Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz Mahathir hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia. Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud.
Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King.
Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri SArawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC).
Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out.
Hanya pada pentadbiran Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni.(RUJUK SINI)
Apa kaitan Bakun dengan Projek Tanjung Tiara?
BALAK!!! Dan kalau dipanjangkan isu Balak yang membabitkan Mahathir, akan panjanglah ceritanya. Akan buruklah Mahathir dan pentadbirannya.
Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan.
Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report itu sebenarnya bertujuan untuk mencabar keberanian Mahathir. Mahathir sebelum ini dilihat malah dipropagandakan oleh para penyokong dan tenaga kerja propaganda dan publisitinya sebagai orang yang memperjuangkan Islam dan Melayu-Bumiputera.
Ternyata, penggunaan Sarawak Report untuk mendedahkan pembabitan Mukhriz Mahathir dalam pembalakan di Sarawak dengan mudah sahaja menggugah pendirian Mahathir. Mahathir yang pada awalnya kelihatan cukup teguh mempertahankan Zakir Naik, tidak sampai beberapa jam selepas pendedahan tersebut dibuat, mula berubah fikiran.
Secara tidak langsung, Mahathir memberikan isyarat kepada DAP dan PKR agar menghentikan serangan ke atasnya menggunakan anaknya, Mukhriz Mahathir. DAP dan PKR pula tahu, kelemahan utama Mahathir adalah anak-anaknya. Dia menjadi Perdana Menteri kali kedua adalah demi melindungi anak-anak dan kroninya.
Kesian Mahathir!
2 comments:
Mahathir sudah tidak bermaya kerana faktor umur yg sudah lanjut,ketidaan sokonga kuat mejoriti Melayu kerana persingkokolannya dgn DAP,partinya yg kecil dan mempunyai kerusi yg ciput,kegagalannya menarik lebih rami MP Umno utk melompat,skandal masa lalu beliau yg menjadi bahan ugutan DAP dan PKR.Maka jadilah beliau sebagai PM yg merupakan alat utk menjahanmkan Melayu Islam oleh puak liberal yg menguasai PH,walaupun beliau cuba menunjukan taring,tapi taringnya hnya gusi yg lompong tanpa gigi..
Penulis tidak ambe iktibar daripada nasihat Sultan 2 dlm keris 7 Lok yg nak Melayu jadi Ali Baba, iaitu ambe Seberapa yg boleh.
Post a Comment