Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 7, 2017

NYAWA DAN NASIB RAKYAT? PI MAMPUSLAH... YANG LEBIH PENTING ADALAH MEMPERINGATI ANWAR IBRAHIM!!!



Tiada yang lebih penting walaupun nyawa orang ramai berbanding rengekan Anwar Ibrahim!

Selepas babak bergambar melambai-lambaikan tangan dari dalam kereta pacuan empat roda meredah banjir ke arah motosikal, kemudian babak beraksi menggayakan kipas dengan dikelilingi oleh anggota-anggota tentera yang dikerah oleh Kerajaan Pusat menyelamatkan penduduk yang dilanda musibah banjir, Wan Azizah bergegas balik ke Kuala Lumpur.



Pergi melawat orang banjir tetapi hujung kasut dia pun tak basah!

Rupa-rupanya ada program yang lebih utama berbanding marhein mangsa banjir di Pulau Pinang. Program tersebut adalah program memperingati 1000 hari Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan jenayah liwat.

Bagaimanapun, untuk menyedapkan cerita, Wan Azizah yang ditemani oleh anak perempuannya yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata, dia telah menerima panggilan telefon daripada Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim dibenarkan membuat satu panggilan telefon sekali seminggu. 


Menurutnya, Anwar mengadu sakit sehinggakan hendak menulis atau memberus gigi pun tidak mampu kerana terlalu sakit. Kesakitan itu kata Wan Azizah, merupakan pengorbanan untuk masa hadapan rakyat yang lebih cerah. 

Nurul Izzah pula berkata, walaupun Anwar dipenjarakan, dia sentiasa mengingatkan keluarganya untuk mempertahankan rakyat dan membangkitkan isu-isu tentang ekonomi negara. Dan sekalipun diancam dengan penjara, Anwar Ibrahim tidak pernah lari dari Malaysia. Sebaliknya, mereka yang memenjarakan Anwar sepatutnya berasa malu kerana bacul akibat terlalu takut dengan kebenaran. 

Pemimpin Pakatan lain yang turut berucap termasuklah Khalid Samad, Tian Chua, R.Sivarasa dan Shaari Sungip. Turut hadir termasuklah Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Anthony Loke dan Khairuddin Abu Hassan. 

Jumlah kehadiran hanyalah 150 orang yang gila bergambar di luar pekarangan Parlimen dan kemudian berarak ke Dataran Merdeka. 


Bagi Pakatan, berkumpul memperingati hari ke-1000 pemenjaraan Anwar Ibrahim jauh lebih penting berbanding membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, Selatan Kedah dan Utara Perak. 

Sekaligus menunjukkan DAP dan ahli-ahli politik Pakatan yang lain sebenarnya tidak pernah peduli dengan nasib rakyat yang menyokong mereka sebaliknya menggunakan rakyat semata-mata untuk berkuasa sekaligus membolehkan mereka menjadi Maharaja Kecil di negara ini yang bebas berbuat apa-apa sahaja seperti yang dikatakan oleh Khalid Samad. 

"Kalau kita tidak memenangi PRU akan datang, kita semua akan dipenjarakan. Itulah sebabnya mengapa kita harus memenangi PRU nanti." (RUJUK SINI) 



Keadaan sudah pasti akan berbeza sama sekali apabila DAP akan menjadikan video serta gambar keranda ditarik di atas permukaan air sebagai modal politik menghentam Kerajaan Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, memandangkan situasi tersebut berlaku di Pulau Pinang, jangan gambar keranda di atas air, orang bukan Melayu yang tidak berbaju dan terpaksa berlindung di sebuah surau pun, selagi boleh cuba ditutup dan rakyat perlu melupakannya. 

Mungkin usaha besar dan bersungguh-sungguh mereka adalah merayu memohon derma daripada orang ramai. Memandangkan Kerajaan Pusat telah mengambilalih operasi memberi bantuan makanan, mereka pula begitu seronok berlagak seperti BANGSAT yang menunggu wang untuk dijoli. 


Lebih menarik ialah apabila di Parlimen, DAP menuduh Jabatan Meteorologi tidak memberi amaran tentang hujan lebat, walhal amaran tersebut telah pun disiarkan menerusi semua saluran televisyen pada 1 November. 

