Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 13, 2019

RANGKUMAN TIGA HARI PERBICARAAN SRC INTERNATIONAL SEBELUM PEGUAM KERAJAAN MINTA TANGGUH SELEPAS KEHABISAN SOALAN TERHADAP NAJIB!!!



Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak akan bersambung pada Rabu hadapan selepas diminta oleh DPP V. Sithambaram. Alasan yang diberikan oleh V. Sithambaram adalah, dia memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti keterangan Najib Razak.

Selama tiga hari berturut-turut, Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya kelihatan seperti tidak tentu arah dan tidak tentu punca. Tommy Thomas yang suatu ketika dahulu, cukup berazam untuk memastikan Najib didapati bersalah dan dipenjarakan atas semua tuduhan yang dihadapinya, dilihat seperti langsung tidak bersedia dengan fakta-fakta kes.

Pada 10 Disember 2013, ketika menyoal Najib, Tommy Thomas bertanyakan mengapa, Najib melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan. Pertanyaan Tommy Thomas itu sebenarnya merupakan satu perangkap untuk menunjukkan Najib sebenarnya mempunyai agenda menyonglap duit SRC International dari awal lagi.


Najib kemudiannya menjawab, dia mempunyai pendidikan ekonomi, merupakan bekas Menteri Besar Pahang, Timbalan Menteri dan menteri-menteri penuh pelbagai kementerian. Najib percaya, dia mempunyai keupayaan, kebolehan dan kelayakan untuk memajukan ekonomi negara.

Pada ketika itulah, Najib memberikan fakta-fakta dan data-data berupa nombor.

Menurut Najib, semasa dia menjadi Menteri Kewangan, aset bersih Khazanah telah naik dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion. Aset PETRONAS pula telah naik menjadi setengah trillion dan mempunyai rezab tunai sebanyak RM173 bilion yang kemudian digunakan oleh Kerajaan Pakatan sesuka hati mereka.

Ketika dia menjadi Menteri Kewangan juga, Ringgit Malaysia turut stabil, KDNK meningkat 5.9% pada tahun 2017, kebajikan rakyat terbela, pembangunan infrastruktur turut mantap selain peningkatan pelaburan asing ke dalam negara yang juga semakin bertambah.

Sekaligus, Najib memberikan peluang kepada Tommy Thomas untuk mempertikaikan angka-angka dan fakta-fakta tersebut seluas-luasnya. Malangnya, Tommy Thomas langsung tidak pertikaikan dan nafikan kata-kata Najib itu.

Malah apabila Najib berkata, ketika dia menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara tumbuh lebih pantas dan pesat berbanding 4 negara Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan), Tommy Thomas juga tidak nafikan atau menggunakan fakta-fakta Lim Guan Eng mahupun Mahathir.






Lebih-lebih lagi apabila Najib memberitahu, dia bukanlah Perdana Menteri pertama yang juga menjadi Menteri Kewangan memandangkan trend tersebut telah dimulakan oleh Mahathir, kemudian diteruskan oleh Abdullah Badawi dan Najib sendiri.

Yang mampu Tommy Thomas katakan ialah, pengkritik-pengkritik Najib mungkin berbeza pandangan berbanding fakta-fakta dan data-data yang diberikan oleh Najib. Namun apabila Najib berkata, KDNK negara menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan itu merupakan satu fakta, Tommy Thomas terkedu dan hilang akal.

"Ini bukanlah tempat untuk membincangkan hal itu." Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Tommy seolah-olah dia sudah hilang segala upaya untuk terus memerangkap Najib.


Pada hari yang sama, mahkamah turut diberitahu, pada tahun 2010, Najib telah bertemu dengan Raja Abdullah dan diberitahu bahawa Raja Saudi itu akan memberikan sumbangan politik. Najib kemudiannya memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia dan AMBANK.

Money trail menunjukkan akaun Najib ada menerima sumbangan terus daripada akaun rasmi Kementerian Kewangan Riyadh, akaun Putera Faisal bin Turki serta selebihnya melalui beberapa akaun syarikat berjumlah sekitar USD1.05 bilion atau lebih kurang RM4 bilion pada 2011 sehingga 2013.

