Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 21, 2017

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI PULAU PINANG... MASIHKAH GUAN ENG SALAHKAN SABOTAJ UMNO?!!!



Apabila ADUN Tanjung Bungah dari DAP sendiri menentang projek penggondolan puncak bukit di kawasannya pada Mei lepas, Lim Guan Eng dan Exco berkaitan, Chow Kon Yeow berpura-pura jadi pekak badak.

Penggondolan dan penarahan puncak bukit kali pertama diperkatakan oleh Penang Hill Watch yang disebut di dalam Forum NGO Pulau Pinang. Kes berkenaan dimaklumkan kepada pihak berkuasa Pulau Pinang. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng memang mengetahui dan maklum tentang bahaya yang datang daripada projek penggondolan dan penarahan puncak bukit.

Hari ini, satu kejadian tanah runtuh telah menimbus sekurang-kurangnya 20 orang di Tanjung Bungah. Lebih tepat lagi di Lorong Lembah Permai 3.


Permukaan bukit yang ditarah berketinggian 10 meter telah runtuh ke atas tapak di mana kerja-kerja pembinaan sebuah projek mengandungi dua blok bangunan 34 tingkat yang terdiri daripada apartment, kedai dan blok 20 tingkat rumah mampu milik dan rumah pangsa kos sederhana.

Syarikat pemaju yang terlibat sebenarnya telah diberikan konsesi membabitkan tanah tambakan seluas 4,500 ekar di selatan pulau tersebut sebagai sebahagian daripada Penang Transport Masterplan.

Menurut pasukan penyelamat, kebanyakan mangsa tertanam hidup-hidup antara 10 sehingga 15 kaki di bawah permukaan lumpur dan tanah. Dua orang mangsa yang berjaya diselamatkan, telah ditemui di permukaan tanah runtuh. Manakala bakinya, bagaimanapun tertanam jauh ke dalam tanah dan lumpur.

Salah seorang daripada mangsa yang tertanam hidup-hidup adalah seorang penyelia tempatan merupakan bekas mahasiswa TAR College yang baru bekerja. Dia dilaporkan tertimbus bersama-sama 13 orang pekerja asing pembinaan.

Setakat ini, hanya tiga mayat telah ditemui.


Orang ramai terutama penduduk sekitar melahirkan kemarahan berhubung insiden tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bunga, Meenakshi Raman dilaporkan menuntut agar kerajaan negeri mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca tanah runtuh itu.

Menurut Meenakshi, insiden seperti hari ini yang telah meragut nyawa, sepatutnya tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

"Mengapa orang yang tidak bersalah 'dibunuh' semata-mata kerana pembangunan," katanya di lokasi kejadian. (RUJUK SINI)

Menurutnya lagi, setiap kali kumpulan-kumpulan awam bebas menyuarakan kebimbangan atau pun pembangunan lereng bukit yang sangat digemari oleh pentadbiran negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang seringkali tidak menghiraukan rungutan dan kebimbangan tersebut, bahkan menggelarkan mereka sebagai 'tidak rasional'.

"Sekarang, tengok apa yang telah berlaku," katanya.


Ramai sebenarnya yang sedang menanti-nanti reaksi dan jawapan yang akan diberikan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Siapa pula yang akan disalahkannya kali ini? Adakah dia akan kata, insiden ini sebenarnya tidaklah seburuk yang digambarkan? Atau barangkali dia mahu menyatakan bahawa berita ini adalah fitnah semata-mata dalam usaha untuk memburukkan pentadbirannya? Atau seperti biasa, dia akan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional?

Atau dia akan buat muka kesian, sambil melahirkan simpati dengan harapan, dia akan dipandang sebagai hero yang konon-kononnya sangat prihatin? Atau boleh jadi juga mengumumkan pemberian wang pampasan berjumlah tertentu sebagai usaha 'merasuah' perasaan dan simpati orang ramai terhadapnya?




Friday, October 20, 2017

KESIAN!!! BARU SEDAR, SAMBUTAN TAK SEBERAPA, TAPI 'ROMBONGAN BUGIS 300 ORANG' YANG DIJADIKAN ALASAN BATALKAN HIMPUNAN ANTI-KLEPTOKRASI DI ALOR STAR!!!



Sesudah gagal di Petaling Jaya pada perhimpunan pertama Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Sabtu lepas, pembangkang mahu buat lagi himpunan yang sama. Kali ini di Alor Setar, Kedah.