Berapa banyak nyawa lagi yang akan hilang akibat tanah runtuh dan banjir angkara DAP dan Pakatan yang gila kuasa serta haloba wang ringgit sedangkan memang ketara jelas, mereka tidak peduli langsung dengan nasib rakyat.


Monday, November 6, 2017

PULAU PINANG DI BAWAH GUAN ENG-DAP ADALAH NEGERI GAGAL, MUFLIS DAN NEGERI MUDAH BANJIR!!!



Penulis: AZMI ARSHAD

Dua jam sebelum Lim Guan Eng mengalirkan air mata penipunya, Kerajaan Persekutuan telah pun menggerakkan pasukan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Nasib baik Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Najib Abdul Razak tidak menunggu panggilan telefon daripada Lim Guan Eng.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Najib: 

“Berkenaan banjir ini memang tak payah kerajaan negeri minta, kalau ada musibah walaupun kerajaan negeri pembangkang, kita memang bantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita." (RUJUK SINI)


Ketika ratusan orang terbabit secara langsung dengan operasi bantuan mangsa-mangsa banjir, ADUN DAP dari Seri Delima, RSN Rayer pula terlalu sibuk merakamkan gambar-gambar peribadinya serta selfie. 

Saya tidak tahu sudah berapa banyak peringatan dan nasihat diberikan, sesiapa sahaja yang melihat orang yang sedang memerlukan bantuan, mereka perlu membantu berbanding mengeluarkan telefon pintar dan merakamkan gambar, video serta yang paling teruk, berswafoto untuk dimuatnaik ke Facebook dan Instagram. Ya, material-material tersebut akan membuktikan dia telah turun melawat mangsa banjir dan berfungsi sebagai Wakil Rakyat sedangkan hakikatnya, gambar-gambar itu sendiri membuktikan dia sekadar mempromosikan dirinya. Apabila publisiti dan promosi diri lebih diutamakan berbanding membantu rakyat, bermakna memang tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan walaupun dia memberitahu dia sedang terlibat dalam penyaluran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.


Tiada apa-apa kritikan untuk kehadiran Wan Azizah dalam babak banjir itu KECUALI perlukah kipas di tangannya?

Mejar Huan pula benar-benar telah membalun Guan Eng termasuklah mendesak agar Guan Eng meletak jawatan. Kenyataan di FBnya wajar dibaca. (RUJUK SINI)

"Malahan, satu lagi aspek mengejutkan tentang bencana banjir ini ialah, parti yang mentadbir Pulau Pinang iaitu DAP sedang mengutip derma daripada rakyat Malaysia, kononnya bagi membolehkan mereka membantu mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang! Saya  menyeru rakyat supaya tidak menderma kepada DAP memandangkan wang yang didermakan itu, akan disalurkan terus ke akaun parti. Sekiranya berbilion ringgit boleh hilang dari Kerajaan Negeri, jutaan pula boleh hilang dari akaun parti DAP. Saya menyeru mana-mana rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, lakukannya menerusi agensi-agensi atau NGO-NGO yang lebih dipercayai. Jangan menderma menerusi DAP memandangkan Kerajaan Negeri sendiri pun telah terbukti hampir bankrap sehingga mereka perlu mengutip derma untuk membantu mangsa banjir." - Mejar Huan.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan saranan Mejar Huan.

Sudah pastilah, simpati kita kepada semua yang terlibat dalam bencana banjir di Pulau Pinang. Ramai yang kehilangan harta benda dan kita mengharapkan kediaman mereka masih boleh diperbaiki. Doa dan harapan kita bersama-sama mereka serta golongan yang terlibat dalam misi menyelamat dan operasi penyaluran bantuan makanan.

Berapa banyak lagi kediaman dan nyawa yang harus dikorbankan sebelum DAP dihalau keluar dari Pulau Pinang?

AZMI ARSHAD


DAP YANG MULAKAN POLITIK ISU BANJIR, DAP JUGA YANG MENYALAK MINTA SUPAYA TIDAK DIPOLITIKKAN!!!



