Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 2, 2015

HANIPA MAIDIN BELI JIWA APABILA UNGKIT TUN MAHATHIR DAN PAK LAH TAK PERNAH SAMAN HARAKAH WALAUPUN KUAT BUAT FITNAH!!!



Tindakan Najib menyaman Harakah, organ media utama PAS, membuatkan peguam PAS, Hanipa Maidin jadi tidak tentu arah. Barangkali tidak menyangka tindakan sebegitu akan diambil oleh Najib, Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada 'barua dalam PAS' yang dimaksudkan oleh Nik Abduh mula mengungkit-ngungkit.

Katanya, pada Abdullah Badawi yang lemah pun, tidak pernah menyaman sesiapa. Segarang-garang Tun Dr. Mahathir, juga tidak pernah menyaman PAS mahupun Harakah yang kuat menfitnahnya sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun. Sedangkan Najib pula mengambil tindakan bertentangan.

Apa hal nak diungkit-ungkit?

Harakah dan PAS tidak pernah menggunakan justifikasi adil ketika membuat fitnah. Mereka sebaliknya main hentam keromo dan mencari sudut-sudut sensasi bagi melariskan berita yang disiarkan. Malah berulang-ulang kali mereka mencabar pula agar tindakan undang-undang diambil sekiranya berita yang mereka siarkan tidak benar.

Sekarang, Najib secara individu telah menyaman Harakah. Hanipa Maidin cuba menggunakan akal peguamnya dengan merendah-rendahkan integriti Najib selaku Perdana Menteri. Dikatakannya yang 1MDB terlalu penting kepada Najib Abdul Razak sehinggakan Najib perlu menyaman Harakah.

Sedangkan perkara asas dan intipati daripada saman tersebut iaitu tuduhan bahawa Najib telah menyalahgunakan kuasa, mengumpulkan kekayaan dengan cara salah dan menyelewengkan wang rakyat sepertimana yang terpapar dalam artikel yang disiarkan oleh Harakah, tidak pula diperkatakan.

Putar belit dan penyelewengan fakta yang ditunjukkan oleh Hanipa Maidin menunjukkan bagaimana kecelaruan mereka sendiri setelah menjadikan fitnah sebagai bahan makanan dan modal politik.


EDISI KE-20 LE TOUR DE LANGKAWI YANG PENUH KONTROVERSI!!!


Artikel semalam adalah dirujuk. (DI SINI)

Biarpun kelihatan seperti kurang publisiti dan limpahan lampu kamera tempatan, tetapi hakikatnya perjalanan LTDL Edisi Ke-20 pada tahun ini berjalan lancar. Tidak terbabit dengan politik, tiada orang politik di dalam entiti berkenaan serta tiada permainan serta masalah politik seperti yang berlaku dalam beberapa persatuan sukan termasuklah sukan berbasikal, membolehkan LTDL Edisi Ke-20 2015 diuruskan dan ditadbirselia secara lebih profesional. Sambutan daripada beberapa pasukan profesional dan ternama dunia untuk menyertai LTDL Edisi Ke-20 juga dikatakan hangat.

LTDL Ke-20 akan bermula pada 8 Mac di Langkawi dan berakhir pada 15 Mac di laluan Kuala Kubu-Kuala Lumpur yang bakal juga 'menemukan' Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak.

Kali pertama LTDL diperkenalkan adalah pada tahun 1996 daripada idea Tun Dr. Mahathir.

LTDL walaupun kurang mendapat perhatian tempatan, tetapi di peringkat dunia ia diletakkan sebaris dengan Tour De France, Tour De Italia dan Tour De Spain, tiga siri jelajah basikal dunia ternama. Pada peringkat awal, LTDL begitu mengujakan, tetapi lama-kelamaan kejohanan berprestij itu kurang diperkatakan dan dirasai.

Dengan lebih 20 pasukan profesional akan menyertai LTDL pada tahun ini, hak penyiaran tempatan telah diberikan kepada RTM. Daripada maklumat yang diterima, beberapa stesen penyiaran sukan antarabangsa turut akan menyiarkan LTDL di stesen masing-masing.


