Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 24, 2016

ANTARA KARTEL JENAYAH DAN KARTEL RASUAH, AZMIN ALI SEMAKIN HILANG SEKUTU DI SELANGOR AKIBAT PERBUATAN RAFIZI RAMLI!!!



Penangkapan S.Manikavasagam kerana menerima rasuah, serta berita membabitkan cubaannya mengugut saksi dengan menggunakan samseng seperti yang dilaporkan oleh Netizen, sebenarnya bukan sahaja melibatkan jenayah, tetapi juga melibatkan pergelutan politik di Selangor dan PKR khususnya.

Kes yang lebih mengejutkan melibatkan Pengerusi sebuah NGO yang kononnya anti rasuah, perjudian, kongsi gelap, salah guna kuasa polis dan jenayah yang dipengerusikan oleh seorang lagi pemimpin PKR, turut mencalarkan PKR. Kes tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama dan desas-desus sebelum ini di mana, Pengerusi NGO tersebut dikatakan memeras ugut kartel-kartel jenayah sebagai pendapatan mewahnya, kini seperti terbukti benar ekoran penangkapannya dan laporan yang dibuat oleh saksi.

Azmin Ali cuba bergantung kepada Tun Mahathir untuk meneruskan nyawa dan hayatnya selepas Rafizi Ramli mencetuskan perdebatan dan polemik tentang kegiatan rasuah di dalam pentadbiran Azmin Ali sebelum ini. Kemuncak daripada polemik tersebut ialah ketidakhadiran Wan Azizah bersama-sama Azmin Ali ketika berkempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Malahan, Azmin Ali turut menarik semua jentera PKR Selangor dari Sungai Besar sebagai protes terhadap partinya sendiri.

Tun Mahathir sendiri pun tidak mampu menyelamatkan Azmin Ali apabila Nurul Izzah secara tegas menolak pembabitan bekas Perdana Menteri itu di dalam PKR. Kenyataannya bahawa PKR perlu meminta beberapa syarat sebelum boleh Tun menyertai mereka, dilihat sebagai penolakan secara halus walaupun pada masa yang sama, Tun Mahathir sendiri telah menyatakan berulang-ulang kali bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana parti politik walaupun dia akan terus menentang Najib Abdul Razak.


Pendedahan tentang kekayaan Ahli Parlimen Ampang yang merupakan sekutu kuat Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, ibarat menyimbah cuka di atas luka kepada Azmin Ali. Zuraidah yang latar belakangnya bukannya rahsia, sehingga kini masih tidak dapat menjawab bagaimana dalam masa yang singkat dia mampu mengumpulkan kekayaan luar biasa walaupun hakikatnya, dia hanyalah bekas seorang migran yang mendapat kerakyatan negara ini. Sebaliknya Zuraidah sekadar memekik-mekik dan menyalak-nyalak meminta bukti dia telah menyeleweng wang rakyat.

Azmin Ali sudah pun bermain api dengan PAS. PAS ternyata tidak senang dengan tingkahlakunya, terutama sekali yang membabitkan sokongannya kepada PAN semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar walhal PAN hanyalah sebuah parti dua kerusi yang dicuri dari PAS, manakala PAS adalah parti yang membolehkan Azmin Ali menjadi Menteri Besar.

Usaha-usaha penyelamatan bukannya kerja mudah buat Azmin Ali. Dia sedang berhadapan dengan musuh-musuh dari kalangan kawan-kawannya sendiri. Sekutu-sekutu utamanya mula diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM kerana terlibat dalam kegiatan jenayah. Manakala sekutu politik utamanya di Selangor, PAS pula semakin hampir untuk meninggalkan Pakatan Rakyat Selangor.

Apakah benar seperti yang dikatakan kononnya, sebelum dia jatuh, Azmin Ali pula akan membuat pendedahan yang lebih mengejutkan tentang Rafizi Ramli dan kem Wan Azizah yang menjadi musuhnya kini?

Apakah benar, sebelum benar-benar kehilangan jawatan Menteri Besar dan kawalannya ke atas Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya sendiri, mengenepikan kumpulan pro Wan Azizah dan kemudian membubarkan DUN Selangor?

Kalut dan terus kalut... kekalutan itu menariknya, cuba disembunyikan dengan copy-cat langkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang, iaitu berlagak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar kaya untuk kakitangan awamnya menerusi pemberian bonus dan duit raya, walaupun hakikatnya, peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Pusat seperti untuk PBT dan MARIS, tidak dibelanjakan sebagaimana sepatutnya, sebaliknya dijadikan sebagai sebahagian daripada pendapatan negeri.