Banjir masih belum surut sepenuhnya. Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sudah pun tiba di Pulau Pinang untuk proses penyaluran bantuan seterusnya kepada mangsa-mangsa banjir. Wakil Kerajaan Negeri PAS Kelantan pun telah tiba di Pulau Pinang, malah telah menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. 

Ketika UMNO-BN, Kerajaan Pusat dan PAS selain agensi-agensi Kerajaan Pusat bertungkus lumus menyalur dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, para pemimpin Pakatan terutama DAP dan PKR pula mengambil kesempatan untuk berselfie untuk menunjukkan kehadiran mereka kepada masyarakat ramai. Konon-kononnya mereka juga mengambil berat walaupun mereka hanya muncul setelah banjir sedikit surut. 

Pada masa yang sama, jentera-jentera propaganda mereka pula mula memutarbelitkan isu banjir untuk meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dan Najib Abdul Razak. Ada yang mengatakan, Najib Abdul Razak bersalah kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang ancaman banjir. Ada pula yang berkata, Najib salah kerana telah lambat memberikan bantuan kepada Pulau Pinang, sedangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia.

Hakikatnya, agensi-agensi Kerajaan Pusat telah bersedia lebih awal malah telah memberi amaran jauh lebih awal tentang ancaman banjir serta bencana yang akan menimpa Pulau Pinang. Jabatan Alam Sekitar dan Laporan Alam Sekitar misalnya, sudah berulangkali memberi amaran, penarahan puncak dan lereng-lereng bukit, penambakan laut serta pengabaian oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap sistem saliran dan perparitan di negeri itu, akan menjadi punca utama banjir besar di negeri berkenaan. 

Apabila berlaku, Kerajaan Pusat segera menggerakkan jentera bantuan, jauh lebih cepat sebelum disedari oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Tidak sahaja bantuan untuk mengeluar dan memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat, tetapi juga mengatur bekalan makanan serta air bersih untuk mereka. Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan terutama pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan DAP yang menguasai Kerajaan Negeri, masih lagi terpinga-pinga tidak tahu berbuat apa-apa. 



Sedar dengan persepsi buruk masyarakat terhadap kegagalan mereka, bermulalah kerja-kerja politik melibatkan banjir dalam usaha DAP untuk menjuarai isu berkenaan. Namun usaha-usaha selfie, bangga diri, cerita bohong serta fakta sebenar tentang masalah alam sekitar di Pulau Pinang yang menyebabkan banjir besarnya jauh lebih MALAPETAKA berbanding di negeri-negeri yang turut terkena fenomena Taufan Damfrey dan taburan hujan tinggi lain, akhirnya menjadikan cubaan politik mereka makan diri. 

Dan akhirnya mereka terpaksa berundur dan berkata, JANGAN POLITIKKAN ISU BANJIR!

Masalahnya, siapa yang mempolitikkan isu banjir ini kerana pada jam 1:30 pagi lagi, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pertahanan telah pun menggerakkan Pasukan Peninjau 506 Wataniah untuk membantu di Pulau Pinang, pukul 3:30 pagi baru Guan Eng sedar dan membuat panggilan kepada TPM untuk mendapatkan bantuan?

Tidakkah tindakan Guan Eng itu sebenarnya mahu menimbulkan persepsi kononnya Kerajaan Pusat mengabaikan Pulau Pinang, walhal yang sebenarnya, dia tidak peduli pun tentang nasib rakyat, sebagaimana TIDAK WUJUDNYA PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI dalam Bajet 2018 membabitkan perparitan dan sistem saliran serta tebatan banjir di Pulau Pinang. 

Sebaliknya yang wujud Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM1.04 bilion daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM2.57 bilion untuk tujuan saliran, perparitan dan tebatan banjir di Pulau Pinang. (RUJUK SINI)


Sunday, November 5, 2017

KALAU SEMUANYA NAK HALA KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK, ELOK GUAN ENG BERHENTI JADI KETUA MENTERI, JAWATAN TU SERAH KAT NAJIB RAZAK SAJA!!!



Akhirnya Kerajaan Pusat yang dituduh dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran hodoh itu jugalah yang diharapkan membantu kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya megah dengan cakap-cakap besar. 

