Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 25, 2015

APA PULAK JAWAPAN PENGARAH PENJARA SUNGAI BULUH KALI INI APABILA AZMIN ALI DIKESAN MELAWAT ANWAR IBRAHIM DI PENJARA ITU?!!!



Difahamkan jam 8:00 pagi tadi, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor telah pergi ke Penjara Sungai Buluh. Azmin Ali dikatakan telah bertemu dengan Pengarah Penjara Sungai Buluh dan kemudiannya telah dibawa melawat Anwar Ibrahim.

Sumber menyatakan lawatan yang dibuat oleh Azmin Ali bukanlah lawatan rasmi sebaliknya hanya semata-mata untuk melawat BANDUAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM.

Peraturan melawat banduan adalah jelas. Anwar Ibrahim sebagai banduan baru, hanya dibenarkan mendapatkan lawatan dari AHLI KELUARGA SAHAJA dalam tempoh 4 minggu selepas dimasukkan ke penjara.

Anwar Ibrahim baru sahaja masuk penjara selama 2 minggu. Dalam tempoh dua minggu itu, sudah beberapa lawatan dibuat ke atasnya, termasuklah dari kalangan peguam, mahupun dari kalangan ahli keluarganya.

Sepatutnya pihak penjara tidak melayan kedatangan Azmin kerana Azmin bukanlah dari kalangan orang yang boleh dipertimbangkan untuk melawat banduan seperti Anwar Ibrahim.

Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim sudah dibenarkan menerima pelawat sekarang, sekaligus peraturan-peraturan penjara tidak terpakai lagi?

Atau sebenarnya, Pengarah Penjara Sungai Buluh adalah KUNCI UTAMANYA. Cukup dengan menggunakannya, lawatan ke atas Anwar dibenarkan tak kira siapa pun?.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

ISU PERSEMPADANAN SEMULA DI SARAWAK, BERSIH DAN PAKATAN RAKYAT GAGAL DAPAT SOKONGAN RAKYAT TERPAKSA GERTAK GUNA MAHKAMAH!!!


Dengan segala tumpuan diberikan kepada kerenah meloyakan dan menjengkelkan keluarga Anwar Ibrahim serta gelagat Lim Guan Eng-DAP yang sedang melakukan perancangan lebih besar untuk 'membersihkan' Pulau Pinang, banyak perkara yang tidak kurang pentingnya di Sabah dan khususnya di Sarawak kurang mendapat perhatian.

Beberapa minggu lepas, PKR dan DAP telah menghantar pasukan dari Semenanjung ke Sarawak untuk melakukan serangan ke atas SPR ekoran cadangan Suruhanjaya Pilihanraya menggunakan kuasanya bagi mewujudkan 11 DUN baru di Sarawak.

PKR dan DAP jelas tidak bersetuju dengan 11 DUN baru itu yang menurut mereka akan mengganggu segala perancangan mereka untuk menguasai Sarawak walaupun mereka juga sedar, SPR mempunyai peruntukan dari segi undang-undang untuk melakukannya berbanding mereka yang hanya lebih banyak melanggar undang-undang.

Selain atas nama PKR dan DAP, mereka turut datang sebagai BERSIH, sebuah pertubuhan haram yang sepatutnya ditubuhkan dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik pembangkang. Walaupun kononnya berjuang untuk mengkritik SPR dan memastikan perjalanan pilihanraya negara ini bersih dan mengikut undang-undang, hakikatnya mereka adalah pengacau yang berlagak pandai dan untuk memastikan SPR mengikut segala telunjuk Pakatan Rakyat.

BERSIH itu sendiri adalah Pakatan Rakyat, sama seperti SUARAM yang setiap masa dan ketika mencari ruang untuk memberikan kredit kepada Pakatan Rakyat.

Kononnya bantahan akan dibuat tentang persempadanan semula oleh SPR. Bagaimanapun, berbeza daripada yang dikatakan, bantahan tersebut bukannya datang dari pengundi tempatan tetapi dari Kuala Lumpur. BERSIH dan Pakatan Rakyat terpaksa membawa pasukan bantahan dari Kuala Lmpur untuk berhadapan dengan SPR di Sarawak.

Beria-ia BERSIH mendakwa SPR menipu dalam persempadanan. Bersungguh-sungguh BERSIH cuba mencipta persepsi dan mengganggu tugas-tugas SPR. Kononya SPR buat persempadanan tidak ikut perlembagaan. Mereka desak SPR ikut peraturan yang mereka ciptakan sendiri.