Laluan yang akan digunakan adalah seperti berikut:

8 Mac - Jelajah Langkawi 98 kilometer
9 Mac - Alor Star ke Sungai Petani
10 Mac - Grik ke Tanah Merah
11 Mac - Kota Bharu ke Kuala Berang
12 Mac - Kuala Terengganu ke Kuantan
13 Mac (Jumaat) - Maran ke Karak (perlumbaan dibuat selepas solat Jumaat)
14 Mac - Shah Alam ke Genting Highland
15 Mac - Kuala Kubu ke Kuala Lumpur.

Mungkin bagi yang kurang mencermati, industri sukan, terutama sekali jelajah basikal merupakan antara kaedah yang seringkali digunakan oleh pelbagai negara. Selain daripada untuk industri sukan itu sendiri, industri hiliran utamanya adalah pelancongan.

Laluan-laluan 'klasik' seperti Grik ke Tanah Merah misalnya, akan melalui kawasan hutan yang menjadi nadi negara ini. Beberapa lokasi indah termasuklah beberapa tasik buatan manusia, menyajikan dan menyediakan lokasi pelancongan antarabangsa baru yang boleh diperkenalkan secara tidak langsung menerusi siaran dikeudarakan. Manakala laluan ke Kota Bharu- Kuala Berang dan Kuala Terengganu-Kuantan pula akan menyajikan keindahan pantai serta perkampungan tradisional yang turut boleh menggamit pelancong ke kawasan berkenaan.

Justeru, tidak hairanlah seandainya beberapa negara termasuklah China turut mahu mengadakan jelajah mereka sendiri kerana menyedari potensi penggalakan ekonomi kesan daripada sukan berbasikal itu sendiri.


Seharusnya kita berbangga dengan LTDL kerana ia adalah Siri Jelajah Dunia tempatan yang telah menempatkan Malaysia dalam peta dunia, terutama menerusi bintang-bintang tempatan seperti Anuar Manan.

Jom kita meriahkan lagi LTDL sekaligus menyumbang bakti kita kepada negara walaupun sekadar memeriahkan tepian jalan dengan bersorak kepada para peserta dan pasukan yang mengambil bahagian.


Sunday, March 1, 2015

AZMIN ALI KENA TROLL PENYOKONG PKR SEMATA-MATA KERANA PERUNTUKAN!!!



Sekarang ini, Azmin Ali sedang berada di Sarawak. Semuanya kerana kempen yang sedang dilakukan oleh Azmin Ali bagi membolehkan dia merampas jawatan Presiden PKR daripada Wan Azizah yang lebih sibukkan laki dia daripada parti.

Berbanding Nurul Izzah yang juga dilihat sedang bertungkus lumus untuk mengekalkan jawatannya dan mencari rakan sekongkol, Azmin Ali yang mempunyai dana dan peruntukan bergerak lebih pantas mengumpulkan para penyokongnya sendiri bagi memastikan, jawatan Presiden PKR ada dalam genggamannya.

Apatah lagi sekarang ini sudah wujud desakan agar jawatan Presiden PKR diserahkan kepada Azmin Ali yang dilihat lebih berketrampilan dan lebih berkebolehan untuk memimpin berbanding Wan Azizah yang tidak habis-habis dengan lakinya, si BANDUAN JENAYAH LIWAT yang sekarang ini bermastautin di Penjara Sungai Buloh selama 5 tahun.

Namun kehadiran Azmin Ali di Sarawak nampaknya tidak menyenangkan. Kalau hendak disalahkan UMNO, di Sarawak, UMNO tidak ada. PBB yang merupakan parti tulang belakang Barisan Nasional Sarawak pula, tidaklah 'seganas' UMNO yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai musuh seperti di Semenanjung.

Sebaliknya PKR di Sarawak hanya berhadapan dengan musuh dalam selimut. Musuh PKR sebenarnya adalah ahli-ahli PKR sendiri.

Cerita tentang PKR Sarawak yang sudah lumpuh, tidak bergerak dan terpaksa menumpang DAP, bukanlah cerita baru. Sekalipun PKR masih cuba mendabik dada kononnya mereka kuat dan mereka jauh lebih berpengaruh berbanding PAS, hakikatnya, PKR Sarawak ibarat malukut di tepi gantang. Pengundi dan rakyat Sarawak lebih memilih parti-parti tempatan berbanding parti-parti pendatang seperti PKR dan PAS. Manakala DAP pula terpaksa bergantung kepada masyarakat pengundi Cina yang mengharapkan mereka dapat memecahkan sejarah dengan menguasai pentadbiran negeri buat kali pertama semejak 1841.

