Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 3, 2015

[UPDATE] ADAKAH KERANA PENCEMARAN TAIK BABI MAKA LOJI SUNGAI SEMENYIH LUMPUH SEPENUHNYA?



KENYATAAN MEDIA
3 MAC 2015
PENGURANGAN PENGELUARAN AIR TERAWAT DARI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH

Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menerima makluman daripada pihak Konsortium Aliran Bekalan Air Selangor Selatan (ABASS) berkenaan penurunan kadar pH dan peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di Sg. Semenyih pada jam 3.15 petang, 3 Mac 2015. Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Semenyih telah mengurangkan kadar pengepaman air mentah daripada 682 juta liter sehari (JLH) kepada 409 JLH dan seterusnya menghentikan operasi loji pada jam 5.15 petang. Bacaan air mentah mencatatkan kadar pH 5.65, Ammonia pada 1.60 ppm dan Mangan pada kadar 1.51 ppm.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Pasukan Petugas Pencemaran Sumber Air diketuai oleh LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak ABASS sedang menjalankan siasatan serta-merta untuk mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan pencemaran tersebut.Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana juga pihak yang menyebabkan pencemaran ini.

Y.B. TUAN HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB
Pengerusi,
Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor.

KAWASAN-KAWASAN YANG TERLIBAT DENGAN KETIADAAN AIR.

Kawasan Agihan Sumber Semenyih Wilayah Kuala Langat;

1) Bt 9, Kebun Bharu - 1347 a/c
2) Bt 10, Kebun Bharu - 1544 a/c
3) Kaw. Industri TPG - 114 a/c
4) Tmn Desa Wira - 351 a/c
5) Tmn Medan Indah - 131 a/c
6) Tmn Panglima - 280 a/c
7) Tmn Telok - 446 a/c
8) Ladang Telok - 247 a/c
9) Tmn Aman, TPG - 175 a/c
10) Jln Telok Mengkuang - 138 a/c
11) Pekan TPG - 75 a/c
12) Tmn Dato Hormat - 978 a/c
13) Tmn Halijahton - 70 a/c
14) Tmn medan Jaya - 75 a/c
15) Tmn Jaya Utama - 627 a/c
16) Tmn Perkasa - 30 a/c
17) Tmn Pertiwi - 66 a/c
18) Bt 11, TPG - 101 a/c
19) BT 12, TPG - 32 a/c
20) Pulau Carey - 527 a/c
21) Bt 13, Sg Rambai - 101 a/c
22) Tmn makmur - 63 a/c
23) Tmn Kota - 144 a/c
24) Tmn Rambai Indah - 73 a/c
25) Tmn Sejahtera - 204 a/c
26) Tmn Gembira, Jenjarom - 70 a/c
27) Kg Jenjarom - 1405 a/c
28) Jenjarom New Village 1168 a/c
29) Tmn Sri Jarom 1202 a/c
30) Tmn Ria 147 a/c
31) Tmn Melati 619 a/c
32) Tmn Yayasan 1442 a/c
33) Bt 15, Jenjarom - 311 a/c
34) Kg Seri Cheeding - 730 a/c
35) Kg Sg Sidu - 310 a/c
36) Tmn Periang - 132 a/c
37) Tmn Bakti - 109 a/c
38) Tmn Langat Jaya - 196 a/c
39) Tmn Sri Manggis - 27 a/c
40) Pekan Banting - 1761 a/c
41) Kg Sg Nangka - 122 a/c
42) Tmn Banting Mewah - 263 a/c
43) Tmn Chi Liung - 325 a/c
44) Tmn Delima - 762 a/c
45) Tmn Muhibah - 633 a/c
46) Tmn Setia Jaya - 323 a/c
47) Tmn Mulia - 193 a/c
48) Tmn Gembira - 299 a/c
49) Tmn Baiduri - 334 a/c
50) Tmn Budiman - 395 a/c
51) Tmn Cempaka - 933 a/c
52) Tmn Indah Jaya - 69 a/c
53) Tmn Aman - 495 a/c
54) Tmn Kemuning -323 a/c
55) Tmn Seri Putra - 1566 a/c
56) Hospital Banting - 33 a/c
57) Balai Polis Banting - 130 a/c
58) Kg Sungai Lang - 1211 a/c
59) Kg Sungai Kelambu - 464 a/c
60) Kg Kanchong Darat - 2504 a/c
61) Kg Kanchong Tengah - 196 a/c
62) Tmn Banting Baru - 1601 a/c
63) Jln Raba-Banting -253 a/c
64) Kg Sungai Buaya - 1304 a/c
65) Kg Bandar - 222 a/c
66) Kg Chodoi - 132 a/c
67) Kg Kathong -123 a/c
68) Kg Permatang Pasir - 276 a/c
69) Tmn Jugra Jaya - 140 a/c
70) Kelanang - 782 a/c
71) Tmn Damai - 224 a/c
72) Bandar Saujana Putra - 8302 a/c