Perhimpunan di Kedah itu akan diadakan di Dataran Harapan Baru Stargate dan ia bermula pada pukul 4 petang hingga 12 malam. Sejumlah 100,000 orang dijangka akan hadir di Kedah, seperti yang diangan-angankan oleh Presiden PAN, Mat Sabu.

"Ramai orang dari merata-rata pelusuk Malaysia akan hadir di Kedah memberi sokongan kepada demonstrasi Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Pengerusi PH, Mahathir Mohamad dan DAP" kata Mat Sabu.

Di Padang Timur MBPJ, Mat Sabu kata ada 100,000 akan hadir. Kemudian turun angka jadi 30,000. Petang itu, Mat Sabu amat yakin akan "achieve target" dan padang akan "melimpah limpah" dengan orang katanya.


Akhirnya yang hadir 4,000 orang sahaja. Hanya 4% sahaja dari sasaran sebenar. Hari ini di Alor Setar, entah berapa juta orang lah yang dijangka hadir. Silap silap "melimpah ruah" sampai ke atas "highway".

Mat Sabu dan Mahathir amat yakin orang Kedah akan datang untuk "dengaq" kelentong basi depa malam ini. Belum tentu lagi orang Kedah akan "mai". Orang Kedah pun cerdik, depa tau dah siapa yang duk kelentong depa berpuluh tahun dulu.

Kubang Pasu apa jadi setelah 22 tahun orang itu jadi Perdana Menteri. Berapa ramai orang Kubang Pasu yang keluar dari kemiskinan sejak dia jadi PM? Rumah dia pun tak dak di Kubang Pasu, ada di Country Height, The Mines dan London. Sebab itulah masa Mahathir bertanding G7 dulu, orang Kubang Pasu bagi dia kalah.

Malam ini, Mahathir nak mai Kedah cerita bab "kelentong-basi" lagi. Kalau orang Kedah tanya nanti jenuh Mahathir hendak jawab. Mahathir boleh jawab kah kalau ada orang tanya soalan sebegini ;


"Lanun Kerala mana yang curi duit sampai RM32 billion? Duit tu hang sorok pi mana?"

Pasti ada kerusi terbang kalau ada orang tanya soalan macam itu malam ini.

Kalau untuk perhimpunan kedua ini, gagal dan kehadirannya lebih teruk, Mahathir kena akur bahawa kepimpinannya dalam PH telah gagal sepenuhnya.

Dua kali cuba cetuskan momentum sebelum pilihanraya. Dua kali gagal. Tidak memberi impak yang diharapkan sebelum PRU14. Tengok muka Ambiga, Wan Azizah dan Kit Siang, sudah tahu awal lagi yang himpunan itu gagal.

Untuk mengelak pembangkang daripada rugi akibat kegagalan kali kedua, kutipan derma dijangka akan dilaksanakan sekali lagi di Alor Setar malam ini. Jika di Petaling Jaya dapat kutip RM68,000, malam ini entah berapa yang akan dikutip dari poket rakyat untuk habuan pemimpin pemimpin di atas pentas.


Mat Sabu seperti biasa akan jadi wakil DAP untuk umum sesi kutipan derma pada malam ini nanti. Berapa pula jumlah kehadiran malam ini? Mat Sabu mesti akan sebut ratusan ribu.

Lagi ramai orang dekat pasar malam dan nat (pasar pagi). Orang Kedah sudah tahu, Mahathir sekarang sedang diperkudakan oleh DAP. Mahathir hanyalah alat memancing undi Melayu sahaja.

Sanggup cakap apa sahaja demi DAP. Orang Kedah lebih percaya Tok Bashah dan Barisan Nasional di Kedah. Tok Bashah duk di Alor Setar, dia tak balik rumah di KL pada setiap petang Khamis.

Baik ambil pemimpin yang duduk di Kedah dari orang itu yang hanya mau kuasa sahaja di Kedah. Orang Ayer Hitam lama tak jumpa YB mereka. Lama dah hilang tak tau pi mana. Boboi namanya. DUN pun tidak terjaga, duk kalut hendak jadi Perdana Menteri pulak dah.

Beruang Biru
BB624, Jumaat
20 Oktober 2017



Thursday, October 19, 2017

SELEPAS TONY PUA, MAHATHIR PULA SOKONG, JUMLAH KAKITANGAN AWAM PERLU DIKURANGKAN SELAIN PEMBERHENTIAN KENAIKAN GAJI SERTA INSENTIF KEPADA GOLONGAN MISKIN!!!



