan Azeez Rahim? Adakah dia sebenarnya berasakan Tuhan lebih bodoh darinya kerana telah menciptakan Azeez Rahim yang menurutnya hanya menyusahkan? 

Na'uzubillah...


Maha Suci Allah Taala dari segala kecacatan, kebodohan dan ketidaksempurnaan seperti yang dimaksudkan oleh Hanipa Maidin!

Dia telah ditegur tetapi apabila ditegur dan diminta menarik kembali kata-kata kufurnya serta bertaubat, Hanipa melenting dan mempersoalkan kelayakan orang yang menegur. Bahkan berkeras untuk tidak mahu menarik semula kata-katanya. Apabila kawannya, Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menyokongnya, dia semakin angkuh dan sombong.

 Berkata Ibnu Mas'ud رضي الله عنه,

"Sesungguhnya termasuk dari dosa-dosa terbesar di sisi Allah adalah seseorang menasihatkan pada orang lain, "Bertakwalah kepada Allah." Lalu orang itu membantah, "Urus dirimu sendiri!" [Ad Du'a, Ibnu Fudhail, 107].

Berpolitik sehingga tiada had, tiada sempadan dan menghalalkan apa-apa sahaja, bukan sahaja salah dari segi adab dan hukum Islam, bahkan sebagai manusia yang bertamadun juga tidak dapat menerima kata-kata angkuh dan takbur seperti yang dilafazkan oleh Hanipa Maidin. 

Dia hanya diberikan sedikit kuasa sebagai Ahli Parlimen, sudah terlajak jauh dengan kata-kata sebegitu. Bayangkanlah kalau dia diberikan kuasa yang lebih besar....


8 comments:

Anonymous said...

Hebat sangat ke peguam ni sampai mengeluarkan kata2 sedemikian. Sejak akhir2 ni ramai peguam2 yg seolah mereke lebih hebat dlm mengkritik dan memperlekehkan hal2 berkenàan Islam. Ketahuailah kepada Allah SWT kita dan dunia ni umpama habuk je... Rakyat dah lama perhatikan apa sumbangan peguam ni kepada masyarakat Sepang, sumbangan anda mcm habuk?

Anonymous said...

Hebat sangat ke peguam ni? Belajarlah menghormati org lain...

Anonymous said...

khalid samad pun sama je...dialah pelopor kesesatan akidah.
1 tika dulu rela penggunaan nama Allah bagi agama lain.
Ada pula yang sanggup makan daging babi.

Bukankah biasa kedengaran, hati2 dengan 3 TA...harta, takhta, wanita.
Dengan 1 TA...insyaAllah boleh menangani 3 perkara tersebut iaitu Taqwa!
Ada yang menakrifkan Taqwa itu ialah "Berhati-hati".

Semoga mereka diberi hidayah.

Anonymous said...

cari makan punya pasal tuhan pun di salahkan..miskin nye

Anonymous said...

Dalam kontek malaun ini, kalau saya tuhan bermakna ada implikasinya yang malaun ini mau jadi seperti Tuhan atau ada keinginan mempunya kuasa sama seperi Tuhan.

Anonymous said...

Angkuhnya. Semoga cepat insaf.

Anonymous said...

Sebab itulah,,,Allah swt keluarkan mereka ni drpd pas. Pas jadi kotor dgn sebab puak2 ekstrimis pecacai anwar dan pkrdap yg bercadang nak take over pas. Tapi,,Allah swt pelihara pas drpd perancangan jahat mereka ,sebagaimana juga Allah pelihara putrajaya drpd dirampas pr pada pru13 dahulu.

Anonymous said...

Lawyer loyar buruk nih fikir Allah pekak dan buta. Dia ni soon to be karpal singh over my dead body. All living things will die with His Will. Rupa buruk perangai 100x hodoh

 
Blogger Templates