Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 4, 2019

LAPORAN-LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT, ADAKAH CHOW JACK YANG MENANGIS TERESAK-ESAK DIHUKUM PENJARA SETAHUN PADA 2014, MERUPAKAN ALVIN CHOW YANG KATA NABI MUHAMMAD S.A.W MAKAN BABI?!!



Beberapa laporan polis berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan Islam telah dibuat oleh pelbagai pihak di serata Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu, seorang lelaki yang menggunakan akaun FB atas nama Alvin Chow bukan sahaja telah menghina Melayu tetapi juga lebih teruk menghina Nabi Muhammad s.a.w dan Islam.



Kenyataan-kenyataan menghina ke atas Nabi Muhammad s.a.w, Islam dan Melayu semakin ketara dan menjadi-jadi selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 9 Mei 2018. Kejayaan Pakatan yang didominasi oleh DAP walaupun Perdana Menteri dan Timbalan Perdananya Melayu, dianggap sebagai kejayaan mengalahkan kuasa Islam dan umat Islam di Malaysia.

Walaupun Kerajaan Pakatan Harapan terutama sekali DAP cuba menafikannya, tetapi sikap dan reaksi para pengikut mereka di bawah jauh berbeza dari yang pemimpin atasan nafikan.




Media sosial yang berada di bawah kuasa SKMM menjadi medan utama menghina Nabi Muhammad s.a.w, Islam dan Melayu. Ketiadaan tindakan penguatkuasaan yang berkesan daripada SKMM yang berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang menterinya adalah Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi DAP, seakan-akan menjadi baja kepada kaum provokasi berkenaan.

Agak menarik bila Gobind Singh dan SKMM lebih berminat hendak mengambil tindakan terhadap golongan yang menentang kerajaan DAP-Pakatan berbanding golongan yang melakukan provokasi supaya berlaku pertumpahan darah seperti Alvin Chow.


Untuk ingatan, pada 9 September 2014, pemilik akaun FB atas nama Chow Jack atau nama sebenarnya, Chow Mun Fai telah dihukum penjara maksimum setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook bagi menghantar komen dengan niat menyakiti hati orang Islam pada Jun 2014. Komentarnya di Facebook pada bulan puasa 2014 telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila dia menghina Ramadan dan Aidilfitri.

Chow Jack didakwa menghantar komentar itu di akaun Facebooknya, di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Sentul jam 10.30 pagi, 12 Jun 2014. Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.Tertuduh didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di Facebook miliknya pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Chow Jack yang menghidap penyakit TB dan menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dan ketika hukuman dijatuhkan.


Melihat wajah Alvin Chow seperti yang ditularkan oleh netizen, mengingatkan kita kepada Chow Jack kerana mereka mempunyai iras-iras wajah yang sama.

Adakah Chow Jack yang telah dihukum penjara selama setahun pada 2014 dan menangis teresak-esak dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, merupakan orang yang sama dengan Alvin Chow yang sekarang ini berasa sudah cukup kuat kerana yang memerintah Malaysia sekarang bukan lagi Barisan Nasional sebaliknya DAP-Pakatan?


Dalam satu perkembangan yang lain, seorang netizen yang menyokong Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yew Kee meminta agar netizen tidak mengaitkan Alvin Chow dengan Ahli Parlimen itu walaupun gambar mereka ditularkan di Internet.

Menurutnya, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR itu sudah tentu tidak menyokong kenyataan provokasi perkauman dan agama seperti yang dikeluarkan oleh Alvin Chow.


MENJELANG RAMADAN DAN AIDILFITRI, SEBIJI TELUR AYAM BAKAL MENCECAH HARGA RM1.00 SEBIJI... TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN!!!



Pada 17 Disember 2018, Salahuddin Ayub si Menteri Pertanian dengan penuh bangga memanggil sidang media dan membariskan pegawai-pegawai kanan kementeriannya untuk mengumumkan yang Kerajaan Pakatan telah berjaya menurunkan harga telur RM0.02 sebiji.

