Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 1, 2019

IDENTITI RAMELI BIN MUSA TERDEDAH... ANWAR GUNA RAFIZI SUPAYA DEDAHKAN NAMA RAMELI SEBAGAI 'AMARAN' KEPADA MAHATHIR?!!!



Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik. Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO, hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut-turut menerusi FB peribadinya (RUJUK SINI), menunjukkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk berperang merebut jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan oleh Mahathir kepadanya.

Semuanya bermula apabila Anwar Ibrahim mengatakan, dia mempunyai bukti PAS telah membayar Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report untuk membubarkan kes saman dan fitnah mereka di mahkamah London.


Clare kemudiannya menampilkan sekeping cek. Americk Sidhu yang namanya tertera pada cek tersebut telah mengesahkan cek berkenaan adalah asli. Bagaimanapun, Americk Sidhu memilih jalan selamat apabila menamakan pihak Maybank sebagai pihak yang sewajarnya memberitahu dari mana datangnya cek tersebut. (RUJUK SINI)

Sesuatu yang menarik sudah tentulah nama RAMELI BIN MUSA yang didedahkan oleh Rafizi Ramli.

Siapa RAMELI BIN MUSA yang cuba digambarkan oleh Rafizi Ramli sebagai penyalur manfaat kepada Clare Rewcastle-Brown.

Rameli bin Musa yang terkenal sekarang adalah Rameli bin Musa yang sekarang ini adalah Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang baru menggantikan Nawawi Ahmad, bekas Ahli Parlimen Langkawi bermula pada 4 Februari 2019. (RUJUK SINI) iaitu pada tempoh yang hampir sama, cek berkenaan dikeluarkan. (RUJUK SINI)

Namun 'sejarah' Rameli bin Musa ini jauh lebih panjang berbanding dengan perjawatannya selaku Pengerusi KTMB. Dia mula terkenal dalam dunia korporat selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan. Abang iparnya adalah Kamaruddin Mohd Nor yang merupakan orang penting ABIM dan orang yang melantik Anwar Ibrahim mengetuai WAMY (World Association of Muslims Youth) yang mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.


Menurut Raja Petra Kamaruddin menerusi blognya, Malaysia Today:

Mengapa Anwar meminta Rameli untuk membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan mengapa dia membocorkan 'rahsia tersebut, masih lagi misteri. Lebih misteri lagi ialah mengapa mereka berpura-pura yang RM1.4 juta tersebut merupakan penyelesaian luar mahkamah membabitkan Hadi dan Clare? Adakah itu membolehkan mereka menggubah wang berkenaan dan memindahkannya ke United Kingdom tanpa sebarang masalah? 

Terdapat juga cakap-cakap yang Anwar mahu mewujudkan tanggapan bahawa Rameli ialah budak Dr. Mahathir dan Mahathir sebenarnya yang meminta dia membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. Secara tidak langsung, ini merupakan 'bukti' yang Clare sebenarnya bekerja untuk Mahathir dan RM1.4 juta itu merupakan bayaran Mahathir bagi kerja-kerja dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Clare. 

Anwar is certainly playing a very strange game. Maybe this is Anwar’s way of killing two birds with one stone: Mahathir as well as PAS for declaring it will support Mahathir in the event Anwar launches a coup against the Prime Minister. But then this has always been Anwar’s modus operandi from way back.

Dalam satu perkembangan lain, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menamatkan kontrak mewah 25 tahun SPANCO milik Robert Tan yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, kroni utama Dr. Mahathir.

Nampaknya desas-desus Lim Guan Eng dan Tony Pua memerangi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin itu semakin menunjukkan wajahnya.

Lim Guan Eng mau Spanco ditamatkan dan satu tender baru dibuka untuk membuka ruang kepada syarikat kroni DAP menggantikan Spanco.

Tun Daim sebelum ini menegur Kerajaan Pakatan Harapan supaya memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu. (RUJUK SINI)


No comments:

 
Blogger Templates