Thursday, June 23, 2016

RAFIZI TOLAK PENGAKUAN ABU KASIM LETAK JAWATAN TANPA TEKANAN SEBAB DIA DAPAT MAKLUMAT SEBALIKNYA!



Berita permohonan kali ketiga Tan Sri Abu Kassim dan akhirnya diterima oleh kerajaan dan diperkenankan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong, nampaknya menggegarkan dan menggentarkan Rafizi Ramli. Sekaligus membuatkan Rafizi Ramli cuba menjadikan isu tersebut sebagai salah satu isu politik yang bertujuan untuk memperlihatkan 'ketakutan', 'kezaliman', 'tekanan' dan kebimbangan pihak kerajaan terhadap kerja-kerja SPRM untuk menghapuskan rasuah di negara ini.

Sekarang pun, kumpulan-kumpulan ProTun dan PKR serta DAP mempopularkan idea dan teori kononnya semua usaha-usaha untuk mencungkil kebenaran disekat, dihalang, bahkan pegawai-pegawai yang berkenaan, bukan sahaja telah dipetisejukkan tetapi juga ditukarkan ke jabatan-jabatan lain.

Ironinya, ramai yang percaya dengan tohmahan-tohmahan tersebut.

Pembangkang khususnya DAP dan PKR dan Tun Dr. Mahathir amat menyokong SPRM dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma politik tetapi memilih untuk mendiamkan diri dalam isu derma politik RM1.2 bilion kepada seorang pemimpin DAP serta isu-isu rasuah serta penyelewengan melibatkan Lim Guan Eng secara langsung.

Itulah yang dilakukan oleh Rafizi Ramli. Dalam kenyataan terbaharunya, Rafizi Ramli menyatakan dengan penuh yakin, bahawa dia mendapat maklumat bahawa Abu Kassim sebenarnya tidak mahu meletak jawatan tetapi sebaliknya, diarahkan dan dipaksa untuk meletak jawatan. (RUJUK SINI)

Kenyataan oleh Abu Kassim sendiri, nampaknya ditepis dan ditolak oleh Rafizi Ramli. Abu Kassim telah mendedahkan bagaimana dalam dua cubaannya sebelum ini untuk meletak jawatan, telah ditolak oleh kerajaan tetapi tawaran sebagai anggota fakulti Anti-Corruption Academy, Austria telah mempercepatkan permohonannya untuk menamatkan kontraknya dengan SPRM. (RUJUK SINI).

Persaraan wajib Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Mohd Syukri Abdul pada 3 Oktober ini, turut menjadi buah mulut Rafizi Ramli. Persaraan dan perletakan jawatan pegawai-pegawai tinggi SPRM ini, dilihat oleh Rafizi Ramli boleh memanjangkan fitnah dan tohmahan selepas pembohongan dan fitnahnya membabitkan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, bukan sahaja telah ditolak oleh rakyat, tetapi juga memalukannya sendiri apabila dia jelas sangat takut apabila Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Dato' Rizal Mansor yang mahu bersemuka dengannya di Kuala Kangsar.

Beberapa isu sebelum ini yang membabitkan SPRM dan Kerajaan Negeri Selangor serta Pulau Pinang, telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Kenyataan Rafizi Ramli yang cuba menimbulkan sentimen kononnya berlaku konspirasi untuk menutup isu 1MDB dan RM2.6 bilion menerusi persaraan pegawai-pegawai tinggi SPRM itu, sebenarnya dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pendedahan membabitkan puak sendiri terutama ketika berita Lim Guan Eng bakal dihadapkan ke mahkamah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah telah pun kuat kedengaran.

Abu Kassim dalam kenyataannya, menyatakan dia tidak meletak jawatan kerana paksaan atau desakan, tetapi Rafizi Ramli pula menyatakan, telah berlaku pemaksaan berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

Nampaknya, Rafizi Ramli telah pun bertukar menjadi Ketua Penyiasat pula. Rafizi Ramli sudah pasti akan menggunakan modal-modal fitnah untuk menambahkan lagi sensasi siri fitnahnya.


Wednesday, June 22, 2016

BERANIKAH MAHATHIR SAHUT CABARAN WAN AZIZAH UNTUK SERTAI POLITIK?



