Kartel diwakili oleh Azmin Ali. Manakala Keluarga pula diketuai oleh Anwar Ibrahim.
Dengan ditemani oleh Mohamad Hanif Khatri Abdulla, maka semakin jelas, siapakah yang berada di belakang drama sebabak ini. (RUJUK SINI)
Sama seperti dalam kes Saiful Bukhari Azlan yang bapanya, Azlan Mohd Lazim menafikan dakwaan Saiful terhadap Anwar Ibrahim. Dalam kes Muhammed Yusoff Rawther ini, datuk saudaranya Mohideen Abdul Kadeer muncul sebagai penyelamat Anwar dengan mendakwa, cucu saudaranya itu telah dipinggirkan dari keluarga selepas kematian bapanya, SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna yang terkenal.
Insiden yang didakwa itu dikatakan berlaku pada 23 September 2018, lebih setahun lalu. Bagaimanapun, tiada ahli keluarganya yang tahu, termasuklah datuknya yang rapat dengannya, kata Mohideen.
Pembelaan Mohideen kepada Anwar Ibrahim dan dakwaannya terhadap Muhammed Yusoff Rawther, bagaimanapun dinafikan oleh Muhammad Ali bin Mohammed Idris, bapa kepada Muhammed Yusof menerusi satu kenyataan media bertarikh 6 Disember 2019.
Antara orang yang dituduh menjadi dalang kepada pendedahan Muhammed Yusoff Rawther adalah Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin. Tuduhan tersebut kemudian dinafikan oleh Chegu Bard dan berkata, dia tidak ada kena-mengena langsung dengan dakwaan liwat terbaharu itu.
"Skandal apa? Saya tidak terlibat... jangan sampai saya buat laporan polis atau ambil tindakan undang-undang," katanya menerusi Facebook peribadinya.
Chegu Bard ketika itu menjawab tuduhan Farhash Wafa yang menuduhnya dan mengaitkannya sebagai dalang dalam pendedahan tersebut di media sosial. (RUJUK SINI)
5 Disember 2019, Presiden PKR yang juga merupakan PM Menanti Paling Lama Di Dunia, Anwar Ibrahim menafikan tuduhan yang dia berkelakuan lucah dan melakukan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther.
Menurutnya, dia telah menerima laporan yang dibuat oleh Yusoff menerusi media dan media sosial.
"Saya dengan keras menafikan tuduhan tidak berasas ini," katanya.
Menurut Anwar, pada tarikh yang dinyatakan oleh Yusoff, dia sedang berkempen untuk PRK Port Dickson dan kemudian menghadiri majlis mengingati hari kelahiran ke-150 Mahatma Gandhi di Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Port Dickson.
Dia kemudiannya mengarahkan Setiausaha Sulitnya, Shukri Saad untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut, manakala peguamnya Ramkarpal Singh turut menghantar surat tuntutan kepada Yusoff.
Kemelut membabitkan Anwar Ibrahim merupakan ulangan peristiwa 1996-1998 apabila pada ketika itu, Anwar Ibrahim sudah tidak sabar-sabar ingin menjadi Perdana Menteri menggantikan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir dalam beberapa kenyataannya sebelum itu, malah semasa Anwar sedang meroyan, meyakinkan bahawa Anwar adalah bakal penggantinya sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, pada 8 September 1998, Anwar Ibrahim bukan sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, malahan dia juga dipecat dari UMNO atas alasan moral dan jenayah kuasa. Pemecatan itu menandakan bermulanya buruan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dengan menggulingkan Mahathir. Dari mula 8 September 1998, Anwar Ibrahim tidak pernah menyorokkan lagi keinginannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. (RUJUK SINI)
Pelbagai ulah dan kontroversi dilakukannya termasuklah jalinan dengan pihak antarabangsa untuk campurtangan dalam urusan hal ehwal dalaman dan pentadbiran Malaysia. Sehinggalah dia dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun setelah didapati bersalah atas jenayah liwat dan kesalahan salahguna kuasa dalam dua perbicaraan yang berasingan.
Hukuman penjara Anwar Ibrahim dipendekkan apabila Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. menggantikan Dr. Mahathir. Namun sekali lagi Anwar terlibat dalam jenayah liwat apabila Saiful Bukhari Azlan membuat pendedahan dengan bukti-bukti DNA pada 28 Jun 2008 selepas dua hari diliwat Anwar. (RUJUK SINI)
Menariknya, dalam usaha untuk menutup cerita sebenar, Anwar Ibrahim meminta Abdullah Badawi agar memanggil Parlimen bersidang pada 16 September 2008 bagi membolehkannya mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Badawi. Dakwanya, dia telah memiliki bilangan kerusi Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan Abdullah Badawi. (RUJUK SINI)
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh PKR untuk merealisasikan impian gila Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sekaligus melupuskan kes liwatnya yang sedang dibicarakan termasuklah menggulingkan pengikut setianya, Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor untuk digantikan oleh isterinya, sebelum ditolak oleh Istana Selangor dan digantikan oleh Azmin Ali dengan campurtangan dan sokongan PAS yang ketika itu merupakan komponen Pakatan Rakyat.
Anwar didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan setelah perbicaraan liwat tersebut berlangsung selama tujuh tahun pada 10 Februari 2015. (RUJUK SINI)
Selama beberapa bulan, Anwar tidak menyebut apa-apa tentang jawatan Perdana Menteri yang sepatutnya diserahkan oleh Mahathir kepadanya. Namun apabila Anwar mula bercakap tentang dia yang bakal menjadi Perdana Menteri dan keyakinannya bahawa dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri, maka bermulalah satu peperangan baru.
Perang yang dimaksudkan adalah dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, portfolio yang baru diwujudkan oleh Mahathir. Walaupun Anwar seringkali mendabik dada dan mengakui di merata-rata dunia bahawa dia adalah PM In-Waiting tetapi Mahathir nampaknya lebih berminat dengan Azmin Ali.
Namun perkembangan seterusnya, terutama apabila PAS secara terbuka menyatakan 18 orang Ahli Parlimennya akan menyokong Mahathir sekiranya undi tidak percaya dibuat terhadap Mahathir, manakala dari pihak UMNO pula, beberapa orang Ahli Parlimen juga menyatakan perkara yang sama, menambahkan lagi panas Anwar Ibrahim.
Dari situ, terpampanglah kepada umum pertelingkahan antara Anwar dan Azmin. Mereka tidak menyorok-nyorok lagi. Dan Kongres Nasional PKR menjadi pemula apabila Ketua AMK Akmal Nasir yang diketahui merupakan penjilat Anwar dan Fahmi Fadhil, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR mencetuskan kontroversi dengan Azmin Ali dan Zuraida (RUJUK SINI)
Dengan perkembangan terkini membabitkan Muhammed Yusoff Rawther, bahasa paling mudah diucapkan ialah, ANWAR SUDAH BOLEH MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SANGAT DIIDAM-IDAMKANNYA!!!
3 comments:
Elok lah undur diri. Jemin pu eloklah undur diri. Cari orang lain yg lebih bersih. Takkan lah nakkan malaysia dipimpin oleh individu homo yg ada masalah mental dari sudut agama. Di luar batas agama mereka adalah ideal terutama dari kaca mata dap yg kuffar itu.
Ada video ke?
sejak kes 1998 lagi, kemudian kes saiful, dan terkini yusoff...jika Anwar berani bersumpah laknat menafikan tuduhan ini, kes ni dah lama selesai
Post a Comment