Jumlah Kawasan - 72
Jumlah Akaun - 45029

KAWASAN SEPANG

1 Keseluruhan Taman Putra Perdana
2 LaCottage
3 Bandar Nusa Putra
4 Keseluruhan Cyberjaya
5 Putrajaya
6 Keseluruhan Kg Pulau Meranti
7 LKIM Pulau Meranti
8 Tmn Kipark
9 Tmn Suria Tropika
10 Tmn Lestari Permai
11 Tmn Alam Putra
12 Tmn Prima Tropika
13 D`Alpinia
14 Bandar 16 Sierra
15 Tmn Putra Prima
16 Tmn Mas
17 Kg.Sri Aman
18 D`Island Residen
19 Bandar Bukit Puchong 2
20 Taman Perindustrian Tasik Perdana, Puchong
21 Desa Air Hitam
22 Tmn Meranti Jaya
23 Tmn Tasik Puchong
24 Tmn Putra Impiana
25 Tmn Perindustrian Putra
26 Mardi
27 Ioi City Mall
28 Ioi Resort&Ioi Marriot Hotel
29 Hospital Serdang
30 Kg.Sg.Buah
31 Kg.Jenderam Hilir
32 Desa Pinggiran Putra
33 Kg.Limau Manis
34 Kg.Desa Putra
35 Puncak Pinggiran Putra
36 RKT Sg.Merab
37 Desa Sri Saujana, Sg Merab
38 Taman Casa Mekar 3~4
39 Taman Desa Sentosa, Teras Jernang
40 Kg.Rahmat Teras Jernang
41 Desa Sentosa Mekar
42 Taman Pesona Mekar
43 Taman Bukit Sentosa
44 Taman Desa Fitri
45 Taman Indera Indah
46 Taman Desa Damai Sg.Merab
47 Desa Villa Merab
48 Taman Desa Makmur
49 Desa Camelia
50 Seksyen 12 BB Bangi
51 Kg Sg Merab Tengah
52 Kg Sg Merab Hulu
53 Kg Sg Merab Luar
54 Kg.Dato Abu Bakar Baginda
55 Tmn Desa Anita
56 Putra Heights
57 Seksyen 11 BB Bangi
58 IKRAM
59 LLM
60 UNITEN
61 Tmn Ayer Hitam Permai
62 Kota Warisan
63 Warisan Bestari
64 Tmn Bunga Raya
65 Tmn KLIA Indah
66 Tiara Heights
67 Tmn Ixora
68 Tmn Dahlia
69 Tmn Seroja
70 Tmn Mawar
( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana,
Emas Villa )
71 Tmn Kenanga
72 Tmn Desa Vista
73 Tmn Desa Bestari

WALAUPUN DIMAKI HAMUN DAN DIBODOH-BODOHKAN OLEH AZMIN ALI, ADENAN SATEM TETAP BAGI PENGHORMATAN KEPADA 'TETAMU TAK DIUNDANGNYA'!!!



Lawatan Azmin Ali ke Sarawak sebenarnya tidak ada kena-mengena langsung dengan kerjanya selaku Menteri Besar Selangor. Sebaliknya Azmin Ali ke Sarawak untuk melobi dan berkempen bagi jawatannya dalam PKR.

Dalam ceramah dan kempen-kempennya di Sarawak sepanjang 'lawatannya' itu, Adenan Satem disifatkannya sebagai tidak berakal.

Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramahnya di sana ialah 'Menteri di Sarwak, habis tanah dirampas."

Namun di sebalik pelbagai kata-kata fitnah dan hasutan, Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri Sarawak. Dia disambut dengan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri berserta dengan anggota polis trafik sebagai penggiring.



Barangkali tidak cukup pandai menurut standard Azmin Ali dan PKR, layanan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas Azmin Ali yang diketuai oleh Adenan SAtem sebenarnya memperlihatkan kematahan dalam berpolitik meskipun teruk difitnah dan ditohmah oleh PKR dan DAP.

Keputusan tegas Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya amat dibimbangi mencetuskan pergolakan yang lebih besar apabila PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung menunjukkan politik biadap dan kurang ajar. Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas, sekaligus akan menyeret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.



Sepatutnya para pemimpin Semenanjung yang datang ke Sarawak bersikap seperti tetamu tanpa membawa budaya kurang ajar dan biadap ke negeri itu. Tidak cukupkah mereka menaja SSKM dan Sarawak for Sarawakians yang bertujuan memecahbelahkan rakyat negeri itu? Tidak cukupkah DAP dengan kempen Anti-Christ yang menjadi tunjang kempen semasa PRN tahun 2011?



Dengar-dengar cerita, Azmin Ali sebenarnya sudah pun berada dalam senarai NTL Kerajaan Negeri Sarawak tetapi akhirnya dia dibenarkan masuk ke Sarawak selaku ketua yang memimpin sebuah Kerajaan Negeri lain. Tetapi Azmin Ali tidak berterima kasih atas kemurahan hati Kerajaan Negeri Sarawak dan terus bersikap kurang ajar.

Adakah ini sememangnya jenis pemimpin PKR? Jenis yang suka mengajar rakyat Sarawak dengan kebiadapan dan kurang ajar selain melihat orang Sarawak sebagai masyarakat bodoh?

PERSOALAN KENAPA TONY PUA, RAFIZI RAMLI DAN SARAWAK REPORT BENCIKAN 1MDB DAN PETROSAUDI TERJAWAB!!!



Sebelum Julai 2009, pelaburan Arab Saudi di Malaysia sangat terhad. Satu-satunya pelaburan terbesar Arab Saudi di Malaysia hanyalah Bank Al-Rajhi.

Julai 2009, Perdana Menteri, Najib Abdul Razak membuat lawatan kerja lima hari ke Arab Saudi dan menghadap Raja Abdullah. (RUJUK SINI)

Dalam lawatan tersebut, Najib berjaya mendapatkan persetujuan Arab Saudi untuk menjalin kerjasama dan usahama ekonomi dengan Malaysia. Raja Abdullah juga menyatakan kemungkinan Arab Saudi terlibat aktif dengan Malaysia dan meningkatkan ekuiti negara Arab itu di negara ini. Dan yang paling ketara ialah, persetujuan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji Malaysia kepada 20,000 orang jemaah.

September 2009, PetroSaudi menyertai usahasama dengan 1MDB menerusi pelaburan dalam 1MDB sebanyak USD1 bilion. Pengerusi PetroSaudi dan pengasas syarikat gergasi tersebut adalah Gabenor Riyadh dan merupakan anak lelaki Raja Abdullah. USD700 juta (daripada USD1 bilion) telah dipindahkan oleh PetroSaudi kepada Good Star Limited.

Disember 2009, Menteri Luar Malaysia Anifah Aman dan Menteri Kewangan Arab Saudi melahirkan komitmen mereka untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Malaysia kemudiannya disifatkan sebagai contoh negara membangun.

Januari 2010, Najib telah melakukan lawatan kerja selama 4 hari ke Arab Saudi dan bertemu Raja Abdullah. (RUJUK SINI)

Dalam lawatan itu, Najib telah dianugerahkan darjah kehormat tertinggi Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (First Class) oleh Raja Abdullah. Najib turut melahirkan penghargaan kepada para pelabur dari Arab Saudi khususnya PetroSaudi International Ltd yang telah menjalinkan usahasama dengan 1MDB.