Kenyataan Perdana Menteri bahawa Kerajaan Pusat tidak akan meminggirkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rakyatnya ekoran banjir besar yang melanda negeri itu, membuktikan bahawa retorik-retorik DAP dan Lim Guan Eng sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang sangat jelek. Selama ini mereka hanya pandai bercakap tetapi apabila masalah menimpa, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Persekutuan juga yang diharapkan dapat membantu. Kerajaan DAP dan Lim Guan Eng pula, sekadar melalak dan menyalak!!!



Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang serta penyokong-penyokong Lim Guan Eng sedang berhempas pulas untuk memutarbelitkan fakta sebenar tentang bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan musibah banjir. 

Pada masa yang sama, beberapa tempat lain di negeri-negeri utara Semenanjung selain Sabah dan Sarawak turut diancam banjir ekoran Taufan Damrey dan taburan hujan yang tinggi. Bagaimanapun, perhatian lebih tertumpu kepada Pulau Pinang kerana cakap besar dan angkuh Lim Guan Eng sebelum ini. 

Janji DAP kononnya jikalau mereka dapat memerintah Pulau Pinang, masalah banjir akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu penggal sahaja... dah dua penggal, banjir makin kerap dan makin buruk!

Subuh tadi, jentera propaganda DAP mengeluarkan klip video yang memaparkan wajah sedih Lim Guan Eng yang memaksa-maksa air matanya supaya mengalir yang katanya, terpaksa meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. 

Dengan kata lain, maksud daripada klip video propaganda tersebut ialah, Kerajaan Persekutuan telah mengabaikan rakyat dan penduduk negeri Pulau Pinang. 

Salah seorang Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad dalam satu kumpulan WhatsApp mengeluarkan kenyataan mengecam Kerajaan Persekutuan kerana tidak menghantar bantuan segera kepada Pulau Pinang, sedangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.


Hanya pada jam 3:30 pagi, Lim Guan Eng baru tahu, banjir besar sedang melanda seluruh Pulau Pinang. Baru dia kelam-kabut minta bantuan daripada Kerajaan Pusat yang seringkali dituduhnya pengamal kleptokrasi, tidak cekap, rasuah, bodoh dan pelbagai label buruk lain. 

Sedangkan Kerajaan Pusat telah bersiap-siaga lebih awal berdasarkan maklumat-maklumat daripada pelbagai agensi-agensi perisikan bencana seperti Jabatan Metereologi, MACRES, JPS, JPS, JAS, Jabatan Mineral dan Sumber Asli. 

Ini adalah kerana, Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara menyarankan NADMA dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan sebelum berlakunya bencana. 

Jam 1:30 pagi lagi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan ATM telah menggerakkan Pasukan Pemantau 509 Askar Wataniah untuk menyalurkan bantuan, sedangkan pada waktu itu, Lim Guan Eng barangkali masih lagi melihat-lihat peta bahagian bukit mana lagi yang boleh ditarah dan dikorek sebelum hanya menyedari banjir di Pulau Pinang pada jam 3:00 pagi. 

Ketika Lim Guan Eng menayangkan muka sedih untuk meminta simpati pada jam 3:00 pagi, pada itu lah, bantuan kecemasan telah mula disalurkan dan Bilik Gerakan Bencana pula mula diaktifkan semenjak jam 4:30 pagi.


PROJEK LERENG DAN PUNCAK BUKIT, KRONI YANG PUNYA... BANJIR BESAR, LIM GUAN ENG MINTA BANTUAN ZAHID HAMIDI DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA!!!



Hilang sudah cakap besar tentang lebihan wang dalam akaun Kerajaan Negeri. Hilang sudah cakap besar kononnya dengan naiknya pemerintahan DAP di Pulau Pinang, masalah banjir di Pulau Pinang akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Hilang sudah cakap besar, pentadbiran Pulau Pinang lebih jujur, telus dan lebih baik untuk rakyat.

Untuk mengurangkan jumlahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berani mengambil statistik 2013 sehingga 2018 sahaja. Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dalam jawapan kepada soalan lisan pada Sidang DUN Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Yang Ke-13, mengesahkan sejumlah 119 kejadian banjir kilat telah melanda Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun.