Pada tahun 2014, Najib turut menerima sejumlah wang berjumlah £9.46 juta lagi.




Justeru, dengan sepengetahuan itulah, segala perbelanjaan politik, sosial, CSR dan kebajikan yang dibuat oleh Najib pada tahun 2011 sehingga PRU-13 serta pada tahun 2014, Najib menganggap wang tersebut adalah sumbangan politik daripada Raja Abdullah menerusi akaun AMBANK yang dibuka khas untuk menguruskan sumbangan derma berkenaan.

Berdasarkan perbelanjaan Najib dari 'akaun 906' dan '898', dari Ogos 2013 sehingga Mac 2015, hanya 0.4% sahaja digunakan untuk perbelanjaan peribadi walaupun secara jelas, Raja Abdullah menyatakan kegunaan sumbangan baginda itu adalah sepenuhnya mengikut kehendak Najib seperti yang tertera dalam suratnya.

Majoriti perbelanjaan adalah 45% untuk parti politik, 39.3% untuk kegunaan sosial CSR, 13.7% untuk kebajikan NGO, 0.1% untuk menaik tarafkan kediaman di Langgak Duta dan Seri Kayangan manakala 1.5% pula merupakan hadiah permata di De Grisigano kepada pasangan pemimpin Qatar.

Joanna Yu Ging Ping


Ung Su Ling, bekas CEO YR1M - Najib kata, pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya, telah merosakkan reputasinya. (BACA SINI)


Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Najib, Jho Low secara senyap-senyap, dengan bantuan beberapa orang pegawai AMBANK yang memberikan maklumat tentang akaun-akaun Najib serta beberapa orang pegawai anak-anak syarikat berkaitan 1MDB yang bersekongkol dengan Jho Low telah memasukkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib di luar pengetahuannya, malahan disembunyikan daripada pengetahuannya sebelum maklumat berkenaan dibocorkan kepada Wall Street Journal untuk disensasikan.

Perkara tersebut terdedah setelah saksi pendakwaraya sendiri, Joanna Yu Ging Ping memberitahu bahawa dia mengikut arahan Jho Low untuk menyembunyikan maklumat kewangan menerusi penyata-penyata bank dari akaun AMBANK Najib serta tidak menghantarnya ke rumah Najib di Taman Duta.

Ketika ditanya oleh peguambela Najib ketika itu, Harvinderjit, Yu bersetuju dan mengesahkan arahan Jho Low dan keakurannya. (RUJUK SINI)

Pendedahan di mahkamah pada 26 Julai 2019 itulah yang membuatkan Najib mengambil keputusan untuk menyaman Joanna Yu Ging Ping, AMBANK, AMBANK Islamic Berhad berkenaan akaun '694', '880', '898' dan '906' kerana telah membocorkan maklumat kepada pihak buat diberikan kebenaran iaitu Jho Low selain melakukan transaksi di luar pengetahuan pemilik akaun.

Malah Joanna Yu juga disaman kerana tidak menghalang amaran 'red flags' terhadap akaun Najib sekaligus turut menghalang Najib daripada dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Berdasarkan bukti perbualan Blackberry Messenger, beberapa arahan telah diambil daripada Jho Low menyebabkan Bank Negara Malaysia turut tidak mengeluarkan amaran 'red flags' anti penggubahan wang haram.

Yu bertindak memberi nasihat tentang kelulusan cek di bawah akaun '694', '880', '898' dan '906' serta telah mengambil langkah-langkah untuk menyembunyikan penyata akaun-akaun bank itu daripada pengetahuan Najib Razak. (RUJUK SINI)


Pada 1 Julai 2019, bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Suboh Md Yassin, tidak menolak kemungkinan tandatangannya dipalsukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, pada surat pindahan wang ke dalam dua akaun anak syarikatnya.

Suboh, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi, berkata demikian selepas pihak pembelaan membuat perbandingan tiga jenis tandatangan Suboh dengan menggunakan projektor slaid di mahkamah.