Orang pertama yang dengan angkuhnya berkata, jikalau Pakatan mengambilalih Kerajaan Persekutuan, perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah mengecilkan jumlah kakitangan awam, adalah Tony Pua. 

Oktober 2016, Tony Pua mengulangi kenyataan awalnya bahawa 1.4 juta orang kakitangan awam adalah membebankan kerajaan. (RUJUK SINI)

Dan sekali lagi juga Tony Pua menegaskan jumlah kakitangan awam yang ramai itu yang disifatkannya sebagai 'berat mati' perlu diselesaikan menerusi beberapa kaedah termasuklah pemberhentian kerja secara beramai-ramai. 

Teruk juga Tony Pua dan DAP diselar. Seperti biasa, apabila timbul isu-isu sebegitu, ditambah pula dengan keperluan DAP kepada undi dan sokongan daripada kakitangan awam, apabila diselar dan dikecam, mereka akan mendiamkan diri dan berpura-pura tuli.

Kini muncul pula Dr. Mahathir. Mahathir juga memperkatakan perkara yang sama. Seolah-olah Mahathir sedang menyuarakan keinginan dan cita-cita DAP untuk membuang kerja kakitangan awam secara beramai-ramai kerana beranggapan kakitangan awam adalah peti undi selamat UMNO-BN walaupun hakikatnya, ramai kakitangan awam yang bersifat 'duit dan manfaat aku nak, engkau aku tentang'. 


Kata Mahathir, cukai GST boleh dihapuskan tanpa mengurangkan sedikit pun pendapatan kerajaan dan tanpa memberikan masalah kepada rakyat. Katanya menerusi blognya, Najib terpaksa menguatkuasakan GST kerana kerajaan telah menyelewengkan dana rakyat untuk mendapatkan populariti untuk dirinya. 

Menurutnya lagi, kerajaan hari ini sepatutnya berjaya membuat kutipan perolehan yang jauh lebih banyak berbanding kutipan pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an. Seandainya kerajaan lebih cekap mengendalikan dana dan peruntukan, ketirisan tidak akan berlaku dan cukai-cukai baru boleh dielakkan. BR1M katanya, perlu ditukarkan supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan miskin. 

Mahathir juga tidak bersetuju dengan kewujudan sektor pekerjaan baru dalam perkhidmatan awam yang menurutnya suatu pembaziran kerana terpaksa menyediakan skala gaji kepada pegawai dan kakitangan berkenaan dengan jumlahnya tidak diketahui. 

Kerajaan katanya telah berbelanja sebanyak RM7 bilioin atau lebih dalam bentuk BR1M dan telah memberikan RM300 sebulan kepada nelayan, RM800 kepada Pengerusi JKKK, ribuan ringgit kepada jemaah Haji, kenaikan pencen kepada pesara-pesara dan pencen kepada pesara yang tidak sepatutnya mendapat pencen, dan sebagainya. (RUJUK SINI) 

Mahathir turut tidak bersetuju dengan kenaikan gaji kakitangan awam di bawah pentadbiran Najib kerana menurutnya, semua itu perlu dihentikan dan ditamatkan. Menurutnya semua insentif yang diberikan oleh Najib dalam usaha menstimuluskan kecairan domestik, merupakan satu pembaziran besar kerana rakyat masih boleh bekerja dan tanpa dibantu pun, mereka tetap perlu bekerja.

SKANDAL KKLW-SHAFIE APDAL... AKHIRNYA SHAFIE DIPANGGIL SPRM UNTUK BERI KETERANGAN!!!



Ramai yang masih keliru dan kurang jelas berhubung skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang menyaksikan lebih 45 orang telah disoalsiasat oleh SPRM dan ramai juga yang telah direman. 

Antara mereka termasuklah, Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang juga merupakan kontraktor merangkap ahli perniagaan berstatus jutawan yang telah lama dikaitkan dengan Shafie. Juga adik lelaki Shafie, Yusof Apdal yang merupakan ADUN Lahad Datu. Seorang lagi adik lelaki Shafie, Hamid Apdal turut ditahan bersama-sama menantunya. Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim yang pernah bekerja dengan Shafie ketika di KKLW turut disoalsiasat dan direman. Seorang lagi ahli keluarga Shafie, Azis Jamman yang merupakan Ketua Pemuda Warisan turut ditahan. Selain itu, turut ditahan dan disoalsiasat adalah beberapa orang pegawai kanan KKLW dan ahli-ahli perniagaan. 