Seperti biasa, Kerajaan DAP memberi alasan, punca sebenar kejadian banjir kilat di kawasan pulau itu adalah disebabkan jumlah taburan hujan yang tinggi dalam tempoh sehari (menyamai sebulan) dan air pasang tinggi merupakan antara faktor penyumbang kepada kejadian tersebut. Taufan Doksari juga dipersalahkan.

Kerana faktor-faktor tersebut, sungai dan sistem saliran di taman dan kampung sedia ada tidak dapat menampung jumlah kadar air aliran permukaan hujan lebat. Kata Kon Yeow, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan panas di seluruh negeri itu. (RUJUK SINI)

Selepas pelbagai pendedahan dan jangkaan banjir besar akan melanda Pulau Pinang ekoran pembersihan puncak bukit dan penarahan lereng bukit selain pembangunan tak terkawa, semalam banjir besar melanda Pulau Pinang lagi. Untuk tempoh 24 jam, Lim Guan Eng dan semua kepimpinan negeri hilang ghaib seolah-olah mereka tidak wujud di dunia ini. Manakala pegawai-pegawai penerangan Ketua Menteri seperti Zaidi Ahmad, masih lagi berdendang tentang 1MDB tanpa sedikit pun bercakap atau menyentuh tentang banjir yang mengancam Pulau Pinang.

Awal subuh, Lim Guan Eng akhirnya muncul dengan wajah sedih dan memaklumkan tentang 'kejayaannya' menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia kerana paras banjir telah meningkat kepada 10 sehingga 12 kaki 'melepasi' bumbung rumah.



Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana bongkaknya Lim Guan Eng mengecam Kerajaan Negeri Kelantan kerana banjir besar pada penghujung tahun 2014 yang berpunca dari Hulu Kelantan. Walhal kawasan berkenaan juga menempatkan projek pembalakan yang dikonsensikan kepada syarikat dua bersepupu Nga-Ngeh yang juga merupakan pemimpin utama DAP Perak.

Konon kata Guan Eng, banjir itu berlaku kerana kelemahan pentadbiran Kelantan. Kononnya kerana ketirisan dan kegagalan pengurusan kewangan Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah tidak wujud ketika banjir. (RUJUK SINI). 

Sekarang, apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, berbalik kepada dirinya!


Malu nak berterus-terang yang dia minta bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia awal-awal bagitahu yang dia meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Banjir di negeri-negeri di Malaysia, bukanlah perkara asing. Kadar taburan hujan di negara ini memang tinggi. Tetapi apabila seorang Ketua Menteri bercakap besar, memperlekehkan Menteri Besar dan pentadbiran negeri lain yang dilanda banjir seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang, membuatkan ramai yang memulangkan paku buah keras kepada Guan Eng walaupun pada masa yang sama, bantuan digerakkan untuk rakyat dan penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir. 

Saturday, November 4, 2017

BANJIR BESAR PULAU PINANG DATANG LAGI... DAP DAN LIM GUAN ENG MENYALAK LAGI TANYA PERUNTUKAN TAHUN 2022 KERAJAAN PUSAT!!!



Beberapa hari lepas, ADUN Seri Delima, RSN Rayer mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar menyaman Kerajaan Pusat kerana kononnya tidak menyerahkan semua peruntukan bernilai RM150 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Kata RSN Rayer, kalau peruntukan itu tidak disalurkan dengan segera, tindakan guaman perlu dilakukan terhadap Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan tersebut dapat disalurkan segera bagi mengatasi masalah banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan sejumlah RM35.59 juta di bawah peruntukan semasa Rancangan Malaysia Kesebelah bagi projek-projek tebatan banjir di negeri itu. Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi projek RTB Sungai Pinang yang disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan projek yang telah dijalankan, bermula dari tahun ini sehingga 2022.

Chow Kon Yeow mengesahkan, RM500,000 daripada siling projek telah disalurkan kepada JPS pada tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja awalan. Jumlah peruntukan itu telah pun diterima pada tahun ini. (RUJUK SINI)


September lalu, Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow diselar kerana 'tidak tahu' tentang peruntukan Kerajaan Pusat serta pembangunan beberapa RTB menerusi peruntukan bernilai RM2 bilion apabila berkata, mereka tidak tahu tentang projek-projek RTB tersebut.