Sepatutnya Mahathir sudah bersara dari politik. Sembang kononnya dia bercakap demi kepentingan negara, adalah sembang kosong kerana semua usaha yang dilakukannya hanya untuk kepentingan sekelompok manusia tertentu di negara ini. Mahathir bersuara kerana menjaga kepentingan mereka, bukan kerana kepentingan rakyat majoriti.

Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.

Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.

Deklarasinya dengan Kit Siang telah dijadikan penyebab untuk menjadikan dia sebagai Ketua Pembangkang secara tidak rasmi walaupun pada masa yang sama, berulang-ulang kali dia bagitahu dia bukannya orang parti, non-partisan dalam bahasa yang lebih moden.

Namun sebagai non-partisan, Mahathir dan perjuangannya tidak akan ke mana-mana. NGO-NGO yang ada di belakangnya juga walaupun kononnya tidak partisan, tetapi akhirnya tergolek juga di kaki pemerintah walaupun sukar untuk mereka mengakuinya.

Namun untuk menguasai pembangkang sekaligus menjadi Ketua Pembangkang, Mahathir perlu menyertai mana-mana parti pembangkang. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mencabar Mahathir untuk menyertai mana-mana parti politik kalau benar berhajat untuk menjadi Ketua Pembangkang dan mengepalai serangan ke atas Najib Abdul Razak.


Sekali imbas, kita nampak Wan Azizah bimbang sekiranya Mahathir lebih popular darinya sebagai ketua pembangkang. Tetapi kalau diperhalusi, takkanlah seorang negarawan ulung seperti Mahathir hanya menjadi macai pembangkang tetapi tidak menyertia mana-mana parti pembangkang. Mungkin benar Mahathir tidak mahukan kedudukan dan pangkat tetapi di dalam sebuah negara Melayu yang mengamalkan adab dan adat resam Melayu, sudah tentulah orang yang berkedudukan seperti Mahathir tidak akan dibiarkan berada di peringkat bawahan.

Mahathir telah keluar UMNO. Acah-acah untuk mengajaknya masuk UMNO balik, dibalasnya dengan memberikan syarat Najib perlu dijatuhkan. Sedangkan sudah terbukti, pengaruh Mahathir semakin menipis, segala kerja-kerjanya dahulu, mulai dipertikai dan didedahkan.

Jadi, cabaran Wan Azizah agar Tun Mahathir menyertai mana-mana parti politik, memang tepat pada masanya. Kalau benar Mahathir nak menumbangkan Najib, dia perlu bergabung dengan pembangkang dengan gabungan yang sebenar-benarnya. Bukannya sekadar main acah-acah seperti sekarang.

Soalnya sekarang, selepas Mahathir menolak untuk menubuhkan parti politik baru sepertimana dia menubuhkan UMNO Baru yang kini katanya dikuasai oleh Najib, beranikah Mahathir menyertai mana-mana parti pembangkang di Malaysia?

Atau Mahathir hanya berani dengan deklarasinya sahaja?


LAAA.... AHMAD BASHAH HANIPAH MASIH BOLEH PENGERUSIKAN MESYUARAT EXCO KEDAH KA?



Kalau dengar cerita puak-puak penyokong Mukhriz dan ProTun, keadaan kesihatan Ahmad Bashah sudah teruk dan nazak sangatlah.

Konon-kononnya, Ahmad Bashah menerima kifarah kerana merampas jawatan Menteri Besar Kedah daripada anak Mahathir, Mukhriz yang menjadi pengantin puaka di Kedah sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah selepas PRU-13.

Malah ada yang sudah membayangkan betapa kritikalnya Ahmad Bashah selepas dimasukkan ke Kedah Medical Centre ketika sedang mempengerusikan mesyuarat di Alora Hotel, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan usus.

Dalam tempoh pembedahan tersebut, puak-puak pencinta Mahathir dan Mukhriz terus memperolok-olokkan kesihatan Ahmad Bashah. Mereka bertanya dan mendesak tentang Ahmad Bashah yang masih tidak kelihatan bersama-sama awam.

Mereka fikir, pembedahan usus ini seperti berkhatan. Hari ini kerat, dua hari lagi boleh tunggang basikal?

Pembedahan pada bahagian abdomen, sudah pasti akan memerlukan tempoh larangan lawatan atau muncul di khalayak ramai, untuk mengelakkan infeksi atau jangkitan kuman. Namun menjadi juak-juak Mukhriz bermakna, wajib menjadi bodoh, maka pertanyaan adakah Ahmad Bashah masih lena di Hospital Pulau Pinang, tetap dikeluarkan.