Januari 2010 - PetroSaudi menawarkan pembelian kumpulan perbankan yang tersenarai, UBG sebanyak RM1.5 bilion termasuklah syarikat-syarikat tersenarai, Loh & Loh dan Putrajaya Perdana.

Januari 2010 - PetroSaudi dijangka melaburkan berbilion-bilion ringgit di Malaysia. Syarikat carigali dan pengeluaran minyak antarabangsa itu melahirkan minat mereka untuk membuat pelaburan berjumlah USD2 bilion (RM6.2 BILION) dalam bidang infrastruktur dan sektor tenaga. Modal dan pulangan akan dilaburkan kembali kepada Malaysia.

Mac 2010, 1MDB menukarkan pegangan dalam usahasama dengan PetroSaudi kepada nota pinjaman yang dijamin oleh syarikat induk PetroSaudi.

2010, 1MDB meminjamkan USD200 juta kepada syarikat usahasama PetroSaudi.

2011, 1MDB meminjamkan USD500 juta lagi kepada syarikat usahasama PetroSaudi.

Mac 2012, 1MDB mengumumkan telah menerima kembali USD2.32 bilion daripada pelaburan berjumlah USD1.7 bilion dalam PetroSaudi dan dana tersebut ditempatkan dalam syarikat dana Hong Kong yang mempunyai akaun di Kepulauan Cayman.

Mac 2012, KPMG mengesahkan aset-aset (bermakna pembayaran kembali PetroSaudi) tetapi menyenaraikannya sebagai aset-aset Tahap 3 yang bermaksud sukar untuk dinilai aset-aset tersebut memandangkan ia tidak dicairkan dan dalam bentuk dana-dana Cayman.

Mac 2012, Deloitte mengesahkan aset-aset Cayman (bermaksud pembayaran balik PetroSaudi).

April 2013, Project Management & Development Company Co. Ltd (PMD) milik Arab Saudi akan membangunkan kilang pengeluaran polisilikon di Sarawak bernilai USD1.6 bilion (RUJUK SINI).

Mac 2014, Deloitte mengesahkan aset-aset Caymen (bermaksud pembayaran semula PetroSaudi) dan berkata, sebahagian daripada dana-dana Cayman telah digunakan untuk pembayaran semula hutang dan modal.

Golonga yang kuat memekak seperti Tony Pua, Sarawak Report dan Rafizi Ramli tahu tentang perkara ini. Tetapi mereka mempunyai agenda lain iaitu untuk memastikan PetroSaudi menarik kembali pelaburan, sekaligus menyebabkan 1MDB muflis. Apa-apa sahaja pelaburan luar ke Malaysia yang dibawa masuk oleh pentadbiran Najib Abdul Razak, akan ditukarkan menjadi agenda politik yang dipenuhi dengan unsur-unsur fitnah bagi memastikan, Malaysia menjadi sebuah negara muflis, sekaligus membenarkan tohmahan mereka bahawa Malaysia bakal mengikut jejak Greece.

Pelaburan PetroSaudi adalah antara yang terbesar dan kerana itulah, 1MDB dan PetroSaudi menjadi sasaran mereka.

Dan kalau kita ingat, selepas lawatan Najib Abdul Razak ke Arab Saudi pada 2009, Anwar Ibrahim telah memukul canangnya kononnya dia akan membawa masuk pelaburan bernilai USD10 bilion ke Selangor. Namun tiada satu sen pun yang dibawa masuk, sebaliknya sekadar temberang untuk menimbulkan persepsi bahawa Najib telah mencuri kredit dan usahanya!!!

LIM SIAN SEE



Monday, March 2, 2015

MUKA TAK MALU!!! BANDUAN JENAYAH LIWAT NAK DAPATKAN KEISTIMEWAAN DIBENARKAN PERGI KE PERSIDANGAN PARLIMEN!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada Isnin depan.

Menerusi surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat turut mengesahkan kehadirannya pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu.

Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu.

“Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu juga sudah memohon campur tangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar dibenar hadir menyertai sidang Parlimen.

“Saya sudah menyerahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya Pejabat Speaker menguruskan kehadiran Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang bagi menghadiri sidang Parlimen.