Maka berkokoklah sekalian penyokong Pakatan kononnya, hanya pada zaman Pakatan memerintah Malaysia, harga barang telah berjaya diturunkan. Maka lebih kuat kokok Menteri-Menteri Melayu Pakatan dalam usaha menyokong Lim Guan Eng dan Tony Pua bahawa SST sebenar-benarnya menurunkan harga barang.

Apabila orang ramai menyatakan perkara sebenar bahawa harga telur itu sebenarnya tidak turun sebagaimana yang diumumkan oleh menteri, bahkan harganya terus naik, Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution pula dengan penuh lagak berkata, rakyat sepatutnya menyalurkan maklumat tersebut kepada kementeriannya, bukannya bising-bising di media sosial.

Dan mungkin kerana sudah malu kerana dia menipu, Lim Guan Eng akhirnya memberitahu bahawa dia tidak pernah berjanji SST akan menurunkan harga barang. Tony Pua yang dengan penuh bangga berkata dalam Dewan Rakyat pada 7 Ogos 2018 berkata, SST akan menurunkan harga barang, terus senyap sampai ke hari ini. (RUJUK SINI)

Pakatan Harapan bermula dengan pelbagai janji lunak untuk rakyat Malaysia. Namun apa yang mereka lakukan selepas mereka berjaya mengambilalih kerajaan ialah terus memberikan pelbagai alasan tidak munasabah dan sentiasa menyalahkan Kerajaan terdahulu bagi setiap kegagalan mereka.

Mungkin Pakatan Rakyat terlalu melihat rakyat Malaysia ini bodoh dan jahil. Justeru, bagi mereka, rakyat Malaysia mudah diperbodoh-bodohkan dan ditemberang.

Hakikatnya rakyat sedar, kenaikan harga barang tidak boleh ditahan-tahan. Harga barang tidak pernah turun seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan atau lebih tepat lagi DAP ketika mereka berkempen untuk berkuasa sebelum PRU-14.

Namun kenaikan mendadak harga barangan selepas DAP dan Pakatan berkuasa, bukanlah kerana faktor Permintaan dan Penawaran, sebaliknya kerana kelemahan dan ketamakan Kerajaan Pakatan sendiri.

Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian sendiri, harga telur ayam melonjak lebih 100% dalam tempoh 10 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.

Sebelum PRU-14, harga di ladang untuk telur gred AAA hanyalah RM0.27 sen manakala harga gred c pula adalah RM0.24 sen.

Namun minggu lepas, harga telur gred AAA di ladang sudah mencecah RM0.43. Manakala telur gred C pula naik ke RM0.40 sebiji.

Itu harga di ladang. Sudah tentulah harga runcit lebih mahal dari harga yang tertera pada data rasmi Kementerian Pertanian. Lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman yang kebanyakan penduduknya kais pagi makan pagi.

Telur ayam selain ikan bilis kini merupakan makanan wajib di kalangan rakyat berpendapatan rendah ekoran harga barang yang melambung naik. Nampaknya, Kerajaan Pakatan Harapan tidak langsung berasa belas dan kasihan terhadap golongan miskin sehinggakan makanan mereka pun dinaikkan harga dan menjadi mahal.

Sekaligus menunjukkan dan membuktikan bahawa Menteri Pakatan berbohong. Kerajaan Pakatan juga adalah penipu.

Mungkin disebabkan itulah mereka tidak berasa bersalah langsung menipu manifesto, memiliki sijil tipu dan terus menipu untuk menikmati kadar gaji tinggi yang dibayar oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution berjanji yang pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenaikan harga KFC tahun lepas?

Mana hasil siasatan itu? Apa yang sudah berlaku? Kalau Lim Guan Eng dengan terowong dasar laut Pulau Pinangnya, mungkinlah kut siasatan susah nak dibentangkan sebab kertas kajian tak siap-siap lagi walaupun bayaran RM305 juta telah dilunaskan, takkan Saifuddin dengan siasatan harga KFC pun masih tidak lengkap-lengkap juga?

Kalaulah makanan asas seperti telur pun tidak dapat dikawal harganya, macam manalah Pakatan masih ada muka hendak bercakap tentang kawalan harga atau memperjuangkan nasib rakyat?