Berdasarkan laporan, dianggarkan lebih RM1.5 bilion telah disonglap dari RM7.5 bilion peruntukan untuk pelbagai projek di Sabah membabitkan pembekalan air bersih, elektrik dan pembangunan infrastruktur jalan. Dikatakan, Shafie selaku menteri akan 'memilih' tender-tender daripada projek-projek ini untuk dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang sebelum itu telah dijemput untuk membuat bidaan.

Wujud kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Jadi, apabila projek-projek yang diberikan gagal disiapkan atau langsung tidak disiapkan, bayaran tetap dibuat dengan kelulusan tidak sah menerusi beberapa orang pegawai kementerian. 

Pada tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan enggan memberikan kelulusan kepada beberapa tender terpilih dan mahukan tender dibuat secara terbuka, Shafie yang pada waktu itu merupakan Menteri KKLW telah menulis beberapa pucuk surat rayuan untuk mendapatkan tender-tender terpilih itu. Apabila rayuan dan permintaannya tidak ditunaikan, maka tidak hairanlah apabila Shafie mula bercakap tentang salahlaku dalam kerajaan.  

Sebahagian orang bertanya, mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang, dan bukannya ketika Shafie masih berada di dalam kerajaan?


Perlu diingat, sebahagian projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Jadi, ia memerlukan tempoh dan ruang masa yang spesifik, selain memastikan sama ada projek-projek berkenaan telah diselesaikan dengan baik atau sebaliknya. Keputusan hanya boleh dibuat setelah mengambil kira tempoh kontrak berdasarkan spesifikasi dan kos.

Hanya setelah kegagalan semua perkara tersebut, barulah tindakan boleh diambil. Itu pun selepas SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan. Dan itulah yang berlaku kepada Shafie dan kelompoknya. 

Dalam kes ini, selain pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, beberapa orang pemimpin UMNO juga telah ditahan. Sekaligus menunjukkan tindakan SPRM tidak berpilih-pilih, menyanggah tuduhan dan dakwaan pihak pembangkang kononnya SPRM pilih kasih dan hanya mengambil tindakan untuk menekan pihak pembangkang. 

Sesuatu yang menarik, projek-projek yang terbabit dalam kes ini terletak di kawasan-kawasan pedalaman Sabah yang merupakan kawasan orang paling susah di Malaysia. Kebanyakan daripada projek tersebut melibatkan keperluan asas. Sepatutnya mereka dibantu, bukannya peruntukan mereka dari Kerajaan Pusat disapu!

Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sewajarnya untuk golongan terbabit. Pembelaan telah dibuat, malangnya pada peringkat perlaksanaan, penyamun perompak pula yang datang. Justeru, adalah satu jenayah seandainya penyelewengan ini tidak disiasat dan dikenakan tindakan.

Tidak ada kena-mengena langsung dengan tindakan berpilih-pilih.


MAHATHIR... DARI SEORANG NEGARAWAN BERTUKAR MENJADI SASAUAN!!!



Selama 22 tahun dan beberapa tahun selepas itu, Dr. Mahathir dianggap sebagai tokoh negarawan terulung Malaysia. Apabila timbul kata-kata bahawa Mahathir akan bersekongkol dengan Lim Kit Siang demi kroni, anak-anak dan proksinya, hampir semua orang tidak dapat menerima berita tersebut. Bukan sahaja dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional, bahkan dari DAP sendiri pun, tidak percaya sama sekali Mahathir akan berbaik-baik dengan 'musuh utamanya' itu.

Dasar dan polisi Najib yang mengenepikan kepentingan kroni dan proksi Mahathir, akhirnya membuatkan Mahathir tidak lagi dapat menyamar dan berlakon. Dia melahirkan kemarahan yang bukan sedikit. Bekerjasama dengan media-media barat yang suatu ketika dahulu, dia kelihatan cukup anti dan menghalang rakyat Malaysia daripada membacanya dengan alasan media-media barat dengki dan kuat fitnah. Tidak cukup dengan itu, sabotaj ekonomi juga cuba dilakukan agar persepsi rakyat dapat diwujudkan kononnya Najib gagal mengawal ekonomi dan kewangan negara.