Beberapa pihak termasuklah Menteri Kesihatan sendiri memberikan pengesahan bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan stabil tetapi juak-juak dan penyokong Mukhriz sukar untuk menerimanya. Malahan, satu WhatsApp telah disebarkan yang meminta rakyat Kedah membacakan Yassin dan bertahlil untuk Ahmad Bashah, bertujuan membina persepsi bahawa Ahmad Bashah dalam keadaan kritikal. Tidak sukar untuk mengetahui siapa penghantar dan penciptanya kerana yang mula-mula menyebarkannya adalah juak-juak penyokong Mukhriz.

Hari ini, Pentadbiran Negeri Kedah mengadakan mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah. Ahmad Bashah sendiri sudah menyatakan tidak sabar untuk pulang ke Alor Star dan menjalani rutinnya selaku Menteri Besar Kedah.

Jelas daripada gambar, Ahmad Bashah berada dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding yang diinginkan dan diidam-idamkan oleh juak-juak Mukhriz!


MAHATHIR TAK PERNAH KALAH, BUKAN KERANA KEHEBATANNYA PUN.... JANGAN DUK PERASAN!!!



Walaupun telah kalah dan dimalukan dengan keputusan dua PRK minggu lepas, rupa-rupanya juak-juak di sekeliling Tun Dr. Mahathir masih tidak berputus asa untuk meneruskan kempen menggunakan isu-isu basi yang diulang-ulang. Kesemua isu-isu tersebut telah pun dijawab tetapi kerana mereka sendiri tidak mempunyai isu lain, terpaksalah mereka mengulang-ulanginya sambil menekan-nekankan bahawa ia tidak pernah dijawab dengan harapan, orang ramai akhirnya akan percaya bahawa semua soalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir tidak pernah dijawab.

Cabaran agar Tun masuk ke dalam mana-mana parti politik, atau menubuhkan parti politik baru bersama-sama kaum penjuaknya, tidak dilayan. Sebabnya ialah mereka tahu dan juga sedar, perjuangan Tun sudah tidak ke mana kerana sekarang ini, segala tingkah laku dan tindakannya sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, telah pun terdedah sedikit demi sedikit.

Benar dia telah memajukan negara, tetapi kemajuan tersebut sebenarnya adalah untuk mengkayakan, membilionairekan kroni-kroninya dengan menggunakan wang negara. Kemajuan dan pembangunan itu bukan untuk rakyat, sebaliknya melindungi kepentingan hanya sekelompok SUPERBUMIPUTERA yang dibela oleh Mahathir. Rakyat hanya digunakan untuk membayar dan memastikan kekayaan SUPERBUMIPUTERA ini terus menimbun. Daripada sekalian projek mega pada zaman Mahathir, rakyat sekadar dipuaskan hati dengan janji-janji melambung seperti Wawasan 2020 dan slogan-slogan retorik seperti BERSIH, CEKAP, AMANAH.

Benar pada zaman Mahathir, rakyat tidak banyak bunyi seperti pada zaman Najib. Sebab pada zaman itu, rakyat terlalu sibuk cari duit untuk menampung hidup yang semakin menjerut. Zaman Mahathir memerintah, tidak ramai yang berkemampuan untuk membeli atau memiliki kenderaan, tidak ramai yang mampu memiliki rumah sendiri di bandar-bandar, sebaliknya lebih ramai penghuni setinggan yang menanti masa dihalau sehelai sepinggang oleh penguatkuasa PBT. Tidak ramai yang boleh melakukan ibadah umrah 3 atau 4 kali setahun. Kuota Haji pun sentiasa mencukupi dan tidak seperti sekarang, tidak mencukupi. Mahathir telah meningkatkan bilangan bil yang perlu dibayar, yang dari hanya elektrik dan air, kepada Indah Water, ASTRO, kenaikan tambang bas sekolah dan sebagainya...

Dan yang paling menarik, Mahathir mengawal kesemua itu dengan MENGEKALKAN GAJI RENDAH untuk rakyat!