Nak jaga telur pun, tak lepas... kata Najib Abdul Razak! (RUJUK SINI)


Sunday, March 3, 2019

PPBM AKAN BEKERJA LAGI KUAT MENGUMPULKAN UNDI MELAYU-BUMIPUTERA-ISLAM SELEPAS TERUK DIMAKI HAMUN PENYOKONG DAP!!!



Tiba-tiba tona suara para pemimpin Pakatan Harapan terutama dari PPBM berubah sebaik-baik berita kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih malam tadi.

Tiba-tiba sahaja PPBM diselimuti keinsafan berhubung nasib orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Dan tiba-tiba sahaja PPBM ingin memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka.




Namun di ruang-ruang komen, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir dihentam teruk oleh penyokong-penyokong DAP kerana kegagalan menawan kerusi Melayu. PPBM disifatkan sebagai gagal menterjemahkan sokongan Melayu kepada Pakatan. Malahan penyokong-penyokong PPBM yang sebelum itu cukup gah, cukup sombong dan cukup takabbur, menyalahkan pucuk pimpinan yang enggan mendengar suara mereka yang kononnya lebih tahu.

Drama menyalahkan pucuk pimpinan masa UMNO hilang kuasa pada 9 Mei 2018, kini berulang dalam PPBM. Bezanya, UMNO hilang kuasa semasa PRU-14, PPBM pula hilang maruah kerana PRK DUN Semenyih.


Dan seandainya, PPBM kalah lagi di Parlimen Jasin sekiranya Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah agar pilihanraya diadakan semula dan calon PPBM adalah Khairuddin Abu Hassan, sama seperti PRU-14 yang lepas, besar kemungkinan ramailah pemimpin-pemimpin PPBM yang akan mula berkira-kira hendak melompat parti.

Hari ini, tidak sampai 24 jam selepas kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih, kita diperlihatkan sikap tawadduk dan mengaku bersalah di kalangan pemimpin Pakatan, khususnya PPBM dan PKR. Sentimen 'SEDAR KESILAPAN' digunakan untuk memperdaya rakyat, khususnya orang Melayu walaupun sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu PKR dan PPBM itu sedikit pun tidak peduli dengan sensitiviti orang Melayu yang telah terguris semenjak Pakatan menjadi Kerajaan Persekutuan.


Dan disebabkan itulah juga, DAP kita dapat lihat tidak memberikan sebarang respons kerana DAP sudah berada dalam keadaan yang sangat selamat. 12 Saluran Undi Cina, semuanya berpihak kepada Pakatan yang Cina lihat diketuai dan dikuasai oleh DAP. Biarpun peratusan Cina dan India yang menyokong Barisan Nasional meningkat sedikit berbanding pada PRU lepas, namun peratusan kecil itu berjaya ditenggelami majoriti yang menyokong ketuanan DAP dalam Pakatan.

Keputusan PRK DUN Semenyih ini sudah pastilah memberikan kesan yang besar kepada PPBM khususnya dalam menarik sokongan Melayu dan Bumiputera untuk Pakatan Harapan. Untuk itu, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam perlu diambil hati. Cara termudah dan termurah untuk mengambil hati orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini adalah dengan MEMINTA MAAF dan MENGAKUI KESILAPAN.

Sebab itulah, sebaik-baik sahaja kalah, orang pertama yang meminta maaf adalah Syed Saddiq, Ketua Armada yang juga Menteri Belia dan Sukan. Selepas itu menyusul Mukhriz Mahathir yang mengakui kekalahan PPBM dan mengucapkan tahniah kepada UMNO-PAS sambil menyatakan, PPBM akan memperbaiki prestasi parti itu untuk PRK akan datang.



Dan sebab itulah juga, Dr. Mahathir yang sebelum ini lantang mengkafirkan UMNO dan menyatakan UMNO sudah 'Innalillah', sebaik-baik sahaja calonnya kalah dalam PRK DUN Semenyih, segera menyalahkan kerjasama UMNO-PAS dan menggunakan Hutang Negara sebagai modal utama mengapa calonnya kalah.