Beberapa pemidang dengan ayat-ayat memalukan, menyambut kedatangan Azmin Ali. Sekalipun ada kalangan PKR yang cuba menyalahkan UMNO, tetapi berdasarkan kepada perkembangan semasa, yang menjadi masalah adalah pertentangan antara fraksi-fraksi dalam PKR. Meskipun Azmin Ali dilihat mempunyai sokongan kuat PKR Sarawak, tetapi sebahagian daripada PKR Sarawak juga menyokong Nurul Izzah dan Wan Azizah.

Ditambah pula, terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan, peruntukan PKR Pusat kepada PKR Sarawak selama ini, banyak dikekang oleh Azmin Ali sehinggakan pelbagai aktiviti parti yang telah dirangka dan diprogramkan, gagal dilaksanakan kerana kekangan kewangan.

Justeru, kedatangan Azmin Ali yang turut berkempen dengan menyebut dan mengulang kembali iltizam Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak, menjadi peluang terbaik untuk meluahkan perasaan.

Maka tidak hairanlah apabila ramai berpendapat, pemidang-pemidang provokatif itu sebenarnya dibuat oleh PKR sendiri tetapi kerana mereka kecut telur, mereka cuba menyalahkan UMNO yang tidak wujud di Sarawak.


ADA SESAPA YANG GERUN DENGAN ZUNAR KE? MENYAMPAH DAN MELUAT, ADALAH!!!



Barangkali sedar yang Zunar, kartunis yang mula mendapat tempat di Majalah Gila-Gila yang diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd pada awal 1980-an, sebelum bertukar menjadi kartunis kegemaran PELIWAT, Anwar Ibrahim yang kini menjadi BANDUAN JENAYAH di Penjara Sungai Buloh, sudah tidak lagi mendapat perhatian manakala karya-karyanya pula sekadar dilihat sebagai picisan dan hanya layak untuk dijadikan sumbu bakar, Nga Kor Ming cuba mempopularkan Melayu mamak yang berasal dari Kedah itu.

Nga Kor Ming memberikan gelaran Kartunis Berani kepada Zunar.

Konon-kononnya Kerajaan Malaysia sangat takut dengan Zunar sehingga terpaksa merampas buku-buku karyanya.

Ia samalah seperti pada zaman darurat apabila sebilangan pemimpin sosialis mengecam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang memburu pengganas-pengganas komunis, manakala PDRM pula bukan sahaja memburu komunis di dalam bandar dan pekan serta kampung-kampung baru bahkan merampas, menyita dan memusnahkan bahan-bahan bercetak pro-komunis, yang kemudian menyaksikan beberapa orang Ketua Polis dan pegawai-pegawai polis dibunuh oleh agen-agen komunis, selain kematian ramai anggota tentera dalam peperangan ke atas komunis.


Pada ketika itu, ada pemimpin Sosialis dan yang berselindung di belakang nama Parti Rakyat dan Parti Buruh yang menyalak kononnya Kerajaan sangat takut dengan tulisan, kartun mahupun makalah-makalah komunis. Kerajaan dicop sebagai pengecut walaupun hakikatnya tindakan kerajaan dan pasukan keselamatan telah membolehkan anak cucu mereka menjadi ahli-ahli politik pada hari ini tanpa takut pembunuhan di tepi jalan seperti yang datuk nenek mereka lakukan ke atas anggota-anggota keselamatan dahulu.

Taktik yang sama digunakan oleh Nga Kor Ming yang cuba membantu Zunar untuk bangkit semula, sekaligus mengurangkan kebergantungan Zunar kepada DAP dalam bentuk kewangan.

Satu lagi contoh bagaimana anak Melayu telah dibabi-babikan oleh pemimpin DAP yang tidak ada telur untuk buat kerja sendiri!!!