“Tindakan saya ini selaras dengan peruntukan Fasal 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Seri Anwar masih merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang,” katanya.


Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Pandikar Amin dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu pada 27 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan campur tangan dalam soal peraturan dan operasi Jabatan Penjara.

Menurut Ahmad Zahid kementeriannya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat tafsiran mengenai status Anwar sama ada dibenarkan atau tidak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April depan.

-mStar


CABAR NAJIB SAMAN DIA, RAFIZI PATUT CABAR MAHKAMAH MEMPERCEPATKAN PROSES PERUNDANGAN BAFIA KE ATASNYA TERLEBIH DAHULU!!!



Nama Rafizi Ramli semakin suram, kurang diperkatakan dan isu-isu yang cuba ditimbulkannya pula, lebih banyak menghumban ke atas kepalanya sendiri. Dan kerana itulah, Rafizi Ramli mencari-cari isu yang boleh menaikkan namanya semula sekaligus mengukuhkan kedudukannya selaku Setiausaha Agung PKR yang lebih berkredibiliti dan berwibawa selepas KETUM dimasukkan ke penjara selama 5 tahun bermula 10 Februari lalu.

Dalam mengulas tindakan peribadi Najib Abdul Razak menyaman Harakah, organisasi media rasmi PAS, Rafizi Ramli secara sinis mencabar Perdana Menteri menyamannya terlebih dahulu dan menyeretnya ke mahkamah dengan janji, dia akan membuka pelbagai rahsia dan maklumat-maklumat sulit di mahkamah. Ketiadaan tindakan daripada Perdana Menteri, katanya, hanya mengesahkan bahawa dia adalah benar dan semua dakwaannya adalah tulen.

Namun Rafizi Ramli langsung tidak berani mengulas apa-apa tentang kes BAFIA yang menyebabkan dia boleh terhumban ke dalam penjara selama tiga tahun dan kehilangan jawatannya selaku Ahli Parlimen Pandan.

Sudah hampir tiga tahun kes BAFIA Rafizi Ramli berlalu, namun kesnya masih tergantung.

Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rafizi Ramli untuk mengenepikan kes BAFIAnya dan sepatutnya Mahkamah Sesyen membicarakan kes tersebut. Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Mohamad Apandi Ali menyatakan rayuan Rafizi Ramli tidak mempunyai merit. (BACA DI SINI)

Selepas Mei 2013, tiada lagi sebarang berita tentang kes BAFIA Rafizi Ramli.

Ogos tahun 2012, Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan empat dokumen mengandungi profil pelanggan Public Bank berhubung ringkasan imbangan NFC, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Dia didakwa mendedahkan dokumen itu kepada perunding media Yusuf Abdul Alim dan pemberita akhbar 'The Star', Erle Martin Carvalho di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lepas.

Pada 10 September tahun 2012, Rafizi, yang juga pengarah strategi PKR, memfailkan permohonan untuk mengetepikan tuduhan itu.

Apabila permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 23 Nov tahun lepas, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Rakan sekongkolnya, seorang kerani Public Bank, Johari Mohamad, tidak sahaja kehilangan mata pencarian, Johari Mohamad juga dilihat telah dianiayai oleh Rafizi Ramli. Dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga tahun sekiranya didapati bersalah.

Sepatutnya daripada mencabar Najib menyamannya, Rafizi Ramli elok mencabar mahkamah dan Peguam Negara mempercepatkan kes BAFIAnya. Semakin hari, semakin ramai yang mendesak agar kesnya dipercepatkan. Semakin ramai juga yang bertanya khabar, apa KEKEBALAN dan KEISTIMEWAAN Rafizi Ramli sehingga kes BAFIAnya tertangguh begitu lama!!!


TERESA KOK YANG BEGITU BENCIKAN PAS-HUDUD, TIBA-TIBA SAYANGKAN PASMA... APA MAKSUDNYA?!!!



Malam ini saya hadir jamuan pungut dana Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di dewan sivik MBPJ.

Ini pertama kali saya hadir program PASMA dan juga mengenali pemimpin PASMA.