Sesuatu yang pasti ialah, orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di Malaysia tidak akan melupakan bagaimana aset-aset dan ekuiti-ekuiti mereka sedang dilelong murah-murah dan mudah-mudah oleh Kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP. Umat Islam Malaysia tidak dapat melupakan bagaimana pembohongan dan fitnah tentang kerugian Tabung Haji membolehkan Lim Guan Eng menggunakan SPV untuk merampas dan merompak RM19.9 bilion kekayaan Tabung Haji untuk dibahagi-bahagikan sesama mereka. Malah orang Melayu dan Bumiputera tidak lupa bagaimana FELDA digambarkan sebagai merugikan untuk membolehkan aset-aset FELDA dilelong dan dijual kononnya untuk membayar hutang dan memastikan aliran kewangan entiti yang lebih stabil.

Begitu juga nasib yang menimpa FELCRA, PNB, LTAT malah lebih tersusun lagi ialah 1MDB yang sehingga ke hari ini, tidak ada satu aset 1MDB yang dicairkan, bahkan 1MDB sendiri terus wujud dengan orang-orang pro Kerajaan Pakatan dimasukkan, sebaliknya pelaburan entiti seperti Tabung Haji di pusat pelaburan utama 1MDB seperti TRX, dirampas untuk dijual murah kepada kroni kerana prospek keuntungan beratus kali ganda.



PPBM dan PKR akan berusaha mendapatkan sokongan Melayu-Bumiputera untuk DAP. Namun rakyat juga pasti akan ingat, bahawa kerana Kerajaan Pakatan Harapan terlalu lemah dan bodohlah, maka ekonomi dan kewangan negara berada dalam keadaan yang sangat meruncing. Semenjak 9 Mei 2018, beratus bilion pelaburan asing di Malaysia telah keluar dari negara ini. Tidak satu sen pun pelaburan asing berjaya dibawa masuk. Malah lebih teruk lagi, segala komoditi yang menjadi nadi utama pendapatan negara, kini menjadi beban sehinggakan Menteri Perusahaan Utama dari DAP, Teresa Kok mengeluarkan cadangan agar menggantikan tanaman kelapa sawit dengan buluh.

Ironinya, ekonomi dan kewangan yang terjejas itu majoritinya melibatkan Melayu, Bumiputera dan umat Islam.

Tak guna meminta maaf atau mengakui kesilapan semata-mata untuk terus memperdayakan orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam di negara ini supaya terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan tetapi pada masa yang sama, yang terus ditekan, dihina dan dipersiakan adalah Melayu, Islam dan Bumiputera!


Saturday, March 2, 2019

MUJUR AIMAN MENANG SEMUA PDM CINA SEMENYIH, KALAU TIDAK MALU BESARLAH PAKATAN HARAPAN SEBAB SEMUA PDM MELAYU, DIA KALAH!!!



Biarpun media-media utama negara ini tidak begitu berminat untuk menyiarkan keputusan PRK DUN Semenyih yang telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional, namun ia tidak menjadi penghalang memandangkan perjalanan pilihanraya kecil itu telah dilaporkan secara terperinci menerusi media sosial terutama sekali Facebook dan Twitter.

Pelbagai skop yang tidak terjangkau oleh media-media utama, berjaya dilaporkan oleh pemain-pemain media sosial termasuklah cubaan membawa masuk pengundi hantu menggunakan bas UiTM di pusat mengundi di SK Kantan Permai setengah jam sebelum berakhirnya tempoh mengundi.

Dan akhirnya keputusan sebenar diperolehi, juga disiarkan menerusi media sosial berbanding media-media elektrok dan cetak yang dicengkam rejim Pakatan.

Pengumuman berikut muncul di media sosial telah disambut gembira oleh kebanyakan netizen:

Rasmi: Zakaria Hanafi berjaya merampas kembali kerusi DUN N.24 Semenyih dengan majoriti sebanyak 1,914 undi.

BN: 19,780
PH: 17,866
PSM: 847
Bebas: 725

Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengumumkan keputusan sebentar tadi.


Walaupun diugut, digertak bahkan dihina seandainya memenangkan calon Barisan Nasional, akhirnya pengundi-pengundi khususnya Melayu dan Orang Asli di DUN Semenyih tetap memilih calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi. 

