Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang hanya sehari selepas diangkat ke jawatan tersebut pada November tahun lepas, sekali lagi Nurul Izzah menimbulkan ketidakselesaan dalam blok Pakatan Harapan selepas dia meletakkan jawatan dari PAC selepas tidak bersetuju perlantikan Ronald Kiandee yang melompat dari UMNO ke PPBM.
Dan semalam, Malaymail Online mendedahkan yang Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh menyatakan, ini adalah penggal terakhir dia berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.
Dengan kata lain, dia enggan lagi bertanding dan terbabit dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Guan Eng berbonekakan Dr. Mahathir.
Dia dilaporkan memberitahu Straits Times Singapura yang dia amat kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang terlalu perlahan dalam pembaharuan dan polisi. (RUJUK SINI)
"Ini adalah penggal terakhir saya. Dan ini adalah rancangan saya setakat ini," katanya seperti yang dilaporkan.
Nurul Izzah juga berkata, dia sangat kecewa dengan obsesi Putrajaya terhadap isu 1MDB dan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu yang lebih besar membabitkan perut dan kocek rakyat.
"1MDB hanyalah isu sementara. Selepas itu, rakyat mahukan kehidupan harian yang lebih selesa dan ada penambahbaikan," katanya lagi.
Sebelum itu, Nurul Izzah telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusoff, Ketua PAC Ronald Kiandee dan Ketua Whip Pakatan Harapan Johari Abdul.
Awal minggu ini, dia dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membuat protes berhubung perlantikan Kiandee sebagai Ketua PAC selepas melompat dari UMNO ke PPBM. Nurul dan Hannah berpendapat jawatan Ketua PAC perlu dijawat oleh Ahli Parlimen pembangkang.
Menurut Nurul Izzah lagi, dia sangat kecewa dengan skandal lompat parti yang berleluasa selepas 9 Mei 2018.
"Kita perlu mempunyai pembangkang yang kuat. Keadaan ini amat menyedihkan. Saya percaya, sistem dua parti adalah penting untuk masa hadapan Malaysia," katanya lagi.
Pada Disember lalu, Nurul Izzah mengumumkan perletakan jawatannya daripada jawatan Naib Presiden PKR apabila isu nepotisme dan pilih kasih menjadi buah mulut orang ramai.
Anak sulung Presiden PKR, Anwar Ibrahim itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang selain beberapa jawatan dalam Kerajaan Persekutuan, termasuklah Pengerusi pasukan khas menangani masalah Teknika dan Latihan Pendidikan Vokasional.
Dalam reaksinya, Anwar mendakwa anaknya itu sudah bosan dengan permainan kuasa yang berlaku di belakang tabir yang masih berterusan sekalipun pentadbiran negara sudah berubah.
2 comments:
Duduk rumah gelintil biji lagi sodap
Aku tak berapa nak percaya dengan drama ni. Macam main dam, kena ramal gerakan buah lawan. Sapa dibelakang dia? Pakar strategi la sangat. Adala tu bapak dia nak 'letup' apa2 lepas ni
Post a Comment