Selepas saya terima jemputan jamuan ini pada beberapa hari yang lepas, saya pun tanya beberapa pemimpin PAS samada saya boleh hadir ataupun tidak, kerana beberapa pemimpin PAS telah menasihat pemimpin komponen parti Pakatan Rakyat supaya jangan beri sokongan kepada PASMA. Kawan saya dalam PAS berkata saya mempunyai hak untuk hadir apa-apa program di mana mana organisasi. Jadi saya pun hadir jamuan PASMA pada malam ini.




Saya dijemput untuk beri sepatah dua kata dalam jamuan tersebut. Dalam ucapan saya, saya tekankan kepentingan Pakatan Rakyat dalam suasana politik sekarang, dan kita perlu sokong sesiapa yang berusaha untuk memantapkan keutuhan Pakatan Rakyat.

Tujuan kita selamatkan Pakatan Rakyat ialah kerana kita ingin selamatkan Malaysia, negara kita.

Perkembangan organisasi PASMA adalah agak mengagumkan.

Selamat berjuang, PASMA.

BERPULUH RIBU MANGSA BANJIR DI KELANTAN, MAHFUZ TAK PEDULI PUN... SIRUL AZHAR, BERSUNGGUH-SUNGGUH PULA MAHFUZ OMAR MENIPU!!!



Selepas mempermain-mainkan petugas media dengan sidang yagn tidak jadi atau lakonan bercakap di telefon dengan Sirul Azhar, sekali lagi Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang sedang mencari ketulan tahi untuk berpaut berbanding tenggelam dibawa arus, membawa satu isu baru.

Sedar yang panggilan kepada wakil-wakil media untuk mendengar temberangnya di KLIA, tidak laku, Mahfuz Omar sekadar bercakap di hadapan wakil media pro-Pakatan sahaja. Katanya, dia bersama-sama ibu dan adik perempuan Sirul Azhar dalam perjalanan ke Australia untuk bertemu dengan bekas anggota polis yang telah didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan.

Penafian-penafian daripada pelbagai pihak termasuklah Jabatan Imigresen Australia, barangkali sedikit menginsafkan Mahfuz agar tidak terus berbohong atau mencari sensasi sepertimana yang sering dilakukan oleh puak-puak PKR.

Mahfuz tidak lagi memberikan alasan politik sepertimana kali pertama dia menganjurkan telepersidangan yang berakhir dengan UMNO dipersalahkan, dan pihak keselamatan mengekang liputan telefon di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, setelah lakonannya bercakap di telefon, gagal dan Sirul Azhar tidak dapat dihubungi.

Kononnya dia mengusahakan pertemuan antara ibu dan saudara perempuan Sirul Azhar dengan pesalahan hukuman mati itu atas dasar KEMANUSIAAN.

Walaupun ramai yang bertanyakan rasionalnya Mahfuz menguasahakan 'pertemuan' tersebut, tetapi ramai pula yang mempersoalkan kewajarannya.

Beribu-ribu ahli PAS dan mangsa banjir di Kelantan hampir tidak dipedulikan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan. Kebanyakan usaha membantu mangsa banjir hanya melibatkan UMNO-BN dan agensi-agensi kerajaan pusat dengan dibantu oleh Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Yaakob. Manakala PAS Pusat pula sekadar pandai mengusung tin milo mengutip derma tetapi selepas itu, sekadar pandai menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya Kelantan susah kerana tidak dapat royalti minyak khayalan ciptaan Husam Musa bernilai lebih RM20 bilion.

Mengapa apabila melibatkan para pengikut dan penyokong sendiri, Mahfuz Omar tidak bersungguh-sungguh sepertimana yang ditunjukkannya dalam kes Sirul Azhar? Adakah kerana ahli-ahli PAS begitu komited, maka mereka tidak perlukan pembelaan? Adakah kerana ahli-ahli PAS dan para penyokong parti itu di Kelantan sudah cukup setia, maka mereka tidak perlukan bantuan kemanusiaan?

Seringkali pepatah 'mengalungkan leher babi dengan rantai mutiara' diperingatkan apabila kita tersalah meletakkan hak.

Nampaknya perkara yang sama juga sedang dilakukan oleh Mahfuz Omar yang terikut-ikut dengan permainan PKR dan DAP!!!


 
Blogger Templates