Berdasarkan data-data yang diberikan, hampir kesemua PDM Melayu memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional. Begitu juga dengan undi awal dan undi pos. Berbeza pula dengan PDM-PDM Cina, kesemua PDM-PDM berkenaan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Harapan meskipun terdapat sedikit peningkatan undi untuk calon Barisan Nasional berbanding PRU-14 yang lepas. 

Gabungan PAS-UMNO ternyata berjaya menambat hati pengundi-pengundi Melayu. Kejayaan Tok Mat Hasan yang menggalas tanggungjawab daripada Zahid Hamidi yang sedang bercuti daripada jawatan Presiden UMNO, juga tidak boleh disangkal sama sekali.

Di sebalik pelbagai label yang diberikan oleh Dr. Mahathir termasuklah, UMNO sudah INNALILLAH, PAS bohong syariat, UMNO Kafir dan sebagainya, bahkan termasuklah keyakinan tinggi Azmin Ali bahawa Pakatan mampu menang menerusi calon PPBM, Aiman Zainali yang juga merupakan menantu kepada bekas ADUN Semenyih yang meninggal dunia, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.


Mungkin kerana terlalu berkeyakinan tinggi yang gelombang kebencian terhadap Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan UMNO di kalangan pengundi, hampir kesemua pemimpin Pakatan Harapan tidak memberikan tumpuan kepada isu sebenar di Semenyih sebaliknya pada hampir setiap masa memburukkan Najib Abdul Razak dan memanjangkan fitnah RM90 juta terhadap PAS. 

Pakatan seperti terlupa, kemenangan mereka pada PRU-14 lalu adalah kerana isu-isu asas melibatkan rakyat. Pentadbiran dan pengurusan negara oleh Pakatan pula, langsung tidak memberikan tanggapan yang baik kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Cubaan melekakan rakyat dengan isu-isu remeh membabitkan Najib Abdul Razak bahkan Rosmah Mansor, membuatkan pengundi-pengundi Melayu membenci Pakatan Harapan. 


Pakatan Harapan masih 'terselamat' tidak dimalukan dengan kekalahan besar kerana kekaguman dan kebanggaan pengundi-pengundi Cina terhadap DAP terutama sekali terhadap Lim Guan Eng dan konco-konconya yang berjaya menguasai kedudukan-kedudukan penting, kritikal dan strategik dalam jemaah Menteri Malaysia. 

Cameron Highland dan Semenyih telah memberikan jawapannya. Sungai Kandis dan Seri Setia serta Balakong telah terlebih dahulu memberikan keseronokan dan cakap bongkak Pakatan Harapan. Kini, Rantau sedang menanti. Begitu juga Jasin... malah ada yang kata, PRK Sungai Besar juga sedang menunggu.


ANTARA RAMELI BIN MUSA KARANGAN RAFIZI RAMLI, DENGAN JALALUDDIN SARAWOOT PENJELASAN DR. AHMAD SAMSURI, LEBIH MEYAKINKAN YANG RAFIZI BUAT FITNAH!!!



Rafizi Ramli tahu dia sudah terjebak dalam perangkapnya sendiri apabila nama RAMELI BIN MUSA didedahkannya berhubung sekeping cek yang disiarkan oleh Sarawak Report.

Berkelam-kabut Rafizi Ramli cuba menafikan hubung kait RAMELI BIN MUSA dengan Anwar Ibrahim dan cuba membuat taichi kononnya RAMELI BIN MUSA lebih rapat dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Anda boleh baca sendiri karangan panjang lebar Rafizi Ramli di page FBnya.




Sehinggakan dia terpaksa menggunakan sekeping gambar yang kononnya bukti pertemuan dan upacara menandatangani cek yang dimaksudkan itu.

Sedikit pun Rafizi Ramli tak berasa malu dengan perbuatan fitnahnya. Malahan dia berbangga kerana kononnya telah membuat pendedahan walaupun hakikatnya, orang yang dimaksudkan sebagai RAMELI BIN MUSA dalam gambar itu sebenarnya adalah JALALUDDIN SARAWOOT yang merupakan peguam Muslim di Bangkok dan juga bekas Presiden World Muslims Youth Thailand.