Mahathir dan kumpulannya bagaimanapun, agak bernasib baik memandangkan hampir semua sektor dikuasai oleh kartel. Dan kartel-kartel itu pula sangat sedar, mereka mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menyalahkan kerajaan. Kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran, akan membuatkan masyarakat pengguna marahkan kerajaan. Kartel-kartel itu pula bukan sahaja tidak akan dipersalahkan, bahkan mereka boleh bertindak sebagai pencatur kuasa di negara ini menerusi pembiayaan ke atas parti-parti politik khususnya parti-parti pembangkang.

Ini adalah kerana semakin kukuh kedudukan kewangan parti-parti pembangkang, bermakna semakin banyaklah polemik dan kontroversi yang boleh mereka lakukan. Kesibukan pihak parti kerajaan untuk mempertahankan diri daripada polemik dan kontroversi yang dicetuskan oleh parti-parti pembangkang pula, akan mewujudkan vakum, sekaligus menjadikan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagai hero rakyat.

Disebabkan itulah, kita seringkali dapat melihat bagaimana para pemimpin parti pembangkang hanya memilih untuk menggunakan isu-isu sensasi yang langsung tidak memberikan kebaikan kepada rakyat. Walaupun sebahagian daripada mereka merupakan anggota Kerajaan Negeri, mentaliti mereka kekal sebagai pembangkang yang gilakan publisiti dan isu-isu sensasi. Hasilnya, kebajikan rakyat tidak terjaga, tetapi kebijaksanaan mereka menipu dan tidak malu untuk mengakui kerja-kerja Kerajaan Pusat sebagai kerja-kerja mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, berjaya menutup kepincangan tersebut.

Tidak mustahil Dr. Mahathir telah diberikan maklumat yang salah berhubung pandangan rakyat terhadapnya. Tidak dinafikan, daripada 30 juta rakyat Malaysia, sebahagian daripada mereka mengkagumi Mahathir. Malahan segelintir pula amat taksub dengan Mahathir seolah-olah Mahathir adalah dewa yang turun dari langit.

Mahathir bermula sebagai pengkritik dan penentang Najib yang bijak dan penuh berstrategi. Namun kegagalan menerima hakikat bahawa dunia maklumat kini hanya di hujung jari dan tidak lagi bersempadan, apatah lagi dengan polisi serta dasar Najib yang lebih terbuka, menyediakan maklumat-maklumat yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan Mahathir. Apatah lagi beberapa langkah yang diatur, berjaya dicium oleh Najib dan digagalkan secara total. Tindakan agresif SPRM pula terutama dalam menguatkuasakan AMLA, menyebabkan banyak langkah Mahathir mati begitu sahaja.

Akhirnya Mahathir bertukar menjadi seperti pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, yang sangat bergantung kepada isu-isu sensasi untuk mendapatkan sorakan dan sokongan. Himpunan dan demonstrasi yang dahulunya amat dibenci oleh Mahathir, kini dihalalkannya dan dia cuba menjadikannya sebagai acara tetap.

Pun begitu, dalam himpunan terbaharunya di Padang Timur, Mahathir melihat kegagalan yang sangat teruk. Jumlah kehadiran terlalu hambar. Bukan sahaja tidak ramai golongan muda yang hadir, masyarakat Cina yang menjadi tunjang dalam Himpunan BERSIH 4.0 di mana Mahathir menyertainya buat kali pertama, juga jauh berkurangan.

Dan akhirnya, Mahathir terpaksa bermain dengan isu 'suku kaum' apabila menghalau Najib yang berketurunan Bugis untuk pulang ke Sulawesi kerana kononnya Bugis tidak mendapat tempat di Malaysia. Tanpa Mahathir sendiri sedar, keturunannya sendiri dipersoalkan!

Semuanya kerana proksi, kroni dan anak-anak. Semuanya kerana kleptokrasi, Mahathir bertukar daripada seorang Negarawan menjadi SASAUAN!!!




Monday, October 16, 2017

KLEPTOKRASI DAH JADI KELEPEK-KASI... HIDUNG MAHATHIR DIJENTIK PENYOKONG SENDIRI!!!