Mereka macam dah tak ada kerja lain selain daripada mempertikaikan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh SPR. Segala hiruk pikuk dan kacau bilau mereka lakukan, setelah gagal mendapat sokongan daripada penduduk tempatan, mereka cuba pula menggertak dengan kuasa mahkamah. (RUJUK SINI)

Motif apa sebenarnya PKR, DAP dan BERSIH mahu menggambarkan SPR menipu? Adakah kerana mereka sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat Sarawak?

Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, malahan Kedah dan Terengganu yang pernah diperintah oleh pembangkang, mempunyai persempadanan yang dibuat oleh SPR juga. Apakah maksudnya, SPR akan dipersalahkan kerana Pakatan Rakyat kalah dan tidak dapat sokongan tetapi apabila menang, peranan SPR 'memenangkan' mereka tidak pula diambil kira?

Yang pasti, apa yang sedang berlaku di Sarawak sekarang sudah cukup untuk menggambarkan betapa gawatnya Pakatan Rakyat, sehingga mereka terpaksa mencipta pelbagai isu terutama sekali dengan serangan ke atas SPR semata-mata kerana telah kehilangan sokongan. Sama seperti helah yang digunakan untuk membantai Najib Abdul Razak dan UMNO-BN setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah melakukan liwat apabila secara tidak malu menyatakan, jenayah liwat itu dilakukan kerana tohmahan dan fitnah politik!

SPR tidak perlu melayan sangat BERSIH dan puak-puak PKR serta DAP yang tidak ada kerja selain daripada menimbulkan pelbagai isu untuk memanjangkan kerjaya politik mereka. Apa yang dilakukan oleh SPR sekarang sudah cukup baik untuk pengundi-pengundi di negara ini. Sistem pilihanraya negara Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, itu adalah hakikat yang sukar diterima oleh Pakatan Rakyat yang gagal menterjemahkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan hakikat, melainkan berdasarkan angan-angan dan khayalan semata-mata!!!


PENGESAHAN ANWAR PELIWAT DATANGNYA DARI KELUARGA SENDIRI DAN KHALID SAMAD, WALAUPUN CUBA DINAFIKAN RAFIZI RAMLI!!!



Tiada yang lebih ditunggu-tunggu melainkan pada penghujung hari semalam iaitu hari terakhir Anwar Ibrahim sepatutnya menghantar petisyen memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi pembebasannya dari penjara selepas dihukum penjara selama 5 tahun.

Ramai sudah pun menjangkakan Anwar Ibrahim akan mengambil peluang terakhir dalam siri proses perundangan negara selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Agung.


Dua hari sudah, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli cuba berdrama kononnya, Anwar Ibrahim enggan menggunakan peluang mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan dirinya dari penjara. Kononnya, Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada parti bagi mendapatkan proses semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan bagi tujuan pembebasannya. Anwar kononnya enggan mendapatkan pengampunan diraja kerana dia kekal dengan pendirian bahawa dia tidak bersalah tetapi telah dipenjarakan kerana konspirasi dan fitnah politik.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli itu kemudiannya 'disahkan' oleh Khalid Samad, sekutu kuat Anwar Ibrahim di dalam PAS. Menurut Khalid Samad, Anwar tidak akan memohon pengampunan diraja kerana permohonan pengampunan bererti Anwar Ibrahim telah mengaku meliwat, insaf dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatannya. Sedangkan selama 7 tahun, hanya di mahkamah sahaja, kenyataan LIWAT SUKA SAMA SUKA dikeluarkan di hadapan hakim oleh dua orang ketua peguambela Anwar Ibrahim iaitu Mendiang Karpal Singh dan Gopal Sri Ram.

Nurul Nuha yang membuat kenyataan bagi pihak keluarganya yang ke istana dengan mengheret anak dan cucu Anwar bagi mendapatkan simpati awam, cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya mereka sekeluarga ke Istana Negara dan menyerahkan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong memerintahkan agar semakan kehakiman dibuat atas dasar Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun mahkamah telah memutuskannya bersalah hanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa Anwar telah dikenakan fitnah politik.