Penjelasan dan penafian telah dibuat oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Setiausaha Politik TGHH.





Nampaknya drama Anwar Ibrahim dengan klonnya masa kes klip video China-Doll kembali diputarkan. Cuma kali ini, mereka menggunakan kaedah yang sama untuk mengenakan Presiden PAS dan PAS.



Friday, March 1, 2019

IDENTITI RAMELI BIN MUSA TERDEDAH... ANWAR GUNA RAFIZI SUPAYA DEDAHKAN NAMA RAMELI SEBAGAI 'AMARAN' KEPADA MAHATHIR?!!!



Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik. Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO, hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut-turut menerusi FB peribadinya (RUJUK SINI), menunjukkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk berperang merebut jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan oleh Mahathir kepadanya.

Semuanya bermula apabila Anwar Ibrahim mengatakan, dia mempunyai bukti PAS telah membayar Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report untuk membubarkan kes saman dan fitnah mereka di mahkamah London.


Clare kemudiannya menampilkan sekeping cek. Americk Sidhu yang namanya tertera pada cek tersebut telah mengesahkan cek berkenaan adalah asli. Bagaimanapun, Americk Sidhu memilih jalan selamat apabila menamakan pihak Maybank sebagai pihak yang sewajarnya memberitahu dari mana datangnya cek tersebut. (RUJUK SINI)

Sesuatu yang menarik sudah tentulah nama RAMELI BIN MUSA yang didedahkan oleh Rafizi Ramli.

Siapa RAMELI BIN MUSA yang cuba digambarkan oleh Rafizi Ramli sebagai penyalur manfaat kepada Clare Rewcastle-Brown.

Rameli bin Musa yang terkenal sekarang adalah Rameli bin Musa yang sekarang ini adalah Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang baru menggantikan Nawawi Ahmad, bekas Ahli Parlimen Langkawi bermula pada 4 Februari 2019. (RUJUK SINI) iaitu pada tempoh yang hampir sama, cek berkenaan dikeluarkan. (RUJUK SINI)

Namun 'sejarah' Rameli bin Musa ini jauh lebih panjang berbanding dengan perjawatannya selaku Pengerusi KTMB. Dia mula terkenal dalam dunia korporat selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan. Abang iparnya adalah Kamaruddin Mohd Nor yang merupakan orang penting ABIM dan orang yang melantik Anwar Ibrahim mengetuai WAMY (World Association of Muslims Youth) yang mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.


Menurut Raja Petra Kamaruddin menerusi blognya, Malaysia Today:

Mengapa Anwar meminta Rameli untuk membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan mengapa dia membocorkan 'rahsia tersebut, masih lagi misteri. Lebih misteri lagi ialah mengapa mereka berpura-pura yang RM1.4 juta tersebut merupakan penyelesaian luar mahkamah membabitkan Hadi dan Clare? Adakah itu membolehkan mereka menggubah wang berkenaan dan memindahkannya ke United Kingdom tanpa sebarang masalah? 

Terdapat juga cakap-cakap yang Anwar mahu mewujudkan tanggapan bahawa Rameli ialah budak Dr. Mahathir dan Mahathir sebenarnya yang meminta dia membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. Secara tidak langsung, ini merupakan 'bukti' yang Clare sebenarnya bekerja untuk Mahathir dan RM1.4 juta itu merupakan bayaran Mahathir bagi kerja-kerja dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Clare. 

Anwar is certainly playing a very strange game. Maybe this is Anwar’s way of killing two birds with one stone: Mahathir as well as PAS for declaring it will support Mahathir in the event Anwar launches a coup against the Prime Minister. But then this has always been Anwar’s modus operandi from way back.

Dalam satu perkembangan lain, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menamatkan kontrak mewah 25 tahun SPANCO milik Robert Tan yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, kroni utama Dr. Mahathir.

Nampaknya desas-desus Lim Guan Eng dan Tony Pua memerangi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin itu semakin menunjukkan wajahnya.

Lim Guan Eng mau Spanco ditamatkan dan satu tender baru dibuka untuk membuka ruang kepada syarikat kroni DAP menggantikan Spanco.