Mahathir mungkin dilihat kuat pada zamannya. Dia kuat bukan kerana dia atau juak-juaknya tetapi kerana sokongan ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli UMNO pernah hampir mahu mencampakkannya seperti yang mereka lakukan pada 1969. Kalau bukan kerana tipu helah, Mahathir awal-awal lagi sudah kehilangan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Apabila dia menang, dia memastikan rakyat perlu disibukkan dengan mencari wang untuk membayar segala macam bil yang diwujudkan untuk mengkayakan kroni-kroninya. Ada sedikit perubahan status hidup kerana kemasukan pelabur-pelabur asing, tetapi pada masa yang sama,  rakyat juga perlu bekerja lebih 16 jam sehari untuk menyeimbangkan gaya hidup masa itu walaupun juak-juak Mahathir yang lahir pada awal 90-an kata, harga barang pada zaman Mahathir murah.

Memanglah murah tetapi nak cari duitnya susah!

Namun kompromi pada tahun 1999 melibatkan Suqui dan Dong Zhong adalah rahsia awam yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukan sahaja melanggar Dasar Pendidikan Negara, tetapi juga memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan tanpa perlu Mahathir mengusulkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk tujuan kemenangannya pada PRU tahun tersebut.

Sekarang, semua masalahnya diwarisi oleh orang lain. Masalah beratus bilion wang negara masuk ke akaun proksi, didiamkan begitu sahaja walaupun jelas di hadapan mata, syarikat-syarikat yang digunakan untuk menyonglap wang negara, akhirnya terpaksa di'bail-out' atau dilupuskan atau diberikan pinjaman mudah dari kantung negara sebelum 'hilang lenyap'. Dan Mahathir bercakap besar kononnya zaman dia tidak ada masalah. Juak-juaknya juga cuba menipu, menyokong pendapat kononnya zaman Mahathir memerintah Malaysia adalah zaman kemakmuran.

Kemakmuran kepala hotak depa!!!

Yang makmur cuma beberapa orang SUPERBUMIPUTERA yang sampai sekarang masih lagi berkeliling Tun Mahathir malah yang paling kuat mencucuk apabila IPP mereka diambilalih oleh 1MDB!

Najib kalau tidak mahu ada penentangan, perlu membodohkan rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun. Sekat segala kebebasan bermaklumat, media mahupun memberi pendapat, kritikan apatah lagi fitnah mehnah seperti yang Mahathir sendiri lakukan sekarang. Pastikan rakyat bergaji rendah dan kurang mendapat sebarang kemudahan. Ancam mereka dengan undang-undang keras. Pastikan juga Najib tidak bercampur dengan rakyat biasa kecuali dalam acara-acara penuh protokol seperti yang Mahathir buat.

Lagi sukar rakyat bertemu Najib, seperti yang Mahathir buat, itu lebih baik untuk Najib menghilangkan sebahagian besar masalahnya sekarang.

VIDEO VIRAL SERBUAN ANAK MUDA JAHANAMKAN MESIN JUDI DI KUALA SELANGOR... ADAKAH MEREKA YANG AKAN DIBICARAKAN ATAU PEMILIK MESIN JUDI BERJAYA LEPASKAN DIRI LAGI?!!!



Masalah mesin judi dan mesin slot di negara ini, sememangnya sangat runcing. Lebih-lebih selepas kejayaan DAP dan PKR menguasai sesuatu kawasan, atau lebih tepat lagi menguasai kerusi-kerusi Ahli Majlis PBT, masalah ini seperti tidak dapat diselesaikan.

Pihak berkuasa pula seakan-akan buntu dan sudah berputus asa untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbi. Setakat ini, belum ada lagi berita yang menunjukkan bagaimana dalang-dalang di sebalik kegiatan mesin-mesin judi ini, diheret ke mahkamah dan dibicarakan atau dihukum. Kalau ada pun, cuma anak-anak bilis yang bekerja di premis tersebut.

Bukan tidak ada aduan, bukan juga tidak ada bukti, tetapi tindakan daripada pihak berkuasa amat lambat.



 Di Facebook, satu klip video yang dimuatnaikkan oleh Warisan - Task Force, menunjukkan sekumpulan anak muda di Kuala Selangor menyerbu dan merosakkan mesin-mesin judi haram yang nampaknya bebas dari tindakan pihak berkuasa terutama sekali PBT.

Mungkin dari segi undang-undang, tindakan anak-anak muda itu adalah satu kesalahan kerana menceroboh tetapi kewujudan premis-premis mesin judi itu juga merupakan kesalahan yang jauh lebih besar terhadap undang-undang dan kemanusiaan.

Daripada komen-komen yang diberikan, ternyata, tindakan anak-anak muda tersebut disokong bagi membersihkan kawasan mereka daripada kerosakan yang dibawa oleh mesin-mesin judi.