Kerajaan Pusat menerusi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengesahkan 10 projek RTB di Bertam, Kepala Batas, Bandar Pulau Pinang, Sungai Junjung dan Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 bernilai RM1.49 bilion. (RUJUK SINI)

Tanpa RTB-RTB yang dibangunkan oleh Kerajaan Pusat itu, banjir di Pulau Pinang, jauh lebih teruk. Bagaimanapun, pembangunan hartanah yang mementingkan keuntungan termasuklah penggondolan puncak bukit serta kerja-kerja meratakan lereng bukit, selain penambakan laut tanpa mempedulikan saliran dan perparitan, merupakan faktor utama banjir besar yang kerap berlaku di Pulau Pinang sepanjang 8 tahun pentadbiran DAP-Lim Guan Eng.




Hari ini, Pulau Pinang dilaporkan sedang diancam banjir besar selepas hujan tidak berhenti-henti dari pagi tadi. Selepas bercakap besar tentang prestasi kewangan negeri yang sangat baik, Pulau Pinang ternyata tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyatnya sehingga perlu berkira-kira untuk menyaman Kerajaan Persekutuan hanya kerana peruntukan RTB yang diberikan berperingkat-peringkat sehingga tahun 2022 itu.

Maka tidak hairanlah mengapa PAS mendesak SPRM agar melakukan siasatan berhubung pembangunan lereng bukit dan puncak bukit yang dijalankan secara berleluasa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

BAJET SELANGOR 2018 ADALAH BAJET UNTUK MENTERI BESAR, EXCO DAN SPEAKER... PENJAWAT AWAM SELANGOR, DAPATLAH TEMBERANG!!!



Bersoraklah sekalian penyokong dan pemuja Pakatan Rakyat. Pengkagum Azmin Ali pula berkata, Azmin Ali telah berjaya memperkecilkan Najib Abdul Razak, sekaligus menunjukkan ketepatan gelaran 'PM in waiting' yang diberikan kepada Azmin Ali.

Bonus tiga bulan gaji kepada penjawat-penjawat awam Selangor menjadi buah mulut. Habis semua pakat bercerita, untunglah jadi penjawat awam di Selangor kerana berbanding penjawat awam Persekutuan yang hanya menerima RM1500 bonus, penjawat awam Selangor menerima 3 bulan gaji.

Mudah sebenarnya untuk membohongi rakyat. Azmin Ali telah membuktikannya. Hampir kesemua orang terpedaya dengan pembentangan Bajet 2018 Selangor oleh Azmin Ali.

Tiga bulan gaji!

Masing-masing dah mula pakat mencongak berapa yang mereka akan dapat pada penghujung 2017 ni. Rupa-rupanya, bonus tiga bulan gaji itu tidak lebih daripada satu penipuan semata-mata.

Apakan tidak, Azmin sendiri bagitahu, dua bulan bonus telah dibayar pada Aidilfitri iaitu empat bulan lalu. Baki sebulan lagi, akan dimasukkan pada penghujung tahun.

Bajet 2018 tetapi Azmin telah menggunakan bajet 2017 semata-mata kerana laparkan publisiti!


Rupa-rupanya bonus Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali hanyalah sebulan gaji dan dua bulan kenangan lalu!!!

Maka adalah yang cuba mempertahankan pembohongan Azmin Ali itu sambil memperolok-olokkan, salahkah kalau Kerajaan Negeri Selangor bayar bonus lebih awal beberapa bulan sebelum pembentangan bajetnya.

Jawapannya, bonus hanya boleh dibayar mulai atau selepas 1 Januari 2018 kerana Enakmen Perbekalan (Supply Enactment) dan Waran Peruntukan (Allocation Warrant) yang akan ditandatangani oleh MB Selangor untuk keluarkan wang yang ditetapkan jumlah dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri (State Consolidated Fund) itu hanya boleh bermula pada 1 Januari 2018.

Dalam bahasa yang lebih mudah, penjawat awam Selangor dan rakyat Selangor telah ditipu hidup-hidup dalam usaha Azmin untuk melindungi peruntukan besar untuknya, Exco dan Speaker!!!

 
Blogger Templates