MAMPUSLAH TONY PUA DAN RAFIZI RAMLI KALI INI... FITNAH KE ATAS 1MDB AKAN DISAMBUT SAMAN OLEH PETROSAUDI INTERNATIONAL!!!




Tony Pua sudah acap kali menuduh kerajaan menipu tentang 1MDB. Terbaru, dia menuduh CEO 1MDB yang baru, Arul Kanda cuba menipu dan berkata, dana-dana dari Cayman telah pun ditebus. Kemudian Tony Pua mempersoalkan tentang integriti auditor terbaru yang merupakah salah satu daripada 4 firma perakaunan terbesar dunia dan menuduh Deloitte tidak melakukan kerja mereka dengan baik. (BACA DI SINI)

Dan memandangkan Tony Pua tidak dapat menerima kenyawaan bahawa 1MDB telah berjaya memperolehi USD488 juta daripada rundingan dengan Petrosaudi dan memperolehi kesemua wang mereka Tony Pua kemudiannya mempersalahkan KPMG, auditor sebelumnya yang juga merupakah salah satu daripada 4 firma audit terbesar dunia. (BACA DI SINI)

Tony Pua juga tidak berpuas hati dan menuduh kerjasama antara 1MDB dengan Petrosaudi tidak berjaya sehingga menyebabkan pelaburan berjumlah USD1.2 bilion perlu ditarik kembal.

Bagi Tony Pua, semuanya tak betul. Semua pelaburan tak tulen tanpa dia menyebut sedikit pun kegagalannya dalam pelaburan dan syarikat kecilnya di Singapura sehingga menyebabkan dia terpaksa menganggotai DAP dan kemudian menjadi Wakil Rakyat DAP untuk memperolehi pendapatan.

Semua orang dituduh menipu. Kerajaan menipu. Arul menipu. Sedangkan kredibilitinya sendiri cukup diragui memandangkan kegagalannya dalam matematik dan logik.

Barangkali tidak salah kalau kita katakan, Tony Pua sebenarnya berhadapan dengan sakit jiwa yang sangat teruk.

Mungkin elok juga kalau kita terangkan sedikit demi sedikit kepada Tony Pua agar memudahkan kefahamannya.

1MDB telah meletakkan USD1 bilion dalam perkongsian dengan Petrosaudi. 1MDB kemudiannya memutuskan untuk keluar dari perkongsian dan menukarkan pelaburan mereka mejadi pinjaman Islam sebanyak USD1.2 bilion dengan jaminan korporat oleh syarikat induk PetroSaudi International.

Keluar dari perkongsian (JV) bukanlah seperti mengeluarkan wang dari bank dan kita tidak boleh mengeluarkan pelaburan sebanyak USD1.2 bilion begitu-begitu sahaja.

Kemudian 1MDB menjual kesemua nota pinjaman mereka kepada pihak ketiga dan membuat keuntungan sebanyak USD488 juta selepas keuntungan sebanyak USD200 juta yang dibuat apabila keluar daripada perkongsian, sekaligus menjadikan keseluruhannya adalah keuntungan sebanyak USD688 juta.

Jumlah tersebut telah pun disahkan oleh Deloitte dalam laporan audit pada Mac 2013 dan Mac 2014.

Apa yang susahnya Tony Pua untuk menerima hakikat yang 1MDB telah BUAT DUIT YANG SANGAT BANYAK berbanding kerugian sepertimana yang digembar-gemburkannya? Apakah keuntungan USD688 juta itu bukannya keuntungan? Apakah keuntungan bagi Tony Pua bermaksud kerugian?

Apa pula perlunya Tony Pua memperlekehkan dua buah firma perakaunan daripada 4 buah firma terbesar dunia dengan menuduh mereka menipu?

Siapa sebenarnya yang menipu? Bukankah dalam hal ini, Tony Pua sebenarnya yang jelas menipu?

Terbaru, PetroSaudi International telah menafikan semua tuduhan Tony Pua dan menyifatkannya sebagai palsu, berniat jahat dan fitnah.

PetroSaudi International adalah sebuah syarikat persendirian yang memiliki syarikat carigali dan pengeluaran minyak yang ditubuhkan pada tahun 2005. Syarikat tersebut dimiliki ahli perniagaan Saudi, Tarek Obaik dan Putera Turki bin Abdullah Al-Saud, anak lelaki Raja Abdullah Arab Saudi.