Mahathir dan hidungnya pernah menjadi bahan lelucon oleh kartunis Zunar ketika era Reformasi dahulu. Paling teruk, Zunar pernah melukis kepala dan hidung Mahathir yang bertransformasi dari seekor ayam jantan sebelum dia bertindak membuang ilustrasi berkenaan setelah menerima kecaman teruk.

Pada ketika itu, Mahathir utuh pada kedudukannya kerana terus disokong oleh ahli-ahli UMNO walaupun sebahagian besar orang UMNO tidak menyokong tindakan Mahathir yang jelas cuba menyelamatkan legasi, jawatan serta kroni-kroninya.

Ahli-ahli UMNO pada ketika itu terpaksa memilih antara mengekalkan kerajaan dengan ketidakstabilan yang akan menghancurkan negara ini setelah Thailand dan Indonesia berhadapan dengan krisis yang sangat teruk kesan daripada masalah ekonomi, kewangan dan politik.

Mahathir akhirnya berjaya mengharungi masalah tersebut biarpun sokongan kepadanya terus merudum. Perjanjian dan persetujuan dengan Shuqui dan Dong Zhong mengekalkan penguasaan Mahathir selain pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya baru yang memberikan kelebihan kepadanya tetapi dalam jangka panjang akan menghancurkan perpaduan negara ini.

Terbukti segala kebimbangan itu menjadi realiti apabila melihat perpaduan di kalangan rakyat kebelakangan ini yang srmakin merosot dan semakin membiaknya provokasi agama dan perkauman.


Salah seorang penceramah dalam Himpunan Anti Kleptokrasi di Padang Timur adalah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Abdul Rashid menjadi Pengerusi SPR dari 17 November 2000 sehingga 30 Disember 2008.

Dengan kata lain, ketika dia melepaskan jawatan Pengerusi SPR, Najib Abdul Razak belum pun dilantik dan menerima tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia!

Dalam ucapannya, Rashid berkata, sebagai bekas Pengerusi, jangan terkejut dengan kehadirannya dalam himpunan tersebut kerana dia meluat dengan bosnya dahulu. Katanya lagi, bosnya dahulu menipu dan suka merompak dan menyamun.

Menurutnya lagi, pelbagai penipuan telah dilakukan dalam pilihanraya. Oleh kerana itu, selagi dia terus berada di dalam Pakatan Harapan, dia tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Sebaliknya akan memastikan kerajaan sedia ada disepak keluar.

Justeru, siapakah 'BOS' yang dimaksudkan oleh Abdul Rashid, memandangkan boss dia dahulu hanyalah Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi. Kalau dia hendak mengatakan Abdullah Badawi sebagai penipu agak mustahil memandangkan Abdullah Badawi mengharungi PRU 2004 dalam keadaan yang sangat selesa sehingga berjaya memenangi PRU itu dengan kelebihan majoriti lebih dua pertiga. Bagaimanapun PRU 2008, Abdullah Badawi berhadapan dengan masalah sehingga akhirnya memaksa dia meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Abdul Razak pada tahun 2009.

Manakala Dr. Mahathir pula bergelut dengan pelbagai masalah untuk mengekalkan Kerajaannya dari tahun 1990 sehinggalah 1999. Pada tahun 1990, dengan jangkaan kemenangan akan berpihak kepada Semangat 46 yang mengetuai Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, keputusan PRU 1990 menyaksikan UMNO-BN yang dipimpin oleh Mahathir berjaya menang dengan majoriti dua pertiga.

Begitu juga pada tahun 1999 apabila gelombang kebangkitan rakyat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim begitu besar dengan ratusan ribu orang keluar berarak dan berdemonstrasi di jaan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Mahathir berjaya juga menang PRU walaupun jumlah kerusi UMNO merosot dengan teruk. Pada ketika itu, Anwar Ibrahim dan PKR membangkitkan persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh SPR bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional.

Pertukaran Pengerusi SPR menyaksikan kemenangan BN merosot. Keterbukaan dan ketelusan yang menjadi dasar serta polisi kerajaan di bawah Najib Abdul Razak pula membolehkan SPR yang ketika pada zaman Mahathir merupakan badan yang tidak boleh disentuh dan dikritik, bergelut dengan beberapa prosiding mahkamah khususnya yang membabitkan pembahagian kawasan-kawasan pilihanraya.

Justeru, ramai yang bertanya, apakah sebenarnya Abdul Rashid menyuarakan kebencian dan rasa meluatnya kepada Dr. Mahathir di hadapan batang hidung Mahathir sendiri?


