Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 6, 2019

CERITA NAK PENJARAKAN NAJIB, PAS DAPAT DUIT 1MDB DAN MAKI PENGUSAHA YANG MAKI SYED SADDIQ, TIDAK DAPAT MENUTUP CERITA KEGAGALAN DAN KEZALIMAN KERAJAAN 9 BULAN!!!



Berita-berita tentang perut dan kocek rakyat, semakin kurang kita tatapi media-media arus perdana. Baik cetak mahupun elektronik, media-media berkenaan selagi boleh cuba mengelak daripada memperkatakan tentang peritnya perut dan rabaknya kocek rakyat ekoran kegagalan Kerajaan 9 bulan ini mengawalselia halehwal negara.

Sebaliknya, media-media yang dikawal oleh kerajaan itu cuba mengalihkan perhatian dan kemarahan rakyat kepada pelbagai isu remeh. Dari isu kasut dan stokin hitam, sehinggalah ke isu Menteri KBS Syed Saddiq dibabikan oleh seorang anak muda usahawan Melayu. Pada masa yang sama, Menteri-Menteri DAP yang menguasai kementerian-kementerian penting seperti kewangan pula, berlumba-lumba cuba mengambil hati kaum mereka dengan penyaluran wang negara meskipun bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



Terbaharu, Kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP-Mahathir cuba mengalihkan kegagalan dan kezaliman mereka kepada PAS dalam isu saman PAS ke atas Sarawak Report. Selain daripada usaha memecah belahkan PAS dan menimbulkan keraguan serta rasa tidak percaya ahli-ahli bawahan PAS terhadap kepimpinan PAS, serangan ini juga bertujuan untuk menjahanamkan kerjasama antara PAS-UMNO yang baru mekar dan menunjukkan perkembangan yang amat positif.

Berlumba-lumba para pemimpin PAN khususnya cuba melindungi perkara sebenar membabitkan saman tersebut. Mereka cuba mengalihkan cerita sebenar menjadi cerita versi mereka yang memperlihatkan betapa takutnya PAS dan Presidennya terhadap Clare Rewcastle-Brown dan Sarawak Report.


Malah lebih menarik lagi ialah apabila Ambiga Sreevesan yang merupakan orang yang disebut oleh Clare sebagai penyalur maklumat kepadanya di Mahkamah London, tiba-tiba sahaja berlagak seperti seorang naif yang meminta PAS membuktikan parti tersebut tidak menerima wang 1MDB dari UMNO.

Ambiga adalah antara beberapa nama yang disebut oleh Clare dalam pembelaannya. 75% hujah pembelaannya termasuklah bukti suara Nik Abduh telah ditolak oleh mahkamah di London pada April tahun lalu.

Setelah lima kali kalah, Clare cuba mengheret kes tersebut dalam usaha mengeringkan dana PAS bagi mewujudkan persepsi PAS tidak berani melawannya di mahkamah kerana takut kebenaran terdedah.

Setakat hari ini, tumpuan rakyat lebih terarah kepada SYED SADDIQ DIMAKIKAN dan PAS diserang menggunakan SPRM.

Sebenarnya isu yang lebih besar adalah isu perut dan kocek rakyat.


Setelah 9 bulan Kerajaan Pakatan memerintah, di sebalik cakap-cakap besar dan hebat mereka sebelum PRU-14, ternyata kerajaan yang didominasi oleh DAP dengan menggunakan Mahathir sebagai Perdana Menterinya, bukan sahaja gagal menunaikan tanggungjawab dan janji mereka, sebaliknya dilihat begitu rakus merompak dan menjarah harta negara, terutama sekali yang membabitkan aset-aset umat Islam dan Melayu, seolah-olah tiada sebarang undang-undang dan peraturan yang mengekang mereka.

Ekonomi orang Melayu dan Bumiputera cuba dilumpuhkan secara senyap-senyap dan sesegera mungkin. Masyarakat Melayu dan Bumiputera yang kebanyakannya masih lagi bergantung kepada komoditi sedang berhadapan dengan kejatuhan harga komoditi yang paling teruk dalam sejarah. Ditambah pula dengan kejatuhan dalam nilai matawang, hampir semua keluh-kesah masyarakat Melayu-Bumiputera di luar bandar adalah tentang 'APA NAK MAKAN?'



Pada masa yang sama, ketiadaan peluang-peluang pekerjaan ditambah pula dengan penarikan diri pelabur-pelabur asing yang mula memindahkan operasi mereka ke Thailand, Indonesia, Vietnam bahkan ke Kampuchea menambahkan lagi kadar pengangguran negara.

Perangai Kerajaan yang suka mencari gaduh dengan negara-negara yang menjadi pelabur-pelabur utama di Malaysia termasuklah Singapura dan China menambahkan lagi parah itu.

Pada masa yang sama, gaji, elaun dan manfaat menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai khas mereka pula terus meningkat. Anak isteri dilantik ke jawatan-jawatan utama dalam GLC.

9 bulan... apa kejayaan yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan setelah menjanjikan bulan bintang?

Hampir tidak ada, atau barangkali kejayaan terbesar mereka adalah menjarah hasil negara untuk tembolok sendiri dan kroni?


Atau barangkali mereka berasakan dengan menjadikan Najib Abdul Razak sebagai tajuk berita utama, boleh meningkatkan moral dan keupayaan mereka memerintah negara?

Rakyat bukannya bodoh dan tolol. Perut dan kocek yang diancam oleh Kerajaan, tidak mungkin dapat ditutup dengan hanya memenjarakan Najib sahaja. Cerita tentang Najib dan 'jenayah-jenayah' serta kes-kesnya di mahkamah sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya helah Kerajaan untuk menutup kelemahan pentadbiran dan pemerintah mereka semata-mata.

Bayangkanlah tanpa kes Najib... rasa-rasanya, penyokong dan pemilih Pakatan sekarang ini masih lagi tersenyum dan membela kerajaan atau bertukar menjadi penentang?




No comments:

 
Blogger Templates