Fitnah yang dibuat oleh Tony Pua yang disokong oleh Rafizi Ramli dan disebarluaskan untuk tujuan fitnah oleh para penyokong Pakatan Rakyat, telah dinafikan oleh PetroSaudi International, bahkan menjelaskan bahawa keseluruhan pembayaran kepada 1MDB telah dibuat.

PetroSaudi International dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas para pembuat fitnah tersebut. Secara jelas, PetroSaudi merujuk kepada artikel Sarawak Report yang bertajuk, "Heist of the Century - How Jho Low Used PetroSaudi As 'A Front' To Siphon Billions Out of IMDB".

Isu ini terlebih dahulu dipopularkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli. Sarawak Report pula sekadar jadi tukang tambah untuk melariskan kekelentongan Tony Pua dan Rafizi Ramli.

Kononnya dalam laporan portal tersebut, mereka telah memperolehi dokumen dan email yang berkaitan dengan transaksi oleh 1MDB termasuklah butiran perkongsian 1MDB dengan PetroSaudi dari tahun 2009.

Jho Low dituduh menguruskan dan mengendalikan projek perkongsian itu.

Elok juga PetroSaudi menyaman puak-puak yang tidak pernah serik-serik melakukan fitnah terutama sekali ke atas Tony Pua dan Rafizi Ramli. Biar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka agar tidak bergantung lagi kepada fitnah dan cuba tunjuk pandai tetapi sebenarnya bodoh dalam bidang matematik dan pelaburan.


LTDL NI ADA KE TIDAK ADA? KENAPA SENYAP SUNYI TANPA SEBARANG PROMOSI DAN PUBLISITI?



Kecuali beberapa malam sudah, promosi LTDL yang merupakan antara sukan lumba basikal berprestij yang pernah diwujudkan di negara ini, begitu lembab dan langsung tidak kelihatan.

Apa yang sudah berlaku kepada LTDL yang khabarnya hak penganjurannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dan tidak lagi dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia yang sangat bermasalah sehinggakan pembayaran gaji jurulatih pun telah menjadi khabar masyhur di seluruh dunia?

Diberitakan, proses penyerahan hak penganjuran LTDL kepada syarikat terbabit juga bermasalah apabila PKBM dilaporkan sangat kuat menentang kerana faktor 'kewangan'. Selain daripada penajaan daripada KBS yang sudah dikerat lebih daripada separuh berbanding yang diterima oleh PKBM yang menganjurkannya sebelum ini, syarikat terbabit juga menghadapi kesuntukan masa untuk mendapatkan penajaan dan memberikan hak-hak liputan kepada stesen-stesen penyiaran sukan antarabangsa.


Pun begitu, ada juga dengar cerita-cerita kononnya, syarikat tersebut telah menggunakan 'hubungan dalam' bagi mendapatkan penajaan daripada Proton. Cerita-cerita nakal, syarikat tersebut menerima hampir SETENGAH BILION RINGGIT daripada Proton yang sedang kesesakan.

Ramai yang tidak tahu, bila LTDL akan bermula dan berakhir. Tetapi sumber menyatakan, jelajah telah disingkatkan dengan beberapa buah negeri, telah dikeluarkan daripada siri jelajah tersebut. Dalam satu temubual, pemilik syarikat tersebut, Malik Mydin dengan bangganya memberitahu, syarikatnya akan membawa 10 pasukan World Tour, 12 Pro-Continental dan 10 Asia Continental untuk turut serta dalam LTDL 2015 yang dijangka bakal dilangsungkan pada bulan ini. Selain itu disasarkan 20 sehinga 22 pasukan serta pelumba ternama untuk bersaing dalam LTDL 2015.

Bagaimanapun, melihat kepada kesuraman publisiti, tidak pula dapat dipastikan sama ada LTDL benar-benar dapat dan berjaya dianjurkan. Syarikat berkenaan, sudah tentu telah menggaji dan mengupah syarikat-syarikat pengiklanan dan promosi untuk menunjukkan kewujudan LTDL, tetapi sehingga setakat ini, publisiti dan promosi kecuali di Buletin Utama TV3 beberapa malam sudah yang menunjukkan penerimaan tajaan 'ikan bilis' untuk LTDL.