Tiga jenis tandatangan itu tertera pada dokumen pengesahan keterangan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), surat pindahan wang SRC ke akaun dua anak syarikat dan tandatangan diturunkan Suboh pada dua kertas pagi tadi untuk dibuat perbandingan. (RUJUK SINI)

Pada 6 Julai 2019, sebuah NGO Gerakan Tuntut Malaysia menerusi aktivisnya, A'zlan Muhammad Abu Bakar telah membuat laporan polis dan mendakwa saksi ke-42 pendakwaan, Suboh Md Yasin secara terbuka mengakui 17 tandatangan di dalam Arahan Perbankan yang dihantar kepada Bank AMBANK Islamik melibatkan pemindahan wang berjuta-juta ringgit bukanlah tandatangannya. 

Dalam laporan polisnya juga, A'zlan mendakwa keterangan Suboh itu menunjukkan dokumen yang mempunyai tandatangan-tandatangan palsu berkenaan adalah bertujuan untuk 'mengenakan' Najib. (RUJUK SINI)



Tujuh dokumen yang mengandungi tandatangan palsu dan pihak peguambela Najib memohon untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia yang kemudian dibantah oleh pasukan Peguam Negara. 

Ketujuh-tujuh dokumen bukti pendakwaan palsu itu itu ialah P277, P497 (3-4), P530 (2-9), P501, D534, D535 dan P510
P277 - pemindahan 29 Disember 2014;
P497 - minit MKD terhadap 1MDB;
P530 - minit EGM dan resolusi pemegang saham khas;
P501 - minit MKD pada 17 Disember 2012 mengarahkan bagaimana dana SRC perlu digunakan;
D534 - dokumen MKD
D535 - kelulusan utk SRC dapatkan pinjaman RM2 bilion tambahan daripada KWAP
P510 - Minit MKD meluluskan pindaan terhadap M&A SRC.

Menariknya, pasukan Tommy Thomas bukan sahaja membantah usaha Najib untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia, malahan Tommy Thomas juga membantah Najib menggunakan Bahasa Melayu dan meminta keseluruhan perbicaraan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. (RUJUK SINI)

Keseluruhan perjalanan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan boleh diikuti DI SINI dan DI SINI.


Menariknya, perbicaraan dan pemeriksaan balas oleh pasukan Tommy Thomas terhadap Najib Razak yang sepatutnya lebih menyenangkan dan lebih mudah, seakan-akan menemui jalan buntu. Lebih menarik apabila Tommy Thomas dan pasukan pendakwaannya kelihatan seperti sudah kehabisan soalan untuk ditanya sehinggakan pembabitan Najib mengekalkan kuasa Dr. Mahathir pada Pemilihan Agung UMNO 1987 turut ditanya.

Permohonan pasukan Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sesi perbicaraan dan pemeriksaan balas itu sehingga Rabu hadapan untuk mengkaji jawapan Najib yang direkod dalam 'kitab' setebal 243 muka surat telah dibenarkan oleh hakim, Nazlan Ghazali.

Anehnya, hakim yang sama hanya memberikan masa selama 11 hari untuk pasukan Najib menemuramah 66 orang saksi dan tidak boleh ditangguh. Malahan untuk mengkaji pengesahan tandatangan pun ditentang selain penentangan terhadap permintaan peguam-peguam Najib untuk meminta keterangan daripada beberapa orang yang disiasat SPRM yang ditolak oleh hakim. 


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Najib Razak berjaya mendapatkan dokumen PetroSaudi yang diserahkan oleh Xavier Justo kepada SPRM menerusi perintah mahkamah. Dokumen-dokumen tersebut penting bagi membuktikan yang Tarek Obaid, Patrick Mahony dan Jho Low telah berkomplot untuk menipu dan mengenakan Najib Razak. Ini juga kerana terdapat bukti perbualan yang merancang bagaimana mereka mahu menipu untuk memberikan laporan palsu kepada Najib Razak. 


No comments:

 
Blogger Templates