Tun Daim sebelum ini menegur Kerajaan Pakatan Harapan supaya memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu. (RUJUK SINI)


CLARE REWCASTLE-BROWN KANTOI BOHONG, CEK BANK ISLAM PULA TULISAN ANWAR IBRAHIM MEMAKSA RAFIZI CAMPURTANGAN!!!



Semakin dekat dengan hari membuang undi di DUN Semenyih, maka semakin banyaklah drama fitnah dan pembohongan yang disajikan untuk penonton dan orang ramai. Dan memandangkan sekarang ini, kekuatan UMNO dan PAS telah digembelingkan dan kelihatan benar-benar mengancam peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, maka antara UMNO dan PAS perlu dipecahkan.

Serangan ke atas UMNO telah berjaya menggunakan isu 1MDB, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Kini serangan menggunakan modus operandi yang sama terhadap PAS pula dilakukan.

Rafizi Ramli dilihat mengetuai serangan tersebut dengan memanipulasi gambar sekeping cek dan 'bukti' yang dipaparkan oleh Clare Rewcastle-Brown kononnya Editor Sarawak Report tersebut telah dibayar oleh PAS dan Hadi Awang untuk membubarkan kes saman fitnah di London.

Rujuk:



Berturut-turut kali Rafizi memuatnaikkan status Facebooknya sehingga 'terlupa' sudah masuk waktu Solat Jumaat ketika dia bertekak di ruang komen dengan pengkomen-pengkomen yang mempertikaikan hujah-hujahnya.

Dan seperti biasa, Rafizi Ramli akan cuba menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain apabila akaun Bank Islam yang dikatakan menjadi penyalur dana tersebut dimiliki oleh RAMELI BIN MUSA yang baginya merupakan PROKSI PAS dan Hadi Awang untuk pembayaran kepada Clare.

Semuanya bermula apabila netizen mempertikaikan kewujudan akaun tersebut apabila nombor akaun yang dipaparkan oleh Clare, telah dinafikan kewujudannya oleh Bank Islam sendiri.

Paling ketara ialah apabila netizen mempertikaikan mengapa orang yang menandatangani cek tersebut, dihitamkan. Begitu juga dengan tandatangan dan nombor akaun sebenar seperti yang tercatat pada bahagian bawah cek tersebut dihitamkan.

Namun yang paling menarik sekali ialah, tulisan pada cek tersebut dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Dan kebetulan pula, Anwar Ibrahim yang beria-ia berucap dalam ceramah PRK DUN Semenyih, dia mempunyai bukti iaitu sehelai kertas hitam yang didakwanya sebagai bukti.


Blogger MINDA RAKYAT turut mempertikaikan kesahihan cek yang ditampilkan sebagai bukti oleh Clare itu.

1) Pelik sungguh .. cek kononnya dari TGHA ialah kepada Tetuan Americk Sidhu bukannya kepada Editor Sarawak Report .. sepatutnya Americk Sidhulah yang membuat pengesahan bahawa cek berkenaan sememangnya dari TGHA untuk tujuan pembayaran penyelesaian kes saman fitnah luar mahkamah antara PAS/TGHA dengan Editor Sarawak Report.

2) Macam mana Sarawak Report boleh dapatkan salinan cek berkenaan sedangkan ianya diberikan kepada Tetuan Americk Sidhu???

3) Mengapa beberapa butiran amat penting dihitamkan dari pengetahuan dan penilaian umum seperti siapa tanda tangan dan nombor akaun bank cek berkenaan??

4) Dimana pengesahan dari Bank Islam pengesahan yang cek berkenaan kepunyaan TGHA dan dibayar kepada Americk Sidhu???

5) Cuba perhatikan tulisan cek berkenaan .. macam pernah kenal dan nampaklah sebelum ini siapa punya tulisan??? Tapi dimana ya??? Tulisan siapa ya???



Kelakarnya, peguam Americk Sindhu yang namanya terpapar pada cek Bank Islam pun tak berapa berani nak defend dan mengaku dia telah menerima wang berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Maybank pula untuk menjawab bagi pihaknya. 
 
Blogger Templates