Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 25, 2019

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN RESAH, TINDAKAN PIHAK BERKUASA TERHADAP PENGHINA ISLAM DILIHAT TERLALU SAMBIL LEWA!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa seorang lelaki Cina berusia 68 tahun yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w, isteri baginda dan agama Islam, telah pun direman selama tiga hari bermula dari 20 Februari sehingga 22 Februari. Bagaimanapun, disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, lelaki Cina tersebut dibebaskan dengan jaminan polis. (RUJUK SINI)

Sebanyak 478 laporan polis telah dibuat berhubung penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w dan isteri baginda oleh Fong Sing Wai.

Ketua Polis Negara turut memaklumkan yang PDRM sebenarnya telah membuka tiga kertas siasatan. Selain Fong Sing Wai, turut disiasat adalah Sarkar Tanesan, dan Sally Yen. 11 laporan polis melibatkan Sarkar Tanesanh dan lelaki berusia 21 tahun tersebut telah pun ditangkap dan ditahan pada 21 Februari lalu.

Kes membabitkan Sally Yen pula adalah kes pada tahun 2013. Pihak berkuasa bagaimanapun gagal mengesan pemilik akaun Facebook terbabit, malahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga gagal membuat pengesahan identiti Sally Yen.


Hakikatnya, penghinaan terhadap Islam dan tokoh-tokoh Islam berlaku semakin kerap dan dan semakin biadap selepas kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan dan menguasai pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Toleransi yang ditunjukkan selama ini, telah disalahanggap sebagai satu kelemahan dan satu keperluan bagi mana-mana pihak untuk berkuasa dan menang dalam Pilihanraya di Malaysia. Walaupun terdapat undang-undang, bahkan sudah ada yang telah dijatuhi hukuman kerana menghina dan cuba mencetuskan provokasi agama, namun kebanyakan berita tersebut dilihat sebagai remeh dan tidak penting.

Sudah dua malam berturut-turut terutama di Pulau Pinang dan Ipoh, beberapa demonstrasi dan himpunan dibuat menyatakan rasa kesal terhadap sikap dan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang dilihat sambil lewa, cuai dan kurang bertanggungjawab terhadap golongan yang dengan sengaja cuba melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).


Keresahan di kalangan umat Islam di Malaysia berhubung dengan perkembangan mutakhir ini dapat dilihat secara ketara di mana-mana. Ironinya, pihak berkuasa dan kerajaan pula dilihat bersikap acuh tak acuh dan seolah-olah beranggapan umat Islam di Malaysia sama seperti kaum Rohingya di Burma yang bukan sahaja tidak dapat bertindak, malahan suara mereka juga tidak didengar.

Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a, Islam bahkan lebih utama terhadap Allah SWT merupakan perkara besar dalam Islam dan dalam kalangan umat Islam. Sekiranya pihak berkuasa tidak membendung dan menangani masalah ini dengan bijak, pastinya sesuatu yang lebih besar akan menimpa negara ini.

Apatah lagi dengan gambaran yang diterima oleh rakyat sekarang bila mana pihak berkuasa dilihat lebih melindungi golongan yang suka menghina Islam berbanding mengambil tindakan tegas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.



1 comment:

Anonymous said...

Tak perlu guna agama dan kaum nak raih sympathy rakyat untuk menang undi...zaman najib ...menang parlemien...senang...buat kawan baru..mengundi....cadangan..ambil Kawasankuantan yang ramai...pengundi masukan parlimen pekan....siap banyak banyak....siap...menang puluh-puluh ribu undi...
Chini pekan pahang

 
Blogger Templates