Persoalannya kini, adakah pemilik-pemilik sebenar mesin-mesin judi tersebut akan memanipulasi undang-undang sehingga membuatkan mereka terlepas, sebaliknya anak-anak muda itu yang akan 'tersangkut'?


Tuesday, June 21, 2016

PEMBUNUHAN BILL KAYONG: POLIS PERLU AMBIL KETERANGAN PENGERUSI DAP SARAWAK YANG KELIHATAN MACAM TAHU SESUATU!!!



Berita pembunuhan Setiausaha PKR miri merangkap calon PKR Bekenu pada PRN lalu, Bill Sayong di persimpangan lampu trafik di Miri, amat mengejutkan. Bill Kayong telah ditembak pada bahagian leher dan terbunuh di tempat kejadian.

Seperti biasa, apabila berlaku kes-kes sebegini yang paling cepat memberikan respons adalah DAP. Chong Chien Jien, Pengerusi DAP Sarawak, benar-benar menimbulkan minat yang sangat mendalam berhubung kenyataan yang dikeluarkannya.

Bill Sayong merupakan antara mereka yang memperjuangkan tanah adat di Sarawak. Tanah adat dan tanah anak negeri menjadi tumpuan dan perhatian pihak-pihak tertentu yang bersifat tamak haloba. Kerana tanah adat dan tanah anak negeri jugalah, mereka yang sebelum ini malu hendak mengaku rakyat Malaysia, secara tiba-tiba berbangga mengaku menjadi Bumiputera walaupun memang terang-terang, mereka tidak pernah menjadi Bumiputera dalam mana-mana keturunan mereka pun.

Chong Chien Jien dalam kenyataannya berkata, pembunuhan tersebut besar kemungkinan ada kaitan dengan politik mahupun tanah NCR. Justeru dia meminta polis segera menyiasat perkara berkenaan.

Belum pun lama, DAP yang menggunakan portal Malaysiakini memecahkan rahsia, sekaligus menggamit kedatangan lanun-lanun sulu serta menggalakkan rakyat Malaysia diculik sebagai tebusan di selatan Filipina itu.

Sekali imbas, DAP seperti cuba membersihkan PDRM yang telah bertungkus lumus menyelamatkan keempat-empat tebusan tersebut daripada gejala rasuah. Namun, dengan mendedahkan bahawa RM12 juta telah diserahkan untuk dibayar kepada penculik, bermakna menggalakkan lagi penculikan dan pemenggalan kepala rakyat Malaysia seandainya wang tebusan tidak dibayar seperti yang berlaku kepada seorang lagi rakyat Sarawak yang diculik di Sandakan, tidak lama dahulu.

Nampaknya, DAP dapat peluang lagi untuk menghentam, mencerca dan tidak mustahil juga menuduh polis yang menjadi dalang sepertimana yang mereka lakukan dalam isu-isu membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Kalau ikut cakap Chong Chien Jien, maka sudah pasti siasatan akan bermula tentang siapa yang benar-benar mahu membolot tanah NCR sehinggakan sanggup mengaku diri sebagai Bumiputera, bahkan mengimport parti-parti politik dari Semenanjung untuk mencetuskan kekacauan di Sarawak. Tanpa mengambil kira jerih perih, titik peluh dan darah yang ditumpahkan oleh kaum Pribumi dan Bumiputera Sarawak untuk mempertahankan negeri mereka daripada penjajahan terutama pada zaman Brooke yang disanjung tinggi oleh puak-puak seperti Chong Chien Jien, selepas merdeka, nampaknya mudah sangat mereka mahu melakukan pembolotan.

Adakah sebenarnya Bill Kayong merupakan 'KAMBING HITAM' yang digunakan untuk melindungi tok dalangnya?

Masih terlalu awal apatah lagi polis baru sahaja menubuhkan pasukan khas yang memulakan siasatan secara intensif selain baru sahaja mengumpulkan maklumat daripada saksi-saksi. Chong Chien Jien yang mempunyai pengetahuan lebih advance sepatutnya membantu pihak polis dengan maklumat-maklumatnya.

Manalah tahu kalau-kalau maklumat yang diberikan oleh Chong Chien Jien dapat menyelamatkan pihak-pihak tertentu pula yang terbabit dalam skandal tanah NCR dan politik yang sampai sanggup membunuh....




 
Blogger Templates