Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 5, 2019

DEMI PRK DUN SEMENYIH DAN JANGKA HAYAT PAKATAN RAKYAT, PEMIMPIN PAN DIKERAH UNTUK HEBATKAN SERANGAN KE ATAS PAS MENGGUNAKAN ISU SAMAN FITNAH KE ATAS SARAWAK REPORT!!!



Semakin rancak serangan yang dilakukan oleh PAN terhadap PAS dan Presidennya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ekoran keputusan PAS untuk bersetuju untuk menyelesaikan kes saman terhadap Clare Rewcastle-Brown di luar mahkamah.

Selain Abdul Hadi Awang, turut menjadi sasaran serangan mereka adalah anaknya, Khalil yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Pusat. Sekeping gambar Khalil dengan sebuah motorsikal berkuasa tinggi dijadikan modal serangan. Dakwa mereka, motosikal tersebut merupakan bukti paling nyata, PAS telah menerima RM90 juta dari Najib Abdul Razak pada PRU-14 lalu.


Namun hujah paling menarik ialah bilamana persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah selepas lima kali Clare Rewcastle-Brown kalah dalam penghakiman interlokutori dianggap sebagai kekalahan PAS. Kata mereka lagi, kalau PAS betul, sudah pasti PAS akan meneruskan saman Clare dan Sarawak Report.

Memperbodoh-bodohkan orang ramai sudah menjadi perkara wajib para pemimpin PAN khususnya. PAN seperti yang diketahui, diwujudkan untuk memastikan DAP memperolehi undi Melayu. PAN cuba menjelma sebagai PAS dalam bentuk DAP, lebih-lebih lagi hampir kesemua pemimpin utama PAN adalah bekas pemimpin PAS tajaan DAP yang gagal dalam pemilihan parti 2015 termasuklah Mat Sabu.

Modus operandi mereka adalah maklumat separuh benar tentang PAS. Contoh terbaik ialah dalam kes PAS vs Clare Rewcastle-Brown ini.


Tidak sekali atau secuit pun, para pemimpin PAN yang sedang mengutuk mencerca PAS sekarang menyentuh tentang kekalahan berturut-turut 'Nabi Betina' mereka dan pengakuan Clare bahawa dia adalah seorang pembohong.

Malah tidak seorang pun daripada mereka yang berani menyentuh tentang Ambiga yang disebut oleh Clare dalam afidavitnya dan kelam-kabut Ambiga yang mengatakan dia tidak bersalah selain hanya mendengar maklumat tersebut.

Pertempuran besar di PRK DUN Semenyih adalah antara punca mengapa para pemimpin PAN kalut untuk memastikan imej PAS tercalar teruk. Malangnya para pemimpin PAN tersebut terlupa satu perkara penting.

'INTERNET TIDAK MUDAH LUPA!'



Selesai kes luar mahkamah bermakna, PAS dan Presidennya bersalah menerima RM90. Bagaimana pula dengan penyelesaian luar mahkamah melibatkan pemimpin PAN dan DAP sendiri? Adakah mereka sebenarnya bersalah dan takut perkara sebenar diketahui apabila dibicarakan? Adakah keengganan Mahathir untuk menyaman Lim Kit Siang setelah puluhan tahun Lim Kit Siang menuduhnya sebagai perompak dan pencuri harta rakyat, membuktikan yang segala tuduhan Lim Kit Siang adalah benar?

Maklumat-maklumat tentang PAS vs Clare Rewcastle-Brown dan Sarawak Report, cukup mudah diperolehi di Internet.


Dalam keadaan ini, kita dapat melihat bagaimana tuan besar PAN hanya berpeluk tubuh menyaksikan keberkesanan macai-macai mereka dalam PAN berfungsi. Tidak sepatah perkataan pun yang muncul dari mulut para pemimpin agung DAP kecuali dari Lim Kit Siang yang seolah-olah memberi 'que' kepada PAN untuk memulakan serangan.

DAP merupakan antara pihak yang paling terjejas jikalau kerjasama antara UMNO-PAS berjalan lancar. DAP juga sedar, PPBM dengan 13 kerusi dan PAN dengan 10 kerusi tidak akan dapat mengatasi UMNO-PAS dan membantu DAP pada PRU-15 akan datang. 126 kerusi Parlimen di Semenanjung sahaja sudah berada dalam genggaman seandainya PAS dan UMNO terus bekerjasama dengan lebih utuh.

Justeru, dengan apa cara sekalipun, kerjasama antara PAS dan UMNO perlu dileraikan. UMNO perlu dipastikan akan berasa syak curiga terhadap PAS. PAS pula perlu diingatkan tentang sejarah hitam mereka berurusan dengan UMNO di bawah pentadbiran Mahathir dahulu.


3 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya PAS memang bodoh dengan penyelesaian Luar Mahkamah ini. Dah berpuluh tahun dalam politik tapi masih tak tahu, permainan politik adalah permainan percepsi.... Orang kampung tahu ker rational PAS buat begitu? Elok2 sudah mahu teguh sokongan, boleh di goyah dengan isu begini. Tak perlu menjadi dan mengikut simptom juru penyelamat, percaturan politik yang sangat bodoh dan penegakkan kebenaran yang sangat bodoh juga.

Anonymous said...

"Pan" dlm bahasa cina kan bermaksud "kayu"
dlm bahasa Melayu.. Betul dah la tu..

Unknown said...

Memang kayu

 
Blogger Templates