HIMPUNAN ANTI-KLEPTOKRASI MEMALUKAN KERANA MASIH GUNA PEMIMPIN TUA YANG TERPALIT DENGAN SKANDAL KLEPTOKRASI SENDIRI!!!



Malu besar!

Itulah yang boleh dikatakan apabila kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali dari Parti Cap Bunga, tidak begitu teruja untuk bercakap tentang Himpunan Anti Kleptokrasi yang berlangsung pada hari Sabtu lepas di Padang Timur, Petaling Jaya.



Awal-awal lagi dijanjikan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan hadir. Pelbagai drama dan provokasi dibuat untuk menarik seramai mungkin orang ke Padang Timur untuk mendengar ceramah dan hasutan daripada warga-warga tua politik yang semakin sampai ke penghujung kerjaya mereka. Bahkan gambar-gambar dan maklumat-maklumat tentang kedatangan rombongan dengan menggunakan bas-bas yang disewa khas, turut diuwar-uwarkan di Facebook.


Malangnya, padang yang berkapasiti 10,000 orang itu, hanya mampu menampung sebahagian kecil penyokong sahaja. Tidak sampai suku keluasan padang tersebut digunakan. Para peniaga pula mengeluh kerana setelah berjam-jam mereka 'memancing', jumlah jualan pula sangat menyedihkan.




Bermodalkan gambar dari pandangan bawah, para penyokong dan jentera propaganda cuba memperdaya khalayak ramai khususnya warga media sosial, kononnya himpunan tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat. Bagaimanapun, pandangan aerial menggunakan dron pula, menyerlahkan hakikat sebenar.

PDRM hanya menganggarkan kehadiran berjumlah lebih kurang 4000 orang sahaja. Harakah, media utama PAS pula sekadar menganggarkan 1500 orang. Malaysiakini menganggarkan 8000. Laporan daripada beberapa media pula adalah kurang dari 10,000 orang. Dan kesemua angka tersebut jauh dari sasaran 100,000 orang!



Dengan menampilkan hampir kesemua barisan utama kepimpinan Pakatan Harapan terutama sekali Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang, ternyata kehadiran yang sangat hambar tersebut memalukan Pengerusi PPBM itu sendiri. Lim Guan Eng yang datang lewat petang dengan harapan, kehadirannya akan menjadi gula-gula, juga kecewa.

Kenyataan pedih Pesuruhjaya PAS Selangor, "itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihanraya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, nammun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan," menambahkan lagi luka dan penghinaan.

Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah punca kepada membazirnya perhimpunan tersebut. Telah ternyata, AMK yang diketuai oleh Nik Nazmi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu, ARMADA yang diketuai oleh Syed Saddiq dan DAPSY yang diketuai oleh Wong Kah Woh gagal total dalam menarik hadirin ke himpunan tersebut. Rungutan daripada penjual tentang ketiadaan golongan muda dalam himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu adalah bukti kukuh kepada kegagalan berkenaan.



Beberapa orang pemimpin Pakatan seperti Mukhriz Mahathir dan Teresa Kok cuba memberikan gambaran kononnya himpunan tersebut sangat berjaya. Mukhriz sebagai contoh, memberikan angka 25,000 orang sebagai jumlah yang telah hadir walaupun kapasiti Padang Timur hanya 10,000 orang. Teresa Kok pula hanya memberikan jumlah 10,000 orang walaupun gambar yang dipaparkannya pula hanya memperlihatkan sekelompok kecil manusia di sudut padang.

Mungkin agak keterlaluan kalau mahu menjadikan himpunan tersebut sebagai kayu pengukur kepada kejayaan atau kemunduran Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dalam PRU-14 akan datang, memandangkan UMNO dan Barisan Nasional pernah beberapa kali terkena dengan himpunan dihadiri secara besar-besaran oleh orang ramai, tetapi akhirnya UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kerusi dan negeri seperti yang berlaku dalam PRU-14 lalu apabila Barisan Nasional kalah lebih teruk di DUN Selangor.

Namun sesuatu yang jelas ialah, Pakatan Harapan yang menampikan dan bermodalkan Mahathir serta barisan kepimpinan PPBM yang terpalit dengan pelbagai skandal kleptokrasi, tidak mampu menarik perhatian ramai walaupun pada peringkat awal, mereka menaruh harapan besar kepada Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

 
Blogger Templates