Dan lebih menarik lagi, Nurul Nuha cuba mengheret Institusi Diraja dalam kancah politik murahan PKR yang akan menyeret segala-galanya dalam usaha memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA  
24 FEBRUARI 2015 
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. 
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. 
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia. 
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. 
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan. 
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras #March2Freedom

Artikel 42 Perlembagaan Malaysia yang mempunyai 13 Fasal tidak menyatakan langsung tentang kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah, melainkan untuk mengampun, menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung ata mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. (RUJUK FASAL 1, 2 dan 10 ARTIKEL 42 Perlembagaan Malaysia). Pengampunan pula dilakukan oleh Jemaah Pengampunan yang antara lain turut mengandungi Peguam Negara atau wakil Peguam Negara bagi menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam kes pengampunan berkenaan.


Nurul Nuha tidak sepatutnya mengheret ibu, anak dan saudara-saudaranya ke Istana Negara hanya untuk menyampaikan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong membuka semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan mengenepikan hukuman tersebut sebab bukan itu fungsinya Istana Negara.

Sepatutnya dia berterus terang bahawa dia dan keluarganya ke Istana Negara untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Anwar Ibrahim. Dia dan keluarganya sudah mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan sekarang meminta agar hukuman diringankan.

Keluarga ini kuat bohongnya. Mereka meminta pengampunan diraja dan mengakui Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, tetapi masih lagi cuba berdalih kononnya meminta agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong melakukan semakan kehakiman bersandarkan Akta 42 bikinan mereka sendiri!

Tuesday, February 24, 2015

KERANA KOMUNIS DIBERIKAN PELBAGAI KEMUDAHAN AKHIRNYA KINI SEMUANYA MEREKA HENDAK BOLOT!!!


Komunis Masuk Hutan Tanpa Makanan & Bayaran Gaji Utk Menentang Angkatan Tentera Malaysia.

Komunis Berdepan Dengan Taluan Butiran Peluru Demi Apa?
Untuk Apa?

Jika Bukan Kerana Ingin Memiliki Tanah Melayu Dan Menguasai Pemerintahan Tanah Melayu.

Apabila Tewas, Bermula Gencatan Senjata Dan Akhirnya Mereka Berjaya Memiliki Tanah New Village Penempatan Baru Berpagar.

Ini Kononnya Untuk Mengawasi Pergerakan Mereka?

Kenapa Perajurit Dari ATM Tidak Di Beri Tanah & Rumah Macam Bandit Komunis Ini?

Apa Hasil & Laporan Pemantauan Mereka Ini & Keturunan Mereka?

Hari Ini Anak Anak Mereka Sudah Ada Yang Menjadi ADUN, Ahli Parlimen & Menteri.

Mereka Kini Dibawa Ke Bandar Tanpa Senjata Dan Peluru, Dengan Bebas Untuk Berbuat Apa Saja.

Bukankah Kongsi Gelap Itu Kegiatan Subersif Yg Menentang Undang Undang?

Apakah Perjuangan Mereka Untuk Memiliki Tanah Melayu Sudah Terhenti?

Komunis Ini Sudah Bertaubat Dan Masuk Islam?

Hari ini Mereka Menggunakan Wang Sebagai Peluru Untuk Menembak Pemimpin Melayu, Tak Kira Dari PAS UMNO Atau PKR.

Majoriti Pemimpin Melayu Sudah Terkena Tembakan Mereka.

Apalah Nilai Ditangkap Bagi Mengusahakan Cetak Rompak, Rumah Pelacuran, Judi Haram, Disko, Pub, Menyeludup, Sarang Mesin Jackppot, Mengilang Barangan Tiruan, Sindiket Penyeludupan Warga Asing, Termasuk Melarikan Cukai Pendapatan Jika Di bandingkan Peluru Didalam Hutan Dengan Siksa Tanpa Makanan & Keselesaan?

Bajet ATM Mereka Sudah Tahu, Namun Tahukah Kita Sudah Berapa TAN Wang Yang Telah Mereka Miliki?

Hari Ini Pemimpin Yang Lupa Daratan Kini Sudah Berani Secara Terangan Menggadaikan Hak Orang Melayu.

Melayu Ini Lupa Diri Kerana Dibekalkan Peluru Kebendaan Yang Lumayan Dari Golongan Komunis Ini.

Dibelakang Golongan Ini Diiringi Pengikut Yang Sudah Diasah Pemikiran Mereka Untuk Membenci Melayu.

Ini Termasuk Diiringi Oleh Melayu Dan Pemimpin Melayu Yg Lalok.