Sewajarnya LTDL yang pernah meletakkan Malaysia dalam peta sukan lumba basikal dan jelajah basikal dunia, dinaikkan martabatnya semula. Apatah lagi, LTDL merupakan antara yang ternama selepas Tour De France dan beberapa jelajah lain, yang bukan sahaja dapat menaikkan martabat sukan berbasikal, tetapi juga meningkatkan populariti pelancongan negara.

Mungkin dari satu segi, para skeptik akan melihat apa sangatlah sukan berbasikal di mana para pelumba Malaysia hanyalah menyertai untuk melengkapkan kuota. Namun dari banyak segi yang lain, LTDL mampu menjana pendapatan negara terutama sekali dari segi pelancongan memandangkan jelajahnya turut melibatkan banyak kawasan yang kurang diberikan perhatian pelancongan.

Cuma masalahnya, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan pandai bekerjasama atau tidak, atau menteri-menterinya sekadar pandai bercakap dan berstokin pink tetapi gagal melihat bulatan yang lebih besar selain daripada bulatan dalam kepala mereka?




MELAMPAU DAN SANGAT-SANGAT BIADAP! MOHON PIHAK BERKUASA TAHAN SEGERA CINA BIADAP INI!!!



Kononnya bergurau dan satu sindiran yang pedas. Hakikatnya, ia adalah satu perbuatan menghina yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah masyarakat yang serba-serbinya mudah.

Grafik di atas sedang viral di Facebook. Ramai yang mengutuk dan ramai pula yang menyokong si pembuat gambar tersebut.

Golongan yang tidak reti bersyukur, tidak pandai berterima kasih dan sentiasa mendoakan agar kecelakaan menimpa negara ini, tidak pernah surut dengan idea-idea provokatif untuk menjahanamkan negara.

Rosmah Mansor sekali lagi menjadi tumpuan serangan, sekalipun Rosmah Mansor bukanlah Betty Chew yang gila bershopping, bergaya mewah tanpa ada sebarang asas kekayaan. Rosmah Mansor bukanlah orang politik seperti Betty Chew yang merupakan bekas ADUN dan mempunyai hubungan rapat dengan Tan Kok Ping, taikun hartanah di Pulau Pinang yang mendapat banyak kemudahan selepas Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Mengapa mudah benar sekarang ini wujud elemen-elemen sebegini? Apakah selepas kejayaan memansuhkan ISA membuatkan puak-puak ini berasa besar kepala dan mereka bebas melakukan segala yang mereka hendak? Dan inikah juga punca sebenar mengapa mereka mahu sangat-sangat pelbagai undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dimansuhkan?

Pihak berkuasa negara ini masih terlalu lembut dan masih terlalu lembab dalam mengambil tindakan. Sesuatu yang drastik diperlukan untuk MENGAJAR SEJUMLAH warganegara ini agar menghormati undang-undang.

Bukan tidak ada peruntukan yang membolehkan warganegara Malaysia dilucutkan hak kewarganegaran. Bukan tidak ada bahagian dalam undang-undang yang membolehkan mereka disekat daripada menggunakan pelbagai kemudahan Internet. Bahkan bukannya tidak ada entiti yang ditugaskan untuk memantau dan bertindak segera ke atas kumpulan subversif dan anarki yang tidak pernah berhenti daripada memusuhi negara dan rakyat negara ini.

Jumlah mereka tidak ramai tetapi ketiadaan tindakan serta kawalan yang berkesan menjadikan mereka besar kepala dan menganggap undang-undang tidak akan berkesan ke atas mereka, apatah lagi terdapat sebilangan besar peguam yang menjadi ahli politik, berkubu di dalam parti-parti pembangkang.


Amat menarik, KETIKA SUAMINYA MENJADI IMAM SOLAT MAGHRIB DI STADIUM PUTRA, ISTERINYA PULA DIBABI-BABIKAN OLEH SI PEMAKAN BABI!

NOTA: Pencarian terbaru mendapati akaun PETER LEE yang menyiarkan grafik biadap itu sudah 'hilang'. 

 
Blogger Templates