Hari Ini Pemimpin Dan Anggota Keselamatan ATM Polis Yang Dahulunya Hebat Menentang Mereka Sudah Berpencen.

Ia Termasuk Pemimpin Pemimpin Hebat Orang Melayu Seperti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Lim Kit Siang Berjuang Membenci Melayu Dari Didikan Chin Peng & Lee Kwan Yew Di Zaman Tunku Abdul Rahman.

Seiring Enam Orang Perdana Menteri Merupakan Pemimpin Pemimpin Terhebat Melayu.

Yang Paling Hebat Melanyak Mereka Sehingga Kini Ialah Tun M, Amat Sedih Apabila Tun Dr M Juga Turut Serta Didesak Supaya Berpencen Politik, Wal Hal Tun Dr M Memang Dah Lama Berpencen.

Perjuangan Orang Melayu Untuk Menunggu Waktu Untuk Berpencen & Perjuangan Golongan yang Cinabeng Komunis Tiada Dalam Kamus Perkataan PENCEN.

Mereka Mengejar Matlamat Untuk Memiliki Negara Yang Menjadi Hak Orang Melayu.

Untuk Itu Kempen Membenci Melayu Perlu Diteruskan Sehingga Mereka Memiliki Negara Ini...

ANEHNYA ORANG MELAYU KINI BERLUMBA BERKEMPEN UNTUK MENJADI ORANG YANG PALING BERJASA KEPADA CINABENG...DAN MEMBERI SEGALA KEHENDAK CINABENG.

SEHINGGA BALAK SATU NEGERI PUN TERGADAI, APAKAN LAGI TANAH PROJEK KERAJAAN.

Kerana Takutkan Kempen Yang Dibawa Oleh Mereka Itu...Yakni Di Dalangi NGO Human Rights, Sehingga Tidak Ada Melayu Yang Kini Berani Bersuara?

Apa Yang Ada Pada Malay Rights Sebagai Tuan milik Negara Ini?

Satu Demi Satu Tergadai...

Jadi Apa Hebatnya Pemimpin Melayu Yang Ada Kini?


BERSAMBUNG.....
Dari Peluru Ke.Wang
Dari Hutan Ke Bandar
Modus Operandi : Biz Halal Atau Haram. Duit Halal Buat Yayasan,.Duit Haram Buat Kongsi Gelap

PASMA BUAT LAPORAN POLIS, MENTERI BESAR KELANTAN BUAT FITNAH DAN HUKUM SESAT KE ATAS PASMA!!!



Ketua Penerangan PASMA Malaysia, Muhammad Nazir Zakaria yang juga merupakan bekas YDP PAS Putrajaya dilaporkan telah membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob pada 21 Februari lalu.

Dalam kenyataannya yang turut disiarkan oleh beberapa buah akhbar bercetak, Ahmad Yakoob yang juga merupakan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ketika berucap dalam Multaqa Ulama Malaysia Ke-2 di Dewan MPSJ, Serdang Jaya dikatakan telah melakukan 'fitnah' dan mereka-reka cerita buruk tentang PASMA, sebuah NGO yang berdaftar secara sah.

Nazir yang membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya menuduh Ahmad Yaakob telah dengan sengaja menfitnah dan menyesatkan ahi-ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan berita tersebut telah disiarkan secara menyeluruh oleh akhbar-akhbar arus perdana dan media-media sosial.

Menurutnya, tuduhan tersebut amat berat sedangkan sebagai ulama, Ahmad Yaakob seharusnya menasihati, membimbing dan bukannya menghukum. Sehubungan dengan itulah, dia membuat laporan polis agar sekatan dapat dibuat dan Ahmad Yaakob dipaksa menarik kembali kenyataannya tentang PASMA.

PAS telah mengeluarkan banyak arahan berhubung PASMA termasuk meminta agar ahli-ahlinya yang terlibat dengan PASMA keluar dari parti. Beberapa desakan turut dibuat agar Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai turut meletakkan jawatan dan membuang keahlian mereka dalam PAS kerana penglibatan aktif mereka dalam PASMA.

PASMA dikesan sedang melakukan gerakan menumbangkan kepimpinan ulama dalam PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang. Phahrolrazi Zawawi, 'pemangku' Presiden PASMA sendiri menyatakan yang antara lain maksudnya adalah PAS memerlukan Presiden baru yang lebih inovatif dan lebih mudah akur kepada Lim Guan Eng dan DAP berbanding Hadi Awang yang sudah tua dan terlalu ortodoks.


ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA MENGAKU MELIWAT DAN AHLI KELUARGA MINTA YANG DI-PERTUAN AGONG AMPUNKANNYA!!!



Hari ini, keluarga Anwar Ibrahim terpaksa mendatangi Istana Negara. Hari ini juga, keluarga yang cuba menghapuskan Kesultanan Melayu dan memandang hina kewujudan Institusi Kesultanan Melayu selain melihat sultan-sultan sebagai berhala, sebagaimana yang seringkali disebut oleh para pengikut mereka, terpaksa juga datang menyembah dengan penuh adat semata-mata bagi mendapatkan pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Sekaligus menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dibatalkan kerjanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mungkin sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim cukup yakin mereka akan berjaya mengumpulkan seramai mungkin penyokong, berarak dan menyerang istana, sekaligus menakutkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

N.SURENDRAN NI BETUL KE PEGUAM? KALAU PEGUAM, KENAPA DIA BODOH SANGAT TENTANG AKTA PERHIMPUNAN AMAN?



Wah, bukan main lagi N.Surendran cuba nak tunjukkan yang sepatutnya diberikan gelaran HARIMAU sama seperti Karpal Singh yang mendapat gelaran Harimau Jelutong kerana mempunyai reputasi sebagai peguam ulung yang banyak mendapat kes-kes berprofil tinggi.

Bagaimanapun, berbeza dengan Karpal Singh, N.Surendran hanyalah mempunyai reputasi sebagai peguam cikai yang terpaksa bergantung kepada BELALAI ANWAR IBRAHIM kerana kebanyakan kes yang membabitkannya hanyalah kes-kes seputar PKR dan para penyokong Anwar Ibrahim. Selain itu, beberapa kes membabitkan masyarakat India pula, sekadar untuk mendapatkan publisiti tetapi akhirnya memberikan kesan negatif kepada masyarakat India itu sendiri seperti ketiadaan kad pengenalan dan kad pengenalan merah yang membuktikan bahawa kebanyakan yang diperjuangkan oleh N.Surendran melibatkan warga asing yang cuba menjadi warganegara Malaysia dengan jalan mudah.

N.Surendran yang barangkali megah kerana berjaya 'membebaskan' beberapa orang konco Anwar Ibrahim daripada tindakan undang-undang seperti Hishamuddin Rais, Zunar, Adam Adli, Tian Chua dan sebagainya, cuba menggertak pihak polis sekaligus cuba juga memutarbelitkan undang-undang di negara ini.

Menurutnya, polis tidak mempunyai hak untuk menyekat perhimpunan aman. Sebarang perhimpunan aman juga tidak memerlukan permit. N.Surendran berkata begitu dalam usahanya untuk terus membela perhimpunan untuk sokongan kepada Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)

Sama ada dia benar-benar seorang PEGUAM TOLOL atau barangkali langsung tidak tahu tentang AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012, N.Surendran sepatutnya dinilai semula sebagai peguam. Dia tidak layak menjadi peguam kerana dia bukan sahaja tidak faham undang-undang di Malaysia, bahkan dia berkecenderungan untuk menyelewengkan fakta dan melakukan penipuan demi mengaut keuntungan besar dalam perniagaan guamannya!

AKTA PERHIMPUNAN AMAN secara jelas menggariskan peranan PDRM bahkan memberikan hak kepada PDRM untuk bukan sahaja mengeluarkan permit atau sebaliknya, bahkan membubarkan perhimpunan tersebut sekiranya perhimpunan berkenaan melanggar syarat-syarat yang membenarkan perhimpunan aman.

Mungkin dia tidak mempunyai sesalinan Akta Perhimpunan Aman 2012. Jadi, kita kepilkan di sini ringkasan bagi memudahkan N.Surendran mengulangkaji dan mengakui bahawa dia adalah PEGUAM PALING TOLOL yang pernah DILAHIRKAN OLEH PKR dan Pakatan Rakyat sepanjang kewujudan negara Malaysia di dunia ini!!!












HARAP-HARAPLA... ADA PENYOKONG, PENJILAT, PENTAKSUB DAN PENGKAGUM N.SURENDRAN yang membaca blog ini, sudi menyalin semula grafik-grafik berkenaan AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 untuk diserahkan kepada N.Surendran bagi mengubati penyakit BODOH, BEBAL dan TOLOLnya!!!


 
Blogger Templates